SIAPA ANTI-HALAQAH???

"semoga Allah meredhainya...."


i keep this thing updated, from my point of view (POV), x semestinya betul. cuz i'm a human, x maksum pun.

http://ezansahizzah.blogspot.com/2013/03/rm-vs-halaqah-sorryno-winner-and-no.html




"Ezan, dah dengar pasal budak2 yg ANTI-HALAQAH tu??"tanya seorang sahabat.


"huh?? x taw plak. apecer??" tanyaku kembali.


".....", sahabatku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.


Tak terungkai dek kata2, tak terlafaz bicara asbab tindakan sesetengah insan yg tidak wajar perilakunya. Insan yang jika dilihat dari luarannya, cukup sifat, malah punyai akal fikiran yg bijak, berpendidikan tinggi, latar belakang akademik yg baik, punyai result yg cemerlang, belajar di universiti yg gah, TAPI apabila berbicara tentang 'halaqah' dan 'dakwah', insan2 ini bersuara membangkang, melatah tidak semena-mena dan memberi komen mengikut hawa nafsunya. nauzubillah..istighfar byk2 wahai insan yg beragama ISLAM yang membawa citra ISLAM....adakah fikiranmu sudah diracuni oleh fahaman2 Barat??atau sudah tepu dgn ilmu2 dunia sehingga tiada sekelumit pun ilmu akhirat di benakmu??




A***
spe anti halaqah??
on Friday ·  ·  · 

S*** ak anti nak mati kot.haha
25 March at 18:58 · 

S** laa.xphm maksud ak rpe nya.anti nak mampos terhadap halaqah,aaa/phm x ayat ak?
25 March at 19:07 ·  ·  1 person

A** Mari BoiKot Ramai2 GENG HALAQAH... mereka mula mencemari 
25 March at 21:07 · 





andai kata anda seorg dai'e, seorg yg ingin menjadi umat terbaik dgn amar makruf nahi mungkar, apa perasaan anda apabila org yg didakwahi berkata-kata persis begini??

marah?
sedih?
kecewa?
terkilan?

kalau nak ikut hawa nafsu, mestilah rasa semua perasaan kat atas ni.....
dan yg paling menyedihkan apabila fitnah mencemari insan2 yg berdakwah, difitnah oleh tangan2 ISLAM yang sama ada tidak punyai kefahaman atau sudah berpaling dari ajaran Allah.

malah, teknik2 sesetengah umat Nabi Muhammad(SAW)(sebahagian tak sedar mereka umat Nabi Muhammad) dalam menentang cara dakwah Nabi Muhammad(SAW) begitu menyedihkan. Mereka begitu anti nak mampos dan mati sehingga dai'e yang berusaha untuk menarik ke arah kebaikan tidak dilayan dan dianggap seperti kayu dan batu.

S***  konklusi,jgn kua bilik.jgn bkak pintu,kalau org ktuk.tutup lampu awal2.diam je.
25 March at 20:18 ·  ·  4 people


jika semua orang berperangai mcm ni, mcm mana la hidayah Allah masuk?? sentiasa duduk dalam 'kegelapan' dan tidak memberi ruang sedikit pun untuk agama menjadi sebahagian diri. Mengapa kedekut sangat dengan Allah? Mungkin mereka perasan mereka dah cukup beriman dengan solat 5 waktu dan berpakaian menutup aurat, jadi tak perlu dengar pengisian rohani dan jiwa. Wajarkah begitu?

Islam hanya pada nama, tapi bukan jiwa dan nyawa.

Adakah ini bakal pemimpin yg bakal memegang tampuk pemerintahan kelak??
PEMIMPIN YG ANTI-HALAQAH!

Adakah ini bakal ibu atau bapa kelak yg bakal melahirkan generasi yg memperjuangkan agama Islam kelak??
IBU DAN BAPA YG ANTI-HALAQAH!

Adakah ini bakal guru2 yang bakal mengajar, menjadi ibu bapa kedua anak2 kita dan mencorak fikrah anak2 bangsa kelak??
GURU YG ANTI-HALAQAH!

Apa yg akan terjadi pada generasi akan datang?? pada Islam??
mujahid dan mujahidah yg diharap dapat menjulang panji Islam, bukan tersungkur seperti Mus'ab bin Umair di  Perang Uhud tika menegakkan Islam, tapi sudah tersungkur pada hawa nafsu diri.
bukan sahaja berbangga mengibarkan 'panji putih', malah mengkhianati ISLAM kerana menghalangi insan2 lain melakukan kebaikan.

WALAU PELBAGAI CACIAN DAN MAKIAN, KAMI AKAN TERUS MELANGKAH!

kita akan terus melangkah...kita akan terus mencari, mengejar bakal2 kader dakwah yg akan meneruskan kesinambungan dakwah terbesar Rasulullah.

