SAAT PERANG AKHWAT MELETUS...
"semoga Allah meredhainya...."
Petang itu, panas terik sang mentari membakar kulit-kulit pejuang yang sudah bersedia di medan perang sekaligus membakar semangat mereka yang akan berperang sebentar lagi. Ya, peperangan yang mungkin akan mengalirkan darah dan air mata. Dan yang paling penting peperangan ini antara AKHWAT!
PERANG AKHWAT VS AKHWAT!
siapakah yang akan menang??siapakah yang akan kalah??
jawapannya pasti AKHWAT!
Dan jawapan ini tidaklah sepenting ibrah yang ingin disampaikan.
Ibrah yang mungkin semua akhwat ketahui tapi tidak dirasai dan meresap di hati.
Semua akhwat dibahagikan 2 kumpulan dan warna kalungan di kepala menjadi lambang kumpulan masing-masing sama ada kumpulan hijau atau kuning.
Dan aku, telah ditakdirkan untuk berjuang di pihak kumpulan hijau.
ALLAHUAKBAR!!
Panglima Perang dipilih dan strategi perang diatur.
Inilah perang yang akan menyaksikan kehandalan para akhwat sekalian. Menyaksikan bakat terpendam akhwat2 berperang yang mungkin tidak dapat dilupakan. Panglima Perang segera membahagikan tugasan kepada semua mujahidah perang.
Aku, dan beberapa akhwat ditempatkan dalam kumpulan yang berperanan penting dalam menyerang panji pihak lawan. Sudah semestinya target kami ingin menjatuhkan panji pihak lawan kerana jatuhnya panji itu akan memberi erti bahawa peperangan sudah tamat dan kemenangan akan berpihak kepada kumpulan yang berjaya menjatuhkan panji kumpulan tersebut.
Semua mujahidah berbaris seperti saf-saf yang kukuh dan berhadapan dengan kumpulan pihak lawan.
Dada turun dan naik seakan-akan tidak sabar untuk memulakan peperangan.
Taklimat yang diberikan tidak dapat diamati sepenuhnya apabila kedua-dua pihak sudah bertentang mata, tidak siapa mampu memikirkan dunia dan seisinya.
Sudah tidak kisah sama ada pihak lawannya adalah halqahmatenya, atau murobbiyahnya atau adik-beradiknya.
Hanya memikirkan beginilah dahulu Rasulullah dan para sahabat memburu syahid dan mengharap ganjaran redha dan syurga Allah sebagai balasannya!
Siren dibunyikan.Pertempuran bermula
Suara jeritan gegak gempita bersahutan dari kedua-dua belah pihak.
'ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!' laungan semangat tentera hijau.
Kedua-dua pihak kini beradu tenaga. Dengan strategi yang dibina dan semangat yang membara, kini menjadi kekuatan yang luar biasa!
AKU DITAWAN
Saat aku dan rakan seangkatan mencari panji pihak lawan yang dinyorokkan di balik pokok, aku ditarik oleh pihak musuh.
Aku bakal ditawan!
Dengan seluruh tenaga dan kudrat empat kerat, aku menentang, menjerit dan menolak musuh. Aku kini berada di kawasan pihak musuh, berdekatan markas mereka. Saat aku menjerit melawan, mata aku sempat melirik pada akhwat2 sekumpulanku yang ditawan. Yang meronta dilepaskan. Tak kurang juga yang ditarik dengan kasar tanpa belas kasihan. Pihak musuh semakin ramai menarikku. Ada yang menarik kedua tanganku, ada yang memegang badanku. Betapa merontanya hati minta dilepaskan hanya Allah sahaja yang tahu. Semuanya ingin menawanku!
Dengan beberapa langkah, aku berjaya meloloskan diri. Aku berlari sekuat hatiku keluar dari medan musuh yang sangat membahayakan diriku.Mereka memang ganas!
Masuk ke markas sendiri, aku memperkemaskan diri dan mengumpulkan kekuatan kembali. Suasana kacau-bilau dapat dilihat di sini-sana. Adegan tarik-menarik, tolak-menolak terpampang di depan mata. Peluru air dan tanah dillepaskan oleh kedua-dua pihak menjadikan mangsa ada yang tercedera dan terpana.
