SUSAH PAYAH AKU BELAJAR BAHASA ARAB
"semoga Allah meredhainya...." 25/11/11. Tarikh keramat bagiku kerana berjaya menghabiskan buku nahu bahasa arab yang dipelajariku. Setelah sekian lama aku menuntut sejak 2010, mula aku masuk ke UTP, akhirnya berakhir fasa pertama pelajaran bahasa arabku. SEGALANYA BERMULA DI SINI..... Semuanya bermula apabila aku ternampak flyers yang dilekatkan di cafe V2 UTP berkenaan kelas Bahasa Arab itu. Malangnya, tarikh pendaftarannya suda 2 BULAN berlalu. Namun, dengan keinginan yang tinggi, kesedaran yang mapan aku tetap mahu menyertainya. Lantas aku mesej kepada nombor yang tertera. "Salam. Saya ada terjumpa flyers kelas bahasa arab. Nak tnya, kelas tu boleh join lagi ke??" sent by Ezan "Wa'salam. insyaAllah, masih dibuka lagi utk pelajar baru. Foundation ke? Berminat nak join?"sent by 013-******* "A'ah.Foundation first. insyaAllah,rasa berminat (klu x berminat xde la tnya lebih2). Boleh tahu kelas ni belajar pasal apa?" sent by Eza...