ASSALAMUALAIKUM CIKGU EZAN

"semoga Allah meredhainya...."


Assalamualaikum cikgu ‘,kata Teacher Zaleha semasa berselisih denganku di hadapan bilik guru SMK Puncak Alam. Diakhirnya ada gelak ketawa nakal yg mengusikku.

‘Teacher! X baik taw kacau saya..segan saya..hehe..’,kataku kepada teacher yg pernah mengajar ak semasa form 2 n 3 dahulu. Lalu kami berdua ketawa.
SMKPA yg nampak cam kilang..kilang ILMU la katakan.

Segalanya bermula pada hari Isnin lalu, 10 Januari 2011, ketika aku melawat SMK Puncak Alam yang pernah menjadi tempat aku belajar dari tingkatan Satu hingga Tiga sebelum melanjutkan pelajaran di SBPI Gombak. Saat ak melangkah kaki di perkarangan sekolah,sayu dan rindu hatiku melihat murul2 yang menyambut pengunjung sekolah ini. Mural2 itu dibuat oleh aku dan rakan2ku dahulu. Hanya tinggal kenangan dan memori indah.


murul yang dibuat oleh aku dan rkn2ku ES' NANASS dahulu ;)

Kakiku melangkah menuju ke bilik kaunseling. Selepas berbual dan bergurau senda dgn Cikgu Harfanizah, yg merupakan guru kaunseling SMK Puncak Alam, aku menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan guru2 yang pernah membantu aku dalam mencorak kejayaanku semasa persekolahanku dahulu.  

Tanpa mereka dahulu, tidak mungkin aku dapat menjejakkan kaki di SBPI GOMBAK dan UTP sekarang ini. 

MEMBAWA MISI DAHULU

Masih segar dalam ingatanku, saat aku menghabiskan pelajaranku di SBPI Gombak, aku berazam untuk pulang ke sekolah SMKPA untuk menyumbang sesuatu. Janjiku ini aku suarakan pada rakanku yang bersama-sama berhijrah dari SMKPA hingga SBPI Gombak, Izzat Roslan.  Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Kini, aku teruskan misi dan janji yang pernah aku nukilkan dahulu. Aku tidak punyai banyak wang untuk disumbangkan sekarang, tapi InsyaAllah, dengan ilmu yang pernah aku peroleh semasa di SBPI Gombak, aku luangkan masa dan tenaga untuk sekolah yang tercintaku ini. Amat rugi andai ilmu yang aku ada tidak disebarkan. Sama seperti ayat al-Quran,
Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya(tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w.) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-jumu’ah,62:5)

Alhamdulillah, urusanku dipermudahkanNya kerana atas beberapa perkara, kekosongan guru kimia pada waktu sekarang ini di SMKPA diisi olehku. Kedatanganku begitu dialu-alukan oleh pengetua dan guru2 lain.  Ya, jadilah aku guru sementara yang mengajar Kimia di sekolah tersebut.

modul Kimia 'PENTING' dari integomb. mase kt UTP mengajar pljr nk SPM dlm bilik.

Assalamualaikum cikgu,’kata seorang pelajar yang lalu di sebelahku. Hanya senyuman mampu aku lemparkan.

‘pergh…cam tak caye  jadi cikgu aku skang..hehe..i achieve my dream right now..yebedabedu…..woha!...mak dan ayah, abg icam, tengok skang..aku dah jadi cikgu….SEMENTARA…cikgu sementara pun ok ape..’kataku dalam hati yang sangat2 berbunga-bunga saat kaki melangkah ke bilik guru.

******* ***********************


10 bulan yang lalu……


‘abg icam, aku nak jadi cikgu..tak nak jadi doctor..tak nak jadi engineer..seriously, aku passion giler2 nak jadi cikgu. Since aku jadi facee kat sekolah dulu and inspired by cikgu saidah (cikgu fizik)  dan cikgu wan (cikgu chemy), aku rasa bidang ni well-balance if aku nak kawin nanti.hehe..pepun, minat giler la aku nak jadi cikgu..klu masuk UPSI ok tak??


‘tak okla. UTP tu dah kira bagus la.engineer ok ape..gaji besar.if ko nak jadi doctor masuk uia, lama kot nak abis degree and lagi sibuk klu kena on call. Biotech kt KMB pun kawan aku cakap yg pasaran biotech depends on the world’s economy. Tak tetap. Orang pandai kalau masuk UPSI jadi cikgu RUGI la,’kata abangku panjang lebar.


‘ape yang RUGI? Come on la. Cikgu sekarang kaya kot. Every year cikgu wan pergi melancong kat oversea. Ok malas nak gaduh!,’kataku jauh di sudut hati.

kadang-kadang kita tak boleh nak ikut atau amik yang kita minat je. Kita kena amik peluang yang terbentang di depan mata yang boleh bawa kita berjaya dan menjamin masa depan kita kelak. Percayalah, minat tu boleh dipupuk. Ala, take ur time. Nanti lama-lama ko boleh la adapt dalam bidang engineer ni,’ nasihatnya lagi.


‘Fine. Ingat senang ke nak adapt dengan subject engineering? Dengan Fizik yang aku x dapat nak imagine dan tak faham dengan formulae dan calculations. Susah giler kot. No matter what happen, I will achieve my dream one day.’janjiku pada diri.




Assalamualaikum cikgu,’kata seorang pelajar tingkatan enam atas yang berselisih denganku di hadapan bilik guru.


