Posts

Showing posts with the label PENGALAMAN

MAAFKAN AKU..

"semoga Allah meredhainya...." Sometimes I feel lonely. Sometimes I feel useless. Pintu rumah dikuak luas. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan aku baru pulang dari Lab Seismic. Hari ini agak memenatkan, kelas seawal jam 8 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang, tanpa henti kecuali 2 jam dari pukul 12-2ptg utk lunch dan solat zohor. Hari ini aku dan rakan sekelas melakukan experiment Wave di tengah padang yang panas perik. Dengan berpeluh-peluh dek panas mentari benar-benar menikam dan memenatkan. Bilikku tiada orang. Roommateku masih belum pulang. Kunci bilik yang dikeychainkan di zip dompet dimasukkan dalam tombol pintu. Pakaian yang kuangkat tengah hari dan diletakkan di atas katil masih belum berlipat. Pakaian kotor dalam baldi di bilik air memanggilku untuk dibasuh. Meja belajar dipenuhi dengan nota-nota dan buku-buku rujukan subjekku. Beg diletak di ats kerusi dan aku terus ke tandas mengambil wuduk untuk solat asar. Dari jauh kudengar suara akhwat-akhwatku ...

BEDAH BUKU: WHAT I WISH I KNEW WHEN I WAS 20

Image
"semoga Allah meredhainya...." Buku ni aku pinjam kat IRC [baca: library] kat UTP seusai umurku menjangkau 20 tahun. Mula-mula ingatkan buku ni macam DO&DON'Ts untuk bebudak yang berumur 20 tahun menghadapi dunia yang mencabar ni, tapi rupa-rupanya, buku ni lebih baik daripada yang disangkakan. Pandanganku meleset! BUKAN BUKU NOVEL Walaupun covernya nampah catchy dan ala-ala novel remaja Barat, tapi buku ni bukanlah persis yang disangka. Don't judge a book by its cover. Buku ni ditulis oleh seorang pensyarah Neurologist yang berpengalaman luas dlm bidang kreativiti dan otak manusia ni.Jadi, aku dengan berbesar hatinya nak promote buku ni untuk baca. Sumpah, tak menyesal baca. Apa yang korang dapat lepas baca?? Banyak kot tapi 2 yang utama ialah - Tingkatkan daya KREATIVTI kepala korg - Tingkatkan KEYAKINAN korang untuk berjaya

SMK PUNCAK ALAM

"semoga Allah meredhainya...." ALHAMDULILLAH SYUKUR. Satu kata yang mampu diluahkan saat impian untuk berbakti kepada sekolah menjadi nyata. Impian yang di simpan sejak kecil, yakni memberi motivasi kepada adik-adik menjadi realiti apabila kaunselor menawarkan program motivasi untuk pelajar form5. Saat mendapat tawaran, hati melonjak riang, senyuman tidak lekang dari bibir ini. Namun, apabila masalah menimpa satu persatu, impian yang dilakar di kanvas kehidupan semakin menjauh arahnya. Oh tuhan, kumohon agar dipermudahkan.

DAKWAH: KITA BERBEZA, TAPI MATLAMAT TETAP SAMA!!!

"semoga Allah meredhainya...." "Rai, moga terus tsabat di jalan dakwah =) " mesej ku pada rakan baik sekolah ku, Raihana yang kini berkomitmen pada jemaah Perkim di UIAPJ kini. "Diba, jangan lupa janji kita. nak dakwah geng es'nanass kita dulu2.. kasi tarbiyah dorg semua..haha..buat sleep over kat rumah sesapa n share ayat2 AQ. Baru gempak!! " kataku pada Adibah yang kini berkomitmen pada jemaah IKRAM di KMB kini. "Izzat, sejak ko join ISMA, makin baik dowh. Terbaik!!!" komen pada adik bongsu kelas 5IN suatu ketika dahulu yang berkomitmen dengan ISMA di KBU kini. Dan bermacam-macam mesej, kata2, comment yang sentiasa diberi dan dibalas dari kawan baik, kawan biasa dan lain-lain. Walau kita berlainan jemaah, tapi kita tak pernah rasa berbeza. Malah makin rasa dekat, kerana kita semua merasakan kita semua mahu dekat padaNya, mahu mendapat redhaNya. Siapa yang tak sejuk hati melihat rakan yang dahulu teruk, kini kembali ke pangkal ja...

DAKWAH: CAN I 'WALK' SLOWLY???

