Posts

Showing posts from 2011

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

Image
"semoga Allah meredhainya...." Bulan 12 ni timba pengalaman kerja kt TASKA+TADIKA. First time keje, so sangat seronok. Walaupun penat, tapi best~ Budak2 yang comel ni tapi ada yang nakal akan panggil aku TEACHER tapi aku anggap diri aku ni cam IBU dorang la since banyak benda yang aku kena buat utk dorg mcm aku ni MAK dorg. Masak, ajar, teman gi tandas, mandi, pakaikan baju dan lain-lain yang kena buat utk dorg. Lepas keje mmg sumpah aku penat giler. Bulan ni agak busy sebab kena handle program KRS next week.Nak taw KRS tu apa leh gi ke link ni "KRS COOL~" Back to the topic, lets the pictures speak the story.

SUSAH PAYAH AKU BELAJAR BAHASA ARAB

Image
"semoga Allah meredhainya...." 25/11/11. Tarikh keramat bagiku kerana berjaya menghabiskan buku nahu bahasa arab yang dipelajariku. Setelah sekian lama aku menuntut sejak 2010, mula aku masuk ke UTP, akhirnya berakhir fasa pertama pelajaran bahasa arabku. SEGALANYA BERMULA DI SINI..... Semuanya bermula apabila aku ternampak flyers yang dilekatkan di cafe V2 UTP berkenaan kelas Bahasa Arab itu. Malangnya, tarikh pendaftarannya suda 2 BULAN berlalu. Namun, dengan keinginan yang tinggi, kesedaran yang mapan aku tetap mahu menyertainya. Lantas aku mesej kepada nombor yang tertera. "Salam. Saya ada terjumpa flyers kelas bahasa arab. Nak tnya, kelas tu boleh join lagi ke??" sent by Ezan "Wa'salam. insyaAllah, masih dibuka lagi utk pelajar baru. Foundation ke? Berminat nak join?"sent by 013-******* "A'ah.Foundation first. insyaAllah,rasa berminat (klu x berminat xde la tnya lebih2). Boleh tahu kelas ni belajar pasal apa?" sent by Eza...

PEREMPUAN ITU TAK GILA!!!

Image
"semoga Allah meredhainya...." Semalam,aku ke matriks untuk bertemu adik saudaraku. Saja untuk aku menziarahinya dan rakan-rakannya juga. "Kak Ezan, kakak dalam tu selalu sorang2..dia selalu menangis..nampak pelik.." kata adik Amira kepadaku semasa aku ingin mengambil wuduk di Masjid Matriks. "Ye ke?? owh, peliknya.."kataku singkat. "Memang kak. Dia memang pelik. Saya pernah nak rapat dgn dia...tapi dia mcm dingin..Selalu nampak dia nangis kat masjid ni petang2..Kadang2 kalau kat hostel, dia menjerit2 macam orang kena sampuk..Roommate dia pun tak tahan dengan dia..Semua keluar dari bilik tu, tinggal dia seorang je..Kalau tak silap, dia sebaya dengan akak since dia repeat kat sini.."cerita Amira panjang lebar. Aku tersenyum pahit. Dalam hati seakan-akan tak percaya ada juga manusia seperti itu. Namun tak dapatku nafikan perasaan aku membuak-buak untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Semasa kakiku melangkah masuk ke masjid, perem...

EXCELL9 [MORE THAN A PICTURE]

Image
"semoga Allah meredhainya...." just want to share the happiness of our members from overseas, from different continent and country. i knew some of us r happy and excited to see them. and jealous cuz we couldn't join them (esp our batch's president- syarawi). SMILE :) Neway, deep in my heart, i love this picture very much!! Ameer Goh -Washington Khalis Khalili - Canada Ibnu ZieMad - US Hafizah Fadzillah - Mesir Ain Izwani Md Kamal - Indiana Irhamni Rahman Zubir - Mesir Eyemee - Korea Semoga korang sukses di mana2 pun korg berada termasuk yg ada kt Malaysia gak. Let's support each other. Baru2 ni, aku ooVoo dengan my bestfren kat kelas 5IN, Lydia masa kat skola SBPI Gombak dulu. Dulu aku pernah buat post pasal dia kt link ni *lydia* . Lyd, rindu giler kt ko! p/s: klu buat halaqah/usrah mcm ni mesti seronok ^_^