TIBA-TIBA...
Seorang demi seorang mangsa yang cedera parah menghiasi medan pertempuran. 20 'mangsa perang' ini.
(untuk pengetahuan, semua telah di'mekap' oleh beberapa akhwat yang kebanyakannya pelajar medic dan doktor).
TAPI...
yang membuatkan semua akhwat terbuka mata hatinya ialah tatkala melihat...
Keadaan mangsa sangat menggerunkan dan seperti realiti. Darah mengalir di muka, di tangan dan di kaki. Tak kurang juga yang tiba-tiba sawan di medan perang. Mereka semua mengerang kesakitan, merangkak di tengah-tengah peperangan yang sengit. Jeritan kesakitan mereka bisa merenggut jiwa pejuang-pejuang yang sedang bertempur. Saat jeritan pertolongan dari bibir mereka menujah ke gegendang telinga, tiada perkara yang dapat difikirkan dengan waras melainkan membantu mereka.
TEGARKAH KITA??
Tegarkah kita masih meneruskan perjuangan saat mujahidah seangkatan menjerit memanggil nama kita meminta pertolongan?
Walaupun sebenarnya tugas mengangkat tentera yang cedera parah itu adalah tugas kumpulan akhwat yang merawat pesakit, namun, saat akhwat rebah di depan mata dengan darah yang membasahi wajah dan minta dihulurkan bantuan, siapa yang bisa untuk mengatakan TIDAK?
Ya, ramai yang mulai alpa tugas sebenar mereka saat melihat askar kumpulan mereka diminta belas kasihan. Saat aku mengangkat seorang akhwat yang menangis dan mengerang kesakitan, seorang akhwat menarik bahuku, mengingatkan tugasku yang sebenar, tugas menyerang panji pihak musuh belum selesai!
'Siapa petugas rawat oang sakit?? Ada tentera sakit!!! tolong angkat cepat!!!' aku menjeri ke arah markas.
Saat itu, suasana tak tumpah seperti medan peperangan yang sebenar. Suara minta dilepaskan tika ditawan, suara pesakit yang menjerit meminta pertolongan dan suara mujahidah memanggil kembali askar2nya berkumandang serentak di udara sehingga menekan jiwa.
Ada yang terbaring ketika meronta untuk tidak ditawan, ada yang terdampar saat kesakitan tidak tertanggung rasa.
Semuanya terlayar di kaca mata.
Beberapa akhwat yang merawat pesakit dari kumpulanku datang membantu.
'Sakit....sa..kit!!!...Tolong!!!..tak tahan...mata sakit...argh!!!' jerit akhwat yang kesakitan itu sambil menarik bajuku dengan sebelah tangannya. Sebelah tangannya memegang matanya yang berlumuran darah, sehingga mengalir ke celah-celah jarinya. Sungguh mengerikan, dan mengharukan.Sebak hatiku saatku melihatnya. Walaupun aku tahu ini hanyalah lakonan, tapi penerimaan ku secara realiti sambil membayangkan para sahabat dahulu, benar-benar menyentuh hatiku. Air mataku tak mampu bertahan lagi.
'Sabar, ukhit..sabar....kuatkan semangat!!' hanya itu yang mampuku bisikkan sebelum pergi meninggalkannya bersama akhwat yang merawat pesakit untuk meneruskan tugasku.
JADILAH SEPERTI SAHABAT RASULULLAH
Dalam perjalananku bersama penyerang panji-panji, aku melihat satu pemandangan yang begitu mengetuk pintu sukmaku.Seorang akhwat yang cedera parah, berlumuran darah, menangis minta dilepaskan kerana mahu meneruskan perang demi syahid di jalanNya.
'Lepaskan!!Lepaskan!! Ana nak pergi berperang... ana mahu syahid!! Lepaskan!!'jerit akhwat itu apabila beberapa akhwat menarik tangan dan tubuh badannya masuk ke markas untuk dirawat.
'Ana nak pergi berperang..Tolong lepaskan ana!! Tolong la....' teriak akhwat tersebut dengan esak di hujungnya. Sedu sedan bersilang dengan teriakan minta dilepaskan. Air matanya membasahi pipi bercampur dengan darah yang mengalir.
