KETUKAN PINTU BILIK....

"semoga Allah meredhainya...."



walaupun kadang ketukan tidak dilayan, dibiarkan menunggu,namun bukan itu yg diharapkan. Hanya diharapkan redha Pencipta alam ini dan rahmatNya. Biarlah andai diri ini dicemuh atau difitnah, kerana bukan redha manusia yg didamba tapi redha Allah yang utama.

"dipetik dari http://theassimilator.blogspot.com/2011/06/lagi-dan-lagi.html"


"Assalamualaikum."

"Assalamualaikum, adik."

Berkali-kali pintu bilik itu diketuk. Tinggi harapannya agar penghuni bilik sudi membuka.

"Assalamualaikum." Ucapan salam kali ketiga. 
'Kalau tak buka jugak, takpelah. Lainkali aku datang lagi.' desis hatinya.


Kali ini kelihatan ada bunyi orang yang melangkah menghampiri pintu. Tidak lama kemudian, pintu bilik dikuak dari dalam. Penghuni bilik itu hanya menjengah melihat gerangan siapa yang mengetuk pintu malam-malam begitu.

"Kenapa kak?" dia bertanya dengan dahi berkerut. Mungkin tak senang kerana kerjanya terganggu.

"Tengah buat apa,dik? Jomlah, ada tayangan ringkas di floor atas. Dah nak mula ni."

"Ohh..Hmm..Takpelah kak. Saya tak pergi kut." pantas si penghuni bilik menolak ajakan.

"Sekejap je dik. Luangkan masa sikit je, ramai kawan-kawan ada kat atas." dia mengajak kali kedua. kali ini senyumannya melebar.

"Takpelah kak. Saya tak pergi." Lantas dia mengeleng kepala lalu menutup pintu.

...

Termenung dia sendirian di sebalik pintu. Dia faham. Hatinya terguris sedikit. Namun cepat-cepat dia mengukir senyum sendiri.

'Tak apa lah. Mungkin esok lusa dia datang.' hati kecilnya memujuk. nafasnya dihela panjang.

"Kadangkala ukhti, kita perlu jadi orang yang 'keras hati'. Maksudnya, kita kena tahan dengan karenah mad'u-mad'u kita. Mereka tak faham. Mereka rasa apa yang kita buat ni pelik. kita tak boleh putus asa. Tugas kita adalah terangkan kepada mereka apa yang sepatutnya mereka fahami. Jika setelah mereka faham, kemudian mereka menolak, itu terpulang kepada mereka atas pilihan mereka sendiri. Yang penting kita. Kita kena teruskan tanggungjawab kita terhadap agama Allah ini."

kata-kata salah seorang akhwat itu kena tepat pada dirinya. dia mengangguk mengakui.

Dia terlalu lemah. Baru saja ditolak sebegitu. baru saja ditunjukkan muka yang masam dan pandangan serong daripada mad'u. takkanlah itu pun nak putus asa.

"Astagfirullahal 'azim.." 
dia termenung sendirian. 

Apalah nak dibandingkan dugaan dakwahnya dengan dugaan dakwah Rasulullah.. tak tertulis seberapa jauh bezanya. satu sahaja yang perlu disemat dalam hati. Tingkatkan himmah. Tujuan kita adalah daie yang mengajak manusia kembali kepada Allah. Betulkanlah niat. Kita mengajak mereka kepada Allah. Jika mereka tidak menerima ajakan kita, doakanlah mereka menemui Allah melalui wasilah lain.




walaubagaimanapun, akhwat yg kucintai sekalian,janganlah kalian berputus asa dan futur, kerana masih ada hati yang mendahagakan majlis ilmu yang dipenuhi dengan keimanan, yang menanti utk diajak menuju ke jalan mardatillah.teruslah berbuat.