IKHTILAT

Image
"semoga Allah meredhainya...." Post ini ditulis selepas aku mengalami kecelaruan identiti. Eh? Berkaitan ikhtilat. Pelik tapi benar. Aku memang takde perasaan kt lelaki. Since aku brake up dulu-dulu and berjanji tak nak kapel2 murahan lagi, aku tengok lelaki macam sebatang pokok di tepi jalan. Ko ada atau tak, ada aku kisah? Adakah kerana salah ibu mengandung? Oh,tentulah tidak sebab mak aku mengandung normal je walaupun aku keluar ikut 'tingkap'(baca: dibedah). Adakah salah abang2 dan adik2 lelaki aku yang selalu memberi aku peluang menjalin hubungan adik-beradik yang mesra dengan mereka yang berlainan jantina sehingga merasakan pergaulan dengan lelaki lain sama macam bergaul dengan abang dan adik? Oh, tidak dinafikan mereka membantu aku dalam memahami lelaki. Sumpah, abang2 aku dulu selalu cakap kat aku mcm ni, 'benda yang ko buat ni, sume lelaki tak suke! Ko patut mcm ni, mcm ni, blabla...barulah lelaki terima ko. Barulah ko leh jadi penjaga gol mai...

ES'NANASS STILL IN MY MIND...

Image
"semoga Allah meredhainya...." "Ok, it's time for party tomorrow!!!" jeritku pada geng Es'Nanass yang lain seusai peperiksaan PMR tamat. "Aku cadangkan kita buat Pot Luck! Well, setiap orang bawa makanan yang dimasak banyak2 n bawa ke rumah Shahirah. Setuju???!!!" tanya Adibah excited giler dengan party yang akan berlangsung esok. Setuju!!!!! Jawab ahli kumpulan Es'Nanass yang lain. "Pukul 2-5ptg. After sekolah and before parents aku balik keje kan??" tanya Shahirah atau dikenali sebagai Shirah ingin kepastian. "Yup! Ok, camni, Shirah, ko settlekan penempatan. Sukati ko la nak wat kat ruang tamu o bilik ko ke..Kau uruskan ye. Wani, ko settlekan flow aktiviti. Buat la aktiviti apa2 yang menarik dan  yang ko rasa best. Aku akan uruskan pengangkutan korang ke umah Shirah. Mak aku ok je kalau nak pungut korang dari rumah ke rumah tp aku rasa baik kita direct dari sekolah terus ke rumah Shirah. "kataku. "Yang lain le...

DOAKAN AKU MASIH DI JALAN INI

"semoga Allah meredhainya...." Kemungkinan post kali ni agak emo sket. Tetibe je aku perasan x sibuk sebab boleh buat 2 post dalam satu hari. Apepun, aku harap tulisan aku ni tak menyentuh pada mana-mana pihak. Afwan ,jika terasa. Benda yang aku nak cakap ni, KENAPA AKU PERLU BERJALAN DI JALAN TARBIYAH INI?

DAI'E VS FAMILY

Image
"semoga Allah meredhainya...." KELUARGA . Sebuah nukleus yang menjadi nadi kepada masyarakat dan peradaban bangsa. Keunggulan dan keistimewaan sesebuah keluarga bukan dilihat dari segi material, harta atau bilangan ahlinya, tapi dari segi kualiti keluarga yang dibina berlandaskan iman dan takwa kepadaNya.Ayuh kita brfikir sejenak, memerhati keadaan keluarga masyarakat kini atau merenung nasib keluarga sendiri. Keluarga bahagia ialah keluarga diredhaiNya Berapa banyak keluarga yang menitik beratkan nilai keislaman dalam diri ahlinya? Berapa banyak keluarga yang sanggup bergolok gadai demi agama tercinta? Berapa banyak keluarga yang sentiasa memastikan keluarga yg dibina ini akan kekal hingga ke syurgaNya?

SERABUT

Image
"semoga Allah meredhainya...." BANG!!! Bunyi hentakan pintu bilik yg kuat menerpa gegendang telinga Salwa. Cepat-cepat dia melipat telekung yang dipakai untuk solat Dhuha dan meletakkan Al-Quran di meja berdekatan. 'Nina, kenapa ni?' kalut Salwa bertanya pada rakan serumahnya yang berperangai pelik sebegitu. Nina duduk di atas katil dan menekup tangan ke muka. Kulit mukanya yang putih bersih nampak kemerah-merahan. Dadanya turun naik dengan cepat seakan sedang menahan marah. 'Nina..?' Salwa mengulang nama itu dengan lembut sambil tangan menyapa belakang bahu Nina. ' CAN YOU PLEASE GIVE ME SOME SPACE!!! ' Nina menjerit bagai org gila.

