DOAKAN AKU MASIH DI JALAN INI

"semoga Allah meredhainya...."

Kemungkinan post kali ni agak emo sket. Tetibe je aku perasan x sibuk sebab boleh buat 2 post dalam satu hari. Apepun, aku harap tulisan aku ni tak menyentuh pada mana-mana pihak. Afwan ,jika terasa.

Benda yang aku nak cakap ni,

KENAPA AKU PERLU BERJALAN DI JALAN TARBIYAH INI?




Mungkin ada yang tahu hukum kenapa kita perlu berdakwah. Daripada fardhu kifayah, menjadi WAJIB disebabkan peperangan mental pihak musuh dari pelbagai arah yang menyebabkan kita perlu DEFEND diri kita sendiri dan mengajak orang lain seperti keluarga, rakan2,etc turut sama2 menyelamatkan diri dengan menepis anasir2 jahat yang membantu syaitan dalam menyesatkan orang-orang beriman.

Bila ku refresh minda aku balik, aku teringat dulu2 time first aku ditarbiyah..
Time tu aku betul2 baca dan tadabbur AQ,
Time tu aku betul2 tinggal kapel,
Time tu aku sangat bahagia dan gembira punyai akhwat2 yang sentiasa mendampingi aku...

Keberadaan aku di jalan ini, aku harap bukan kerana sesiapa, bukan sebab apa-apa,,
Tapi kerana aku ingin berubah..Ingin mencari cintaNya, mencari redhaNya...

DUGAAN DAN CABARAN..

Segala ujian tu dari Allah..semakin lama di jalan ini, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi,
Semakin banyak pengarahan yang perlu dipenuhi, semakin banyak perlu ketatapan yang perlu dilakukan.

Walau kadang-kadang terasa sangsi, walau kadang-kadang terasa berat di jalan ini..
Aku yakin janji Allah itu pasti.

Ukhti,
Afwan jika diri ini banyak buat antunna semua terasa,
Membuat antunna semua susah hati..
Ana cuba menjadi yang terbaik
Ana cuba berusaha hingga akhir
Afwan ukhti, ana masih baru belajar..

Dan sosok-sosok yang pergi saban hari
Yang pergi dari jalan ini
Moga mereka semakin dekat padaNya
Usah dicemuh atau dihina mereka
Kerana ini sudah percaturanNya

Namun, ukhti,
Doakan ana masih terus kekal di jalan tarbiyah ini,
Kaki ana masih utuh menapak di jalan yang sangat menguji iman ini
Ana selalu berdoa dan berharap
Agar Allah masih menguatkan ana di sini
Agar Allah masih memberi kekuatan kepada ana
Untuk terus melangkah dan melangkah

Ukhti,
Ana sayang antunna semua,
Ana sayang semua sosok yang berada di jalan ini,
Antum dan antunna semua
Ana dah anggap seperti darah daging sendiri
Dah seperti abang,kakak dan adik ana sendiri
Ana tak sanggup kehilangan mana-mana di antara kita
Tapi, Allah berkuasa ke atas hamba-hambaNya

Ukhti,
Andai ana futur,
Andai ana 'lalok',
Tolonglah ingatkan ana dengan ayat-ayatNya,
Tolonglah ingatkan ana dengan post ini,
Agar bisa ana ingat kembali ,
Sebelum ana membuat keputusan yang mungkin menyesalkan diri.

Ya Allah,
Moga segala akhwat dan ikhwah
Sentiasa dibawah perlindunganMu,
Bantulah kami dalam menongkah jalan ini
Moga kami semua masuk ke dalam syurgaMu nnti.

p/s: ingin menjadi core dihadapanNya.

Comments

  1. semoga terus thabat dalam jalan ini :) mintalah kepada Allah kerana Dialah pemegang hati kita, dia membolak-balikkan hati-hati kita...

    uhibbuki fillah~

    ReplyDelete
  2. semoga thabat ukhti.

    iman kita turun naik. tu lah pentingnya sahabat sefikrah kerana insyaAllah mereka akan menarik kita semula untuk thabat di jalan ini.

    doakan ana juga. sayang kerana Allah

    ReplyDelete
  3. boleh ya ezan. insha-Allah boleh.

    ReplyDelete
  4. afiqah: moga fieqa pun tsabat di jalan tarbiyah. walau jasad kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat. =).. balik Mlysia, jgn lupa bgtau ye =)

    husniyah bazlaa : ana sayang anti kerana Allah juga.

    freshie: jzkk ukhti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....