TINTA UNTUK SI DIA YANG KUCINTA
"semoga Allah meredhainya...." Bila berkata soal cinta, semua pernah merasainya. Cinta kepada jantina berlawanan. Merasai aura luar biasa tatkala mata bertemu mata dan bertukar senyuman. Semuanya dirasakan indah dan hari2 yang dilalui dirasai sangat bermakna dengan hadirnya insan yang dikasihi di sisi. Ada yang sanggup mengubah penampilan dan watak semata-mata ingin dicintai dan dapat memiliki hati si dia. Kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja hatta perkara yang tak tercapai dek akal sekalipun. Itulah kuasa cinta, dan sesiapa yang merasainya pasti memahaminya. Dan apabila cinta itu berpaling arah, cinta yang dipertaruhkan musnah dipertengahan jalan, sang manusia menjadi tidak tentu arah. Manusia menjadi alpa akan segala-galanya melainkan cinta. Ada yang menangis, ada yang menjerit dan pelbagai tekanan perasaan melanda tatkala cinta suci yang diyakini akan kekal dan diimpikan indah itu menjadi sebaliknya dek kerana halangan-halangan yang melanda sep...