SOARING THE EAGLE (part 1)

Image
"semoga Allah meredhainya...." FAMILY GROUP 1 ALHAMDULILLAH. Satu ungkapan diucapkan saat menerima sijil penyertaan program Soaring The Eagle untuk scholar Petronas UTP. Banyak input-input menarik yang didapati dan berguna dalam kehidupan seharian. Jadi,insyaAllah, aku yg perasan free xde keje time cuti 4 bulan ni dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang didapati sepanjang program tersebut. cekidout..

AISHITERU (AKU MENCINTAIMU)

Image
"semoga Allah meredhainya...." BERJUMPA 'KAWAN' LELAKI YANG ISTIMEWA 'mama,kakak nak pergi rumah 'kawan' kat Fasa 1' kataku kepada mama suatu hari. 'lama ke kakak pergi?naik kereta ye?' tanya mama sambil mencengilkan kepalanya dari bilik air. 'x lama. Kejap je. a'ah,naik kereta..pinjam ye kereta mama', pintaku sambil mengambil kunci kereta mama yang tersangkut di dinding tanpa menunggu jawapan mama yang sudah ku tahu. 'okey..jangan lupa balik awal sebab petang kamu dah nak balik UTP',jawab mama sambil meneruskan urusan membasuh pakaian di bilik air. AISHITERU!

EXCELL9.THE BEST BATCH EVER

Image
"semoga Allah meredhainya...." logo excell9 EXCELL9. Nama batch yang tidak asing lagi di bumi SBPI Gombak. Mungkin pada awal penubuhannya, batch ini seringkali mencetus kontroversi-kontroversi yang kurang enak yang bukan sahaja dalam kalangan pelajar2 malahan guru2 juga. 'batch kamu lah batch pertama yang dapat markah teruk add math!' 'pelajar batch kamu tak boleh terima nasihat cikgu langsung!' 'pelajar  batch excell9 la yang fly semalam. Memalukan!' 'batch kamu la yang buat perangai macam ni. Ada ke perempuan masuk tandas laki??!! 'klik di sini 'kenapa susah sangat nak ajar budak batch kamu??dah byk kali cikgu ulang, tapi kamu masih buat kesalahan yang sama dalam peperiksaan!!' 'batch kamu la yang paling byk cikgu tangkap berkapel!!'

PETROLEUM GEOSCIENCES (let's us rock the world with rocks!) (^_^)

Image
"semoga Allah meredhainya...." Bismillahirrahmanirrahim Petroleum Geosciences? Rocks? Minerals? Ini adalah element terpenting dalam subjek Petroleum Geosciences yang aku ceburi sekarang ini. FATE??? Siapa sangka, insan yang kala dahulu amat meminati subjek Biologi, ingin menjadi seorang doctor, atau mungkin guru Biologi, berubah arah kepada Petroleum Geosciences. Jika bukan kerana Allah mengantarakan PETRONAS SCHOLARSHIP kepada aku, mungkin diri ini tidak mengenali sama sekali program ini. Ya, pada yang baru mendengar course ini, ini adalah yang course (baca : programme) baru di UTP (Malaysia) selepas beberapa Negara seperti di Kanada dan Australia. Aku akui, aku bukan minat sangat subjek ini. Tidak sebati dengan jiwa dan diriku. Namun, kugagahi diri juga untuk mempelajarinya.  Bait-bait kata keluarga yang berbaur keduniaan  ‘ingat Ezan, kamu dah amik duit Petronas tu…’   dan ayat Al-Quran  mengenai amanah ku pegang erat-er...

KETUKAN PINTU BILIK....

Image
"semoga Allah meredhainya...." walaupun kadang ketukan tidak dilayan, dibiarkan menunggu,namun bukan itu yg diharapkan. Hanya diharapkan redha Pencipta alam ini dan rahmatNya. Biarlah andai diri ini dicemuh atau difitnah, kerana bukan redha manusia yg didamba tapi redha Allah yang utama. "dipetik dari  http://theassimilator.blogspot.com/2011/06/lagi-dan-lagi.html " "Assalamualaikum." "Assalamualaikum, adik." Berkali-kali pintu bilik itu diketuk. Tinggi harapannya agar penghuni bilik sudi membuka. "Assalamualaikum." Ucapan salam kali ketiga.  'Kalau tak buka jugak, takpelah. Lainkali aku datang lagi.' desis hatinya.

