DAI'E VS FAMILY
"semoga Allah meredhainya...."
KELUARGA. Sebuah nukleus yang menjadi nadi kepada masyarakat dan peradaban bangsa. Keunggulan dan keistimewaan sesebuah keluarga bukan dilihat dari segi material, harta atau bilangan ahlinya, tapi dari segi kualiti keluarga yang dibina berlandaskan iman dan takwa kepadaNya.Ayuh kita brfikir sejenak, memerhati keadaan keluarga masyarakat kini atau merenung nasib keluarga sendiri.
Berapa banyak keluarga yang menitik beratkan nilai keislaman dalam diri ahlinya?
Berapa banyak keluarga yang sanggup bergolok gadai demi agama tercinta?
Berapa banyak keluarga yang sentiasa memastikan keluarga yg dibina ini akan kekal hingga ke syurgaNya?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)
Sanggupkah kita melihat ahli keluarga kita satu-persatu jatuh ke lembah neraka?
Oleh sebab itu, kita yang punyai fahaman agama perlu bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum kita atau mana-mana ahli keluarga kita masuk ke kubur.
**************************************************************
DAI'E. Satu kata yang cukup ringkas tapi punyai makna yang berat dalam pundak mereka yang memahami ertinya. Ya, semua orang yang mengucap shahadat itu DAI'E tapi tak semua yang memahami dan meresapi dalam hati. Bagi seorang dai'e, acap kali persoalan keluarga dan dakwah dipermain, dicanang ,dipersoal dalam diri mereka sendiri.
Ada DAI'E yang punyai masalah KELUARGA
Ada KELUARGA yang tidak gemar anaknya menjadi DAI'E
Ada DAI'E yang gemar berjauhan dengan KELUARGA
Bermacam ragam dan masalah yang sering kali timbul di tengah2 perkataan DAI'E dan KELUARGA
PERSOALAN: YG MANA PALING UTAMA, DAI'E ATAU KELUARGA??
2 benda yang sangat subjektif untuk difahami dan diberi jawapan yang pasti.
Jika memilih keluarga, perlu diingati,
Tanpa tarbiyyah dan dakwah, keluarga yang dibina seakan punah dan binasa
Jika memilih dakwah, perlu difahami,
Tanpa keluarga, dakwah yang dibawa mungkin tidak menyeluruh sepenuhnya
maka SEWAJARNYA, DAKWAH dan KELUARGA perlu SEIRING!
Pernah dengar dai'e punyai masalah keluarga??
Jadi,apa yang harus dilakukannya?
Janganlah jadi seorang anak yang menjauhkan diri dari keluarga lantaran masalah keluarga yang membungkam. Lari dari masalah bukan penyelesaiannya kerana suatu hari nanti, pasti kita akan bertemu dengan masalah tersebut yang mungkin sudah parah dan bernanah.
'Keluarga ana seringkali bergaduh. Mereka jauh dari Islam. Xde langsung sensitiviti pada Islam, soal solat atau aurat contohnya tak dititikberatkan langsung. Sukati ko la nak buat pahala atau dosa. Masing2 buat hal masing2. Kadang2 klu ana balik rumah pun boleh terjebak sama dengan perkara lagho dorang cam tgk tv, movie, fb, main ps, dan mcm2 la.Adeyh.. Mutabaah boleh menjadi binary code klu tinggal dengan family lama2. Pernah gak ana tegur tapi buat dunno je dorang tu. Ish, x taw la. Memang la seronok dpt bercuti tp x tenang la. Sebab tu la malas nak balik rumah.'
Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai masalah seperti situasi di atas.
"Malas nak balik rumah" adakah itu solusinya? Meninggalkan keluarga kita untuk menyelamatkan iman dalam diri. Mungkin sesetengah orang merasakan itulah tindakan yang wajar, tapi andai itu yang dilakukan DAI'E, bagaimana dengan ayat-ayat Allah dia atas (QS, 66:6)??
JADI, BAGAIMANAKAH CARA KITA MENDAKWAHI KELUARGA KITA??
1) AKHLAK YANG MULIA
Mungkin benda ni dah lali bagi sesetengah orang dan aku takkan pernah lali bagi nasihat untuk diri sendiri dan juga orang lain utk berakhlak mulia dengan family. So, bila kat rumah tu, jgn la bangun subuh lewat, tapi lagi bagus kejutkan satu family untuk solat Subuh.