Image
"semoga Allah meredhainya... " Akak, kenapa akak menangis semalam??" tanyaku pada seorang akhwat yang lebih senior daripadaku suatu ketika dahulu. "Owh...takdelah..sebenarnya.....hurm...ada akhwat tanya akak, boleh tak dia di 'rehat' kan dari kerja dakwah sementara waktu...akak sedih lah sebab dia dulu sangat berkomitmen dengan dakwah, tapi jadi macam ni pulak.. " katanya yang pada mulanya agak berat utk berbicara denganku perihal ini.

SANAH HELWAH (2)

Image
"semoga Allah meredhainya...." Kenapa sanah helwah (2)?? Erm, sbb aku nak wish bufday kepada 2 orang  yang tercinta dan tersayang.. =) KAK ZAKIAH DAN KAK MARHA Hepi bufday to my kakaks' capricorn yang turned to 21. Semoga berjaya menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Lebih gencar gerak kerja dakwahnya. insyaAllah.

SANAH HELWAH!!!

Image
"semoga Allah meredhainya...." salam, post ni agak gedik sikit..mungkin byk.. apepun, saya, tuan empunya blog dgn tak tahu malunya nak ckp thanx you soo much, jazakillah khayran kathiran kepada semua yang wish besday aku.. kepada kengkawan lama aku, classmate aku yang wish, aku sayang korg. =)

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

Image
"semoga Allah meredhainya...." Bulan 12 ni timba pengalaman kerja kt TASKA+TADIKA. First time keje, so sangat seronok. Walaupun penat, tapi best~ Budak2 yang comel ni tapi ada yang nakal akan panggil aku TEACHER tapi aku anggap diri aku ni cam IBU dorang la since banyak benda yang aku kena buat utk dorg mcm aku ni MAK dorg. Masak, ajar, teman gi tandas, mandi, pakaikan baju dan lain-lain yang kena buat utk dorg. Lepas keje mmg sumpah aku penat giler. Bulan ni agak busy sebab kena handle program KRS next week.Nak taw KRS tu apa leh gi ke link ni "KRS COOL~" Back to the topic, lets the pictures speak the story.

SUSAH PAYAH AKU BELAJAR BAHASA ARAB

Image
"semoga Allah meredhainya...." 25/11/11. Tarikh keramat bagiku kerana berjaya menghabiskan buku nahu bahasa arab yang dipelajariku. Setelah sekian lama aku menuntut sejak 2010, mula aku masuk ke UTP, akhirnya berakhir fasa pertama pelajaran bahasa arabku. SEGALANYA BERMULA DI SINI..... Semuanya bermula apabila aku ternampak flyers yang dilekatkan di cafe V2 UTP berkenaan kelas Bahasa Arab itu. Malangnya, tarikh pendaftarannya suda 2 BULAN berlalu. Namun, dengan keinginan yang tinggi, kesedaran yang mapan aku tetap mahu menyertainya. Lantas aku mesej kepada nombor yang tertera. "Salam. Saya ada terjumpa flyers kelas bahasa arab. Nak tnya, kelas tu boleh join lagi ke??" sent by Ezan "Wa'salam. insyaAllah, masih dibuka lagi utk pelajar baru. Foundation ke? Berminat nak join?"sent by 013-******* "A'ah.Foundation first. insyaAllah,rasa berminat (klu x berminat xde la tnya lebih2). Boleh tahu kelas ni belajar pasal apa?" sent by Eza...

PEREMPUAN ITU TAK GILA!!!

Image
"semoga Allah meredhainya...." Semalam,aku ke matriks untuk bertemu adik saudaraku. Saja untuk aku menziarahinya dan rakan-rakannya juga. "Kak Ezan, kakak dalam tu selalu sorang2..dia selalu menangis..nampak pelik.." kata adik Amira kepadaku semasa aku ingin mengambil wuduk di Masjid Matriks. "Ye ke?? owh, peliknya.."kataku singkat. "Memang kak. Dia memang pelik. Saya pernah nak rapat dgn dia...tapi dia mcm dingin..Selalu nampak dia nangis kat masjid ni petang2..Kadang2 kalau kat hostel, dia menjerit2 macam orang kena sampuk..Roommate dia pun tak tahan dengan dia..Semua keluar dari bilik tu, tinggal dia seorang je..Kalau tak silap, dia sebaya dengan akak since dia repeat kat sini.."cerita Amira panjang lebar. Aku tersenyum pahit. Dalam hati seakan-akan tak percaya ada juga manusia seperti itu. Namun tak dapatku nafikan perasaan aku membuak-buak untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Semasa kakiku melangkah masuk ke masjid, perem...