'Ana mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah! Yang tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Lepaskan ana.....' jerit akhwat tersebut yang bisa menggegarkan hati semua dan membuatkan kami menunduk malu dan sayu. Mengertilah ukhti, perjuangan dahulu sangat sukar dan payah.
PERANG TAMAT
Selepas perang, aku duduk di tepi bukit yang menjadi kubu pertahanan kumpulanku. Keseorangan. Aku menangis semahu-mahunya. Betapa pertempuran 30 minit ini bukan sahaja memenatkan malah memberi kesan yang mendalam pada diriku.
'Ezan,jangan sedih sebab tak dapat tumbangkna panji dorang. tak pe..kita seri dengan dorang sebab dorang pun tak dapat rampas panji kita..ezan dah berusaha yang terbaik!..dah..dah..jangan sedih2..' kata seorang akhwat sambil menepuk-nepuk belakangku.
Aku hanya membisu tidak mampu untuk berbicara.
Mengertilah ukhti, tangisan ini bukanlah kerana tidak bisa menumbangkan panji pihak musuh, tapi aku menangis mengenangkan perjuangan Rasulullah dahulu bersama para sahabat. Bukan mudah untuk menegakkan kalimah Allah. Bukan mudah....
Syukurilah nikmat islam dan iman yang kita kecapi kini.
Muhasabah diri kembali..
Apakah sumbangan kita kepada agama yang kita cintai ini?
Saat kita rasa futur kerana mad'u lari atau menolak kita tepi..
Saat kita rasa lemah kerana mutabaah tidak mencapat target yang dikehendaki
Saat kita rasa down kerana study kita tidak membanggakan diri
Mengertilah...
Rasulullah dan para sahabat jauh lebih hebat penderitaan dan dugaan mereka.
Tapi mereka tidak pernah mengeluh atau berhenti berdakwah.
Malulah kita semua andai cabaran yang kecil ini kita tidak mampu menghadapinya.

jazakillah khaeyr ukhti..post yang menggugah..sekalipun kita mengahadapi ujian yang pelbagai, mad'u lari, mutabaah down..namun apa yang perlu adalah, teruskan berdakwah. tapi ukhti..bukankah ant dari kumpulan kuning? kerana ana adalah pihak musuh yang menyaksikan penawanan ant yang sangat "dahsyat"..hehehehe aman~
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteHu.. ezan. Ana grup hijau. Anti kuning la ukht. Ana sgt ingat ana hijau sebab ana yg potong penanda utk grup ana--hijau. Dan, ana sgt ingat, ana bersama ahli grup hijau ana, menarik anti sehingga jadi macam ape ntah..
Ho.. GMS, kita 1 grup aa?
Asif wa jazakumullah.
Perang yang memang sgt best!!
aiseyman..macam mana la ana boleh lupa rupa2nya ana dari kumpulan kuning...kaler feveret ana hijau,jadi tu yang asyik teringat warna hijau..sape2 dari group kuning,asif jiddan...ana bukan pengkhianat..(sbb ana tak bangun pun masa last perang ;D)...xpe, dua2 kumpulan AKHWAT..
ReplyDeleteanalytical_blue: sangat 'dasyhat' anti dan kumpulan anti tarik ana samapai jd mcm apa ntah...2 kali 'jadi mcm apa ntah'...
Pergh !
ReplyDeleteana hijau, pemegang panji.hehe - selamat aku x main, kalau x memang la......... -
ezan, maafkan kekasaran kumpulan ana.begitula bila jiwa dirasuk semangat jihadiah.
ana x dapat ulas haritu so ana nak ulas sikit.
tahniah buat urusetia war ini.ini pertama kali benar-benar ana merasakan seolah dalam situasi peperangan.beza di sini kerana ada :
1. org cedera
2. pengkhianat (pergh)
3. org sawan
itu shj.sekian.
mahu x mahu akhwat?
jawab ana...
MAHU !
pemegang panji dok kat blakang..huh~ apa pun, ant da penat mase tu..memang patut la jadi org kat blakang.
