BEST GILER KALAU AKU KAYA!
"semoga Allah meredhainya...."
'How's ur holiday?'
tanya Adout member aku dari Sudan yang belajar kt UTP kt fb.
'Awesome dude. I
think the best holiday since I study at UTP' jawabku.
Cuti. Sapa tak suka
cuti? Tak kisah la cuti sekolah, cuti semester, atau cuti umum, aku rasa semua
orang suka giler. Dan cuti semester kali ni telah banyak mengajar aku dan
mendewasakan aku [ayat mcm aku tak matang lagi] sebagai seorang muslim yang
masih diberi rahmat olehNya untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.
HIDUP UNTUK KAYA?
Statement ni agak
slalu berlegar-legar kat kepala aku lately. Mybe sebab cuti lama = keje = ada
gaji = KAYA! Mungkin ni formula yang kebanyakan orang guna. Kot la. Hey, sapa
tak nak jadi kaya kan? Sapa tak suka duit? Berdosa ke jadi orang kaya? Even
Islam pun tak larang umatnya untuk kaya, cuma tak leh bermewah je
[mewah:melampau&bukan utk islam]. Right?
![]() |
| Duit mcm nak sara 7 keturunan |
'Ko buat apa cuti ni
Ezan?Keje apa?' member aku gtalk aku kelmarin.
'Owh,banyak benda
kot. Aku ajar budak tadika pagi sampai tgh hari. Petang sampai malam aku ajar
budak tuisyen PMR dlm 5 orang. Weekend aku join Petrosains jadi volunteer
programme.' jawabku panjang lebar.
'wah, mesti dapat
banyak duit. Jadi orang kaya la ni.. Nanti leh belanja aku.'balas member aku.
Aku tersenyum pahit.
Ni kali ke-3 aku dengar statement yang aku tak berapa suka. Dapat banyak duit.
Betul ke? Mana tahu?
Aku pun balas
panjang lebar lagi pada member aku. Aku bagitahu yang gaji aku jadi cikgu kat
tadika tu less than RM500 sebulan [memadai sebagai cikgu sementara] dan tuisyen
aku ptg n mlm tu free. So memang takde income pun. Weekend aku jd volunteer kt
Petrosains, KLCC pun tak banyak dapat, malah kalau parents aku tolong aku
kira-kira [sebab ak malas nak kira benda2 ni sume] , consider sekali perjalanan
n makan serta kos2 lain, macam tak berbaloi.
So, adakah apa yang
aku buat ni tak berbaloi?
TUJUAN CUTI = TUJUAN
HIDUP?
Setiap masa yang
berlalu adalah kehidupan yang berlalu. Masa adalah kehidupan. Jadi amat
essential untuk kita gunakan setiap masa untuk mencari redhaNya berlandaskan
tujuan hidup yang telah Allah inform dalam kitabNya.
Untuk beribadah
kepadaNya.
Itulah tujuannya dan
ibadah itu merangkumi banyak perkara selagi niat dan cara yang betul
berdasarkan syara'.
Setiap orang aku
percaya, punyai potensi yang berbeza-beza berbanding yang lain. Aku percaya,
Allah itu Maha Adil, dengan Dia bagi kat sesetengah orang tu lebih, tapi ada
part yang dia kurang.
Setuju?
Ada orang yang tak pandai akademik, tapi pandai bisnes
Ada orang tak pandai bisnes tapi pandai akademik
Ini hanyalah contoh
yang klise.
Jadi, gunakanlah
kelebihan yang kita ada, telah Allah kurniakan untuk agama Allah.
Kalau kita tengok
Sirah pun, aku percaya Rasulullah amat bijak mengatur strategi di mana baginda
meletakkan seseorang sahabat itu sesuai dengan potensi dan kelebihanNya untuk
menyebarkan agama Islam.
Ada yang pandai
berniaga,
Ada yang petah
berkata-kata,
Ada yang pandai
berperang,
Ada yang pandai
menulis
Dan apa-apa sahaja
Mereka menjadi orang
penting dalam menyebarkan deen yang tercinta ini.