Tunjukkan keperibadian yang mulia bila di rumah, sinarkan cahaya akhlak yang ditarbiyah seakan-akan akhlakmu berkata kepada mereka,
'lihatlah keluargaku semua, inilah yang ku belajar di jalan tarbiyah!'
Pastinya mereka kagum, jika mereka pelik,tak mengapa kerana lama-lama pasti mereka akan menerima. Jadi, elakkan membuat akhlak pelik2 di rumah seperti tidak bergaul mesra dgn mereka, duduk di bilik dan menghabiskan masa di katil atau hadapan komputer, bangun Subuh lewat dan sewaktunya dengannya.
2)SHARING SESSION
Bunyi macam sharing academic tapi dalam keluarga, antara perkara yang boleh disharekan bersama ialah cerita-cerita Islam, sirah Nabi atau hukum-hukum fiqh dalam Islam.
Perlu diingat, sebelum sharing session ini dilakukan, perlulah kalian menuntut ilmu dari ustaz/ustazah yang bisa dipercayai atau membaca dari laman-laman buku atau majalah yang sahih dan lebih bagus jika ia berlandaskan AQ dan Hadith.
Sharing session ini amat boleh dilakukan semasa ahli keluarga berkumpul bersama seperti semasa makan malam, tangok tv, dalam kereta dan lain-lain. Soalan-soalan fiqh misalnya, kalau boleh mestilah berdasarkan kefahaman mereka seperti,
-Apakah hukum menyimpan gambar pakwe/makwe dalam hp atau dompet? (utk adik-beradik yang berkapel)
-Apakah hukum minum satu straw dalam satu cawan antara laki dan perempuan yang bukan mahram? (utk adik-beradik yang berkapel/bersosial)
-Apakah hukum main PS2 berlebih-lebihan? (utk adik lelaki yg kaki game)
dan lain-lain soalan mengikut level kefahaman. Namun kadang-kadang ada gak yang adik-beradik yang saja nak menguji kesabaran waima nak main-main bila mengajukan soalan yang tak masuk akal.
Contoh, 'Boleh ke kalau orang tu baca AQ sambil main PS2??' tanya adikku bila aku terangkan kat dia hukum main PS2 berlebih-lebihan dan masa itu sepatutnya lebih baik digunakan baca AQ dari main PS2 yang entahapehape tu.
Aku memandang dia buat muka geram. Rasa nak smackdown dan hempuk je dia. Adik-beradik yang mcm ni kita boleh bagi ayat-ayat sindir kat dia.
'Hmm..sukahati la adik kalau nak main PS2..Nanti bila akhirat kelak, minta la PS2 tu bela kamu..bila kena gigit dgn ular dalam kubur, minta la tolong dari ahli2 gusti PS2 kamu ni.'
Gulp!
Taw takut!
3) BELANJA MEREKA MAKAN DI LUAR
Siapakah makhluk manusia atas bumi ini TAK SUKA jika mendapat mkn free??
AKU SUKA!
Jadi, begitu juga dgn ahli keluarga kita. Sesekali kalau pulang ke rumah, bawa lah mereka keluar makan di luar. Apa salahnya jadi 'ORANG KAYA' utk satu malam?? Bawa mereka ke tempat-tempat makan yang mereka tak pernah pergi dan tak diboikot. Lagi bagus kalau malam tu kita yang jadi driver pergi bawa makan malam. Mesti adik2 excited nak berharap kita akan sentiasa pulang ke rumah. Eh.
Time2 mcm ni la kita boleh sembang atau terangkan pada keluarga tentang makanan atau minuman yang perlu diboikot. cerita kejahatan Yahudi yang menghancurkan umat Islam. Biasanya, cerita mcm ni aku buka time on the way ke tempat makan. So,aku dah sound awal2 yang sesapa yang teringin nak minum air boikot mcm Milo, air berkarbonat under F&N, Nestle, etc, aku tak nak bayar air dan makanan utk diorang. Orang2 mcm ni terkeluar dari bajet belanja aku.
Aku tak nak belanja dgn orang yang sokong Yahudi!
