BILA ORANG BAIK PERASAN BAIK
"semoga Allah meredhainya...."
" El!!!!"
jeritku sambil memeluk Eleena bila dia tiba kat KL Sentral. Dia datang naik
kete myVi jemput aku kt sini.
"So, U taw tak
tempat Al-Khadeem yang U bagitahu I tu? Tanyaku padanya. Sebelum ni dia ada
ajak aku pergi satu tempat nama Al-Khadeem, tempat orang gathering utk tahu
pasal Islam. Sound interesting, so aku pun decide nak join. Tak salah nak
mencubakan??
Selepas beberapa
minit, kami sampai kat Al-Khadeem. Ramai gak orang yang datang, mostly yang dah
bekerjaya. Oh, lagi satu, language kat sini English, so depan belakang aku sume
cakap English walaupun dia cakap sesama Malay or foreigners, atau sesama ahli
keluarganya yang aku yakin adalah orang Melayu.
Apa yang menarik?
Well, this is my
first experience came here. So, kalau tengok orang yang datang tu, plus dengan
kete2 di parkir berdekatan,ak sure yang dorang ni sume keje loaded n educated.
But, bila tengok orang2nya, sgt unexpected especially lelaki yang mostly janggut
seciput macam sunnah Nabi and for the woman, most of them pakai jubah, serta
wajah dorang sume mcm orang yang eager nak tahu pasal Islam, dan rasa aura
dorang yang bersungguh2 nak dapatkan input2 di situ. Dan kat situ aku rasa
ramai gak foreigner yang baru convert to Islam, berdasarkan wajah dan pakaian
mereka. Sangat menarik dan subhanaAllah! Tapi bukan itu yang menjadi tajuk
prima utk dibincangkan sbb ada topik yg super complicated nk dikongsikan.
IKHLAS.
Ni tajuk yang telah
dibentangkan oleh Brother Hussein. Benda
yang terlalu banyak isi perlu dirungkaikan dan takkan habis untuk dibincangkan.
Cara dia sampaikan ceramah dia pun sangat best, ringkas, padat dan osem!
NIAT: KERANA DIA!
Mesti! Niat mesti
kerana Allah bila kita melakukan sesuatu. Amalan yang bercampur-baur tujuannya walaupun sedikit TIDAK AKAN
DITERIMA oleh Allah. Nauzubillahminzalik. Analoginya, adakah kita akan menerima
segelas susu yang telah bercampur dengan setitik air kencing? Mesti reaksi
kita, 'eww,disgusting!!' walaupun sedikit. So, aku tahu part ni memang susah
bila kita nak ikhlaskan niat, sama aku pun pernah rasa, tapi takpe, kita
BERUSAHA utk terus berbuat keranaNya. insyaAllah,boleh!
IKHLAS: PERLUKAH
ILMU?
Dalam hidup, untuk
kita mengikhlaskan niat kerana redhaNya, sangat vital [baca:penting] untuk kita
kenal Dia. Jadi,ilmu tentangNya perlu kita pelajari dan amalkan sebanyak2nya
sehinggalah kita dah expired nanti.
Banyak cara kita
bleh kenal Allah,2 antaranya
- Melalui Al-Quran dan Sunnah
- Melalui ciptaan2 Allah waima pada diri kita sekalipun.
Ilmu yang kita dapat
pun leh kita bahagikan kepada 2 bahagian:
- MULUT : Ilmu yang sia2,hanya meniti di bibit dan menanam tebu di bibir sahaja. Worhtless dan useless, dan kebanyakan kerana dunia dan seisinya.
- HATI : Ilmu yang benar2 meresap ke hati. Ilmu yang dipelajari akan difahami serta diamalkan dan disebarkan kepada umat Islam lain. Orang yang beriman dapat kita lihat melalui aksi/amalan dalam kehidupan seharian. Dia bukan takat meniti di bibir sahaja, malah di turut titipkan dan transfer kepada seluruh nadi tubuhnya utk dilakukan.
Ibnu Qayeem ada
mengaitkan ayat AQ [15:21] dengan ikhlas,
"Dan tidak ada
sesuatu pun, melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya, Kami tidak menurunkannya
melainkan dengan ukuran tertentu" [Al-Hijr,15:21]
At first, aku macam,
'amende yang sangkut paut dengan ikhlas??'
So, Brother Hussien
ni bagitahu lah yang Ibn Qayeem menyimpulkan yang Allah yang memegang kunci
segala sesuatu, segala rezeki dan apa sahaja. Jadi, jangan takut dengan rezeki
yang Allah telah tetapkan. Dan BERUSAHALAH sambil IKHLAS dengan segala yang bakal
Allah berikan kepada kita. Useless la kalau kita study atau buat apa2 sbb benda
lain ,sebab dah la amalan tu tak diterima Allah, dapat dosa plak nanti. Dapat
penat dan DICAMPAK DALAM NERAKA! Ada berani?? Kena periuk panas kat dapur pun
dah menjerit kan?
"Dan
sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)"
[An-Najm,53:42]
YOUR GOD, IS YOUR
FINAL GOAL!
ORANG BAIK MASUK
NERAKA???
Ni yang PALING AKU TAKUT! Siyes! Sometimes, bila buat something, aku atau korang akan tnya, 'Sebab siapa/apa aku buat semua ni? Adakah Allah redha?'
Ni yang PALING AKU TAKUT! Siyes! Sometimes, bila buat something, aku atau korang akan tnya, 'Sebab siapa/apa aku buat semua ni? Adakah Allah redha?'