IKHTILAT

Image
"semoga Allah meredhainya...." Post ini ditulis selepas aku mengalami kecelaruan identiti. Eh? Berkaitan ikhtilat. Pelik tapi benar. Aku memang takde perasaan kt lelaki. Since aku brake up dulu-dulu and berjanji tak nak kapel2 murahan lagi, aku tengok lelaki macam sebatang pokok di tepi jalan. Ko ada atau tak, ada aku kisah? Adakah kerana salah ibu mengandung? Oh,tentulah tidak sebab mak aku mengandung normal je walaupun aku keluar ikut 'tingkap'(baca: dibedah). Adakah salah abang2 dan adik2 lelaki aku yang selalu memberi aku peluang menjalin hubungan adik-beradik yang mesra dengan mereka yang berlainan jantina sehingga merasakan pergaulan dengan lelaki lain sama macam bergaul dengan abang dan adik? Oh, tidak dinafikan mereka membantu aku dalam memahami lelaki. Sumpah, abang2 aku dulu selalu cakap kat aku mcm ni, 'benda yang ko buat ni, sume lelaki tak suke! Ko patut mcm ni, mcm ni, blabla...barulah lelaki terima ko. Barulah ko leh jadi penjaga gol mai...

ES'NANASS STILL IN MY MIND...

Image
"semoga Allah meredhainya...." "Ok, it's time for party tomorrow!!!" jeritku pada geng Es'Nanass yang lain seusai peperiksaan PMR tamat. "Aku cadangkan kita buat Pot Luck! Well, setiap orang bawa makanan yang dimasak banyak2 n bawa ke rumah Shahirah. Setuju???!!!" tanya Adibah excited giler dengan party yang akan berlangsung esok. Setuju!!!!! Jawab ahli kumpulan Es'Nanass yang lain. "Pukul 2-5ptg. After sekolah and before parents aku balik keje kan??" tanya Shahirah atau dikenali sebagai Shirah ingin kepastian. "Yup! Ok, camni, Shirah, ko settlekan penempatan. Sukati ko la nak wat kat ruang tamu o bilik ko ke..Kau uruskan ye. Wani, ko settlekan flow aktiviti. Buat la aktiviti apa2 yang menarik dan  yang ko rasa best. Aku akan uruskan pengangkutan korang ke umah Shirah. Mak aku ok je kalau nak pungut korang dari rumah ke rumah tp aku rasa baik kita direct dari sekolah terus ke rumah Shirah. "kataku. "Yang lain le...

DOAKAN AKU MASIH DI JALAN INI

"semoga Allah meredhainya...." Kemungkinan post kali ni agak emo sket. Tetibe je aku perasan x sibuk sebab boleh buat 2 post dalam satu hari. Apepun, aku harap tulisan aku ni tak menyentuh pada mana-mana pihak. Afwan ,jika terasa. Benda yang aku nak cakap ni, KENAPA AKU PERLU BERJALAN DI JALAN TARBIYAH INI?

DAI'E VS FAMILY

Image
"semoga Allah meredhainya...." KELUARGA . Sebuah nukleus yang menjadi nadi kepada masyarakat dan peradaban bangsa. Keunggulan dan keistimewaan sesebuah keluarga bukan dilihat dari segi material, harta atau bilangan ahlinya, tapi dari segi kualiti keluarga yang dibina berlandaskan iman dan takwa kepadaNya.Ayuh kita brfikir sejenak, memerhati keadaan keluarga masyarakat kini atau merenung nasib keluarga sendiri. Keluarga bahagia ialah keluarga diredhaiNya Berapa banyak keluarga yang menitik beratkan nilai keislaman dalam diri ahlinya? Berapa banyak keluarga yang sanggup bergolok gadai demi agama tercinta? Berapa banyak keluarga yang sentiasa memastikan keluarga yg dibina ini akan kekal hingga ke syurgaNya?

SERABUT

Image
"semoga Allah meredhainya...." BANG!!! Bunyi hentakan pintu bilik yg kuat menerpa gegendang telinga Salwa. Cepat-cepat dia melipat telekung yang dipakai untuk solat Dhuha dan meletakkan Al-Quran di meja berdekatan. 'Nina, kenapa ni?' kalut Salwa bertanya pada rakan serumahnya yang berperangai pelik sebegitu. Nina duduk di atas katil dan menekup tangan ke muka. Kulit mukanya yang putih bersih nampak kemerah-merahan. Dadanya turun naik dengan cepat seakan sedang menahan marah. 'Nina..?' Salwa mengulang nama itu dengan lembut sambil tangan menyapa belakang bahu Nina. ' CAN YOU PLEASE GIVE ME SOME SPACE!!! ' Nina menjerit bagai org gila.