Dengan  muka serius ala-ala bajet cikgu, ak mengangguk. Dalam hati, ‘hehe…ape la budak ni panggil aku cikgu..mesti dia ingat aku tua dari dia,tak taw yang aku sebaya dengan dia(19 tahun)..hehe..kesian tol.’


Di hadapanku pula Teacher Zaleha yang menyaksikan ‘incident’ ini dan dapat meneka kata hatiku. Dia memberikan aku senyuman nakal. Sudah. Aku bakal kena dengan Teacher Zaleha lagi.

‘suka tak jadi cikgu? Orang bagi salam kat cikgu? Ye la, dulu belajar, sekarang mengajar. Such a good student you are la cikgu,’ kata Teacher Zaleha yang membuatkan aku tersenyum.


Semasa di kelas 5 Kreatif ( KELAS PERTAMA dan YANG MENGAMBIL  JURUSAN SAINS)……


Aku berdiri di hadapan. Semua mata tertumpu padaku. Ok, tolong jangan pandang pelik padaku dan buat aku cuak.

‘Assalamualaikum semua.,’kataku kepada mereka. Salam disambut mereka.

cikgu, cikgu pernah sekolah sini ke? Mcm pernah tengok muka cikgu la,’tanya seorang pelajar perempuan dengan pandangan yang curiga. Pandangannya sama dengan kebanyakan pelajar di kelas itu.


Aku tersenyum. ‘A’ah.Erm.... Akak pernah sekolah dulu sini. Ex-student sekolah ni dari form 1 sampai form 3. Pastu sambung kt SBPI Gombak. Sekarang belajar kat Universiti Teknologi Petronas dalam jurusan Petroleum Geoscience. Memandangkan  tgh cuti sem dan sekarang akak akan gantikan cikgu kimia kamu yang dimasukkan ke ICU kerana paru2 berair. Kamu boleh panggil kak ezan atau cikgu. Tapi akak prefer kamu panggil kak ezan je la’ terangku kepada mereka.


Selepas bersuai kenal dan ‘amik angin’ kelas ni utk biasa dgn diriku, aku teruskan pengajaranku.


Tajuk pertama kimia form 5 :RATE OF REACTION.


Selesai mengajar, aku pulang ke rumah. Sungguh penat.(walhal mengajar 1 jam sehari je).Aku kira2 selama 8 hari aku akan menyumbangkan khidmatku kepada sekolah ini. Semoga masa, tenaga dan ilmu yang aku luangkan ini bermanfaat pada diriku, dan orang lain. insyaAllah.


********************************************************


Teringat aku pada kisah Mother Terresa saat ditanya oleh wartawan, ‘how to make the world peace and harmony?’ ketika beliau menyandang hadiah Nobel Keamanan.

‘Go back and love your family,’

Jawapan  pendek yang apabila aku membacanya, sangat meruntun jiwa. Keluarga sakinah  adalah perkara prima yang perlu dibentuk selepas diri sendiri sebelum membentuk masyarakat yang madani.

Sama la situasi  kalau orang tanya..

‘how to make the school peace, harmony and successful?’

Aku akan jawab pada orang terutamanya yang dah berjaya hingga university, ‘Go back to school and contribute something. Contribute something that can give benefit to the students, teachers, schools and insyaAllah u will inspire others such as the students to follow your foot step.’(ceh, panjang  jawapan mengalahkan Mother Teressa)

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(al-mujaadilah,58:11)

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Semasa cuti, kita boleh pilih, sama ada hendak duduk di rumah dengan berehat, makan, tido, tengok tv, tengok cite korea,cari keje kat kilang atau jadi cashier..

Atau....

 bangun keluar rumah dan cari ‘keje’ yang bermanfaat untuk semua orang. Amat bagus lagi jika ia diselangi dengan melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan ilmu kepada Allah dan mendakwahi orang2 disekeliling kita dengan bermacam-macam cara.

You are what you are thinking.  Life is too short, we make it shorter by wasting time.

Hidup ni sekejap je. Andai kata kita akan mati dalam waktu terdekat ini, marilah kita buat sebanyak-banyaknya amal bakti untuk Allah dan agama Islam yang kita cintai ini. Biarlah hidup kita di dunia ini disenangi oleh kebanyakan orang agar ketika kita meninggal kelak, insyaAllah, ramai insan yang akan mendoakan kita dan mengiringi kita ke kuburan. Semuanya bergantung pada amal kita sekarang ini. Kita mampu mengubahnya.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal kita untuk kehidupan akhirat terutamanya dan bukanlah kehidupan dunia semata-mata.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.(al-ankabuut,29:64).

Comments

  1. cikgu ezan!!
    hehee.. ;)
    bile laa nk ade cikgu mudrikah yer.. ngee~
    gudluck gurl!
    may Allah bless u always..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,,
    jadi cikgu ye sekarang?? hihihi.
    bagus3. teruskan berbakti kepada anak bangsa.
    semoga tiap detik usahamu diredhaiNya =)

    ReplyDelete
  3. mud: iA, klu ko ada keinginan nk jadi cikgu, dgn usaha, pasti berjaya. =)

    fatin: a'ah.jadi cikgu sementara je..hehe. jzk.

    ReplyDelete
  4. Salam. Tersentuh plak ati aku tgk usaha kau nih. haha... Petanda wanita muslimah yg berjaya :)

    ReplyDelete
  5. ameer: 'Petanda wanita muslimah yg berjaya :) ' ya. aku sedang berusaha ke arah itu. insyaAllah.moga dipermudahkanNya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....