Dalam sebuah hadith
[boleh dicari] ada mengatakan yang ada 3 jenis manusia yang akan dimasukkan ke
neraka,
-ORANG YANG
BERPERANG /BERJIHAD MENEGAKKAN ISLAM
-ORANG YANG MENDERMA
-ORANG YANG
MENGAJARKAN AL-QURAN
Dan ketiga2 orang ni
dimasukkan ke NERAKA hanya kerana 1 kesalahan yang menghancur dan mendebukan
amalan dorang ni iaitu TAK IKHLAS!
Cuba pikir, ni baru
benda baik yang dorang buat pun tak diterima, apatah lagi kalau benda tak
baik/maksiat yang dilakukan. Menipu giler kalau ada orang cakap yang dia buat
maksiat kerana Allah dan ikhlas. Ni macam Robin Hood yang orang dok ingat bagus
la, walhal jelas2 tak menepati syarak. So, selalu2 kita evaluate/check diri
kita bila kita buat sesuatu dengan 2 soklan ni;
1)Adakah niat aku
ikhlas kerana Allah?
2)Adakah ia menepati
syariah [ittiba]?
Kalau ada salah
satu, jawapannya TIDAK, toksah la buat, baik duk sekejap meresapi iman, kalau
susah giler nak dapat ikhlas sampai korang pun konfius atau dah giler pikir
pasal ni tercongak2, korang buatlah dan berdoa agar Allah menerimanya.
Mudah2an. Tapi kalau IBADAT WAJIB, jgn la korang apply kaedah ni. Misalnya,
'taknak pakai tudung sebab tak ikhlas' atau 'taknak solat sebab tak ikhlas',
itu memang bebal la. Benda wajib, dah memang Allah suruh, buat la juga,
walaupun ikhlas atau tidak [tp berusaha la utk ikhlas] sbb insyaAllah ikhlas tu
akan hadir dan akan mudah utk melakukannya.
BOLEH KE BANGGA DGN
DIRI BILA BUAT BAIK???
Well, pasal benda
ni, aku rasa semua orang pernah rasa kan?? Sape tak pernah rasa memang hebat
giler!!! Ye la, sometimes, bila kita buat baik, contohnya, kita bantu orang
dalam kesusahan, atau orang cakap 'weyh,thanxx a lot.jzkk. You're my savior.
Takde ko mesti aku takleh selesaikan', dan kita pun tersenyum DALAM HATI,
BANGGA DLM HATI, rasa gembira berbunga-bunga. Kalau benda ni sederhana&tak
lebih2 perasan dalam hati& menggalakkan kita utk buat baik keranaNya,
insyaAllah, xde masalah.
Tapi kalau jenis
orang yang memang PERASAN HABIS DALAM DIRI, PERASAN BAGUS DLM HATI dan
merasakan orang lain TAK SEBAGUS DIA, ni memang tak bagus dan patut
dihindarkan. Takut2 nanti Allah turunkan bala dengan kita menerima tulah atas
apa yang kita dok keji orang tu.
'Ish, budak ni tido
dalam masjid lak. Buat la solat sunat or baca AQ mcm aku ke, lagi bagus
rasanya'
'Ish2, orang dalam
LRT ni membuang masa tol dengan tido. Baca la buku macam aku ke, atau benda2
yang berfaedah, xde la membuang masa'
'Eh, budak perempuan
tu harap je tudung labuh,sekali bersosial. Aku pakai tudung labuh pun tahu kot
apa signifikannya pakai tudung labuh'
Mungkin ni antara
cetusan atau lintasan hati kita yang beberapa saat je bila melihat orang lain
kononnya tak sebaik dan sebagus kita. Walhal kita tak tahu mungkin sahaja orang
yang tido kat masjid tu baru baca AQ dan solat sunat yang banyak, orang yang tido dalam train sebab semalam dia ada
halaqah/usrah atau mungkin dia tido lewat kerana menbantu melestarikan ummat,
orang yang tudung labuh yang dikelilingi lelaki, mungkin dia TERtiba2 dalam
situasi macam tu dan dia pun tak expect!, so bersangka baik lah kita bila
melihat sesuatu perkara.
Sebab, perbuatan
baik yang kononnya kita rasa hebat dan bagus tu mungkin shj TAK DITERIMA Allah
sebab ketidakikhlasan kita.
SEPATUTNYA kita
perlu RASA RENDAH DIRI [HUMBLE] bila kita dapat melakukan sesuatu yang baik.
'U should said
Alhamdulillah for the Alhamdulillah dat u said for something/rezki dat u get'
Faham tak quote kat
atas?
Maksudnya kita patut
rasa bersyukur sebab Allah masih berikan kita ruang dan memilih kita menjadi
insannNya untuk bersyukur dan melakukan kebaikan. Orang yang beriman, dia akan
berasa rendah diri dan insaf bila dia melakukan kebaikan. Dia akan selalu minta
pada Allah agar Dia menerima amalan yang dilakukan.
"Adakah Allah
akan pilih aku lagi next time untuk buat kebaikan ini?"
"Adakah Allah
terima amalan baik yang sebenarnya belas ihsan dari Allah untuk aku?"
"Mampukah aku
terus melakukan kebaikan ini hingga akhir hayat aku?"
Sehingga dia rasa
sangat rendah diri dengan Allah dan rendah diri dengan manusia juga.
Jadi,sama2 kita
ikhlaskan niat kerana Allah dan jaga iman kita. insyaAllah
"the tough part is not the ACTION, but the INTENTION"
Jadi, harap
perkongsian sedikit ni bermanfaat utk sape2 yang baca [terutama empunya diri].
wallahualam
.jpg)
Comments
Post a Comment