AISHITERU (AKU MENCINTAIMU)
"semoga Allah meredhainya...."
BERJUMPA 'KAWAN' LELAKI YANG ISTIMEWA
AISHITERU!
DETIK YANG DINANTI...
SEMOGA CEPAT SEMBUH
Cuma, mama masih belum pulih sepenuhnya. Aku mengerti, dia menerima qada' dan qadarNya dengan redha, tapi dia masih belum boleh melupakan kenangan bersama arwah lebih-lebih lagi arwah selepas habis belajar di Lumut mengambil keputusan untuk tinggal bersama mama di rumah, dan berulang-alik dari tempat kerjanya di Pelabuhan Klang.
AISHITERU (ALLAH)
BERJUMPA 'KAWAN' LELAKI YANG ISTIMEWA
'mama,kakak nak pergi rumah 'kawan' kat Fasa 1' kataku kepada mama suatu hari.
'lama ke kakak pergi?naik kereta ye?' tanya mama sambil mencengilkan kepalanya dari bilik air.
'x lama. Kejap je. a'ah,naik kereta..pinjam ye kereta mama', pintaku sambil mengambil kunci kereta mama yang tersangkut di dinding tanpa menunggu jawapan mama yang sudah ku tahu.
'okey..jangan lupa balik awal sebab petang kamu dah nak balik UTP',jawab mama sambil meneruskan urusan membasuh pakaian di bilik air.
Dalam perjalanan, perasaan aku bercampur baur ingin menemui 'kawan' ku itu. Ada sedih, ada gembira, semuanya bercampur baur sehingga sukar kupastikan dan kunukilkan. Radio ku pasang untuk menyurutkan perasaanku ini. Semua nombor ku tekan dan radio IKIM tidak kutemui.
'Adoyai, ke mana sih kamu radio IKIM?'aku bermonolog.
Setelah pencarianku tidak membuahkan hasil, aku mendengar stesen radio HOT F.M yang sedang mengutarakan lagu raya. Seterusnya lagu 'Aishiteru'. Lagu 'Aishiteru' nyanyian Zivilia band yang berkumandang sepanjang perjalanan ku ke Fasa 1 ku layan dan ku amati liriknya.
'walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a..a..aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayalah kesetiaan ini
Pada ketulusan Aishiteru'
Mengalir air mataku saatku amati lirik chorus lagu ni. Wah, sangat2 menusuk kalbu dan bersesuaian dengan diriku. Sesuai ke? Ntah la. Aku tak pasti.
'Ish2..ape la Ezan..nangis baca ayat Al-Quran tak pe la jugak..ni lagu Aishiteru...ntah pape ntah...'aku mengutuk diri walaupun air mata tetap mengalir di pipi.
Esak tangis tak mampu tertahan lagi. Insan yang sangat ku sayangi dan cintai bakal ku ketemui. Teringat aku pada mesej rakan baikku masa sekolah dulu, Hafizah yang dihantar kepadaku kelmarin.
'Ish2..ape la Ezan..nangis baca ayat Al-Quran tak pe la jugak..ni lagu Aishiteru...ntah pape ntah...'aku mengutuk diri walaupun air mata tetap mengalir di pipi.
Esak tangis tak mampu tertahan lagi. Insan yang sangat ku sayangi dan cintai bakal ku ketemui. Teringat aku pada mesej rakan baikku masa sekolah dulu, Hafizah yang dihantar kepadaku kelmarin.
'Ezan, kalau ko dengar lagu Aishiteru, gerenti ko menangis dowh..tangkap masyuk punya boleh buat air mata meleleh..muahaha' ---> sent by Hafizah to Ezan
' Oh yeah??lagu buat hingus meleleh ada x?' ---> sent by Ezan to Hafizah
'Cis, keparat ko Ezan. Gonceng punya makhluk. Aku bagitahu kat pakwe ko yang ko pengotor tahap gaban nak mampos tahap cipan nak beranak!!' ---> sent by Hafizah to Ezan
'Amboi2..bahasa sesedap rasa ye..cili kang mulut tu...Bagitahulah.. Aku tak takut..Aku tak kisah =) ' ---> sent by Ezan to Hafizah
'Jap..ko mana ada pakwe. -_-'' CIS!! ' ---> sent by Hafizah to Ezan
'Booo…k,nak chow..salam~' ---> sent by Ezan to Hafizah
Aku tersenyum sendirian. Radio ku matikan seusai lagu Aishiteru habis dan bersambung dengan lagu All or Nothing at All oleh kumpulan O-Town. Aku mencuri pandang pada jam tanganku. 10.30pagi.
'owh,baca mathurat! Nasib baik sempat' getusku dalam hati. Lantas mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir susunan Hassan Al-Banna itu.
Keretaku meluncur laju di kawasan perumahan Fasa 1. Tempat yang dituju semakin menghampiri. Kerinduan semakin menusuk dalam diri dan perasaan tidak sabar semakin tinggi untuk aku katakan pada 'kawan' ku yang aku sangat merinduinya dan menyintainya.