Al**  ha3dyorang terdsak nak cari participant uh!
25 March at 20:04 · 


KAMI TIDAK TERDESAK UNTUK MENCARI "PARTICIPANT"...
Percayalah, 'participant' kami bukanlah calang2 orang, 'requirement' tidak sesenang seperti menjadi ahli kelab di universiti atau sekolah.

RASULULLAH IDOLA KAMI...
kami tidak takut dengan ugutan yg sepele..

A** ko blasah dorng dh..ko kn cool,kuat lak tu..haha
25 March at 21:20 · 


nak belasah kami??
hanya kerana kami menyampaikan risalah Islam??
berdakwah ikut sunnah Rasulullah??

bak kata seorang akhwat "ala, dorg konon nak belasah je..klu dulu Rasullulah kena baling najis, baling batu, ugut BUNUH!!, dan kita hnyalah ugutan belasah je...ape la sgt jika dibandingkan dengan dugaan dan cabaran yg dihadapi oleh kekasih Allah. apepun, BERSABARLAH~

terima kasih kepada semua akhwat yang memberi kata2 smgt dan rakan2 yg memberi kata2 peransang utk teruskan dakwah ini walau apapun berlaku..doakan semoga diri ini beristiqamah di jalanNya.


  • Nur Amir kuat ye sahabat cayangku ezan sahizzah.dakwah itu pahit, tapi syurga itu manis. ingat,dakwah kena seiring dengan tarbiah\didikan ezan. means, kena sayangi dan kasihi madu' kita.cian mereka blom dibuka hati oleh Allah.smntra kita? btw, kuat sahabatku ezan dlm berjuang di jln ini.chaiyok ezan!!
    Wednesday at 11:23pm · 

  • Fakhrul Wanz yg penting jggn mudah mengalah..sejauh mane pon ko nampak/dengar.. yg tu sume dtg dri Allah dan Allah sebenarnya nak menguji sejauh mane tahap kesabaran kau dlm tarbiyah..kita kena lihat sume nie dri sudut positif..tidak akn wujud pndngan negatif dlm hal ini kalau iman kita mantap,ilmu kita kukuh namun kita manusia lemah..kena slalu improve.. ujian tu sbg satu cara mematangkan kita dlm tarbiyah nie..wallahu..
    Thursday at 12:17am · 


dan rakan2 yg tidak kurang juga hebatnya dalam buat benda merapu..walaupun merapu namun mereka tidak anti-halaqah(x taw la btol ke x)....wallahualam..


  • Satria Colonello kahj kah kah!!! sapa yang anti halawah tu?dahsyat tol dak dak ni
    Thursday at 10:12pm · 

  • Satria Colonello sekapir kapir aku pun tak anti halaqah
    Thursday at 10:12pm · 

  • Siti Khadijah Hj Hamzah ha?? sekapir kapir?? beraninya..mcm satria sbnr
    Yesterday at 12:32am ·  ·  1 person

  • Satria Colonello ustazah...serius sayta bukan islam yang bagus n bukan dak skola yang bagus...
    20 hours ago · 

  • Fakhrul Wanz bukan islam yg bgus not equal to kafir..
    17 hours ago · 

  • Satria Colonello knapa ada org msti sibuk dlm aku nyer statement...
    10 hours ago · 



dakwah bukan tanggungjawab tapi anugerah pada hambaNya


Andai perjuangan ini mudah
pasti ramai yang menyertai
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
tetapi hakikat perjuangan bukan begitu
turun naiknya,sakit pedihnya,luluh hatinya
umpama kemanisan yang tak terhingga

ANDAI REBAH,BANGKITLAH SEMULA
ANDAI TERLUKA INGAT JANJINYA
ANDAI KECEWA,YAKIN JANJINYA.


Bait2 kata dari seorang akhwat yg dipetik dari tepi birai blog ini, aku amati kembali..begitu mendalam maknanya, mencengkam sukma.....


SEMUA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA~

Comments

  1. salam..

    ad smpai mcm tu skali ek..tbc status seorg akhwat utp,,kau lari aku kejar..subhanallah.smoga trus tsabat dlm mncri redhaNya..amin~

    ReplyDelete
  2. salam..

    ana pun tak sangka sampai mcm nie skali. bersabarlah diatas kesabaran. walau apa yang berlaku dakwah tak akan pernah berhenti,
    daienya tak akan pernah lelah..
    wllhualam.

