MAAFKAN AKU..
"semoga Allah meredhainya...."
Sometimes I feel lonely.
Sometimes I feel useless.
Pintu rumah dikuak luas. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan aku baru pulang dari Lab Seismic. Hari ini agak memenatkan, kelas seawal jam 8 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang, tanpa henti kecuali 2 jam dari pukul 12-2ptg utk lunch dan solat zohor. Hari ini aku dan rakan sekelas melakukan experiment Wave di tengah padang yang panas perik. Dengan berpeluh-peluh dek panas mentari benar-benar menikam dan memenatkan.
Bilikku tiada orang. Roommateku masih belum pulang. Kunci bilik yang dikeychainkan di zip dompet dimasukkan dalam tombol pintu. Pakaian yang kuangkat tengah hari dan diletakkan di atas katil masih belum berlipat. Pakaian kotor dalam baldi di bilik air memanggilku untuk dibasuh. Meja belajar dipenuhi dengan nota-nota dan buku-buku rujukan subjekku. Beg diletak di ats kerusi dan aku terus ke tandas mengambil wuduk untuk solat asar. Dari jauh kudengar suara akhwat-akhwatku dari sebuah bilik berzikir memohon ampun padaNya. Semua solat berjemaah bersama-sama petang itu kecuali aku kerana pulang lewat dari kelas. Sejuk dan gembira hati melihat mereka semua dan berasa diri kerugian kerana tidak dapat bersama.
Selesai solat asar, aku lantas membuka emel. Ini antara detik-detik yang kurangku gemar dalam kehidupan seharian. Nafasku tarik dalam-dalam saat melihat gmail loading 97% di skrin laptopku. 20 hingga 30 emel bercahaya minta dibaca. Aku melihat tajuk satu persatu dan delete mana2 emel yang ku tak berminat. Membaca satu demi satu email memang mengambil masa. Kadang-kadang aku hanya membaca sesuatu emel tanpa memberi respon jika tiada idea dan tidak diminta urgent. Facebook di sign in untuk membaca notifications. Selesai membaca notifications, gmail dan facebook di tutup.
Jam menujukkan pukul 7 malam. Sebentar lagi dalam 30 minit, azan maghrib akan berkumandang. Pintu bilik dikuak dan kelihatan roomte sudah pulang. Senyuman dilemparkan.
"Baru balik? Ada kelas ke?" tanyaku berbasa-basi utk menghidupkan suasana bilik yang sunyi.
"Jumpa lecturer." jawabnya pendek.
Aku lantas melipat baju,mengemas katil dan meja belajarku sekadarnya.
"Malam ni akak pergi ziarah?" tanya roomateku tiba-tiba.
"Afwan, malam ni akak ada kelas. Pastu ada discussion utk presentation pagi esok." jelasku. Dihujung kata ada hembusan nafas yang berat. Sedih.
"Malam ni saya nak pergi makan dengan mad'u. Ada mana-mana akhwat nak join?"pertanyaan seorang akhwat dari luar bilik kedengaran.
"Saya!!!" sahutan akhwat lain.
"Malam ni saya nak pergi ziarah mad'u. Ada mana-mana akhwat nak join?"pertanyaan seorang akhwat lain pula kedengaran.
"Saya!!!" sahut akhwat lain termasuk roommateku yang terus keluar dari bilik menemui akhwat yang ingin pergi ziarah juga.
Selepas mandi dan menunaikan solat maghrib bersama akhwat2 lain, aku bersiap untuk pergi ke kelas Bahasa Arab dari jam 8-10 malam. Laptop dimasukkan dalam beg kerana selepas itu aku akan ada discussion untuk pembentangan kumpulan pagi esoknya pukul 8 pagi.
Coffee secawan yang sempat dibancuh dihirup secepatnya sebelum ke kelas untuk mengelakkan aku 'syahid' di kelas. Dah jadi minuman seharianku gamaknya. Selepas kelas Arab, aku dan rakanku Afiqah menuju ke café Village 4 untuk menemui rakan sekumpulan untuk perbincangan pembentangan esok pagi.
"So,kalau dah siap, semua boleh send part masing-masing untuk aku print out dan tampal kt poster sekarang" arah Sheikh merangkap ketua kumpulan sambil menghidupkan printer yang dibawanya sekali.