NOTA UNTUK ARWAH ABANG....

Image
"semoga Allah meredhainya...." KEPADA: MUHAMMAD HAIDHAR BIN SAH NUDDIN Sudah hampir dua bulan abang Edal menghadap Ilahi. RINDU . Itulah yang menyapa hatiku saat fikiran ini terbang melayang kenangan lalu bersama abang tercinta ini.. Hanya Al-Fatihah dan doa mampu dititipkan buatnya. Sungguh, pemergiannya memberi impak yang besar kepada keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga. Tiada lagi usikan, tiada lagi ketawa, tiada lagi lawak jenaka, menghiasi keluarga.. Perginya dia kepadaNya, menyedarkan aku bahawa mati itu tidak kira usia, tempat dan masa… Sungguh kita akan menghargai seseorang, Kita akan mengenang kebaikan seseorang, Dan kita akan menyebut amal baiknya saat dia sudah tiada di dunia. Mengapa tidak diungkap saat dia berada di depan mata? Mengapa tidak diluahkan saat Izrail belum mencabut nyawanya? Mengapa tidak dikhabarkan saat dia masih hidup di dunia? Malu? Ego? Itulah kebanyakkan manusia….

SAAT PERANG AKHWAT MELETUS...

"semoga Allah meredhainya...." Petang itu, panas terik sang mentari membakar kulit-kulit pejuang yang sudah bersedia di medan perang sekaligus membakar semangat mereka yang akan berperang sebentar lagi. Ya, peperangan yang mungkin akan mengalirkan darah dan air mata. Dan yang paling penting peperangan ini antara AKHWAT! PERANG AKHWAT VS AKHWAT! siapakah yang akan menang??siapakah yang akan kalah?? jawapannya pasti AKHWAT! Dan jawapan ini tidaklah sepenting ibrah yang ingin disampaikan. Ibrah yang mungkin semua akhwat ketahui tapi tidak dirasai dan meresap di hati.

SEORANG KITA, TIDAK SAMA DENGAN SEORANG YANG LAIN....

Image
"semoga Allah meredhainya...." Deruan angin lembut menampar pipiku. Sungguh nyaman. Tiba-tiba teringat pada sosok-sosok yang amat bermakna dalam hidupku. Kuhenyakkan diriku di atas rumput yang lembut, selembut angin yang bertiup dan berliang-liuk mengikut arah angin. Semuanya sudah tertulis di Luth Mahfuz. Pertemuan kita telah dirancangNya walau tanpa diduga. Pertama kali kakiku melangkah ke masjid untuk menghadiri pengisian ilmu yang rakan-rakanku panggil sebagai halaqah. Tika malam hari, kaki ini melangkah beriringin dengan sahabat baik yang dikenali saat kaki ini pertama kali melangkah di bumi UTP ini. Jasad ini hanya pergi untuk menemani dan tidak mahu mengecewakan sahabat sejati. masjid utp

SIAPA ANTI-HALAQAH???

Image
"semoga Allah meredhainya...." i keep this thing updated, from my point of view (POV), x semestinya betul. cuz i'm a human, x maksum pun. http://ezansahizzah.blogspot.com/2013/03/rm-vs-halaqah-sorryno-winner-and-no.html "Ezan, dah dengar pasal budak2 yg ANTI-HALAQAH tu??"tanya seorang sahabat. "huh?? x taw plak. apecer??" tanyaku kembali. ".....", sahabatku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Tak terungkai dek kata2, tak terlafaz bicara asbab tindakan sesetengah insan yg tidak wajar perilakunya. Insan yang jika dilihat dari luarannya, cukup sifat, malah punyai akal fikiran yg bijak, berpendidikan tinggi, latar belakang akademik yg baik, punyai result yg cemerlang, belajar di universiti yg gah, TAPI apabila berbicara tentang 'halaqah' dan 'dakwah', insan2 ini bersuara membangkang, melatah tidak semena-mena dan memberi komen mengikut hawa nafsunya. nauzubillah..istighfar byk2 wahai insan yg beragama ISLAM ...

