DUNIA NI MEMANG STRESS!!

"semoga Allah meredhainya...."


Tajuk ni memang bunyi agak extreme.

Tp ni merujuk kepada mereka yang menggunakan bukan untuk mencari redhaNya.

Dunia,dunia,dunia.

"...celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksanya sangat berat, iaitu org yang lebih menyukai kehidupan dunia berbanding daripada akhirat, dan menghalang-halangi manusia dari jalan Allah…" (Surah Ibrahim 14:2-3)

Sejak akhir-akhir ini, aku dikerumuni oleh jutaan manusia yang stress (baca:yang suka dunia) dan aku yang melihat mereka juga stress.

Pengalaman aku bekerja kt KLCC memang gila kentang. Dikerumuni oleh manusia yang berlumba-lumba nakkan dunia terutamanya duit. Aku ingat lagi time aku OJT [On Job Training], Supervisor tu tanya aku soalan yang memang buat aku terkejut.

"So, actually what is your purpose to work here? Is it for money?" tanyanya depan muka aku.

Aku kaget. Kang aku cakap 'mencari redha Allah' , terkejut lak dia.

So aku pun cakap, "Well, money is not the reason I came here..it's about.."aku tercongak-congak nak cakap ke taknak perihal yang sebenar.

"Gud if not the money. Cuz if bcoz of money, I highly recommended u to work at Starbuck which will give you a lot of money and confident to speak with the people" katanya dengan penuh yakin bak CEO syarikat.

Aku hanya mengangguk dan sedekah senyum padanya.

Banyak manusia yang datang kat sini untuk mencari rezeki, banyak yang nak kumpul duit, ada yang nak cari jodoh, mengisi masa yang terluang, dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu mengeluh.

Duit. Wang.

Memang la penting element ni,serius especially kalau hidup di tengah2 kota metropolitan yang mencabar ni.

Bayangkan, selama 2 hari aku kat sana, makanan dan pengangkutan aku boleh mencecah RM50! Ada jugak akhwat yang bercerita padaku yang kos pengangkutan dari rumah ke tempat praktikalnya hampir RM100 seminggu!

Owh, kalau dunia pun dah mahal macam ni, akhirat apatah lagi kan?

Beberapa kejadian telah menghambat diriku baru-baru ni sampai aku hanya mampu duduk bersendirian untuk refresh balik iman dan niat aku disebalik apa yang aku buat. Duduk meresapi iman. On-to-one denganNya.

Jangan katakan kerja di KLCC, kerja di tadika dan tuisyen pun buat aku stress kadang-kadang.

Di tadika, aku rasa macam kat skolah asrama lak. Cikgu bagai nak rak ajar bebudak sebab next week dah exam. Aku tension bila bebudak buat dunno time aku ajar (sebahagian sahaja), dan bila cikgu lain tanya soklan subject aku time perhimpunan, dorang tak dapat jawab, dan cikgu lain pun tanya pada bebudak,

"Apa yang cikgu awak ajar time subjek ni [subjek yg aku ajar]? Sampai saya tanya sorang2 pun tak dapat jawab!"

Dan aku yang berada time tu hanya mampu berdoa agar bebudak tu ingat la apa yang aku ajar. Tapi hampa. Sebahagian besar tak mampu lagi jawab dengan baik walhal next week dah pekse akhir tahun. Aku hanya mampu menelan air liur dan menahan malu bila diperlakukan macam tu. Cobaan.

Dalam kelas aku memang 'belasah' budak2 tu. Yang tak serius aku denda, yang main-main aku marah. Sampai satu tahap, aku rasa nak menangis dan pergi dapur time cikgu lain takde, pergi minum air dan muhasabah kejap.

"Untuk apa aku buat semua ni?" aku bertanya pada diri.

Astagfirullah.

Kadang-kadang, kerana terlalu ingin mengejar markah yang tinggi, kita terlupa nikmat yang kita belajar, kita lupa keseronokan subjek tersebut. Adakah itu matlamatnya? Apa guna andai mereka mendapat markah yang tinggi, tapi satu benda pun dorang tak amalkan, apatah lagi ajar pada orang lain. Hampeh!

Yang kaya tak semestinya bahagia.

Yang pandai tak semestinya bahagia.

Jika bahagia di dunia, di akhirat adakah bahagia juga?

Tepuk dada, tanya iman. Duduklah sebentar meresapi iman dan niat.

Jangan biarkan dirimu dibelenggu stress!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....