NOTA UNTUK ARWAH ABANG....
"semoga Allah meredhainya...."
KEPADA: MUHAMMAD HAIDHAR BIN SAH NUDDIN
Sudah hampir dua bulan abang Edal menghadap Ilahi. RINDU. Itulah yang menyapa hatiku saat fikiran ini terbang melayang kenangan lalu bersama abang tercinta ini.. Hanya Al-Fatihah dan doa mampu dititipkan buatnya. Sungguh, pemergiannya memberi impak yang besar kepada keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga. Tiada lagi usikan, tiada lagi ketawa, tiada lagi lawak jenaka, menghiasi keluarga.. Perginya dia kepadaNya, menyedarkan aku bahawa mati itu tidak kira usia, tempat dan masa…
Sungguh kita akan menghargai seseorang,
Kita akan mengenang kebaikan seseorang,
Dan kita akan menyebut amal baiknya saat dia sudah tiada di dunia.
Mengapa tidak diungkap saat dia berada di depan mata?
Mengapa tidak diluahkan saat Izrail belum mencabut nyawanya?
Mengapa tidak dikhabarkan saat dia masih hidup di dunia?
Malu?
Ego?
Itulah kebanyakkan manusia….
Jadi, selagi kita masih hidup dia alam yang fana ini, buatlah amal sebaiknya dan hargailah mereka yang berada di sekeliling kita…
Tidak dinafikan..jika ikutkan hati dan perasaan, diri ini mahu menangis semahu-mahunya, mahu meraung menjerit namanya yang sudah tiada di dunia, mahu berpatah balik ke masa silam semula…
Abangku, masihkah kau ingat tika kita kanak-kanak dahulu?
Saat kau membuliku menyiapkan kerja sekolahmu,
Saat ku dibuli oleh rakan sekelas dan kau datang mahu menyelamatkanku,
Saat kau bawa basikal dan aku memboncengmu ke sekolah agama tika dahulu…
Abangku, masihkah kau ingat tika kita sekolah menengah dahulu pula?
Kau yang akan menghantar dan mengambilku di sekolah dengan motosikalmu,
Kau selalu berlawak jenaka di kelas sehingga guru2 mengenalmu,
Kau selalu menyuruhku belanjamu dengan snek2 ringan dan coklat,
Kau katakan ‘Good Luck’ kepadaku saatku diambang SPM.
Dan seusai kaki kecil ini melangkah ke UTP,
Kau selalu datang menjengukku dari IKM Lumut,
Kau pula yang membelanjaku semasa aku ketiadaan duit,
Kau bawa mee maggi dari rumah sewamu kerana tiada makanan yang mampu kau berikan padaku,
Kau selalu menasihati aku tentang perihal kehidupan,
Kau yang mengambil aku dari UTP dan menghantar aku ke UTP,
Ya, kau tidak menafikan bahawa kau tidak pandai seperti aku dan abg2 yang lain,
Namun, bagi aku, kau lah abang paling baik, paling mengambil berat perihal adik-adik,
Itulah hikmahnya kau ditakdirkan begitu.
Betapa cantik susunanNya.
Masihkah kau ingat saat-saat terakhir kita bersama??
Saat kita merancang masa depan untuk keluarga tercinta dan membalas jasa ibu dan bapa,
Saat aku berkongsi masalah denganmu hingga air mata ini tidak tertahan lagi,
Dan saat kau terkilan tidak dapat mengambil dan menghantarku ke UTP atas beberapa masalah.
Saat itu aku kecewa dan kau hampa..
Dan kata-kata terakhir kau padaku tika kau mendailku,
“call aku if ada apa2 masalah kat UTP. Kalau kau nak balik rumah, call aku…call ye, jangan lupa..”
Ya, aku tidak lupa…
3/6/2011,
Adalah tarikh keramat buatku dan keluarga,
Saat kita berpisah di dunia sementara dan menunggu untuk ketemu di akhirat yang kekal sana,
Abang Edal, aku rindu padamu saat ini….
