TOLONG FIKIR PASAL MAMA

"semoga Allah meredhainya...."

"Argh!!!!!" Hani menjerit sepenuh hati sambil menumbuk-numbuk bantal di atas katilnya. Begitulah cara dia melepaskan geram dan amarah. Dengan membayang orang yang dimarahi adalah bantal itu, dia akan membelasah sepuas hatinya sambil bilik dibiarkan berkunci dari dalam.

Geram. Itulah perasaannya saat itu selepas adik perempuannya, Siti bergaduh dengannya dalam sistem pesanan ringkas (sms). Semuanya berpunca apabila Hani menyebelahi bapa(abah) mereka yang melarang Siti menunggang motosikal di universiti tempatnya menuntut. Siti tidak dapat menerima arahan yang dikeluarkan abah dan hujah2 yang dikuatkan Hani. Akhirnya, perang mulut dalam sms terjadi.

"Hani, tengah buat apa tu? Are you okey?" mama Hani bertanya dari luar bilik seusai mendengar jeritan dari bilik Hani.

"Yes, i'm okey. Don't worry. Tadi jatuh katil. Tu yang jerit. Tapi Hani takde pape." jawab Hani menipu.




Hani baring atas katil dan bantal yang ditumbuknya. Syiling dipandangnya dalam-dalam. Lantas,memori bersama keluarga bermain-main dalam fikirannya. Dia tidak keruan. Sejak abah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi satu, keluarganya semakin berantakan. Mujur, mama berfikir rasional dan meredhai apa yang terjadi. Cuma, adik-beradiknya masih tidak dapat menerima dan memboikot abah selepas peristiwa itu. Tambahan pula, sikap abah yang berubah dan dingin terhadap anak-anak semakin terserlah menjadikan perang dingin dalam keluarga itu tidak berkesudahan. Mama hanya berdiam, berlagak cool. Bukan sekali atau dua perang tercetus antara abah dan 2 abang Hani terjadi, malah berpuluh-puluh kali sehingga menjadikan mereka angkat kaki meninggalkan teratak yang menyatukan mereka dahulu.

Tawar hati. Luka di hati mereka masih belum sembuh. Semakin jarang mereka berdua pulang ke rumah. Mereka lebih selesa menghabiskan masa bersama kerja dan rakan-rakan mereka berbanding dengan keluarga sendiri. Abah tetap dengan pendiriannya dan mama masih bersikap cool,mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hari demi hari, tahun demi tahun. Hani dan 3 adiknya semakin membesar. Seorang demi seorang melanjutkan pelajaran di luar negeri. Tinggal mama seorang di teratak kasih itu. Abah sering tinggal di rumah isteri mudanya. Hanya apabila ada perayaan yang besar, baru rumah itu akan kembali hidup dan riuh semula. Ditambah sejak kakak sulung Hani meninggal pada tahun lepas, keadaan keluarganya semakin sunyi dan menjauh.

Hani tidak sedap hati bila melihat perubahan adik2nya. Mereka menjejak langkah abang2 mereka. Hani tidak dapat menerima kerana mereka mementingkan ego masing2. Untuk menegur abang2nya, bukan mudah berbanding menegur adik2nya sebab umur menjadi penghalang. Jadi, seringkali adik2nya terutama Siti menjadi mangsa leteran dan nasihat dari Hani. Hani hanya mahu yang terbaik untuk adik2nya. Dia tidak mahu apa yang telah terjadi pada abang2nya, terjadi juga pada adik2 yang dikasihinya.

Laptop dibuka dan papan kekunci ditaip. Hani nekad. Dia berharap dengan mesej yang dihantar melalu facebook (FB) dibaca dan diambil perhatian oleh adik-beradiknya. Untuk bersua dan bemusyawarah, seakan mustahil memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja dan pelajaran.

Jarinya menari-nari atas papan kekunci laptop dengan laju. Selaju dan sepantas perasaannya ketika itu yang membuak-buak ingin meluahkan pada mereka.