    ReplyDelete
  3. adik: dunia ni ada byk ragam manusia..kena bersabar je.. (^_^)

    duta_i: Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

    Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam).
    (Fudhail bin 'Iyadh)

    ~ dipetik dari blog akhwatmedic

    ReplyDelete
  4. Perkara itu biasa bg seorang dai'e/dai'eah. Jika kita berdakwah pasti ada cabaran dan dugaan. Itulah yg menunjukkan jalan yg kita lalui itu betul. Jika Dakwah itu senang, mungkin dakwah kita itu tidak betul (paham ke ayat ni?, huhu)

    Benda2 camni dah biasa dah berlaku kat kolej saya dulu. Tapi apa yg penting, dakwah itu bermula dari jambatan hati yg dibina antara mad'u dan dae'i. Tidak juga boleh sembrono saja dlm berdakwah... (sekadar perkongsian)

    ReplyDelete
  5. salam..
    hm..hr tu g utp.dgr gak syira cerita...haha..
    mcm2 fengel dak2 zaman ni..
    QS 7:44,45
    "Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim". (QS. 7:44)
    (yaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat". (QS. 7:45)

    moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  6. MR IQ: betul tu..ikatan hati kita dengannya kepada ALLAH sgt penting.

    assyifaul mujahidah: btol2..setuju..

    ReplyDelete
  7. aku anti dak anti - halaqah.hehe.x kisah x nak halaqah x ajak pom.x pom meke nhe kecewa sebab x diajak mungkin.hehe.

    ReplyDelete
  8. hidayah tu milik Allah..sbg dai'e lakukan lah pengajakan yg terbaik...sentiasa berlapang dada..kita kena yakin mad'u kita mampu berubah ke arah kebaikan sebagaimana kita juga pernah berubah..jika dulu kita jahil, kini Alhamdulillah Allah telah bimbing kita..

    sesungguhnya mereka golongan yg tidak faham..berilah kefahaman kpd kita..

    wallahualam..

    ReplyDelete
  9. sesungguhnya mereka golongan yg tidak faham..berilah kefahaman kpd mereka.

    insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. salam....
    47:7
    "wahai org2 yg beriman!jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
    teruskan usaha dan jgn mengalah...ikhlaskan niat kita kerana ALLAH dan bukan kuantiti yg kita perlukan tp kualiti...
    semoga kita sentiasa di bawah rahmatNYA...
    amin....

    ReplyDelete
  11. jgn cepat menyalahkan mereka yang kurang kefahaman...
    cuba fahamai situasi mereka
    jgn terlalu drastik dlm berdakwah..
    takut2 mereka makin jauh..

    tanamkan ukhuwah dahulu...
    baru masukkan unsur dakwah sedikit demi sedikit
    biar sikit janji mendatangkan impak
    daripada banyak tapi makin jauh...
    sekadar pandangan....wallahu a'lam

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Ni kt utp ke?..bkn utp nme dy rakan msjid ke?..halaqah ni mcm rkan msjid ke?.ana xtaw sgt,ana nk tnye je..maaf jika ad kslhn:)

    ReplyDelete
  13. Ni mmg kt utp. halaqah n rakan masjid dua badan dakwah yang berbeza.

    w/pun cara yang berbeza tpi matlamat yang sama.

    hnya segelintir org2 yg tak faham apa itu perbezaan jemaah akan merasakan salah satu badan dakwah ada salah dan punyai kekurangan.

    kerana siapa mereka berbeza?

    jadi,kedua2nya benar jika matlamat kerana Allah.

    jadi,x wajar ada umat islam sendiri yang ANTI- jemaah islam yg selagi berlandaskan AQ dan sunnah.

    sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
  14. salam, banyakkan bersabar..
    bukan dinamakan dakwah jika tiada cabaran..
    semoge kite same2 mempunyai kekuatan untuk menaikkan nama islam insyaallah.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,kami dengar banyak cerita yang baik dan buruk pasal halaqah di utp..jadi kami,sebagai freshies sangat confuse..semua cerita yang kami terima bebeza beza..kami tak pernah didedahkan dengan halaqah..kami hanya kenal dengan rakan masjid sebb MAS..selepas baca post ni, kami lg tertanya tanya kenapa mereka anti halaqqh..setiap perbuatan mesti ad sebabnya kan ? inshaallah,kami yakin dakwah drpd halaqah akan diberkati allah..tapi, kami masih confuse, kenapa halaqah tidak bergabung sahaja dengan rakan masjid..bukan ke matlamatnya sama ? agama dan ajarannya pun masih sama ? bukan ke bersatu tu lgi baik ? mungkin sebab ni, ramai yang anti dengan halaqah berpendapat bahwa halaqah dan rakan masjid tu bnyak bezanya.. maaf kalau tersalah cakap..hanya sekadar pandangan dan mahu penjelasan lanjut..yelah , sebelum kami salah anggap, lebih baik kami beranya :)

    ReplyDelete
  16. salam

    baca la post aku ni.arap leh bagi pencerahan/penjelasan. adios

    http://ezansahizzah.blogspot.com/2013/03/rm-vs-halaqah-sorryno-winner-and-no.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....