TOLONG FIKIR PASAL MAMA
"semoga Allah meredhainya...." "Argh!!!!!" Hani menjerit sepenuh hati sambil menumbuk-numbuk bantal di atas katilnya. Begitulah cara dia melepaskan geram dan amarah. Dengan membayang orang yang dimarahi adalah bantal itu, dia akan membelasah sepuas hatinya sambil bilik dibiarkan berkunci dari dalam. Geram. Itulah perasaannya saat itu selepas adik perempuannya, Siti bergaduh dengannya dalam sistem pesanan ringkas (sms). Semuanya berpunca apabila Hani menyebelahi bapa(abah) mereka yang melarang Siti menunggang motosikal di universiti tempatnya menuntut. Siti tidak dapat menerima arahan yang dikeluarkan abah dan hujah2 yang dikuatkan Hani. Akhirnya, perang mulut dalam sms terjadi. "Hani, tengah buat apa tu? Are you okey?" mama Hani bertanya dari luar bilik seusai mendengar jeritan dari bilik Hani. "Yes, i'm okey. Don't worry. Tadi jatuh katil. Tu yang jerit. Tapi Hani takde pape." jawab Hani menipu.