TAKKAN BERAKHIR

"semoga Allah meredhainya...."


"Ezan, ko takkan berhenti daripada buat kerja dakwah kan?" Siti serius bertanya bila aku menceritakan perihal aku di bumi Malaysia ini terutama dalam dakwah yang membuatkan dia terpana.

Siti merupakan rakan baikku di sekolah dahulu. Susah senang selalu kami berkongsi bersama, apatah lagi kami 2 tahun tinggal dorm yang sama, boleh dikatakan kami agak memahami satu sama lain. Saat dia terbang ke bumi Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, aku menghantarnya di KLIA sebagai tanda 'support'. Walaupun bukan aku yang terbang, tapi aku dapat rasa betapa gembiranya aku melihat dia berjaya mengapai cita-citanya sejak di sekolah dahulu untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya tersebut.

Dia pulang ke Malaysia pada tahun cuti semester pertamanya tahun lepas. Aku ingat lagi time dia cerita kat aku bagaimana ada ramai kakak2 yg approach dia untuk ajak dia join program2 islamik kat situ. Kakak A gaduh kakak B pun ada, sampai dia rasa insecure dan x tahu nak pilih yang mana.

"Aku rasa aku taknak la pilih mana2"katanya ringkas, selepas bercerita denganku.

"No! Siti, ko pilih je mana yang ko rasa lebih baik untuk diri,iman,ilmu dan amal ko. X yah nak dengar cakap orang. Kalau orang cakap kakak A x baik, tapi ko ok je dengan dia, nape perlu ko percaya kt orang lain? Doa banyak2 pada Allah,minta Dia bagi petunjuk dan ikut 'fatwa hati' " jawabku panjang lebar. Aku hanya mahu Siti punyai biah solehah di sana di samping ada orang yang sentiasa mengingatinya dengan Allah.

Sejak itu,dia dan aku,sama2 berkomitmen dengan dakwah, yang membezakan kami adalah jemaah. Kami selalu berkongsi bersama suka dan duka di jalan dakwah ini. Malah, kami juga bertukar-tukar pendapat, masukan dan tajuk buku yang berkaitan dakwah.

Dan persoalannya sebentar tadi buatku terkejut.

"Mestilah tak Siti. Itu kita dah sedia maklum yang sesiapa yang mengucap syahadah tu, dia adalah seorang da'ie. Sampai dia mati pun, tugas dakwah tetap di pundak dia. Bodoh la kalau aku tinggalkan tugas sebagai pendakwah. Dan dakwah tu boleh dijalankan bermacam-macam cara dan di mana2"  aku jawab sambil menunduk memandang nasi di pingganku.

"Kenapa ko decide mcm tu?" Siti berterus-terang ingin tahu asbab keputusanku.

"Entah." jawabku pendek dan senyum melirik.

Jawapan 'entah' biasanya aku akan bagi jika aku malas untuk explain segala-galanya pada seseorang kerana terlalu complicated untuk dirungkaikan sehingga aku sendiri kadang-kadang keliru, misalnya part mana aku nak start story?

"How's your own usrah? I mean, ur halaqah right? Is it ok? Becoz biasanya if that 'core' has problem, the rest will be in trouble" tanya Siti cuba meneliti puncanya.

"Haha..kalau benda tu yang problem, mesti bukan aku sorang je yang buat keputusan ni. Halaqahmate pun akan buat mcm tu la." jawabku melawak.

"Setiap orang lain2. Ada orang OK dgn usrahnya, ada yang KO, walaupun dibawa oleh murobbi/ah yang sama. Ko dah discuss benda ni dengan murobbiah ko b4 ko decide?"Siti bertanya lagi.

Aku terdiam. Sepi seketika.

"Supposely ko discuss that thing with ur murobbiah, share the problem, rise up all the thing that u might not understand or not satisfy. Even dia ada kekurangan pun, ko kena ingat yang dia pun manusia jugak, xde manusia yang perfect.. Mungkin salah gak sebab ko tak share dengan dia..aku rasa la" nasihat Siti.

