DAKWAH: CAN I 'WALK' SLOWLY???

"semoga Allah meredhainya...


" Akak, kenapa akak menangis semalam??" tanyaku pada seorang akhwat yang lebih senior daripadaku suatu ketika dahulu.


"Owh...takdelah..sebenarnya.....hurm...ada akhwat tanya akak, boleh tak dia di 'rehat' kan dari kerja dakwah sementara waktu...akak sedih lah sebab dia dulu sangat berkomitmen dengan dakwah, tapi jadi macam ni pulak.. " katanya yang pada mulanya agak berat utk berbicara denganku perihal ini.



"Owh..xpe la kak. nak buat macam mana kan? Mungkin dia nak stablekan dulu diri dia, settlekan problem dia sebelum buat kerja dakwah.. dah OK nanti, dia continue la kan?? Orang yang buat kerja dakwah ni kak, takkan lah tak diuji Allah.. paling kurang dengan studi, kalau tak, masalah family, kalau bukan family, ada sahaja bentuk ujian dariNya sehingga melambatkan dia berjalan di jalan dakwah ini.." kataku panjang berjela.


Akhwat senior itu diam seribu bahasa. Aku tak tahu la kalau aku cakap tu betul ke tak. Diamnya tak tahu sama ada setuju atau sebaliknya. Tapi tu pendapat aku la sebagai seorang yang masih bertatih di jalan ini.


Diam tanda setuju, aku anggap apa yang aku cakap tu betul la kot. Telahan aku dahulu.


**************************************************


Beberapa bulan lepas, aku dikejutkan dengan seorang akhwat yang rapat denganku mengambil keputusan nak quit dari kerja yang dia buat, kerja DnT (Dakwah n Tarbiyah). Seorang akhwat menunjukkan emelnya kepadaku.




salam .
asif jiddan, ana undur diri dari dakwah ini.

mintak maaf atas keputusan ana yang ni.

selama ni pun,ana mungkin membebankn dakwah, ana akan habiskan
segala tugas segera supaya ana pergi pun tak membebankan dakwah.

smg antunna lebih gencar bergerak tanpa ana.

Bergenang air mataku membacanya. Tipu la kalau aku cakap aku tak sedih. Rapat kot aku dengan dia. Mestilah sedih. Tapi kalau aku nak bersedih lama2 sampai menangis air mata darah pun, apa gunanya kan???


Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (supaya mereka beriman). (12:103)

Walaupun title dia dah bukan akhwat, tapi lebih kepada kawan, tak bermaksud ukhuwah yang terjalin dulu aku nak putuskan. Selang beberapa hari, aku gi la makan dengan dia sebagai seorang kawan.

Tiba- tiba aku teringat akhwat senior yang menangis dulu sebab akhwat minta direhatkan kerana tertekan. Bagi aku, kenapa la kawanku ini tak minta rehat?? Kenapa nak keluar terus? Dia tak tahu ke leh 'rehat'??

Lalu aku pun tanya pada dia.

"Fren, aku tau yang ko quit sebab tekanan study dan mungkin sebab family ko yang mendesak sampai ko rasa terhimpit dan tersepit kan? but, y dun ko minta rehat je instead of quit terus?? tanyaku memujuk.

"Oh, leh ke minta 'rehat'.x tahu pun..." katanya.


"Kalau tahu, fren nak minta ke??" tanyaku pula.


Fren hanya tersenyum dan membisu. Aku tak faham maksud tersirat di sebalik senyumanannya. Tapi apakan daya, keputusan sudah di buat, kata sudah dikota. Untuk mengundur balik ke belakang, menapak ke belakang kembali, bukan mudah untuk dilakukan. Biarlah kita melangkah terus ke hadapan walau jalan sudah berbeza. Tidak sama.


**************************************


Afwan, kuakui, kadang-kadang rasa simpati dengan mereka yang keluar kerana dihambat masalah. Tapi, semua hambaNya akan diuji bukan? Apatah lagi jika dia punyai keimanan yang tinggi. Dibandingkan dengan ujian para sahabat dahulu dengan kita mungkin seperti jauh panggang dari bara api.


Pada suatu pengisian, kulontarkan persoalanku ini pada pengisi.


"Akh, boleh ke kita berehat di jalan dakwah ini? Berehat sementara seperti diringankan gerak kerjanya utk memberi ruang kepadnya utk membaik pulih masalah sehingga selesai, kemudian kembali aktif semula. Adakah dibenarkan? Ada yang berkata, ' I may walk slowly, but I'll never quit"...Apa pendapat akh dlm hal ini?"


"Then, if you cannot walk, you want to crawl after that?" tanya pengisi.


"Yes, but I won't quit" kataku pendek.


"Ukht, seandainya begitu, anti boleh jamin dia tak akan quit? Apa yang menjaminnya dia takkan quit?" tanya pengisi lagi.


"Kata-katanya." jawabku.


"Kata-kata. Semua orang boleh berkata-kata. Tapi, tak semua orang boleh berbuat. Tak semua orang boleh melestarikan apa yang diluahkan. Mengatakan apa yang dikota. Tidak semua. Ukhti, saat kita diambang masalah ,saat kita diujiNya, mengapa kita menyalahkan jalan dakwah? Mengapa kita blame jalan yang suci ini sehingga merasakan kita perlu berehat darinya?"