(tapi ada gak adik aku yang senyap2 seludup air boikot yang dibeli sendiri lepas aku dah bayar bil. Cis!)
4)BELIKAN MEREKA HADIAH
Siapakah makhluk manusia atas bumi ini TAK SUKA jika mendapat hadiah tetibe??
AKU SUKA!
Jadi, begitu juga dgn ahli keluarga kita. Sesekali pulang ke rumah, belikan mereka buat tangan. Tak semestinya mahal, janji sesuai dengan mereka. Boleh juga hadiahkan mereka AQ, buku2 sirah sahabat, keychain, baju,buttonbadge dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Lagi best kalau hadiah diberikan kerana meraikan sesuatu seperti hari lahir, hari ibu/bapa, dapat bagus time pekse, etc. At least dapat la booster semangat utk mereka belajar dan menyayangi ahli keluarga sendiri.
Lepas tu, dalam hadiah tu boleh la diselitkan dengan surat. Tulis surat kepada ahli keluarga. Luahkan isi hati kita yang mahu lihat dia berubah dan menjadi lebih baik. Mahu melihat mereka lebih dekat pada Dia dan Al-Quran. Titipkan nasihat yang berguna utk adik2 misalnya supaya tidak kapel, jaga diri, study sungguh, etc. Sedarkan adik-adik bahawa dalam kegilaan kita melayan kerenahnya, kita serius concern tentang mereka, kita concern tentang study dan rakan-rakan mereka.
Kami prihatin!
5) BAWA MEREKA BERCUTI/TEMPAT YANG MENARIK
Wah, ni paling best kalau dapat buat! Plan bawa keluarga makan angin sekali-sekala. Apa salahnya keluar kan duit RM100++ atau kurang setahun sekali utk bawa mereka bercuti?? Search atau tanya la kawan2 tempat yang best tapi murah. Tak perlu bawa bercuti sampai seminggu atau berhari-hari, takut koyak poket. Bawa sahaja ke tempat yang santai seperti tempat mandi-manda, pantai,air terjun dan lain-lain. Dari pagi sampai tengah hari,lepas tu boleh lunch kt restoran, Mudahkan?
6) BAWA ADIK-ADIK KE KEM REMAJA SINERGI!
Cara ni serius berkesan jika kita mahu adik2 kita berubah jadi baik dengan cepat. Bawa mereka ke kem atau seminar yang mendekatkan diri padaNya. Kadang2 ada adik2 yang tak nak join benda2 ni kerana penyakit M, sibuk kerja, perasan sibuk dan lain-lain alasan yang kebanyakkannya tak muhasabah.
Jadi, cuba lakukan perkara 1-5 seperti di atas kepadanya, mana la tahu dia tsiqah (percaya) dan syg pada kita. Jadi, mudah utk kita bagi pengarahan pada dia utk pergi ke kem tersebut.
Dulu, first time aku nak promote kat adik aku kem ni punyalah payah, punyalah berhabis duit topup aku call dia utk follow up dia dari Perak ke Puncak Alam sana. Kejap join kejap tak, boleh buat aku meroyan. Dah banyak tawaran yang aku berikan, dari segi kewangan, tempat tinggal, pengangkutan, semua ditanggung beres, dia hanya perlu bawa diri sahaja.(Baca di sini).
Last2 join gak. Alhamdulillah.
Seriyes, dia dah berubah sikit sekarang. Mohon didoakan dia semakin baik dan baik dari semasa ke semasa.
Dan sekarang, tibalah waktu utk adik lelaki aku utk pergi kem ni plak. Hopefully, jadi baik la gak. Aku dah pesan kt dia, tak guna jadi pandai kalau jauh daripadaNya. Tapi dia buat senyum sumbing kambing!
Mak aku dah bagi greenlight, mungkin sebab dia tgk keberkesanan adik perempuan aku tahun lepas. Kalau boleh aku nak hantar semua adik2 aku pergi, namun faktor umur yg tak lepas requirement menjadi penghalang. Adeyh.Takpe, dah lepas nnti, gerenti aku hantar.
Jadi, kepada mereka yang nak adik2 dia jadi baik, yang concern pasal adik2 dia, ajak la dorg jon kem ni. Gerenti tak menyesal, gerenti puas hati!