SINERGI (DIRIMU AKU SANJUNGI)

Image
"semoga Allah meredhainya...." DIRIMU AKU SANJUNGI insyaAllah, saya promote buku ni untuk menyampaikan dan berkongsi sedikit ilmu yang terdapat dalam buku yg comel tetapi padat ini. Berikut ialah sinopsis yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca.

UKHUWAH KERANA ALLAH

Image
"semoga Allah meredhainya...." Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara . Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (49:10) cintai manusia kerana Allah bukan kerana dirinya ORANG-ORANG BERIMAN ITU SESUNGGUHNYA BERSAUDARA... tapi, sejauh mana kita mendalami dan menghayati ayat-ayat Allah ini dalam kita berukhuwah sesama manusia??dalam kita mencintai hubungan sesama manusia? Ya, tidak dinafikan, setiap org di dunia ni memang memerlukan teman untuk berbicara. sbb itulah Allah ciptakan Hawa untuk Adam agar Adam tidak rasa kesunyian dan kekosongan di dalam syurga. dan kita sebagai seorang insan yang BELUM BERKAHWIN terutamanya, mesti memerlukan seesorang untuk kita meluahkan rasa dan bicara dengan syarat yang sama jantinanya.

THIS IS JUST A "TEST"................I'M JOKING!!!!

Image
"semoga Allah meredhainya...." Pernah tak rasa mcm satu hari tu penuh dengan MASALAH yang bertimpa-timpa dan membuat otak serabut lantas kita menenangkan diri kita dengan mengatakan... X PE...INI HANYALAH UJIAN.... semakin dekat kita padaNya, semakin kuat badai melanda. Pernah tak satu hari tiba2 kawan kita CARI PASAL dgn kita membuatkan kita rasa nak sepak dan lempang dia tapi tak jadi lantas kita menenangkan diri kita dengan mengatakan... X PE..INI HANYALAH UJIAN... Pernah tak??? Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.... (2:286) sedar x kita setiap hari yang kita lalui adalah ujian?? yang kadang2 tanpa kita sedar menjadi cermin peribadi diri kita di mata masyarakat...

JAULAH PERKAHWINAN..

Image
"semoga Allah meredhainya...." AMARAN: POST INI MENGANDUNGI PERKATAAN SKEMA SESUAI AYAT KARANGAN.BERHATI-HATI KETIKA MEMBACANYA. Khamis, 3 Februari 2011. Pagi2 lagi, kedengaran suara meriah akhwat-akhwat di bumi UTP. Bukannya meriah ingin menyambut Tahun Baru Cina atau pulang ke rumah bercuti seperti pelajar university yang lain, tapi kemeriahan jaulah yang akan bermula sebentar lagi. Ya, jaulah yang membuatkan ramai akhwat tak tidur lena, tersenyum gembira dan bermacam-macam ragam yang kebanyakannya sangat teruja. Aku juga seperti mereka. Tidak sabar untuk mengembara ke utara.Dengan 4 buah kereta, D- Max, Toyota corolla ,Satria-Neo dan Kelisa, jaulah bermula jam 8.30 pagi, meluncur laju di jalan raya meninggalkan bumi UTP. jaulah bermula...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU EZAN

Image
"semoga Allah meredhainya...." ‘ Assalamualaikum cikgu ‘,kata Teacher Zaleha semasa berselisih denganku di hadapan bilik guru SMK Puncak Alam. Diakhirnya ada gelak ketawa nakal yg mengusikku. ‘Teacher! X baik taw kacau saya..segan saya..hehe..’,kataku kepada teacher yg pernah mengajar ak semasa form 2 n 3 dahulu. Lalu kami berdua ketawa. SMKPA yg nampak cam kilang..kilang ILMU la katakan. Segalanya bermula pada hari Isnin lalu, 10 Januari 2011, ketika aku melawat SMK Puncak Alam yang pernah menjadi tempat aku belajar dari tingkatan Satu hingga Tiga sebelum melanjutkan pelajaran di SBPI Gombak. Saat ak melangkah kaki di perkarangan sekolah,sayu dan rindu hatiku melihat murul2 yang menyambut pengunjung sekolah ini. Mural2 itu dibuat oleh aku dan rakan2ku dahulu. Hanya tinggal kenangan dan memori indah.