OK,entry atau tulisan aku ni bukan nak complain/hentam sesapa, just nak beritahu isi hati aku pada korang sume,adik beradik tercinta aku paling aku sayang dunia akhirat yang punyai pertalian darah yang takkan terputus selagi hidup dikandung badan.
Mungkin isu ni dah lapuk atau basi, tapi biarlah, aku nak cite gak pada korang. Klu tak nak baca, xpe ,aku tak kisah.
ABAH..
Bila aku cakap pasal abah,mesti ada di antara kita tak puas hati. Tak payah cakap la apa salah abah, maybe kita dah well known sejak dari kecil, sampai dah besar dan sampai la ada yang nak/dah kawin, abah still perangai macam tu, tak berubah2, sampai aku pun dah fed up dan redha dengan ketentuan Allah ni. Buat sakit hati je kalau pikir lelama.
So, just nak tegur je sbb ada di antara adik beradik kita/termasuk aku dulu yang tak nak balik umah sebab fed up dengan abah.
"Balik umah buat sakit hati je.."
"Aku dah tawar hati nak balik umah.."
"Bukan ada apa2 pun kat umah.."
Mungkin ni la pandangan peribadi korang, aku pun pernah gak pikir macam ni. Just mungkin sebab korang bengang dengan abah yang tak bagi duit/pinjam duit/ tak pernuhi permintaan korang, maka korang pun dendam dan ego serta amik keputusan tak nak balik umah. Terutama adik2 aku yang mungkin ada kat asrama, atau universiti, korang pun bengang tahap gaban menyampah dengan abah sampai mogok taknak balik umah, rela bekerja di luar, rela duduk di rumah kawan atau tinggal di universiti berbanding menjejakkan kaki ke rumah yang korang bengang dengan seseorang yang korang panggil ABAH!
Jangan jadi bodoh!
Tuje yang aku bleh cakap kalau korang rasa mogok taknak balik rumah tu akan berhasil. Come on la, abah dah ada rumah baru, yang abah slalu tinggal kat sana. Abah balik umah mama pun seminggu atau 2 minggu sekali. So, takde kena mengena dengan rumah mama okey? So apsal korang taknak balik umah mama plak?

