SEORANG KITA, TIDAK SAMA DENGAN SEORANG YANG LAIN....
"semoga Allah meredhainya...."
Deruan angin lembut menampar pipiku. Sungguh nyaman. Tiba-tiba teringat pada sosok-sosok yang amat bermakna dalam hidupku. Kuhenyakkan diriku di atas rumput yang lembut, selembut angin yang bertiup dan berliang-liuk mengikut arah angin. Semuanya sudah tertulis di Luth Mahfuz. Pertemuan kita telah dirancangNya walau tanpa diduga.
Pertama kali kakiku melangkah ke masjid untuk menghadiri pengisian ilmu yang rakan-rakanku panggil sebagai halaqah. Tika malam hari, kaki ini melangkah beriringin dengan sahabat baik yang dikenali saat kaki ini pertama kali melangkah di bumi UTP ini. Jasad ini hanya pergi untuk menemani dan tidak mahu mengecewakan sahabat sejati.
| masjid utp |
Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Saatku sangka diri ini akan tersemat kokoh dalam persatuan Islam ini, Allah menunjukkan jalan yang kukira mungkin lebih baik untukku. Saat kaki ini melangkah merentasinya, kulihat seorang demi seorang sahabat perjuanganku gugur, satu demi satu rakan-rakanku berundur, semakin ramai yang tewas di jalan ini, termasuk rakan sejatiku ini. Dan aku, terus melangkah walau dengan darah dan juraian air mata yang membasahi pipi. Kaki ini tegar melangkah, tidak berhenti. Hati ini terus bersemangat, tidak padam.
Ukhti, siapa sangka insan yang tinggal ini, adalah satu-satunya insan terakhir, yang berada di barisan belakang tika perlumbaan baru bermula. Bersyukur kehadrat Illahi kerana Dia memilihku saatku rasa rendah diri, saatku rasa lemah untuk melangkah kaki ini.
![]() |
| jangan biarkan futur menguasai diri |
Mengertilah ukhti, saatku rasa futur di jalan tarbiyah ini, tika ku rasa sepi menghadapi onak dan duri, kau hadir tanpa kusedari, sentiasa berada di sisi saat diri ini memerlukan bimbingan. Dan cerita jalan tarbiyah penuh onak dan duri yang pernah kau canangkan dahulu dan tidak kufahami ertinya, kini aku semakin mendekati jalan itu. Ya, kadang-kadang terasa bahang, atau terasa sempit saat dada ini dihimpit dengan perbagai dugaan, tapi aku yakin dan percaya bahawa saat perjalanan itu kutempuhi terdapat kenangan manis kita bersama yang sungguh bermakna.
Masih segar dalam ingatanku, saat pertama kali kaki ini melangkah untuk pergi ke majlis taklim. Majlis yang pada itu bagiku sangat segar dengan nilai Islam, penuh dengan keberkahan, kenikmatan dan kelazatan iman serta ketenangan yang sungguh mengasyikkan. Kaki ini melangkah bersama teman-teman. Niat ini dipasangkan kerana mencari redha Allah, mencari cinta Allah, kerana itu yang sering ditekankan dan ditanam pada setiap awal pengisian. Sungguh bermakna. Mungkin sebelum ini aku tidak pernah memasangkan niatku ini keranaNya lantaran tidak konkrit dan tidak dapat digapai dengan pancaindera, hanya menggunakan material, ibu bapa dan segala ciptaanNya untuk memotivasikan diri. Namun kini ku sedari, niat kerana cinta sang Pencipta itu lebih indah dan tidak mengecewakan. Mengharapkan keredhaanNya lebih manis dari segala-galanya.
Dan kaki ini terus melangkah di jalan tarbiyah. Tidak keseorangan walau semua teman keluar meninggalkan tapi bersama sosok-sosok yang turut sentiasa mendambakan mardatillah. Sosok-sosok yang sentiasa mengingatkan tentang ayat-ayatNya, amaran-amaranNya dan janji-janjiNya yang telah diukir di kitab suci yang tidak mungkin Dia mungkiri. Siapa yang bisa menggantikan insan-insan di jalan tarbiyah ini?
Mengertilah..
SEORANG KITA, TIDAK SAMA DENGAN SEORANG YANG LAIN…
Kita istimewa. Bukan sahaja kita dididik acuan Al-Quran dan Sunnah dan menjadikan Nabi Muhammah SAW sebagai idola, malah lebih dari itu. Kita punya semangat jihad yang kulihat sanggup mengorbankan masa, tenaga, segala-galanya keranaNya.
Siapa yang mungkin dapat menggantikan kalian?
Saat bersama kalian, aku melihat seperti sejarah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang terlayar di kaca mata. Kalian begitu memuliakan baginda dan mengikuti cara sunnah terbesar baginda, cara dakwah yang baginda lakukan bersama-sama para sahabat. Kalian juga persis jemaah-jemaah Islam yang sangat agung dan menjadi sebutan di lipatan sejarah, persis Hassan Al-Banna dan tentera ikhwanul musliminnya. Namun, kusedar, kita adalah kita, yang berdakwah mengikut dakwah Rasulullah, walau tidak segah insan-insan demikian, tidak seramai tentera-tentera Ikhwanul Muslimin, tidak terkenal seantero universiti mahupun negara atau dunia, tapi bukan kuantiti yang menjadi ukuran, bukan hasil yang menjadi taruhan, tapi kualiti insan yang dibina dan keredhaanNya yang didamba.