ReplyDeleteperang ni mmg sgt menjadi..ana neves tengok org cedera pertama yang di bawa ke maarkas utk di rawat.well, ana bertindak as jururawat. punya neves sampai, dlam xde suara tu, ana menjerit sekuatnya.."first aaaiddddd!!!!" sampai suara hilang sehingga ke akhir mukhayyam..haha...
pelik jugak ana, takkan baling dengan air bercampur tanah lukanya sampai macam tu skali?dahsyat btol. bila nampak org cedera seterusnya, barulah tersedar, luka tu olok2 je..rasa macam nak balik uma terus.malu lerr..beria menjerit..
tahniah kepada team akhwat medik!
ana adalah group hijau y selalu di aim group kuning kerana ana kecik.. tak aciiiiiiii.. kesian ana ngan analytical blue.. huaa
ReplyDeletewahh..
ReplyDeleteMostly blogger akhwat kat sini team hijau ye.
Ezan je yg kuning. Boleh serang ezan ni.. hihih.
Betul2.. Dr mujahidah, kita berdua.. kejap menarik musuh, kejap pulak ditarik musuh.. kejap ana tolong tarik anti dari musuh.. kejap anti pulak tolong tarik ana..
Huhuhu... kelakar dan menarik.
Yang paling ana ingat, time kita berdua kena tarik oleh musuh, then datang orang2 sakit. Musuh2 yang tarik kita semua stop tarik kita, nak pegi selamatkan orang2 sakit. Termasuk anti pun nak pergi tolong jugak. Hahaha.. Nasib baik ana sempat tarik anti, kata tak payah tolong sebab itu semua adalah TIPUan semata-mata..
^_^ Nice memory.
GMS : KOYA mu.huhu - sapa penat? -
ReplyDeletejom serang ezan, muahahaha.kalau dalam perang betul....ada ke ek rasa nak membantu musuh yang sakit?
erm...
dalam perang nhe kita rasa nak bantu sebab dia adalah akhwat.
satu memori yang tak kan dilupa..
ReplyDeletetapi kalo boleh nak je wat lagi..nyesal aritue tak leh nak serious...huhuhu.
haha,ezan. Tak pa ana ada..
group hijau memang ganas-ganas..dalam blog pun nak serang,,,
ish..ish..
salam
ReplyDeletek.ezan mcm mne la blh lupe... kite segroup ! haah mreka ganas n bsar2..adeq , kejam la kumpuln akak.ana tertelan paasir byk dah,,huhu..mreka seret ana.senang2 je nk lambung.mentang2 la ana ringan..
hoho hidup HIJAU !
ReplyDeleteAna akan panggil lagi geng-geng hijau untuk godam blog ini.hehe. (muka kejam)
alamak, nampaknya perang akhwat bakal tercetus lagi di blog ana..tp x best la...sbb
ReplyDeletetak dapat nak tandingi real perang masa mukhayyam tu..
klu bukan sebab keadaan fizikal analytical blue yg kurus dan dr mujahidah yg kecik, dah lama ana menggunakan seluruh kudrat menyerang dua2..(*cheh,da tamat perang baru nak eksyen ;P)
adeq,sepatutnya ana bw pacat gi serang anti sekali.(ana dah tahu kelemahan anti ^_^)..eheh
pepun,semoga kita dapat ibrah dari perang ni..perang yg kita rasai ni mungkin hanyalah 0.001% perang Rasulullah dahulu.jadi,jgn berhenti dari jalan yg kita tempuhi ini.insyaAllah,apa yg kita harapkan hanya redhaNya.
haha. amek gambar korang sume yg kene tipu mmg best. penat oh kejar-kejar amek gambar! oh tp ana slaku photographer juge menangis menyaksikan setiap scene yg berlaku.. srott..
ReplyDeleteowh..rupa2 Freshie ada gmbr masa kita perang...the only photographer i think sbb photographer lain sibuk dgn perang.
ReplyDeletenak gmbr =P!!
ohh cmni ana kne wat cd lah. byk kot gmbr nak kasi. gmbr anti menanges pun ade. ngahaha. ops! tak baik gelak
ReplyDeletefreshie: wah,malunya~
ReplyDeleteok2,freshie letak sume gmbr dlm cd..pastu leh jual kt akhwat2 yg nak.
make sure nama ana num 1 dalam list akhwat yg mahu cd 2..eheh..
cis.sudah tahu kelemahan ana.penting ke ek nak tahu kelemahan musuh?