'Woha, dah sampai!' hatiku menjerit kegembiraan walaupun disudutnya ada terselit kedukaan,kerinduan, dan bermacam-macam perasaan. Lantas, kereta ku parkirkan di bawah pokok kelapa sawit yang berhampiran agar redup sedikit.
'Assalamualaikum',salamku beri pada 'kawan' dan rakan-rakannya.
Aku berdiri di hadapan 'kawanku'. Aku tersenyum. Senyuman yang paling sweet aku berikan pada lelaki special ini.
Senyuman yang diukir di bibir semakin pudar. Mata tiba-tiba rasa berangin dan tiba-tiba air mataku mengalir. Dadaku teresak-esak.
'Ya Allah,apasal aku ni??' marahku pada diri lantaran perubahan perlakuan diriku terutama di hadapan 'kawan' ku ini.
Menarik nafas, aku mencari kekuatan. Tanpa dijemput, aku duduk di atas kerusi batu yang tersedia. Mataku tak berkedip memandang 'kawan' ku itu.
'Hari ni...aku dah nak balik UTP.. Aku balik kejap je..cuti 4 hari je..'kataku pada 'kawan' ku di awal perbicaraan. Dada semakin sesak tak tertanggung rasa. Ya, Allah bantulah hambaMu ini. Berilah ketenangan kepadaku. Aku meneruskan bicara tanpa dipinta.
'so far, hidup skang ok je..macam biasa je..Next week aku dah nak final exam..cuak gila babeng dowh..tapi hari tu kt kampung Abang Nabil ada bagi tips2 utk tiru dalam periksa..sangat berkesan tapi tak berguna..hehe..Erin baru abes periksa kt UPNM taw..adik Eman pun sama..tapi CGPA dia not bad la..dengar kata bleh lompat gi MRSM Bitara kalau dapat straight A PMR..entah la...Ajim….owh,dia dapat nombor 7 tapi ko tahu tak dia tak tahu lagi naik moto walaupun dah Form 1!! Semua ok je.. Hidup cam bese..Mama pun rindu ko taw..Bila la kita bleh jumpa ye? Hehe..'aku kehilangan kata.
Kedua-dua tapak tangan ku tekupkan di pipi dan menariknya ke bawah.
'Ok, tak tahu nak cakap apa da..'aku bermonolog.
Suasana sepi buat beberapa ketika.
'lastly, before aku balik UTP, aku just nak cakap aku rindu, aku sayang ko sangat2' kataku dan air mata terus deras mengalir di pipi. Cepat-cepat ku lap air mataku di pipi.
'Astagfirullah..'aku beistighfar. Aku melangkah ke kereta dan mengambil sebotol air kosong dari dalam but menuju ke 'kawan'ku.
'Semoga ko ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, diampunkan dosa oleh Nya dan tenang di alam sana' kataku sambil menyiram pusara 'kawan' ku yang juga merupakan abangku yang meninggal 3 bulan yang lalu.
Dia lah abang, dia lah teman, dan dialah kawan ku semasa dia hidup. Terlalu banyak kenangan antara aku dan dia, yang menjadi memori indah dan duka dalam diriku.
Dia lah abang, dia lah teman, dan dialah kawan ku semasa dia hidup. Terlalu banyak kenangan antara aku dan dia, yang menjadi memori indah dan duka dalam diriku.
Seusai matahari memancarkan cahaya teriknya, aku meninggalkan kawasan itu. Membawa seribu rasa di jiwa sehingga tak terlafaz dek kata. Apatah lagi saat bermuhasabah diri mengingat mati tidak kenal usia. Sungguh, kita semua akan mati dan kembali pada Pencipta. Teringat aku pada hadith yang pernah diberikan oleh Hafizah dahulu semasa aku tingakatan 3. Katanya, kakak usrah yang memberinya semasa mengisi usrah tentang mengingati mati.
Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia):
Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat.
Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya:
Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat.
Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya:
Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.(Hadis riwayat al-Tirmizi)
'Uish..takutnya..,'aku bermonolog sendiri.
Sampai aku di rumah, aku berikan salam dan disambut oleh mama. Mama sudah bersiap untuk menghantar aku ke UTP. Mama ada urusan jadi mahu menghantar aku awal.
'Sudah pulang dari rumah kawan kat Fasa 1?' tanya mama kepadaku.
'Dah..'jawabku berbasa-basi sambil menyangkut jaket di balik pintu.
'Owh, kawan tu sapa nama dia Ezan? Tak pernah pun kakak cerita pada mama kakak ada kawan kat sana..Dia sekarang belajar kat mana?' tanya mama panjang lebar ingin tahu.
'Owh,'kawan' tu dah lama kakak kenal. 'Kawan' lama tu…'jawabku sebak sambil melipat-lipat baju dan mengelak untuk bertentang empat mata dengan mama.
