ES'NANASS STILL IN MY MIND...
"semoga Allah meredhainya...."
"Ok, it's time for party tomorrow!!!" jeritku pada geng Es'Nanass yang lain seusai peperiksaan PMR tamat.
"Aku cadangkan kita buat Pot Luck! Well, setiap orang bawa makanan yang dimasak banyak2 n bawa ke rumah Shahirah. Setuju???!!!" tanya Adibah excited giler dengan party yang akan berlangsung esok.
Setuju!!!!! Jawab ahli kumpulan Es'Nanass yang lain.
"Pukul 2-5ptg. After sekolah and before parents aku balik keje kan??" tanya Shahirah atau dikenali sebagai Shirah ingin kepastian.
"Yup! Ok, camni, Shirah, ko settlekan penempatan. Sukati ko la nak wat kat ruang tamu o bilik ko ke..Kau uruskan ye. Wani, ko settlekan flow aktiviti. Buat la aktiviti apa2 yang menarik dan yang ko rasa best. Aku akan uruskan pengangkutan korang ke umah Shirah. Mak aku ok je kalau nak pungut korang dari rumah ke rumah tp aku rasa baik kita direct dari sekolah terus ke rumah Shirah. "kataku.
"Yang lain leh tolong Wani bincang aktiviti. Maybe this is our last party, kot2 pasni sume dah berpindah sekolah lain. So, let's have fun girls!! Tomorrow is the day!! " sambungku yang mulanya memberi pengarahan kepada ahli kumpulan dan diakhiri dengan kata-kata semangat. Sesungguhnya, aku sendiri tidak sabar menantikan matahari esok terbit dan jam menunjukkan pukul 2petang.
ES'NANASS. Kumpulan yang dibina semasa aku tingkatan 3. Pelbagai kenangan yang terlakar antara kami semua. Nama kumpulan ini bukan nama buah nanas atau yg sewaktu dengannya tapi merupakan akronim daripada ahlinya, Ezan(Aku), Shahirah,Najwa, Adibah, Nukhbah, Amy, Syazwani,Siti radhiah . Awalnya(semasa Darjah 6), kumpulan ini dipanggil SEA gandingan Shahirah, Ezan (Aku), dan Adibah. Namun, saat kaki ini menginjak ke alam persekolahan menengah, kami bertiga berjaya mengajak kawan2 rapat yang mempunyai fahaman dan ideologi yang sama. Akhirnya, terbinanya Es'Nanass.
Namun, itu hanyalah cerita 4 tahun yang lepas, tika umur aku dan mereka mencecah 15 tahun. Saat kaki menginjak ke Tingkatan 4, aku berpindah ke SBPI Gombak. Yang lain masih meneruskan sisa baki pelajaran menengah di SMK Puncak Alam. Cumanya, Adibah berpindah ke Kelas Akaun walaupun mendapat straigth A dalam PMR. Katanya, dia lebih meminati akaun berbanding sains. Perpecahan 2 ahli kumpulan menyebabkan hubungan tidak seperti dulu. Masing-masing sudah sibuk dengan urusan masing-masing. Masing-masing sudah ditimbuni kerja sekolah yang tidak sudah-sudah menyebabkan jarang untuk bersua dan bertanya khabar.
Kini, usia persahabatan aku dengan Adibah dan Shahirah mencecah 7 tahun manakala yang lain menjangkau 5 tahun.
Rindu?
Menipu jika aku menafikannya. Bohong jika aku cakap aku langsung tak ingat mereka waima sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.
Maaf, jika aku menyuarakan, berapa banyak di antara kita yang masih bertegur sapa dengan rakan-rakan yang pernah rapat dengan kita suatu ketika dahulu?
Berapa ramai yang masuk di universiti dan punyai rakan baik di U, kian melupakan rakan-rakan di sekolah dahulu?
Berapa ramai yang sudah ditarbiyah kini, kian pudar ingatannya pada mereka dahulu yang pernah bertepuk tampar dan bergelak ketawa?
Kepada mereka yang berubah, yang menjadi lebih baik saat di universiti selepas disentuh tarbiyah, pasti ada kenangan dengan insan-insan yang digelar sahabat ketika di sekolah dahulu. Semua orang pasti begitu, tiada yang hidup menyendiri. Yang membezakan antara kita dengan yang lain, mungkin insan-insan itu lebih nakal dari biasa, lebih dashyat jahiliahnya dari yang lain. Kesibukan kita dalam berdakwah atau menebarkan kebaikan kadang-kadang merenggangkan lagi hubungan kita dengan mereka.
Aku bukan nak marah pada sesiapa yang dah lupakan member dulu.
Aku bukan nak nasihat pada sesiapa yang dah tak tanya khabar geng2 korang dulu.
Lantak korang la sebab tu member korang. Eh.
Tapi, aku berharap dan menasihati diri aku ni agar hubungan aku dengan kawan2 lama, tak terkubur begitu sahaja gara2 kemalasan aku bertanya khabar, kemerajukan aku kerana tak ditanya khabar, atau keperasanan aku yang sibuk setiap hari mengalahkan Najib Perdana Menteri.
Aku berharap hubungan aku dengan mereka terjalin mesra, lebih rapat dari biasa dan dahulu kala walaupun semua tercampak di penjuru Malaysia dan jarang bersua.
Aku berharap kawan-kawan aku dulu pun ditarbiyah di tempat mereka. Semoga Allah membuka hati mereka menginginkan kebaikan, mendambakan isian rohani yang membahagiakan, dan mencari redhaNya. Aku tidak kisah jika mereka ditarbiyah oleh jemaah Islam lain seperti Ikram, Isma, Abim, Pembina, 'tidak bernama' mahupun RM, oh biarlah sesiapa pun yang menarik mereka, asalkan untuk kebaikan, sebab aku tak mampu nak bawa mereka sorang-sorang, maka sebab itulah kepelbagaian jemaah itu satu rahmat dan tiada istilah legal atau tidak!