Saya dah ajak adik saya, anda bila lagi?? ^^
SILA KLIK LINK NI --> KEM REMAJA SINERGI (BLOG)
--> KEM REMAJA SINERGI (FB)
PENUTUP : MEREKA OBJEK DAKWAH KITA YG KEKAL!
Saban hari, kita sentiasa bertemu dan bergelumang dengan mad'u, objek dakwah kita yang kadang-kala datang dan pergi dari kita, ibarat penumpang kereta api. Pelbagai cabaran dan dugaan dalam memastikan mereka kekal dan memahami erti dakwah sebenar.
Namun, mad'u kita di rumah (baca: ahli keluarga) juga memerlukan perhatian kita seperti mad'u2 yang lain. Usah ditinggalkan mereka kerana mereka mereject pada awalnya. Berilah kefahaman kepada mereka dan ikat hati mereka. Proses ini sangat sukar pada mulanya, namun akan menjadi mudah lama-kelamaan, apabila mereka semakin mengerti, apabila mereka semakin tsiqah dengan kita,apabila akhlak yang dipamerkan menyentuh jiwa mereka dan perkara-perkara yang kita lakukan, menyenangkan ahli keluarga seluruhnya.
Usah berputus asa menarik mereka menujuNya. Tidakkah kita mahu melihat mana-mana ahli keluarga kita juga menjadi akhwat atau ikhwah? Rumah kita menjadi tempat liqo'? Ibu bapa kita sentiasa support dan membantu kita dalam melakukan gerak kerja dakwah? Tiada yang lebih indah bagi seorang anak yang merupakan seorang dai'e melainkan melihat keluarganya berubah lebih baik dan mendekatkan diri padaNya.Melihat keluarganya berubah 360 darjah.
Teruslah berusaha mendakwahi keluarga. Semoga di akhirat nanti, kita dapat berkumpul di syurgaNya bersama-sama mereka. Amin.

![]() |
| Keluarga bahagia ialah keluarga diredhaiNya |

| gambar hiasan |

| BOIKOT! |
Aku tak nak belanja dgn orang yang sokong Yahudi!
(tapi ada gak adik aku yang senyap2 seludup air boikot yang dibeli sendiri lepas aku dah bayar bil. Cis!)
4)BELIKAN MEREKA HADIAH
![]() |
| surprise! |
Siapakah makhluk manusia atas bumi ini TAK SUKA jika mendapat hadiah tetibe??
AKU SUKA!
Jadi, begitu juga dgn ahli keluarga kita. Sesekali pulang ke rumah, belikan mereka buat tangan. Tak semestinya mahal, janji sesuai dengan mereka. Boleh juga hadiahkan mereka AQ, buku2 sirah sahabat, keychain, baju,buttonbadge dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Lagi best kalau hadiah diberikan kerana meraikan sesuatu seperti hari lahir, hari ibu/bapa, dapat bagus time pekse, etc. At least dapat la booster semangat utk mereka belajar dan menyayangi ahli keluarga sendiri.
Lepas tu, dalam hadiah tu boleh la diselitkan dengan surat. Tulis surat kepada ahli keluarga. Luahkan isi hati kita yang mahu lihat dia berubah dan menjadi lebih baik. Mahu melihat mereka lebih dekat pada Dia dan Al-Quran. Titipkan nasihat yang berguna utk adik2 misalnya supaya tidak kapel, jaga diri, study sungguh, etc. Sedarkan adik-adik bahawa dalam kegilaan kita melayan kerenahnya, kita serius concern tentang mereka, kita concern tentang study dan rakan-rakan mereka.
Kami prihatin!
5) BAWA MEREKA BERCUTI/TEMPAT YANG MENARIK
Wah, ni paling best kalau dapat buat! Plan bawa keluarga makan angin sekali-sekala. Apa salahnya keluar kan duit RM100++ atau kurang setahun sekali utk bawa mereka bercuti?? Search atau tanya la kawan2 tempat yang best tapi murah. Tak perlu bawa bercuti sampai seminggu atau berhari-hari, takut koyak poket. Bawa sahaja ke tempat yang santai seperti tempat mandi-manda, pantai,air terjun dan lain-lain. Dari pagi sampai tengah hari,lepas tu boleh lunch kt restoran, Mudahkan?
| bercuti bersama ibu dan adik di Teluk Batik |
6) BAWA ADIK-ADIK KE KEM REMAJA SINERGI!