"Dipetik dari nota yg dikirim oleh seorang hamba yang ingin mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam dan mendekatkan diri denganNya.insyaAllah"

Ada hati yg sedang menunggu utk diketuk


Ketukan pintu bilik.......
Aku menolak satu ajak,
Tapi dia x gagal mengajak lagi,
Bicaranya lembut,
Aku kelu menolak lagi,
Dalam rasa berat aku pergi,
Berjalan aku menuju tempat bertemu,
Dalamnya berisi ilmu,
Pernah aku dengar kata-kata itu tapi hati ini tidak tersentuh sedalam itu,
Tapi ketika ini aku sendiri memegang ayat-ayat itu,
Ada aku dengar tapi x pernah aku fahami,
Ada aku faham tapi tiada keyakinan di hati,
Namun semakin aku memandang kembali diri,
Sebenarnya,
Ketukan pintu bilik ini benar-benar membuka pintu hati....Insya Allah....


"dipetik dari http://analyticalblue.blogspot.com/2011/07/cambahan-pahala.html"

Beberapa minggu yang lalu, saya mengikut seorang akhwat ke ta'limnya. Walau hanya sedikit yang hadir, akhwat tersebut tetap terus mengisi dengan penuh semangat dan yakin. Alhamdulillah. Bijak susunan ayat dan kata-kata yang dilontarkan dalam memberi kefahaman kepada mad'u tentang Islam.

Salah seorang mad'u yang datang, kebetulannya baru saja diajak semasa akhwat tersebut singgah sebentar dalam perjalanan ke tempat ta'lim yang telah dijanjikan. Alhamdulillah, Allah membukakan pintu hati mad'u tersebut untuk hadir.

Dalam ta'lim, saya lihat mad'u yang di'nasihati' rakan sebilik tadi, agak merangkak membaca Al-Quran. Walaupun begitu.. usahanya terus membaca selepas ditaujih memberi kesan di hati. Alhamdulillah. Moga semangatnya untuk terus mempelajari Al-Quran terus bersemi indah.

Hari ini, saya lihat.. mad'u yang hadir secara kebetulan tadi,yang merangkak bacaan Al-Qurannya ketika itu, masih istiqomah dalam tarbiyah. Alhamdulillah. Semangatnya untuk terus berubah membuatkan saya terharu. Mungkin kerana keikhlasannya meninggalkan karat-karat jahiliyah, keikhlasannya memperbaiki diri menjadi hamba yang dicintaiNya memberi kesan pada jiwa yang melihatnya.

InsyaAllah, pahala pada akhwat yang mengetuk biliknya tidak akan berkurang. Pasti akan terus bertambah dan bercambah.

Biarpun hari ini.. akhwat tersebut kecewa kerana mad'u-mad'u yang lain lari. Tapi, ingatlah ukhti.. yang seorang ini, doakanlah dia terus-terusan kerana setiap perubahannya mengalirkan pahala buat dirimu ukhti. Biarpun seribu yang diajak ke jalan Allah, berjuta yang lari, mungkin saja kualiti yang seorang ini mampu menyamai kuantiti mereka yang tidak mahu itu.

Biarpun lambat seseorang itu belajar, biarpun bertatih seseorang itu berubah, namun keikhlasannya yang murni mampu menjadikan dirinya jauh ke depan di sisi Allah berbanding diri kita ini.

Jadi, dengan langkahan istiqomah dan kuatnya iltizam kita.. teruslah memurnikan niat dan jernihkan keikhlasan kita kepada Allah agar diri kita sama-sama dapat menggapai tempat yang terbaik di sisi Allah. InsyaAllah.

Comments

  1. kadangkala, approach perlu ditukar... agar si pemilik hati berubah hati... Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  2. jika cara approach MENGETUK PINTU itu perlu ditukar mengikut fikiran anonymous, anda seorg sajalah yg menukar cara approach anda.

    insyaAllah, saya dan rakan2 seperjuangan TAKKAN BERHENTI DARI MENGETUK PINTU BILIK2 utk mengajak mereka kepada kebenaran, mengajak mereka bersama mencari mardatillah.

    kerana apa??

    kerana inilah sunnah Rasulullah. inilah yg dilakukan oleh Rasulullah dahulu dalam berdakwah. baginda mengetuk pintu2 di Mekkah, menyelak pintu2 khemah, utk menyampaikan ajaran Islam dengan lemah lembut dan rendah diri.

    jadi, mengapa kita yang mengakui sebagai DAI'E meinggalkan sunnah Rasulullah ini dalam berdakwah?? masakan kita mahu mengatakan keadaan zaman Rasulullah dahulu BERBEZA berbanding sekarang jadi approach dakwah sekarang perlu berbeza berbanding dahulu??

