THIS IS JUST A "TEST"................I'M JOKING!!!!

"semoga Allah meredhainya...."

Pernah tak rasa mcm satu hari tu penuh dengan MASALAH yang bertimpa-timpa dan membuat otak serabut lantas kita menenangkan diri kita dengan mengatakan...

X PE...INI HANYALAH UJIAN....

semakin dekat kita padaNya, semakin kuat badai melanda.


Pernah tak satu hari tiba2 kawan kita CARI PASAL dgn kita membuatkan kita rasa nak sepak dan lempang dia tapi tak jadi lantas kita menenangkan diri kita dengan mengatakan...

X PE..INI HANYALAH UJIAN...

Pernah tak???

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.... (2:286)

sedar x kita setiap hari yang kita lalui adalah ujian?? yang kadang2 tanpa kita sedar menjadi cermin peribadi diri kita di mata masyarakat...





*******************  **  ************************
DI BILIK KULIAH ACADEMIC WRITING.....

"ok, i want all of you to discuss in group about this nanotechnology.....bla..bla..." kata Miss Gail , pensyarah AW.

Siti yang dari meja bulat depan, berjalan ke meja asalnya bersama kami di belakang. selepas menghenyakkan punggungnya di atas kerusi, soalan terus terpacul dari kami..

' Miss Gail ada cakap mcm mana nak buat benda ni x??" tanya Farah.

'Entah..dia x explain...'jawab Siti.

Tiba2, seorang lelaki berkulit hitam(foreigner) jalan kat meja kitorang, terus tarik kerusi dan duduk di antara Siti dan Farah. Semua terkejut dan pelik.

'apahal mamat ni menyibuk kat sini??'kataku di sudut hati.

Mamat tu terus pandang kat Siti dan tnya..

'Would you teach me mathematic??'

Siti membulatkan matanya. menjerit NOOOO lalu mengangkat kaki dan lari..mcm orang kena sampuk!

dan kami di meja yang menyaksikan 'drama sebabak' berasa pelik bin ajaib. lantas aku pun tanya mamat foreigner kat depan aku yang aku agak dari Sudan atau Africa..

'what's wrong???'

lalu, mamat ni menjawab. 'you know, i ask her to teach me math. but she refused.'

'la, nak mintak ajar math(differentl equation)?? ape la mamat ni, geng2 dia kan ada..tanya la geng2 dia...tapi klu aku suruh dia mintak tolong kawan2 dia, nnti dia cakap orang malaysia ni pemalas, x suka tolong orang...ish..yang dia nak mintak tolong skang apahal??mintak tolong kat pompuan melayu plak..nape tak mintak kat budak  laki??musykil2..skang kul 12 t/hari..kul 5ptg nnti ada test math.. orang nak test, dia baru nak mintak ajar..ape da...'bisikku dalam hati.

'she said that i'm not proper. i don't understand.'mamat tu menyambung.

'she said like that, because she want you to ask lecturer, not her. and because it's not PROPER TIME to ask for help as we have the test this evening. ' Farah memback up Siti.

'but she should not said like that. she should help me!' nada mamat tu semakin tinggi.

'NO! u have to understand. we need time for ourselves to revise!' Farah membalas.

'Ok. If I ask you to help me to teach me in math, would u help me??' tanya mamat tu pada Farah. owh, Siti dah lari, Farah jadi mangsa lak.. kesian~

'No! just like I told u just now. u are not in proper time to ask for help!' jawab Farah tegas.

aku yang menyaksikan pertelingkahan ni rasa kesian plak kat mamat ni..alahai mamat ni..dah taw x pandai, mintak la tolong awal2 jangan la mintak tolong last minute orang nak test..yang Siti ni pun gi lari apasal.. tolong je la mamat ni..kesian dia...aduhai~

adakah kita akan 'menekan' butang2 ini??


Tiba2, mamat ni point kat aku. dia tanya aku.

'if I ask you to help me. will you help me??' dia tnya soalan yang sama kat aku.

aku angkat kening(cheh,  buat2 terkejut)..lalu ak menjawab..

'well, no problem for me. but not only both of us. as i want to study together with my friends at library, i think u can join us, do the exercise with us, and if u have problem with the question i will help you.'

ala, x pe la..kang aku cakap x leh kang..cam PENTINGKAN DIRI lak..wat malu MALAYSIA je..eh tak, buat malu ISLAM je..

'so, will  u help me??'tanya mamat ni sekali lagi kat aku.

'just like I told you..yes, but not only you n me! join with my friends..' aku cuba clearkan kot2 dia tak faham.

dia pun pandang kawan aku kat tepi aku, Tijah.

'if I ask you to help me. will you help me??'tanya mamat ni pada Tijah.

'erm....hmmm'  Tijah senyap. muka dia menunjukkan tak berminat. tapi perkataan NO tak terkeluar dari mulut.

ye la, memanglah..bayangkan kelas masa tu habis kul 12 t/hari. nak lunch lagi....pastu kul 1-3 petang ada LAB PROGRAMMING....pastu kul 5ptg dah test..time bila je pun nak ajar mamat ni..klu pas kul 12 t/hari, alamat tak lunch la..klu pas kul 3ptg, x dapat la nak revise sendiri2. entah la, aku pun tak taw nape ak cakap yes.tapi, cam aku cakap , kesian kot kat mamat ni klu xde orang ajar dia..if dia dapat kosong dlm test, kesian kot.at least bila ajar dia w/pun satu jam n dia dapat 10 markah pun kira ok la kan??

sekarang ni mamat ni DIREJECT 3 ORANG (Siti, Farah, dan Tijah) dan DITERIMA SEORANG (ak la tu)...

dengan muka hampa n kesal dia cakap...