ReplyDeleteapa kelemahan msuh kita sekarang neh ek, n sapa musuh kita..
syaitan la kan......
- teringat kena marah ngan k.suraina, sebab takut sangat ngan pacat -
gambar 150 tu ke kak FRESHIE?
ada dlm pendrive ana, sedot dari Ismi Lnda
salam. nice entry ezzan, real story..
ReplyDeleteberjela komen, habis terbungkar semua rasa hati dan scene2 perang akhawat...
btw, ibrah memang menyentuh qalbu..
windu nye MN <3
ReplyDeleteana nak wat wargames ni lah tuk KRS ti. hehe
ana pun rindu MN <3
ReplyDeleteharap dapat main perang lagi.
akhwat, kita istiharkan perang!!!
(perang olok2 ye (^_^) )
ana hijau!! memang semangat sungguh time perang tu,, afwan berkasar dgn akhwat,, huuu..
ReplyDeleteezan syahid kut time perang ni kan..? hehe
teringat kata2 ezan time ibrah,,
"Time tudung sy kena tarik,sy tak kisah, itu baru tudung, kalau nyawa sy yg kena tarik..."
huu..
haha!!!ana geng kuning.perang 2 mmg x dpt dilupakan..ana jadi akhwat yang sakit 2..cayalah pada pelakon2.ana rase mereka ni boleh dicalonkan dalam anugerah pelakon terbaik taun ni(kecuali ana..huhu..sbb ana x pandai berlakon)...ape2 pon ibrahnya tetap dapat dirasai..hehe
ReplyDeletehuhh..tubit air mata baca post ezan..rndu nak main perang2 lagi..
ReplyDeletesatu lagi ibrah yg terselindung..
iaitu : ketersediaan akhwat membantu bila mmerlukan..
sbnrnya akhwat yang dimake up sakit, komander sje letakkan utk lihat sejauh mana
sikap akhwat..
nak tahu gak sape org2 pertama yang tersentuh dan mahu menolong..
masa tu, rmai gak yg x nk dekati org2 sakit, x pecaye, betul ke akhwat kita sakit..rmai yg ragu2..
ibrah yg nak lihat kt cni, sape akhwat yg betul2 mempunyai sense of keakhwatan yg tinggi..
yg x sanggup melihat akhwatnya sakit,
yg x sanggup melihat akhwatnya menangis,
yg x sanggup melihat akhwatnya meraung kepedihan.
inilah akhwat yg sejati!!
once bila ada yang memerlukan, dialah org pertama menghulur bantuan..
wallahualam
p/s: ana dah x tahu ana group ape time tu..yg pastinya ana ditugaskan sbg seorang tali barut grup 1st..hehe..afwan semuanya
tali barut? haha
ReplyDeletesetiap akhwat karakternye berbeza. ada yg perlu diyakinkan btul2 baru akan yakin. ada pula yg jenis mudah ikut emosi, ada yg lebih suka berfikir panjang, ada yg memendam dan lebih gemar memerhati dalam diam. tapi tidak bermakna yg tidak jump into 'aksi kesian' itu bukan akhwat sejati.
akhwat sejati itu adalah.. jeng jeng
akhwat sejati itu adalah ana.haha.
ReplyDeletepanjang SUNGGUH komeng.dahsat..
adeq : perasaan la
ReplyDeleteassalamualaikum semua.. waaaa xabes2 lg perang ye ^_^ nak join jugak. ana team ijau..
ReplyDeletekangen ngn antunna semua..
adeq, adik , siswi ni org yg same ke T_T afwan
salam . amboi , nak join jugak . kte ni haa segan je . pegi masuk kt markas pihak lawan , lepastu mintak lepaskan pulak . haha , maluuu je . realitinye , mmg tak thu pun mane mrkas kuning , mne markas hjau . maon redah XD ngehehe , lawak bebenor . kenangan terindah tatkala bersama akhwat . :)
ReplyDelete