Aku diam mendengar. Benar apa yang diperkatakannya.


"Mengapa kita tidak menyalahkan perbuatan-perbuatan mungkar kita? Main FB, buang masa, blog, main game, sembang, dan lain-lain yang tidak berfaedah. Mengapa tidak kita "rehat' daripada buat benda2 tersebut. Mengapa tidak kita persalahkan perbuatan-perbuatan tersebut sebaliknya menyalahkan jalan dakwah ini?"


Persoalan dijawab sendiri dalam hati. Jujur. Benar kata pengisi.
Jangan perlahankan langkah, kemungkinan untuk berhenti itu tinggi




Saat diri dihimpit masalah dan bertanya pada diri, "Dakwah, can I walk on you slowly?"


Pasti jawapannya TIDAK. 


Tapi lebih baik tidak ditanya soalan bodoh sebegini.


Sewajarnya, saat kita down, saat kita tertekan, saat kita dihimpit masalah yang menyebabkan kita terhimpit dan tersepit, kita sewajarnya semakin dekat padaNya, semakin kuat jiwa kita, semakin gencar gerak kerja dakwah kita agar dekat kita padaNya. 


Bukannya berehat, apatah lagi berhenti.


Andai merasakan diri tidak cukup layak di jalan dakwah ini,
Kita sewajarnya bergerak pantas melayakkan diri kita di jalan ini.

Andai merasakan diri membebankan dakwah,
Kita sewajarnya bergerak pantas membaiki masalah yang terbeban
agar terus berjalan di jalan dakwah,

Andai merasakan diri tidak cukup kuat di jalan dakwah ini,
Kita sewajarnya bergerak pantas meminta kekuatan dariNya untuk terus menapak di jalan ini.

Menggandaka usaha dan gerak kerja di jalan yang suci dan indah ini.

Bukannya BERHENTI.

Adakah kita mahu menjadi manusia bodoh?

Yang berhenti belajar kerana gagal dalam peperiksaan,
Yang berhenti kerja kerana gagal dalam kerja,
Yang berhenti dakwah kerana gagal dalam dakwah,

Dan mungkin orang seperti ini,
Akan bunuh diri seandainya gagal dalam hidup.


Berhentilah menyalahkan jalan dakwah andai ditimpa masalah. Tolong cermin diri bila ditimpa dugaan. Tolong nilai dan tunjuk pada diri jika menghadapi kegagalan.


Salahkan diri dan BAIKI diri.


Dekatkan diri padaNya.
Kerana mungkin semua yang berlaku kerana dosa-dosa kita padaNya,
Atau mungkin kerana Dia mahu menguji diri kita.


Jadilah seperti Nabi Ayub, saat dia diuji, saat hartanya ditarikNya, saat anak-anak diambilNya dan isteri meninggalkannya, saat dia ditimpa penyakit yang melarat..


Dia tidak pernah berhenti berharap pada Allah, apatah lagi menyalahkanNya. Malah dalam doanya, dia membisik padaNya, ambillah semua yang ada padanya, ambilllah segala-galanya yang dia ada, tapi satu sahaja dipohon agar tidak diambil, iaitu HATI kerana dengan hati itulah dia mahu terus mengingati Penciptanya, terus merindui dan mencintai Pemiliknya. Mampukah kita seperti itu?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)





Comments

  1. subhanallah, kdg2 hati ini pun selalu lemah dan rasa nk mnegalah drpd jalan dakwah, tq untuk entri ini, i.allah, perjalanan dakwah yg panjang ini tidak akn pernah menjadi susah, kerana ALLAH sentiasa bersama-sama org yg berjuang di jalanNYA.

    ReplyDelete
  2. Adakah kita mahu menjadi manusia bodoh?

    Yang berhenti belajar kerana gagal dalam peperiksaan,
    Yang berhenti kerja kerana gagal dalam kerja,
    Yang berhenti dakwah kerana gagal dalam dakwah,

    -ana faham. tidak sewajarnya berhenti. cuma terkadang diri lebih mengetahui kondisi sendiri. berhenti sebentar koreksi diri. untuk berhenti selamanya.. na'uzubillah..

    ReplyDelete
  3. atiqah: sama2 kita doakan agar terus tsabat di jalan dakwah ini

    nur: benar, berhenti sebentar koreksi diri, duduk sebentar meresapi iman. kadang-kadang, kita merasai diri kita sahaja memahami diri kita tanpa menyedari Pencipta itu lebih berkuasa, menyebabkan gugurnya dai'e di jalan dakwah ini. na'uzubillah min zalik..#peringatan utk diri.

    ReplyDelete
  4. ada dapat daripada seorang akak ni, dia kata kalau rehat dlm kamus dai'e itu bukan bermaksud pada berhenti kerja dakwah, cuma mengambil masa sejenak untuk diri sendiri topup iman dan dekatkan diri lebih dengan allah utk refresh balik hati :)

    ReplyDelete
  5. afiqahbaharin: btol tu.ada benarnya. dan berehat kita adalah utk kita memperbaiki diri dan iman, bukannya berhenti terus dari berdakwah. jzkk atas perkongsian fiqah ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....