JAUH YANG DEKAT
"semoga Allah meredhainya...."
"Ezan, taw tak
ada akhwat yg tinggal dekat dengan rumah Ezan? Dia duduk dekat blok
Juwita" kata seorang akhwat ketika kami di KL Sentral.
"Taw lama dah.
Tapi kan kak, saya tak pernah lak jumpa dia, atau terserempak kt jalan. Kereta
dia pun jarang jumpa walaupun hampir tetiap petang saya joging o jejalan kat
kawasan perumahan. Ni ha, yang jauh KL ni lak,hampir tetiap minggu jumpa. Hehehe..
Kuasa Allah.."
Aku rasa ramai je
yang pernah rasai situasi macam ni. Maksudnya? Maksudnya kadang2 orang yg dekat
dengan kita bukanlah yang rapat dan sebaliknya. Sebab tu ada quote
"sometimes family likes stranger, and stranger likes family".
Dan sebab 'ukhuwah
kerana Allah' menyebabkan ada orang yang sanggup merentas beribu-ribu kilometer
kerana seseorang yang dicintaiNya kerana Allah. Ya, mungkin semua orang boleh
cakap yang dia cinta kerana Allah, tapi adakah perbuatannya menzahirkan apa yang
dikatakan? Bukan nak cakap apa, tapi aku sedar, kadang2 aku pun macam tu, tak
dapat nak ziarah orang yang kita cintai rentetan kesibukan kita yang
menghimpit, apatah lagi nak mendekati serta mengenalinya lebih dalam lagi. Kadang2 ni sume alasan yang tak berasas sebab
kesibukan tu memang tak dapat dielakkan melainkan diuruskan dengan bijak.
Lumrah manusia
kadangkala rasa lonely walaupun ada orang kt sisi. Hati yang berjarak, tiada
guna jika jasadnya dikelilingi insan yang dikenalinya. Dan yang merapatkan
adalah IMAN.
Biar diri tidak ada
ramai kawan, daripada ada seorang musuh
Biar diri tidak
didekati orang, daripada menjauh dariNya
Biar diri tidak
dihargai, daripada tidak berharga lagi di sisiNya.
Comments
Post a Comment