Kot ye pun korang rasa rumah ni bersepah mcm tongkang pecah atau rumah yang dilanda badai Sandy dan buat korang rasa pening kepala, tak payah la mogok tak nak balik. At least balik la sebulan atau 2 bulan sekali ke. Takkan sibuk giler sampai takde masa? Takkan korang marah dengan abah sampai mama pun korang tak nak jenguk? Sume dah besar kot, tak payah aku nak bagitahu, benda ni common sense yang boleh pikir sendiri. jangan bila ada sebab2, baru terpaksa balik umah.
Aku kadang2 sedih tengok mama, dari aku kecik sampai la dah nak abes belajar ni, aku tengok mama hari2 bekerja keras so dat ada la duit sikit nak bayar duit kete, belanja adik2 bila abah tiba2 buat perangai dan dorang plak mmg giler memerlukan,bayar duit rumah,api dan lelain. Tak payah nak tanya abah bayar apa plak atau apa tanggungjawab yang abah buat, itu aku malas nak komen, kalau korang rasa tak puas hati, aku rasa baik korang lupakan. Aku dah anggap macam situasi abah dan mama cm dah bercerai dan abah just bantu sesikit je. Bagi nafkah asas je. So aku warning adik2 aku terutamannya, tak yah la korang expect abah ni macam bapak kawan2 korang yang bagi duit poket bulanan yang banyak, atau memenuhi impian apa yang korang nak. Anggap la korang ni tinggal bersama ibu tunggal yang bekerja keras nak make sure korang berjaya dan bahagia.
Aku rasa dah bersyukur sangat2 sebab ada mama yang aku rasa sentiasa akan support apa yang aku dan adik-beradik lain buat. Klu ingat balik time kita sekolah2 dulu, aku yakin, mama dah banyak berjasa pada kita semua. Mama hantar n amik kita dari sekolah, bayar yuran, amik report card, hantar kat asrama, etc, sume mama buat sendiri tanpa abah kat sisi, sampai la sekarang kita dah masuk asrama/universiti/kerja. So, aku mohon sangat2 pada korang,hargailah perngorbanan mama. Tolonglah, hargai apa yang mama dah buat pada korang dulu.
Sepanjang aku duduk umah, aku tengok mama bukan jenis meminta pada anak2. siyes,kalau mama tak cukup duit, dan ditambah abah taknak bagi, mama takkan pinjam pada anak2 nya kecuali mama akan kerja kuat jual itu ini untuk dapatkan duit. Dulu time aku awal2 dapat gaji RM500 sebulan, aku pernah tanya mama, "mama, nak duit tak?kalau mama perlukan mama bagitahu la kakak. Kat bank kakak ada je duit." tapi mama tolak. Mama tak nak menyusahkan aku. Mama suruh aku simpan je duit tu kalau aku perlukan nanti. Aku tahu, mama nak sebenarnya, tapi mama taknak la aku bagi macam terpaksa.
Time arwah kakak hidup dulu dan tinggal kat umah [reason dia tinggal kt umah sbb dia ckp leh jaga mama], aku pernah cite kt dia yang mama taknak duit aku. Aku dah offer kat mama tapi mama tolak. Arwah bagitahu aku "kalau ko nak bg duit kat mama, tak payah tanya, just bagi je, jangan nak tanya mama perlukan ke tak. Bagi je bape2 yang mampu. Mama takkan bagitahu anak2 kalau mama takde duit". Kata2 arwah ni mmg aku pegang sampai sekarang. Sejak tu, aku pun bagi je kat mama RM50/100.aku hulur je cakap 'nah mama,buat belanja adik ke,sukati la..'. Mama akan terima duit aku n cakap 'alhamdulillah, kamu ada duit lagi ke?? ' dan aku pun jawab 'Ade..jgn risau'..
So,nasihat dari aku yang takde la perfect atau bagus mana pun, tolong la kalau free calling2 la mama tanya khabar, balik la umah jenguk2 mama. Klu balik umah tu, kalau boleh n ada duit sket, bawa la mama gi jejalan bercuti,makan kat luar ke,gi makan kt tempat yang mama tak pernah pergi ke. Aku rasa mama takkan halang punya walaupun tempat tu mahal.takkan pergi dengan member boleh,tp dgn family tak boleh kan?Pengalaman aku kerja kat KL, saving giler, sampai time lunch aku tak makan langsung. Aku tak belanja utk makan dari pagi sampai dekat maghrib pun.just minum air kosong je. Sampai umah time malam,barulah aku pulun makanan apa yang ada kat umah. Bila weekend aku bawa mama gi makan PIZZA HUT. Kalau pikir balik mcm giler je,dah la mahal,wat penat je aku saving sampai nak tertonggeng-tonggeng tahan lapar.tapi bila pikir yang mama dah bertahun tak pergi makan kat sini,aku pun kuarlah duit sikit saving aku utk belanja dorang. Mama pun okey je, sbb mungkin mama ingat aku ada duit banyak w/pun hakikatnya aku takde la byk sgt ditambah kena bayar duit kete n baiki kete bulan ni sume yang mencecah RM500.