SOARING THE EAGLE (part 1)

Image
"semoga Allah meredhainya...." FAMILY GROUP 1 ALHAMDULILLAH. Satu ungkapan diucapkan saat menerima sijil penyertaan program Soaring The Eagle untuk scholar Petronas UTP. Banyak input-input menarik yang didapati dan berguna dalam kehidupan seharian. Jadi,insyaAllah, aku yg perasan free xde keje time cuti 4 bulan ni dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang didapati sepanjang program tersebut. cekidout..

AISHITERU (AKU MENCINTAIMU)

Image
"semoga Allah meredhainya...." BERJUMPA 'KAWAN' LELAKI YANG ISTIMEWA 'mama,kakak nak pergi rumah 'kawan' kat Fasa 1' kataku kepada mama suatu hari. 'lama ke kakak pergi?naik kereta ye?' tanya mama sambil mencengilkan kepalanya dari bilik air. 'x lama. Kejap je. a'ah,naik kereta..pinjam ye kereta mama', pintaku sambil mengambil kunci kereta mama yang tersangkut di dinding tanpa menunggu jawapan mama yang sudah ku tahu. 'okey..jangan lupa balik awal sebab petang kamu dah nak balik UTP',jawab mama sambil meneruskan urusan membasuh pakaian di bilik air. AISHITERU!

EXCELL9.THE BEST BATCH EVER

Image
"semoga Allah meredhainya...." logo excell9 EXCELL9. Nama batch yang tidak asing lagi di bumi SBPI Gombak. Mungkin pada awal penubuhannya, batch ini seringkali mencetus kontroversi-kontroversi yang kurang enak yang bukan sahaja dalam kalangan pelajar2 malahan guru2 juga. 'batch kamu lah batch pertama yang dapat markah teruk add math!' 'pelajar batch kamu tak boleh terima nasihat cikgu langsung!' 'pelajar  batch excell9 la yang fly semalam. Memalukan!' 'batch kamu la yang buat perangai macam ni. Ada ke perempuan masuk tandas laki??!! 'klik di sini 'kenapa susah sangat nak ajar budak batch kamu??dah byk kali cikgu ulang, tapi kamu masih buat kesalahan yang sama dalam peperiksaan!!' 'batch kamu la yang paling byk cikgu tangkap berkapel!!'

PETROLEUM GEOSCIENCES (let's us rock the world with rocks!) (^_^)

Image
"semoga Allah meredhainya...." Bismillahirrahmanirrahim Petroleum Geosciences? Rocks? Minerals? Ini adalah element terpenting dalam subjek Petroleum Geosciences yang aku ceburi sekarang ini. FATE??? Siapa sangka, insan yang kala dahulu amat meminati subjek Biologi, ingin menjadi seorang doctor, atau mungkin guru Biologi, berubah arah kepada Petroleum Geosciences. Jika bukan kerana Allah mengantarakan PETRONAS SCHOLARSHIP kepada aku, mungkin diri ini tidak mengenali sama sekali program ini. Ya, pada yang baru mendengar course ini, ini adalah yang course (baca : programme) baru di UTP (Malaysia) selepas beberapa Negara seperti di Kanada dan Australia. Aku akui, aku bukan minat sangat subjek ini. Tidak sebati dengan jiwa dan diriku. Namun, kugagahi diri juga untuk mempelajarinya.  Bait-bait kata keluarga yang berbaur keduniaan  ‘ingat Ezan, kamu dah amik duit Petronas tu…’   dan ayat Al-Quran  mengenai amanah ku pegang erat-er...

KETUKAN PINTU BILIK....

Image
"semoga Allah meredhainya...." walaupun kadang ketukan tidak dilayan, dibiarkan menunggu,namun bukan itu yg diharapkan. Hanya diharapkan redha Pencipta alam ini dan rahmatNya. Biarlah andai diri ini dicemuh atau difitnah, kerana bukan redha manusia yg didamba tapi redha Allah yang utama. "dipetik dari  http://theassimilator.blogspot.com/2011/06/lagi-dan-lagi.html " "Assalamualaikum." "Assalamualaikum, adik." Berkali-kali pintu bilik itu diketuk. Tinggi harapannya agar penghuni bilik sudi membuka. "Assalamualaikum." Ucapan salam kali ketiga.  'Kalau tak buka jugak, takpelah. Lainkali aku datang lagi.' desis hatinya.