Posts

Showing posts from September, 2012

BEST GILER KALAU AKU KAYA!

Image
"semoga Allah meredhainya...." 'How's ur holiday?' tanya Adout member aku dari Sudan yang belajar kt UTP kt fb. 'Awesome dude. I think the best holiday since I study at UTP' jawabku. Cuti. Sapa tak suka cuti? Tak kisah la cuti sekolah, cuti semester, atau cuti umum, aku rasa semua orang suka giler. Dan cuti semester kali ni telah banyak mengajar aku dan mendewasakan aku [ayat mcm aku tak matang lagi] sebagai seorang muslim yang masih diberi rahmat olehNya untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. HIDUP UNTUK KAYA? Statement ni agak slalu berlegar-legar kat kepala aku lately. Mybe sebab cuti lama = keje = ada gaji = KAYA! Mungkin ni formula yang kebanyakan orang guna. Kot la. Hey, sapa tak nak jadi kaya kan? Sapa tak suka duit? Berdosa ke jadi orang kaya? Even Islam pun tak larang umatnya untuk kaya, cuma tak leh bermewah je [mewah:melampau&bukan utk islam]. Right? Duit mcm nak sara 7 keturunan 'Ko buat apa cuti ...

KEKASIH HATIKU.

Image
"semoga Allah meredhainya...." kekasih hati  Perkenalkan ini adalah anak aku,jantung buah hatiku,chewwah.. Namanya ZAHID dan dibesarkan di Puncak Alam. Sekarang dia berumur 4 tahun dan handsome. Bapaknya pula ialah…. OK. Nanti aku sambung balik cite kekasih hati aku nama Zahid tu, tapi sebelum tu aku nak share sket pengalaman aku bekerja kt TADIKA EDU-KIDS PASTI FASA 1, PUNCAK ALAM. Jeng..jeng..jeng… 1)PENGALAMAN DIBULI DI TOILET Aku perkenalkan Muhammad [xde gambar sbb aku taknak amik], nama budak yang berjaya buli aku di toilet. Argh!!!! Mengingat kembali memori ini ibarat mimpi ngeri di siang hari yang sentiasa menghantui. Budak ni cikgu lain panggil 'sutun' sebab kelembikan dia yang mengada-ngada mengalahkan budak perempuan kerana di suka meleset-leset di badan cikgu2 dan bercakap dalam suara yang mengada-ngada dan aku yang dengar pun rasa nak lempang dia dengan harapan suara asli lelaki dia akan keluar lepas tu. ...

UKHUWAH SINERGI (^_^)

"semoga Allah meredhainya...." "Salam..ezan dah cuti.. Bila nak jumpa??He..next week dah start keje la.." mesejku hantar pada sabahat lama yang jauh di mata tapi dekat di hati. "Kita jumpa hari ni gak nak tak?" tanyanya seakan tidak sabar. Aku tersenyum sendirian. Aku ke MidValley di Kuala Lumpur. Bukan untuk bergelandangan, ronggeng atau membuang masa, tapi untuk bertemu dengan buah hati kesayangan jantung yang tinggal bersama semasa  tingkatan 4&5 di INTEGOMB di dorm Makmur 1. Siti Zulaikha bt Sai'an, atau lebih sweet dipanggil Ika. Ika sedang bercuti semester sepertiku juga tapi dia akan menghabiskan cuti tidak lama lagi dan pulang ke Mesir. Boleh kata hampir 3 tahun kami sudah lama tidak bersama-sama untuk keluar seperti ini. Kali terakhir kami bersua jika tidak silap aku semasa aku menghantarnya di KLIA, atau semasa iftar Excel9 semasa tahun 2010. Susah senang semasa kami sekolah INTEGOMB dahulu banyak dikongsi bersama. Ika...

PULAU PANGKOR

Image
"semoga Allah meredhainya...." Motosikal BKX **** dan AHU **** membelah bumi UTP seawal jam 7.30 pagi semalam. Aku, Pika dan Ida sudah merancang untuk menjejakkan kaki di Pulau Pangkor sejak study week sebelum final exam. Walaupun sudah menghabiskan hampir 3 tahun di UTP untuk belajar, namun seringkali aku tidak berkesampatan untuk ke sana. Alhamdulillah, perancangan percutian seharian ini dipermudahkanNya. Kami hanya 'backpack' (baca: redah) ke sana. Motosikal diparkir di hadapan pondok pak guard sebelum berjalan kaki ke seberang perhentian bus untuk menaiki bus Roadway ke Lumut. Menunggu bus adalah saat yang menyiksakan. Lebih kurang 1 jam 15 minit menanti dengan penuh harapan, akhirnya bus tiba. Tambang ke Lumut lebih kurang RM5.50 seorang. Bak kata Ida, naik bus lebih adventure. Betul, sangat menguji kesabaran aku. Aku lebih rela naik moto ke Lumut daripada tunggu bus sejam,tapi bila Ida cakap nanti tak larat nak bawa moto bila nak balik UTP,aku batalkan niat...