Selagi korang ada masa, ketika dan peluang, buatlah yang terbaik untuk mama. Tak payah la korang pikir sakit hati sakit hati korang pd abah. Buang masa je. Aku mohon pas ni aku takde la dengar ada di antara kita yang taknak balik umah sebab abah. Korang marah abah, tak payah nak babitkan mama sekali. Korang tetap kena buat baik pada mama. Aku tahu mama pun dah cukup kuat bertahan terutama dengan sikap abah sume, so korang tak payah la nak deritakan lagi mama dengan marah2 atau cakap tak puas hati kat abah pada mama. Kesian la kat mama. Jangan pentingkan pasal diri korang je. Fikir la pasal orang lain jugak.
Dulu aku ingat keluarga ni dah dikira 'hancur' atau 'broken' tapi sebenarnya aku silap. Allah dah bagi aku seorang ibu yang cukup hebat dan terbaik, sepatutnya aku bersyukur berbanding mengeluh dsebabkn abah yang tak menjalankan tanggungjawab dgn baik. Kalau dengan tak balik rumah atau menjauhkan diri adalah salah satu cara korang rasa leh kurangkan stress atau tekanan keluarga, aku rasa korang silap..sangat2 silap. Sbb satu hari nanti korang kena hadapinya juga. Aku rasa gembira dengan apa yang aku ada sekarang. Aku xde nak dendam dengan abah, aku tak minta apa2 pun dari abah sbb aku tahu aku mungkin takkan dapat.so, aku dengan abah pun baik, dengan ibu tiri pun okey. Dengan mama pun aku harap aku boleh jadi anak yang baik.
Allah takkan beri beban kepada seseorang jika dia tak mampu. Jadi, sebenarnya kita mampu untuk melalui semua ini. Teruslah berusaha dalam hidup, kuatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, di samping berbakti kepada abah dan mama selagi mereka masih hidup. Cukuplah arwah kakak dah pergi dan beri pengajaran yang berguna untuk kita semua. Kita tak tahu sama ada kita atau mama/abah akan pergi menghadap Allah dahulu, jadi buatlah yang terbaik dalam hidup ni. Tak perlu tunggu kita dah berjaya dan kerja besar, baru nak belanja atau berjasa pada mama, tak perlu tunggu impian korang tercapai, baru nak buat baik pada mama, sebab kita tak tahu umur kita sampai bila. Lihatlah semua yang berlaku ni dengan mata hati, insyaAllah kita akan bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada kita semua.
Sori sebab tulisan ni panjang. Biarlah tulisan ni untuk kita adik-beradik je,tak payah nak share pada mama/abah/ sesapa yang bukan adik-beradik kita.
Wallahualam. Sapa2 yang nak komen,feel free to do so. Since kita sume pun busy dengan urusan masing2 dan takde masa untuk share apa yang kita rasa bersama, aku harap tempat ni leh jadi medium utk kita share apa yang kita rasa. Apa yang penting, jgn fikir negatif.
Kepada adik2 aku, I hope u understand apa yang aku cakap ni. Mungkin dlm fasa remaja ni, korang ada rasa nak memberontak atau tak puas hati, plez pikir dlm2. banyakkan istighfar dan dekatkan diri pada Allah.
Adios~
Butang send ditekan Hani. Seakan terlepas pundak di dadanya. 
"Alhamdulillah" getus hatinya.

Malam tu,di teratak yang membesarkan adik-beradik suatu ketika dahulu, hanya tinggal Hani dan mama yang dicintainya.

"Mama, hari ni Hani nak masak special. Hani nak masak ayam madu.okey tak?"kata Hani kepada mama.

"Tak perlulah nak meriah sangat. Kita berdua je pun. Kalau ada abang2 dan adik2 kamu, barulah boleh masak meriah."mama tersenyum. Jelas tergambar kerinduan pada anak-anaknya.

"Kring..kring..." telefon rumah berdering.

"Hello..sapa ni??" mama menjawab telefon.
"Mama, abang nak balik esok malam..."suara dari hujung talian serak-serak basah.
"Ye ke...balik la..mama dan Hani ada je kt rumah." jawab mama pendek.

Esoknya hari minggu. Hani terkejut bila mama memberitahu yang semua adik-beradiknya akan pulang bercuti hujung minggu tersebut di rumah.

"Ajaib betul dorang ni. Tak tahu angin apa yang datang, tiba-tiba serentak nak balik rumah.. Nanti Hani bleh la masak meriah2.." mama mengomel dari dapur.

"Ya Allah, kau lindungilah keluargaku ini" Hani berdoa dalam hati.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....