"Aku salah?? Ye kot...aku mengaku sebab tak buat benda tu..tapi..aku kan manusia gak..ada buat salah dan punya hati dan perasaan. Tak semua benda aku leh share dengan semua orang, only selective people I can share with. Dekatnya jasad dan tubuh kita dengan seseorang, akrabnya kita dengan dia, tak boleh dikatakan sebagai teman baik terutama untuk share masalah kalau hati kita pun berjarak. Cakap pasal keikhlasan ukhuwah, kedekatan hati, mungkin sampai esok tak habis kalau cakap pasal bahan ni. Agak-agak kenapa kita slalu share our problem together, walaupun kita bersua hanya setahun dua kali berbanding mungkin dengan rumate/kawan2/akhwat kita di universiti yang sentiasa di samping kita? Kalau ko nampak salahnya kita berukhuwah selama ini, walaupun tempat dan jemaah kita berbeza, aku minta ko tolong untuk perbetulkan hubungan ini."aku meluahkan rasa di hati.

"urm...sorry if I make u tense...chill la..relax dowh..depan makanan tak baik merajuk2..ko pernah terfikir untuk join jemaah lain..?" tanya Siti memancing.

"promote ko punya ke? Haha…" aku ketawa tiba-tiba.

"Haha..salah ke? Xde lah.. Buat la homework and choose the best among the rest..berlapang dada dan jangan kutuk2 yang lain sudah.." kata Siti seperti tak puas hati tentang kes semasa dia semester pertama di sana dahulu.

" Of cours not. Frankly speaking, aku pun actually tak suka bila orang kutuk jemaah aku dulu and orang cakap pasal jemaah ni tak bagus, tak jaga orangnya, tarbiyahnya, so on and firmly said yang jemaah dia je betul. It's ok kalau ko nak cakap jemaah ko bagus sebab ada itu dan ini, but plez dun mention others name, sebab kalau aku, aku pun terasa. Lagi2 kawan2 baik aku ada kt jemaah2 tu. Ikram, isma, hizbul tahrir, dan lelain kalau ko perasan, a few geng kita join bila dorg fly, mcm ko la kan? Mengutuk jemaah lain, bermakna mengutuk kawan baik aku, dan bermakna mengutuk aku juga. Karma's law, kalau tak nak kena kutuk, jangan kutuk orang..eh, ada kena mengena ke?" jawabku berfalsafah.

"HAHA..ok,la..aku rasa leh masuk kot.lol.."jawab Siti sambil ketawa kecil.

"Ko rindu kat diorang?" Siti menyambung. Serius.

"Siapa?" aku bertanya walaupun aku mcm dah agak orang yang dimaksudkan.

"Your beloved akhwat n ikhwah la.. Ops, ikhwah tu excluded.."Siti cuba melawak membuatkan aku ketawa.

"Hanya mampu doa yang terbaik untuk semua, termasuk ko. Takkan la nak lupa orang2 yang pernah menjadi sebahagian hidup aku dahulu. Mestilah RINDU! Takkan la tak. Aku taknak ukhuwah yang aku bina dgn dorg tu sebab jemaah, tapi sebab Allah.Mende laa soklan ko ni kan? Aku  try gak ziarah diorang, tapi ko pun kena faham, ada yang busy n ada yang banyak hal, especially weekends. So kadang2 aku pun x nak kacau their schedule yang memang sibuk. Apatah lagi status aku ni lain. Tapi,apapun aku percaya yang Allah dah susunkan yang terbaik untuk aku dan lain2. aku tak kisah kalau ada orang cakap aku mcm2, kutuk ke, umpat ke, sakit hati ke, yang penting Dia ada sentiasa bersama aku." kataku sambil menyuap nasi di mulut.

"Everything happens for a reason. Ada hikmah di sebaliknya." kata Siti tersenyum puas.

"Pasni ko hang out ngan aku ni,ko nak pergi mana?" Siti menyambung.

"Ronggeng kat KLCC!!!" jawabku ceria.

"With whom?" Siti mengangkat kening ingin tahu.

"Ko tak kenal. Tapi proudly to say, she is my akhwat,housemate aku gak. Bila nnti ko free, aku kenalkan ko dengan dia" kataku ringkas.

Dan hari itu, bukanlah hari terakhir untuk aku berkata tentang dakwah dengannya. Kerana nafasku masih bernada dan aku masih bernyawa.

Ya Allah,rahmatilah dan tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku,keluargaku,akhwat&ikhwahku, rakan2ku,insan2 yang aku sayangi dan umat Islam di bumiMu ini.

Amin.

Comments

  1. setelah semuanya. aku lihat depan mata. cara dia, semangat dia dahulu selalu buat aku terbooster. mmg kita jrg jmpe. tp tipu kalau aku cakap aku tak sayang dia. ya ALLAH rahmatilah dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....