KEKASIH HATIKU.

"semoga Allah meredhainya...."

kekasih hati 



Perkenalkan ini adalah anak aku,jantung buah hatiku,chewwah..

Namanya ZAHID dan dibesarkan di Puncak Alam.

Sekarang dia berumur 4 tahun dan handsome.

Bapaknya pula ialah….

OK.

Nanti aku sambung balik cite kekasih hati aku nama Zahid tu, tapi sebelum tu aku nak share sket pengalaman aku bekerja kt TADIKA EDU-KIDS PASTI FASA 1, PUNCAK ALAM.

Jeng..jeng..jeng…

1)PENGALAMAN DIBULI DI TOILET

Aku perkenalkan Muhammad [xde gambar sbb aku taknak amik], nama budak yang berjaya buli aku di toilet.

Argh!!!! Mengingat kembali memori ini ibarat mimpi ngeri di siang hari yang sentiasa menghantui.

Budak ni cikgu lain panggil 'sutun' sebab kelembikan dia yang mengada-ngada mengalahkan budak perempuan kerana di suka meleset-leset di badan cikgu2 dan bercakap dalam suara yang mengada-ngada dan aku yang dengar pun rasa nak lempang dia dengan harapan suara asli lelaki dia akan keluar lepas tu.

Ok, back to cite kat toilet. Aku pergi temankan dia pergi toilet sebab dia cakap nak berak. Pastu dia jerit panggil aku sebab dah siap berak. Aku pun tahan nafas dan mengagahkan diri melangkah ke tandas tu. Tolong flashkan dan jiruskan air kat punggung dia.

"Muhammad,cepat basuh punggung kamu guna tangan kamu! "arah aku.

"Tak nak. Saya nak cikgu yang basuhkan punggung saya…'katanya dalam suara mengada sambil tangan menuding ke arah aku.

"What? It's ridiculous! Basuh guna tangan sendiri!" jawab aku spontan dan terkejut.

Giler. Seumur hidup aku, tangan aku tak pernah mengorek (baca:basuh) punggung orang lain. Aku paling fobia kalau kena basuh berak orang. Rasa nak pengsan.

"Saya nak cikgu basuh! Saya nak cikgu basuh!" jerit Muhammad mengada-ngada di atas mangkuk tandas. Muhammad merengek. Argh,aku tak keruan.

Akhirnya aku akur. Dengan linangan air mata dan tangisan di jiwa, tangan aku telah dinoda dan dicemar oleh punggung Muhammad (hiperbola lak). Lepas dah basuh berak budak sutun ni,ak cepat-cepat 'samak' dengan sabun kt sinki untuk menghilangkan bau,rasa dan warna [jika ada] di tangan aku. Semoga ini yang pertama dan kali terakhir untuk budak-budak kt sini.

Tapi lepas pengalaman ngeri tu,aku tiba-tiba dapat rasa something yang best kt diri aku. Aku tersenyum. Mungkin sebab aku dah berjaya overcome fobia aku kot. Bila pikir balik, aku kena belajar gak basuh berak orang lain.. Mana la tau nanti ada anak atau mak ayah aku tak boleh basuh berak, aku kena la berani buat benda ni. Nikmat tangan yang Allah bagi ni, jangan kita kufuri dek geli dan fobia, nanti Dia tarik nikmat tangan ni macam mana? Gunakanlah untuk melakukan kebaikan. Lebih baik tangan ni basuh berak orang dari melakukan dosa kan??

2) PENUMBUK JILAT

Adam, budak laki paling cute tadika ni. Aku suka usha budak ni sebab geram giler tengok kecomelan dia dan dia pun memang baik dan berbudi bahasa. Satu hari, Adam gaduh dengan Ramadan, rakan sekelasnya yang sama-sama berumur 5 tahun. Ramadan memang antara gangster dan mafia kt tadika ni.

"Aku tumbuk ko!" kata Ramadan sambil penumbuknya di tunjukkan tepat di depan hidung Adam. Ramadan mengugut.

Namun,dengan tenang dan bersahaja serta wajahnya comelnya, Adam telah menjilat tangan penumbuk Ramadan di mukanya. Dah la jilat dengan bestnya macam jilat lollipop. Ramadan menjerit dan memanggil cikgu untuk melaporkan kelakuan Adam ini. Padan muka ko Ramadan. Adam lak memang  tak boleh blah. Aku yang tengok memang dah pecah perut dengan Adam ini. Macam-macam….