Pengalaman itu mematangkan kita. Setiap teguran, nasihat dan kata-kata kalian begitu memberkas jiwaku. Walau kadang-kadang hati ini meronta kerana tidak sesuai kehendak, namunku sedar dan kadang-kadangku akui alpa bahawa tidak semua perkara yang ku rasa baik, benar-benar baik untuk diriku dan sebaliknya. Ya, memang benar sabda Allah dalam kitab sucinya (2:216). Gula manis itu boleh membunuh dan ubat pahit itu bisa mengubati. Siapa yang benar-benar mengerti diri ini melainkan Penciptanya yang hakiki?
Ukhti Dhuha, masih segar dalam ingatan saatku menaiki motosikal bersamamu. Tika itu, malam sangat lewat dan hujan turun dengan lebatnya. Amanah yang diberi, kita lakukan sebaiknya pada malam itu. Walau angin begitu sejuk sehingga ke tulang sumsumku, dan hujan yang turun diwajahku sangat keras seperti batu, namun motosikalmu tetap tegar meneruskan perjalanan. Dan aku yang mengikutimu dari belakang, berasa sayu dan terharu. Air mata ini tanpaku sedari menitis di pipi bercampur air hujan yang turun membasahi wajah. Tanganku tidak putus-putus mengelap kaca mataku yang sering kali kabur kerana hujan yang turun. Tiada lampu jalan dan hanya lampu motosikal kita berdua dan kereta yang lalu-lalang menyuluh jalan yang ditempuhi.
![]() |
| sekadar hiasan |
Terlintas di benakku, mungkin tika itu rakan-rakanku yang lain sedang sibuk menyiapkan assignment atau membuat ulang kaji pelajaran, atau mungkin teman-temanku ada yang sedang sibuk dengan dunia dia dan kekasihnya sendiri, atau mungkin mereka sedang nyenyak dibuai mimpi dengan alunan hujan dan angin lembap yang begitu membahagiakan. Andai kata ibu bapaku tahu keadaan aku kini, mereka mungkin akan memarahiku, atau mungkin menarik kembali kemudahan motosikal yang diberi. Tidak mengapa kerana mereka tidak mengerti apa yang aku cari ini. Mencari redha Allah bersama sosok-sosok yang membimbingku. Mengertilah, ceritera yang kukarang ini bukanlah pengalaman pahit walau ada juraian air mata, tapi merupakan pemgalaman manis bagi diriku yang mengajar aku erti pengorbanan. Sosok-sosok istimewa yang bersamaku yang lain mungkin ada banyak ceritera mereka yang indah, lebih bermakna dari diriku.
Wahai puteri-puteri dan putera-putera kurniaan dan pilihan Allah di jalan onak dan duri ini, hatimu begitu cekal dan aku sungguh kagum dengan semangatmu. Semoga Allah menguatkan hati-hati ini di jalan tarbiyah ini. Semoga apa yang kita dambakan, diperkenankanNya di akhirat kelak. InsyaAllah.
Selagi nadi masih berdenyut, selagi nafas masih bernada, selagi diberi masa dan tenaga, ayuh kita gerakkan jentera dakwah ini. Umat memerlukan kita. Marilah kita memberi sebanyak-banyakknya berbanding menerima sebanyak-banyaknya.
![]() |
| siapakah yang perlu berdakwah jika bukan kita?? |





Salam.
ReplyDeleteNice. Ezan semakin matang. Terpancar jelas dalam penulisan. ^_^
All the best ukhti Ezan yang disayangi..
Moga pengorbanan, keistiqomahan, istimrarnya diri anti dan para ikhwah akhwat semua sentiasa dipandang, diredhai Allah yang Esa.
Uhibbukifillah ukhti Ezan..
As salam..ezan, memang hidupkita takkan telepas daripada ujian dan tarbiyah..mehnah dan tribulasi memang suatu perkara yang perlu dihadapi oleh umat Islam agar keimanannya dapat ditingkatkan..Ily harap sgt ezan jgn berputus asa dr rhmat Allah ye..Uhibbuki fillah
ReplyDeleteSalam ezan, mabruk ukhti.. pnulisan yang baik. menjalar mesejnya ke segenap jiwa..
ReplyDeleteinshAllah, sama2 ukhti kita berjalan di jalan ini=)
analytical_blue: Amin..jzkk ukhti
ReplyDeleteilly: jzkk ukhti.semoga dgn dugaan ini akan menambahkan keimanan dalam diri
mufidah islami: ya, sama2 kita berjalan di jalan ini berpimpinan dan berpegangan tangan bersama2 akhwat lain =)