![]() |
| Ayuh, join! |
Cara ni serius berkesan jika kita mahu adik2 kita berubah jadi baik dengan cepat. Bawa mereka ke kem atau seminar yang mendekatkan diri padaNya. Kadang2 ada adik2 yang tak nak join benda2 ni kerana penyakit M, sibuk kerja, perasan sibuk dan lain-lain alasan yang kebanyakkannya tak muhasabah.
Jadi, cuba lakukan perkara 1-5 seperti di atas kepadanya, mana la tahu dia tsiqah (percaya) dan syg pada kita. Jadi, mudah utk kita bagi pengarahan pada dia utk pergi ke kem tersebut.
Dulu, first time aku nak promote kat adik aku kem ni punyalah payah, punyalah berhabis duit topup aku call dia utk follow up dia dari Perak ke Puncak Alam sana. Kejap join kejap tak, boleh buat aku meroyan. Dah banyak tawaran yang aku berikan, dari segi kewangan, tempat tinggal, pengangkutan, semua ditanggung beres, dia hanya perlu bawa diri sahaja.(Baca di sini).
Last2 join gak. Alhamdulillah.
Seriyes, dia dah berubah sikit sekarang. Mohon didoakan dia semakin baik dan baik dari semasa ke semasa.
Dan sekarang, tibalah waktu utk adik lelaki aku utk pergi kem ni plak. Hopefully, jadi baik la gak. Aku dah pesan kt dia, tak guna jadi pandai kalau jauh daripadaNya. Tapi dia buat senyum sumbing kambing!
Mak aku dah bagi greenlight, mungkin sebab dia tgk keberkesanan adik perempuan aku tahun lepas. Kalau boleh aku nak hantar semua adik2 aku pergi, namun faktor umur yg tak lepas requirement menjadi penghalang. Adeyh.Takpe, dah lepas nnti, gerenti aku hantar.
Jadi, kepada mereka yang nak adik2 dia jadi baik, yang concern pasal adik2 dia, ajak la dorg jon kem ni. Gerenti tak menyesal, gerenti puas hati!
Saya dah ajak adik saya, anda bila lagi?? ^^
SILA KLIK LINK NI --> KEM REMAJA SINERGI (BLOG)
--> KEM REMAJA SINERGI (FB)
PENUTUP : MEREKA OBJEK DAKWAH KITA YG KEKAL!
Saban hari, kita sentiasa bertemu dan bergelumang dengan mad'u, objek dakwah kita yang kadang-kala datang dan pergi dari kita, ibarat penumpang kereta api. Pelbagai cabaran dan dugaan dalam memastikan mereka kekal dan memahami erti dakwah sebenar.
Namun, mad'u kita di rumah (baca: ahli keluarga) juga memerlukan perhatian kita seperti mad'u2 yang lain. Usah ditinggalkan mereka kerana mereka mereject pada awalnya. Berilah kefahaman kepada mereka dan ikat hati mereka. Proses ini sangat sukar pada mulanya, namun akan menjadi mudah lama-kelamaan, apabila mereka semakin mengerti, apabila mereka semakin tsiqah dengan kita,apabila akhlak yang dipamerkan menyentuh jiwa mereka dan perkara-perkara yang kita lakukan, menyenangkan ahli keluarga seluruhnya.
Usah berputus asa menarik mereka menujuNya. Tidakkah kita mahu melihat mana-mana ahli keluarga kita juga menjadi akhwat atau ikhwah? Rumah kita menjadi tempat liqo'? Ibu bapa kita sentiasa support dan membantu kita dalam melakukan gerak kerja dakwah? Tiada yang lebih indah bagi seorang anak yang merupakan seorang dai'e melainkan melihat keluarganya berubah lebih baik dan mendekatkan diri padaNya.Melihat keluarganya berubah 360 darjah.
Teruslah berusaha mendakwahi keluarga. Semoga di akhirat nanti, kita dapat berkumpul di syurgaNya bersama-sama mereka. Amin.

salam betul tu.gogo !
ReplyDeletejumpa eryn, makin comel dia.hehe.