24/7/2011
Adalah tarikh kenduri tahlil untukmu dari keluarga tercinta,
Namun, rencana Allah tidak mengizinkan ku ke sana
Terkilan aku saat mengetahui tiket KTM sudah kehabisan…
Saat itu, aku duduk di tangga dan menangis…
Abang Edal, aku mahu pulang ke rumah,
Aku teringat pada pesanmu yang terakhir..
Bisakah aku mendail nombormu untuk memintamu mengambilku??
Ya Allah
Terima kasih kerana melahirkan Abang Edal di dunia ini,
Memberi pinjaman kepada aku dan keluarga,
Walau seketika cuma,
Namun ia cukup bermakna….
Ya Allah,
Tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman
Ampunkan segala dosa-dosanya
Dan kuatkan hati insan-insan yang menyayanginya di dunia.
Edal, kami sekeluarga sihat sahaja. Semoga kita dapat ketemu di akhirat sana. Aku nak buat kek batik special untuk kau kalau kau ada kat rumah…Adik Ajim kat rumah cakap dia sunyi sorang2 duduk rumah..Mama plak dah takde kawan nak sembang dekat rumah...Erin dah takde orang tolong baiki henfon dia rosak...dan aku, dah takde orang amik kt UTP utk pulang ke rumah..apepun,motor yang kau hadiahkan kat aku untuk aku gunakan kat UTP, insyaAllah akan aku gunakan sebaik-baiknya dan menjaganya. Ya, aku ingat pesan kau untuk servis motor tu..tukar minyak hitam,tambah air bateri, check rantai..etc..Apepun, thanx abangku kerana hadiahkan moto tu..dan insyaAllah,jika tiada aral melintang, aku akan cuba gapai impian kita berdua untuk keluarga dan adik-adik tercinta.
Yang Benar,
Ezan (adik bawahmu)
![]() |
| my abang2 masa abg icam kawin |
![]() |
| impian abang edal: nak jadi usahawan berjaya.. |
![]() |
![]() |
| kat IKM Lumut |
![]() |
| senyuman yang akan sentiasa diingati ='( |
![]() |
| dalam jurusan Kimpalan&Fabrikulasi |
![]() |
| kenangan masa lawat abang Icam kat TLDM,Lumut |
![]() |
| anak emas abah |
| abg edal suka budak2 dan budak2 pun suka dia... (dengan anak jiran masa raya) |
![]() |
| hurm, x taw la anak sape yg dia minat ni..comey2. |
| raya terakhir dengan arwah... |
![]() |
| edal, semoga ditempatkan bersama org yg beriman. kami sekeluarga merinduimu.... |















Kirimkan bacaan al-Quran kamu pada dia. Mudah-mudahan dia sekarang mengetahui yang kamu masih mencintai dia dan mengingati dia dan mahukan yang terbaik buatnya. Gunalah pemberian dia untuk dakwah, mudah2an mengalir ganjaran kepadanya kerana memberikan sesuatu yang berharga untuk digunakan di jalan dakwah.
ReplyDeleteinsyaAllah,jzkk atas masukan dan ingatan.semoga dirahmati Allah hendaknya.
ReplyDeleteezan...kita tak tahu pun mengenai berita nie...takziah ye...al-fatihah..
ReplyDeleteezan,salam takziah atas kehilangan ni...semoga tetap tabah dan sabar dlm mengharungi ujian ni... -jello-
ReplyDeletemengalir air mata baca ni ezan,,
ReplyDeletetabah ezan, wpun ramai akhwat sudi ganti tpt abg ezan tp mungkin tak sama,
hanya Allah mampu beri kekuatan :) insyaAllah.
ezan, tabahkan hati, ini mengingatkan kpd abg saya kat umah..... syglah org sekeliling.....
ReplyDeleteDoa sentiasa kakak.
ReplyDelete