' come on..you are ISLAM N MUSLIM right?? this is not what islam teach us!'

ak terkejut... la, mamat ni islam ke?? ak ingat kristian...

' our prophet has said, 'love you brother, just like you love yourself! why don't you practice it??'

wow!! hadis 'sayangilah saudara mu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri!' ... siot..kan dah kena...cam ceramah la pulak mamat ni.

kawan2 aku lain yang pandang dia buat muka bosan bila dia ckp pasal islam, hadis, pastu cerita pengorbanan Abu Bakar, Umar..etc..

ok, kita ckp pasal MATH!!! ckp pasal SEBAB X DAPAT NAK AJAR DIA! bukan cakap pasal islam, hadis, pastu cerita pengorbanan Abu Bakar, Umar..etc..

'u have to understand! just like i said,  it's not in proper time n we are busy right now!'

 Farah menegakkan hujah dia. bengang bila kitorg dilabel tak menghayati ajaran islam, tak mengamalkan hadis, tak seperti sahabat2 Rasulullah dalam berkorban.

'but why she can teach me??' mamat tu bertanya pada Farah dan menunjuk padaku.

aku dah cuak. ok, aku benci org gaduh sebab aku.(cheh, bajet hot)..

Farah terdiam.

' but for your information, we will have lab programming after this. as u do not take the programming for this semester, u have much time to revise this evening! not like us.our schedule is pack! '

 Farah membalas kembali. memberi reason mamat ni x de lab n kitorg ada lab before test memang munasabah la juga n reason kukuh nape x leh ajar dia.

' but, she also have lab programming after this! why she can help me??' mamat tunjuk kat aku sekali lagi. rasa tak puas hati dengan penjelasan Farah.

'eh, mamat ni x faham ke??org dah x nak ajar dia, x nak ar..nak paksa2 plak!' kata kawan aku di belakang dalam BM yang x difahami mamat tu.

'ok, never mind. now, i can say dat this girl has more iman than others.' kata mamat ni menunjukkan pada aku ke3 kali.

aku terkejut! terbeliak mata aku.

'NO!!! you cannot judge people like this!!!' ak membantah. walaupun dia cakap iman aku lagi tinggi dari yang lain, tapi bg aku dia x layak utk judge org mcm tu n semestinya perkataan dia buat org lain terasa. mana dia tahu iman aku lagi bagus?? siapa la yang lagi layak tahu selain Allah.

sume muka marah. aku pun nak marah kat mamat ni bila dia kaitkan IMAN. perkataan ni subjektif utk sume org.

'ok, if you want me to teach me, I will teach you after this at library. just join my freinds. we will study together and I will help you if u have probelm.ok??'

aku berharap keadaan tegang ni akan berakhir cepat. bila dia jawab soalan aku ni, ak rasa dah bleh leraikan ketegangan ni. tak yah nak bising2 lagi.

mamat ni menjawab..

'no, it's ok..i just want to "TEST" all of you..that's all..actually, i just want to see whether you all will help me or not.."

Sume terkejut.. ak yang ada kat situ rasa nak jatuh,..rasa nak nangis...

'Ya Allah, 'test' dari seorang hambaMu kepadaku ni sangat2 hebat.'

mesti aku akan malu kalau aku cakap x nak tolong.

tanpa kte sedar, kadang2 pertolongan orang lain terhadap kita di saat kita susah, sebenarnya UJIAN dari Allah.

'are you kidding??' aku bertanya sekali lagi.

'serious...it's jest a "test"...i'm "joking".." katanya dan berlalu pergi.

aku menjerit ke arahnya dari belakang. ' "NICE" "joke" man!!" walapun dalam hati dah nak nangis. entah la. susah nak gmbrkan perasaan aku..

aku berjalan pulang dng kawan2 aku. pastu aku dengar sorg kwn ak cakap..

' ala, entah2 dia nak cover malu sebab org tak nak ajar dia math, jadi dia pun cakap dia saje nak test kita.."

biarlah..bagi aku, mamat foreigner negro ni dah ajar aku sesuatu yang penting. kadang2 kita lupa kita sedang diuji. kita biarkan nafsu menguasai diri tanpa memberi ruang pada iman dan akal utk membimbing.
 kita berat untuk berkorban di jalanNya sedangkan nikmat yg kita perolehi tu  adalah nikmatNya. astagfirullah...

HIDUP INI ADALAH UJIAN....

hayati dan fahami...




Comments

  1. ezan..mgkin pe yg berlaku kt ko, de mesejnyer tersendiri..
    wallahualam.. =)

    ReplyDelete
  2. menarik.sangat.

    hm, nice joke man!

    ReplyDelete
  3. violet: a'ah..mesejnya pada aku sgt mendalam.

    analytical_blue: wa'salam. memang "nice joke" pun.

    umat Muhammad: he is 'pelawak antarabgsa'..

    ReplyDelete
  4. 'test' yang sgt susa....ak rase maybe kalo aritu ad test, possibly ak pon tolak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....