Sesungguhnya anda tidak memerlukan cop rasmi orang besar untuk berdakwah kerana Yang Maha Besar sudah menyuruh melakukannya dan Dia tidak menyatakan langsung dalam ayat-ayatNya yang anda perlu legal untuk masuk syurgaNya. Maka sesiapa yang claim "illegal committee is forbidden here", saya sangat kesian dengan anda kerana terlalu sibuk atau tiada masa utk mencungkil kebenaran yang sepatutnya!
Saya lagi kesian kepada mereka yang menyebarkan fahaman kepada mereka yang naïve atau innocent bahawa jemaah mereka sahaja yang benar dan legal. Moga kita sama-sama meluruskan niat bahawa kita menarik mereka kepadaNya, bukan kepada jemaah kita. Allah itu adalah matlamat, jemaah itu adalah alat, jangan sampai tertukar 2 perkara ini dalam berdakwah. Bahaya! Dakwahlah berlandaskan AQ dan Sunnah, insyaAllah tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah tips yang diberikan oleh Rasulullah.
Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (4:59)
Berbalik kepada rakan-rakan sekolah dahulu, teringat aku pada Adibah, salah seorang member Es'Nanass yang melanjutkan pelajaran di Kolej Mara Banting (known as Kolej Maha Busy). Alhamdulillah, kalau dulu dia seorang yang sepertiku, disaluti dan dibaluti Jahiliyah, kini dia juga seakan sepertiku, sedang menapak di jalan tarbiyah dari jemaah yang berbeza. Perubahannya sungguh menggembirakanku dan bait-bait perkataan yang keluar dari perbualan kami berdua lebih kepadaNya dan rimbun-rimbun dakwah yang dibawa, serta cabaran masing-masing utk bertahan di jalan yang payah ini.
"Ezan, mesti Ezan tahu yang kita nak mengajak kebaikan dan kepada Allah ni bukan untuk kita sahaja kan?? Kebaikan ini perlu disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan, betul tak?" tanya Adibah semasa dalam perjalanan pulang.
"Oh, mestilah. Takkan nak masuk syurga sorang2 kan? Semua orang berhak untuk disentuh tarbiyah." jawabku irngkas.
"Jadi, harap kita berdua dapat tarik kawan2 kita Es'Nanass lain kepada Allah. Takkan kita berdua je dalam kumpulan nak jadi baik. Diorang pun perlu ditarik bersama, lagi2 bestfriends kita." kata Adibah menyebabkan aku tersentak.
Tak sangka sungguh jauh pemikirannya. Di saat kami berdua rancak berbincang tentang mad'u yang dibawa, karenah mad'u yang kadang-kadang menyesakkan jiwa, aku lupa dengan mereka yang sangat rapat dengan kami berdua. Mujur Adibah menyedarkan aku, mengingatkan kehadiran mereka yang pernah bertandang di benakku dan kini aku akui semakin pudar kehadirannya kerana kurangnya hubungan antara kami semua.
Ya Allah, Sungguh indah percaturanmu dalam hidupku.
"InsyaAllah, ini adalah misi kita berdua. Satu misi mendakwahi rakan baik yang tentunya memerlukan perancangan rapi. Moga kita terus tsabat di jalan tarbiyah ini, dan dapat menarik mereka bersama" kataku kepada Adibah.
"Moga dipermudahkanNya." jawab Adibah pendek dan tersenyum.
Pulang ke rumah, terus kubuka kembali album tika aku sekolah dahulu. Aku bongkar album dalam almariku dan dalam hard disk ku yang sudah lama tidak ku jenguk. Melihat gambar dan merenung jauh saat aku ber ES'NANASS dengan mereka. Bercampur-baur perasaanku tika itu. Rindu. Sedih. Hiba. Gembira. Semuanya ada.
"Teringin rasanya nak berkumpul bersama semula. Time tu, bukan lagi karaoke, atau tgk movie mahupun bergosip cerita pasal pakwe, tapi lebih indah bila kita bersama-sama dalam bulatan gembira mentadabbur ayat-ayatNya, mengingati sirah junjungan kekasihNya. SubhanaAllah, moga mimpi ini menjadi nyata!"bait-bait terakhir aku kepada Adibah sebelum berpisah dengannya masih tergiang-giang di halwa telinga.
Ayat-ayatNya yang diberikan Adibah juga memberkas jiwaku
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (43:67)
Moga ukhuwwah ini terus berpadu, terus subur di celah-celah rimbunan tarbiyah yang kujalani, moga tidak ku lupa akan mereka. Walau kadang2 ada akhwat di sisi, mad'u datang dan pergi, masih tidak dapat menggantikan 7 orang yang pernah kukenali ini.
![]() |
| Moga persahabata ini kekal selama2nya |
| Hasil kerja ES'NANASS lepas abes PMR di SMK Puncak Alam |




so sweet..
ReplyDeletemudah-mudahan nanti dapat ketemu di surga..
akhwat serumahku,kemanisan ukhuwah keranaNya lebih sweet dari gula2.. =)
ReplyDeletenursafa amanda ni fai ke?
ReplyDeleteish3 dahsyatnya la ezan muda2....hehehe
GMS: halamak, mcm mana taw ni??(mesti usha blog dia)
ReplyDeletehahaha..biasa la,darah muda la katakan dulu..skang dah tua..koof..koof..