Bukan ku tidak mahu mengatakan yang benar, namun kondisi mama yang masih mengingati arwah dan merinduinya sangat-sangat masih tinggi. Mama pernah cakap padaku yang kadang-kadang kalau teringatkan arwah abang, mama pun nak mati jugak,nak ikut arwah. Jadi, sepanjang aku di rumah, aku cuba menyibukkan mama dengan mengajaknya keluar rumah, berjoging,ziarah saudara-mara, dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Alhamdulillah, setiap petang dan malam pula, mama akan ke rumah nenek berdekatan untuk belajar mengaji dan ilmu-ilmu agama lain.
Cuma, mama masih belum pulih sepenuhnya. Aku mengerti, dia menerima qada' dan qadarNya dengan redha, tapi dia masih belum boleh melupakan kenangan bersama arwah lebih-lebih lagi arwah selepas habis belajar di Lumut mengambil keputusan untuk tinggal bersama mama di rumah, dan berulang-alik dari tempat kerjanya di Pelabuhan Klang.
Arwah pernah cakap, dia nak temankan mama memandangkan abang-abang lain sibuk bekerja dan adik2 nya kini di universiti dan belajar asrama. Arwah la yang menjadi teman sembang mama di rumah, arwah la yang baiki kereta mama rosak, arwah yang tolong hantar dan ambil adik bongsu dari sekolah berdekatan rumah, arwah la yang jadi teman di meja makan kalau adik bongsu ke sekolah, arwah yang akan ke kedai beli barang dapur dan lain-lain. Aku berdoa, mama akan pulih segera dan sepenuhnya. insyaAllah.
'mama, nampak tak stoking hitam kakak yang kakak pakai semalam?' tanyaku cepat-cepat untuk mengubah topik perbualan dan mengelakkan mama bertanya lebih lanjut perihal 'kawan' ku itu.
'mama dah masukkan dalam beg kamu tu. Kat tempat kecik tu.' jawab mama sambil menunjukkan poket kecil beg tersebut.
Handphone ku berbunyi menandakan mesej masuk. Mesej dari Hafizah ku buka.
Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati. (Hadis riwayat al-Tirmizi). Ni aku dapat masa pengisian daurah kt tempat aku semalam. Saja nak share,hope bermanfaat. =) --->sent by Hafizah to Ezan.
'thanx.. Dan mengingati mati adalah cara terbaik menasihati diri =) ' ---> sent by Ezan to Hafizah
'Ezan, sorry dowh.. Aku tak patut bagi ko benda2 merepek hari tu. Sorry ye.. '--->sent by Hafizah to Ezan.
'Sorry? What for? ' --->sent by Ezan to Hafizah
'Aishiteru der..'--->sent by Hafizah to Ezan.
'Owh, nvm.it's ok..ak dah dengar dah..'walau hati kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat'… =)' --->sent by Ezan to Hafizah
'Wooo...ni untuk aku ke? Janganlah terus terang sangat. Malu eden..huhu' --->sent by Hafizah to Ezan
'kalau ko nak pun bole… but, I dedicate the phrase special for my late brother la.. ;')..' --->sent by Ezan to Hafizah.
'oh,sorry dear..meh ak tambah sikit..
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan ingatlah ma..a..ti
Motivasi yang terbaik untuk diri
Dari tipuan dunia ini
Percayalah janji Tuhan Satu
PadaNya Aishiteru.
Ezan,
Cinta pada manusia, dia akan mati,
Cinta pada Allah, Dia kekal abadi.
---->sent by Hafizah to Ezan
' thanx for the nice lyrics =) really appreciate dat.. And 4 the reminder,thanx a lot too.. Dan aku menyintaimu dan menyayangimu kerana Allah..'--->sent by Ezan to Hafizah.
'bertemu dan berpisah kita kerana Allah.. =) '--->sent by Hafizah to Ezan
'Aishiteru Allah! '--->sent by Ezan to Hafizah
CINTA.. bukan kata NAMA, tapi kata KERJA yang perlu dizahirkan melalui perlakuan. sejauh manakah perlakuan kita membuktikan CINTA kepada pada PEMILIK CINTA YANG AGUNG. sama-sama kita bermuhasabah diri kita yang sememangnya ketandusan CINTA dariNya..
![]() |
| cinta yang tidak pernah menipu dan mengecewakan |
CINTA.. bukan kata NAMA, tapi kata KERJA yang perlu dizahirkan melalui perlakuan. sejauh manakah perlakuan kita membuktikan CINTA kepada pada PEMILIK CINTA YANG AGUNG. sama-sama kita bermuhasabah diri kita yang sememangnya ketandusan CINTA dariNya..


cerita ni based on true story ke?
ReplyDeletekalau ye, salam takziah buat anda.
lagu yg digubah tu sangat menarik!
boleh mohon copy?
ada la based story n diedit skit2 yg seswai mengikut keadaan. thanx..boleh je copy,silakan..
ReplyDelete