Sambil menyiapkan part masing-masing, perbincangan dimulakan. Persoalan demi persoalan dilontarkan pada setiap orang untuk mengetahui perihal bahagian pembentangan masing-masing esok. Soalan yang diberikan oleh lecturer sangat susah. Sejujurnya, aku sendiri tidak mengerti apa yang akan aku bentangkan esok. 2 hari masa yang diperuntukkan untuk mencari bahan dan pembentangan memang tidak cukup, sementelah persoalan yang diberikan sangat kabur dan tidak difahami secara total.
Masing-masing juga sepertiku, masih kurang mengerti bahagian masing-masing keseluruhannya. Namun, untuk menyerah dan berputus asa bukanlah cara yang baik. Nak atau tak nak, pembentangan perlu dilakukan esok. Jika konsep yang difahami bertentangan dengan lecturer, paling-paling kurang akan dimarah dan ditolak markah. Terima sahaja dengan redha andai itu takdirNya.
Tepat jam 1 pagi, bahagian masing-masing sudah disiap dan diprint out. Cuma ada beberapa bahagian belum ditampal dan diletakkan dalam poster kumpulan.
"Weyh, aku dan afiqah nak balik bleh tak? Dah pukul 1 pagi kot. Kitorg dah la jalan kaki. Perempuan pulak tu.." pintaku pada ketua kumpulan.
"Ala...part introduction dan conclusion tak tampal lagi." jawab ketua kumpulan yang memberi hint utk tidak memberi kami pulang buat masa tersebut.
"X pelah..biar kami buat part tu. Bagilah dorang balik. Kesian dorang." Rais, ahli kumpulanku membela.
"Hmm. Macam tu tak pe la. Jumpa esok pagi time presentation"balas ketua kumpulan.
"Ok, thanx. Assalamualaikum" kataku dan berlalu pergi.
"Waalaikumsalam" balas mereka pula.
Tiba di rumah, pintu dikuak. Sepi. Ramai yang sudah nyenyak tidur selepas melakukan tugas dakwah. Tiba-tiba aku diselubungi kesedihan. Ada yang masih meneruskan sisa-sisa malam itu dengan assigment, kerja dakwah, dan lain-lain. Roommateku juga sudah nyenyak tidur. Sayu melihat wajahnya. Entah berapa patah kata yang diluahkan hari ini dengannya. Sama seperti hari2 sebelum ini.
Assignment pada hari itu sangat banyak diberikan oleh lecturer dari kelas pagi hingga malamn. Mata digagahi untuk memandang laptop, nota-nota dan buku rujukan. Jam 3 pagi, katil memanggil-manggil dan badan minta direhatkan. Solat sunat taubat didirikan. Dalam doa, aku berdoa semoga diri ini masih kuat di jalan ini walaupun kadang kurasa tidak berguna dek kerana tugasan sebagai seorang pelar sering kali menghenyak diri sehingga kadang-kadang merasakan diri bukan lagi pendakwah. Aku juga merasakan diri tidak layak dipanggil akhwat.
Sometimes I feel lonely.
Sometimes I feel useless.
Astghfirullah...mohon Allah menguatkan diri di jalan ini...
salam
ReplyDeleteukhti.. ana nk nanes baca post ant ni..sabar ya.. cite kite macam sama.. lain sikit je.. apapun.. uhibbukifillah.. T_T
wa'salam
ReplyDeleteiA, mungkin Allah sedang menguji. moga terus ikhlas di jalan ini.iA
kesibukan satu ujian
ReplyDeletekelapangan juga ujian
tugas dakwah itu bukan sahaja terhad kepada satu ruang sahaja yakni ziarah,halaqah dsb.
terus lah berdkwah ketika kamu bergaul dengan sahabat-sahabatmu, atau apa jua pun situasimu.
begitu juga dengan ibadah.
gunakan kesempatan sebagai peluang bukan nya alasan.wallahualam
berisghtighfar saat dirimu mula memonolog yang bukan-bukan kerana gusar monolog itu ditemani setan-setan yang menggoda.
Salam dhuha dari akhwat dekat.
jzkk kak marha ;')
ReplyDeleteana sedang membaiki diri.mohon doakan yg terbaik utk dakwah.