BEDAH BUKU: WHAT I WISH I KNEW WHEN I WAS 20

"semoga Allah meredhainya...."


Buku ni aku pinjam kat IRC [baca: library] kat UTP seusai umurku menjangkau 20 tahun. Mula-mula ingatkan buku ni macam DO&DON'Ts untuk bebudak yang berumur 20 tahun menghadapi dunia yang mencabar ni, tapi rupa-rupanya, buku ni lebih baik daripada yang disangkakan. Pandanganku meleset!

BUKAN BUKU NOVEL

Walaupun covernya nampah catchy dan ala-ala novel remaja Barat, tapi buku ni bukanlah persis yang disangka.

Don't judge a book by its cover.

Buku ni ditulis oleh seorang pensyarah Neurologist yang berpengalaman luas dlm bidang kreativiti dan otak manusia ni.Jadi, aku dengan berbesar hatinya nak promote buku ni untuk baca. Sumpah, tak menyesal baca.

Apa yang korang dapat lepas baca?? Banyak kot tapi 2 yang utama ialah

- Tingkatkan daya KREATIVTI kepala korg
- Tingkatkan KEYAKINAN korang untuk berjaya



So, aku bagi sinopsis sket pasal buku ni esp case study yang mmg osem.

CASE STUDY 1
- Korang diberi 5 dollar dan 2 jam untuk korang GANDAKAN duit ni. So macam mana korang nak buat bagi duit ni beranak berganda-ganda? Inilah study case yang penulis ni bagi pada student dia and diorang pun come out dgn solution yang mmg out of mind dan out of the box!

CASE STUDY 2
- Bentuk beberapa kumpulan yang terdiri lebih 3 orang. setiap kumpulan diberi task [cth: bagaimana nak tajmik mad'u- cth ni aku reka sendiri]. Dan setiap kumpulan perlu tulis apa yang perlu dibuat dan x perlu dibuat kerana nampak bodoh/lawak. [cth: yang perlu dibuat: buat program besar-besaran yang best dan osem untuk dorg dtg ramai2, manakala yang lawak kalau dibuat: program pelik dan takde kena mengena dgn dorg.].. tuliskan banyak2 jawapan dalam 2 kertas yang berbeza. Pastu , kata penulis buku ni, KOYAKKAN idea yang perlu dibuat dan bagi dorg balik idea bodoh tu untuk dorg EDIT dan come out dgn idea yang mmg best dan xde org fikir sbb ingat idea tu bodoh.

Biasa dengar, orang2 yang berjaya ialah orang yang buat sesuatu atau keluarkan idea yang pada mulanya orang tak terfikirkan pun idea tu atau merasakan idea tu bodoh. contoh, idea buat kapal terbang, buat telefon, buat kereta atau dalam sirah, semasa pemindahan kapal2 untuk menawan kota Konstantinople. idea yang dirasakan oleh ramai orang sebagai mustahil dan tidak mungkin inilah yang akan membuat orang tersebut ternganga-nganga kekaguman. Wooo~

CASE STUDY 3
Buat satu gelang dan tulis pada gelang tu ape2 yang leh motivate korg utk buat sesuatu. Benda tu aku dah pernah praktikkan dan sangat berhasil sbb dia tetiba akan motivate kita utk buat di samping fokus! contoh perkataan yang leh guna ialah 'DO IT!', ' DON'T STOP UNTIL FINISH' dan lain2...Korang akan cabut gelang tu sampai kerja korang tu dah habes buat and no wonder time aku kecik2 dulu ada gelang getah yang dijual dengan motivational word kt atasnya.

PENUTUP

Buku ni memang best dan tak rugi kalau baca. Really insipiring and motivating book. Study case yang diberi sangat banyak, susah dan mencabar minda. Kalau korang dapat study case ni mungkin akan tertonggeng-tonggeng fikir solusinya. Dan solusi yang dia bagi untuk setiap study case tu [selepas korg tertonggeng-tonggeng] sangat osem sampai rasa nak hempas buku tu sambil kata "macam mana dorg bleh pikir solution yang gempak ni!!!grrrrr.."

Apepun, minta maaf kalau aku terlebih-lebih plak dalam berbahasa dan mempromote buku ni. Siyes, buku ni bagus. Aku ulang sekali lagi. For those yang tak tahu mana nak beli, jgn risau, e-booknya ada je kt internet, korg download dan baca je.

Lastly, selamat membaca dan moga ilmu yang dapat tu akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

Bacalah sementara korang masih muda dan ada masa. Peace.

Comments

  1. aku ad dowh buku ni kat ruma! tp xpena bace lagi..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....