Posts

Showing posts from July, 2014

LUDAH DAN JILAT

"semoga Allah meredhainya...." Terkesan dengan kata2 status dlm fb dari seorang ikhwah "jika kamu tidak bersama mereka, kamu tidak akan bersama yang lain.. jika mereka tidak bersama kamu, mereka akan bersama yang lain.." sebuah pesanan daripada asy-syahid Imam Hasan al-Banna khas kepada mereka yang telah dan sedang mengenali jalan tarbiah.. Ramadhan kali ini aku melihat beberapa peristiwa mereka-mereka yang pernah diingatkan bahawa, "hidup antum tidak akan jadi lebih baik jika an tum tinggalkan tarbiah.." mereka malah membuat keputusan sendiri berbanding taat kepada keputusan syuro.. cukup 6 bulan.. cukup 2 tahun.. mula menangis sambil melagukan kerinduan.. ah.. macam-macam.. ikhwah akhwat fillah.. bersama dengan tarbiah bukan macam pakai helmet.. bila rasa tak selesa, cabut, buang.. ambil yang lain.. bila dah ambil yang lain, tak selesa juga, cabut, buang, nak ambil balik yang pertama.. kalau dah pakai helmet kedua tu, boleh tak jangan buat kesilapan ...

USRAH: KOREKSI DIRI

Image
"semoga Allah meredhainya...." Lately ni banyak sangat aktiviti usrah yang menjemput, mengundang dan tetiba terdatang. Usrah hujung minggu, time weekdays, aktiviti tengok Umar Series, etc. Dan untuk menerapkan tarbiyah dan memberi kefahaman kepada mereka yang mahukan bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi aku juga masih baru di jalan ini, masih menapak dan bertatih dan bukannya seprti yang lain yang melaju dan mmpu berlari jauh. Usaha, adalah satu kunci yang universal yang boleh dipakai di mana2. Seringkali aku titip pada adik2 utk berusaha ajak rakan2 mereka yang mungkin dahagakan tarbiyah dan pengisian rohani. Mengajak sesiapa sahaja yang dahagakan iman. Setiap manusia berbuat silap dan dosa, yang menjarakkan diri dengan yang Maha Esa. Aku tidak mengatakan aku mulia dan terhindar dari dosa, tapi bila aku bersama mereka, membuatkan aku tidak alpa sebagai khalifah dan juga hamba di bumi Illahi ini. Hidupku di sini hanya sementara dan aku tidak tahu masih cukupkah bekal ...

MEREKA BERDUA

"semoga Allah meredhainya...." Smalam lepas solat maghrib kt masjid UTP, aku tatap muka dua anak usrah aku yang amat aku rapat. Fatin dan Raihan. Rasa sedih dan pilu sebab tak lama lagi aku akan meninggalkan bumi UTP dan juga mereka berdua. Sudah 3 tahun kami bersama, walaupun pelbagai dugaan dan aksi hilang-menghilang berlaku di pertengahan hubungan kerana Allah ini. 'Apa sumbangan yang kamu rasa kamu boleh berikan utk menunjukkan tanda syukur kamu pada Allah kerana masih diberi tarbiyah sehingga hari ini?'aku tanya mereka berdua. 'Saya rasa nak ada anak usrah. saya nak bawa usrah, nak share apa yang saya dapat dengan dorang sebelum saya graduate UTP' jawab Fatin tenang. Aku menangis dalam hati. Sebak dan gembira. Seperti seorang ibu yang mendengar khabar gembira bahawa dia bakal menimang cucu tidak lama lagi. Ya Allah... Aku koreksi diri aku sendiri. insyaAllah, Januari depan bakal menamatkan ijazah di UTP jika diberi keizinanya. Banyak benda terja...