KUNCI: KESABARAN

Untuk melayan karenah dan kaletah budak-budak ni, bukan senang, perlukan kesabaran yang tinggi. Ada la beberapa budak yang nakal, yang aku suruh diri belakang pintu, atas kerusi, atas meja dek kenakalan dan sikap yang tidak mendengar kata. Tapi aku rasa aku je la cikgu kt sini yang cukup lembut (perasan lak). Serius, kalau tengok cikgu2 senior lain yang otai2 marah budak2 ni,aku pun cuak dan rasa nak nangis. Kadang-kadang nak didik budak2 ni perlukan kesabaran dan ketegasan. Ada masa kena tegas, kena marah, terutama bab pelajar. Tu yang aku belajar. Dalam fasa budak2 ni umur 4-6 tahun adalah fasa yang sesuai untuk mereka belajar dan menghafal. Aku pun kagum dengan taska cni yang silibusnya tinggi. Budak2 nya aku leh kata bijak2 n first class ar.

Setiap pagi aku rasa ada la dalam 20 doa2 harian yang dorang kena baca sama-sama [as revision since pekse dorg dah dekat corner] sambil nasyid2 yang berkaitan studi dorg macam nama2 malaikat, rukun2 wuduk, sirah Nabi Muhammad SAW, dan lain2. kalau nak bandingkan dengan aku time tadika dulu silibusnya, memang macam langit n bumi. Aku salute pada orang2 yang wat silibus osem ni. Budak2 umur mcm ni mmg patut didedahkan benda2 mcm ni.

TUISYEN: FREE NAK?

Walaupun penat sebab petang n malam aku ada wat tuisyen percuma untuk budak2 PMR dekat rumah aku, tapi aku harap Allah beri aku kekuatan dan tekad untuk terus belajar dan ikhlas keranaNya. Pasal tuisyen tu, aku memang dah lama plan, alhamdulillah Dia makbulkan. Makin hari, makin ramai orang datang, semakin mencabar bila yang datang tu memang punyai masalah dalam study dan gagal dalam beberapa pelajaran. Bila orang tanya aku kenapa free?, aku hanya mampu tersenyum. Aku tak sanggup nak minta duit dari mak bapak dorg yang keje sebagai cleaner, pembantu kantin, keje kilang, dan driver. Apa yang aku bagi kt bebudak ni mungkin sedikit jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah bagi kat aku secara percuma. Allah tak pernah minta bayaran atas segala nikmat, kenapa aku nak minta bayaran atas nikmat yang diberikanNya untuk aku share pada ciptaanNya juga. Betul tak?

Hidup untuk memberi. Banyakkan memberi dari menerima. :)

PENUTUP: MASIH BELAJAR

Dah 4 hari aku ajar kt taska ni tapi aku rasa mcm dah banyak giler aku belajar dekat sini. Alhamdulillah, memang terasa juga cuti ni sangat terisi. Dengan mengajar dari pagi hingga malam, sampai tak sempat nak tanda kertas bebudak kat taska n bebudak yang aku ajar tuisyen. Eh. Cikgu2 kt taska yang otai2 pun memang superb n tak lokek nak share ilmu sesame disamping lawak2 n 'muda2'.. Kat sini aku panggil cikgu lain dengan panggilan 'kak' sebab dorg lagi tua dari aku, walaupun diantaranya yang ada anak sebaya n sekelas dengan aku. [bila kak taska,ak panggil mak member aku tu 'kak', kt depan member aku,aku panggil mak dia 'mak cik']..

Semoga Allah permudahkan segala urusanku masa cuti ni,moga masa yang ada ini dapat diisi dengan perkara2 yang berfaedah,bermanfaat dan diredhaiNya. Tak lupa pada kengkawan n beloved akhwat, moga apa yang dihajati, dapat dikejapi. Allah tak melihat pada hasil, tapi pada usaha yang kita kerahkan untuk mendapatkannya. Andai kita mati sebelum melihat hasil yang diredhaiNya, moga syahid menyapa kita. insyaAllah.

p/s: ada masa nanti aku sambung cite ni n zahid.

aku: zahid, dah besar nanti nak jadi apa?

zahid: dah besar nanti saya nak jadi doktor, tolong orang sakit cikgu. :)

aku: (wah, 4 tahun dah taw pasal benda ni. hebat giler dia!! tapi hebat lagi mak bapak dia! kena interview parents dia ni nak dptkan rahsia utk dpt anak cenggini. lol )


Comments

  1. Yeay! tak semena2 ezan kne cuci punggung budak..haha

    by the way, 1 ari nnt ily pun akan hadapi situasi cam tu..omedetou ezan!

    doakan ily jadi cikgu yang berjaya didik anak bangsa cemerlang dunia akhirat :D

    salam warga pendidik..

    ReplyDelete
  2. osemnyer cite ni..

    hopefully ana pon bole dapat ana secomel dah selincah mereka ,
    gud job essn muslimah..

    _qieya_

    ReplyDelete
  3. haha. lawak la basuh punggung tu. and jilat penumbuk memang taktik yang ohsem !

    ReplyDelete
  4. hahaa.memang gelak la bc post akak ni.. cpt la post psal zahid tu !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....