SMK PUNCAK ALAM

"semoga Allah meredhainya...."


ALHAMDULILLAH

SYUKUR. Satu kata yang mampu diluahkan saat impian untuk berbakti kepada sekolah menjadi nyata. Impian yang di simpan sejak kecil, yakni memberi motivasi kepada adik-adik menjadi realiti apabila kaunselor menawarkan program motivasi untuk pelajar form5.

Saat mendapat tawaran, hati melonjak riang, senyuman tidak lekang dari bibir ini.
Namun, apabila masalah menimpa satu persatu, impian yang dilakar di kanvas kehidupan semakin menjauh arahnya.
Oh tuhan, kumohon agar dipermudahkan.

Berkat kesungguhan dan bantuan dari akhwat dan ikhwah semua, program yang dirancang berjalan dengan jayanya. Walaupun rata-rata masih baharu, masih mentah di arena ini, namun percubaan inilah yang insyaAllah akan menjadi titik tolak untuk aku terus bersemangat memberi motivasi kepada mereka di luar sana, berkongsi pengalaman dan cerita yang mungkin berguna untuk mereka satu saat kelak.
Tidak usah di tanya perasaan gugup yang mencengkam jiwa.
Tidak perlu dipersoal bakat komunikasi yang masih mentah ketika berkata-kata.
Kerana semua itu sudah diadun dan meresap ke jiwa.

Kepada mereka yang terlibat
Ana berterima kasih banyak2 kepada semua
Sungguh, tidak sangka mendapat kerjasama daripada semua
Kerjasama yang diberi sungguh padu dan jitu
Sehingga membuatkan hati ana terharu

Walaupun mungkin ada cacat dan cela
Banyak peningkatan yang perlu dilakukan
Bermacam-macam pujian waima tohmahan
Namun, semoga ia menjadi cermin untuk kita perbaiki diri
Menjadi insan yang lebih cemerlang kelak

Inilah pengalaman
Guru yang mantap untuk mengajar sesuatu perkaraa
Pelajaran yang praktikal dan membumi
Serta memberi kemanisan rasa yang tak berbelah bahagi

8.35pm, Di train ETS, menghala ke Batu Gajah, Perak.

Comments

  1. alhamdulillah :)
    akhirnya ezan dapat jugak peluang tu. sy menanti peluang tu utk sy pulak satu hari nnti. rasa seronok pd memberi, terutama utk adik2 junior sekolah sendiri. mashaAllah, semoga mereka semua dpt inspirasi dan semangat baru drp ezan dan lain2 yg terlibat~

    ReplyDelete
  2. iA, satu hari nnti kita bagi mtivasi bersama2 =) ada impian nak bergandingan dgn afiqah, izzat, adibah dan lain2 3uia dulu. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....