    saya tidak mengatakan approach yg tiada semasa zmn Rasulullah dan ada pada masa sekarang seperti televisyen,radio,blog adalah salah sekali dan menyimpang tetapi bagi saya mengatakan approach semasa zaman Rasullulah perlu ditukar pd masa sekarang adalah salah dan tidak wajar.

    tidak mengapa,bukan niat saya utk berdebat waima bergaduh di ruang blog ini kerana blog ini waddah saya utk berdakwah disamping berdakwah melalui aktivti2 lain terutama ketukan pintu itu.

    kepada anonymous,terima kasih atas masukan dan jemputlah ziarah blog hamka yg sgt bermanfaat ini http://keretamayat.blogspot.com/2007/01/siapa-benar.html
    dan semoga anon mengerti mengapa ketukan pintu itu sangat bererti buat saya, dan para akhwat ikhwah lain..wallahulam.

    ReplyDelete
  3. kepada sesiapa yg malas nak copy paste link hamka kat comment atas atau malas nak baca entry yg panjang2, xpe,ni ak tolong tunjukkan part yg korg kena baca yg relate dgn entry aku je la. apepun,afwan sebab bahasa blog ni memang ganas.yg penting korg dapat ibrah dan faham apa yg dibaca.
    -------------------------------------------
    (tulang belakang - dakwah)

    Bagi aku, jika korang rasa korang di pihak yang BENAR, maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar!! Inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!! Bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!! Bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri..

    Kalau korang just duduk bercakap berapi api kat majid ,balai raya, dalam hutan ke, dalam zoo, dalam gua, korang adalah tidak benar kerana bukan semua orang datang masjid, zoo, dan gua mengerti!!!

    Ok, baiklah, korang memang benar, segala hujah korang adalah benar, tapi korang tetap salah kerana tidak bergerak dari pintu ke pintu untuk menyampaikan kebanaran..

    Jadi kasalahan korang bukanlah kefahaman ugama Korang, tapi tidak bergerak dari pintu ke pintu itu lah punca segala keasalahan korang!!!!

    You are SELFISH man!!!

    Macam contoh, jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh! Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
    Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..

    Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
    Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
    Korang cakap; Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
    Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)

    Dah dah tu, aku tak akan ikut korang yang tak bergerak dari pintu ke pintu kerana bagi aku korang dah tak ikut sunnah Nabi dalam berdakwah, tak kira macam mana canggihpun zaman, bila bomba nak runtuhkan bangunan, maka ahli bomba itu akan pergi setiap pintu ke pintu untuk memastikan semua orang dah keluar, begitulah dakwah para nabi dan rasul, mereka akan pergi ke setiap pintu manusia, nabi Nuh a.s bagitahu pada semua orang, banjir besar akan datang..,
    Kalaulah setiap kali dari bekas tapak kaki Nabi berjalan itu dapat tumbuh rumput.., maka seluruh Mekkah dan Madinah akan penuh dengan rumput kerana Nabi SAW sendiri selama 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari hati ke hati.. dari rumah ke rumah , dari kabilah ke kabilah..

    Tapi korang hari ni just ceramah kat masjid dan rasa selesa serta rasa diri sendiri masuk shurga,,wah wah wah.., begitulah ummat, pergilah jumpa aku dan pujuk rayu aku supaya kembali kepada Allah,

    Bertaubatlah wahai para pendakwah yang tak ikut cara Nabi, kembalilah kepangkal jalan, setakat pergi 5 tahun sekali bila tiba pilihan raya baik tak payah.., siapa tuduh orang islam sebagai orang kapir, maka kapir itu akan kembali kepada dirinya sendiri,

    Ibrahim adham seorang wali Allah yang terkenal tinggalkan kerajaan dan pangkat dia untuk sempurnakan iman, korang pulak bercita cita untuk dapatkan kerajaan untuk sempurnakan iman? Boleh ke lagu tu? Sama ada korang yang tak faham ugama atau Ibrahim adham yang tak faham ugama?

    Dakwah adalah tulang belakang Ugama, tanpa dakwah ugama akan lumpuh, dan ugama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana aku dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW..isk..isk.., sedang orang murtad berbondong bondong…,

    End!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....