POTENSI: SUBURKAN,
JANGAN MATIKAN!
Aku nak jadi cikgu,
tapi aku tak masuk UPSI, instead masuk UTP lak.
Aku suka programme
yang indulge dengan budak2, tapi usually aku hanya ajk disebalik tabir.
Aku suka menulis,
tapi sentiasa tiada masa dan idea terperap terlalu lama sampai basi [mcm alasan
je.. -_-'' ]
Mybe ni antara
'keluhan-keluhan' atau lesson yang bleh dipelajari untuk kita perbaiki di masa
hadapan. dan ak ras actually kita bleh je dapat apa yang kita nak, apa yang kita idamkan even dalam situasi yang nampak macam tak mengizinkan,cuma kita perlu berfikir dengan kreatif untuk mewujudkannya.
Cuti ni juga aku memang target untuk enhance kan skill and confident
untuk ajar bebudak skolah, involve program yang leh jadi volunteer especially
charity event, dan spend masa untuk menulis dan membaca buku2 ilmiah terutama
buku2 agama dan motivasi.
Untuk mengeluh atau
menyesal perkara tak best yang telah berlaku, atau sedang berlaku, bukanlah ciri orang
yang beriman. Kerana semuanya telah diaturNya.
' You cannot control
the wind, but you can adjust you sails'
Mungkin ada beberapa
perkara, telah diaturNya,jadi terima dengan redha di samping 'react creatively'
dengan perkara tersebut. Jadikan ia seronok dan tidak tension.
Bila flashback balik
time dulu, aku tak nafikan yang orang slalu tengok aku macam tension dan
frustated. Especially bila task banyak,assignment, homework, etc [macam la aku
sorang je kt dunia ni yg cenggini]
So, aku pun belajar
untuk try enjoy benda yang aku tak suka. Tapi ada perbezaan antara:
-benda yang tak best
n tak leh avoid
-benda yang tak best
tapi leh avoid.
Benda yang tak best
n tak leh avoid ni mcm subject yang belajar, lecturer subject kt uni o etc yang
kita memang tak de pilihan pun. Kalau kita avoid jugak, mudaratnya mungkin lagi
banyak. So just accept it n try to make it enjoyable.
Benda yang tak best
n leh avoid mcm members yang tak leh masuk, makanan, hobi, etc. Benda ni kalau
avoid pun tak beri kesan buruk dalam kehidupan. Kalau di push untuk buat, aku
rasa lagi beri kesan buruk. Faham ke? Contohnya, aku tak suka bisnes. serius.
Kalau aku buat pun tak serius, sebab aku buat ikut mood. So,kalau orang paksa
aku serius dalam bisnes, push aku jual itu ini, even mak aku suruh jadi mcm dia
yang businesswoman berjaya, I WON'T! [kalau aku buat dalam terpaksa pun,
believe me that the results mesti tak best!]
Tapi kalau ada orang
suruh buat aktiviti mcm mengajar atau volunteer untuk charity dengan mix dengan
bebudak, I'll do it even for free. Kalau dipaksa walau dalam keadaan penat o
takde mood, aku akan paksa gak diri aku [insyaAllah,and the results will be better
than the above situation].
So, if you are good
in something, do it for free, especially for those who really need it.
NAK JADI KAYA?
Dalam satu hadith
time aku foundation, ak joint satu taklim umum dan pengisi tu share pasal orang
yang terbaik.
Hadith tu agak
well-known, tentang sesiapa yang Allah ingin berikan kebaikan, dia akan
diberikan kefahaman dalam agama.
Jadi, kaya dalam
ilmu agama, memang osem. Aku pun teringin nak pergi satu tempat yang aku leh
blaja banyak benda dalam agama, not even da'wa, tapi lebih luas lagi, pasal
fiqh, pasal tajwid, pasal lelain, nak jadi well-rounded muslim. Alhamdulillah,
masjid kat rumah aku ni setiap hari ada pengajian yang berlainan. Setiap malam
ada pengajian tersendiri, ada malam fiqh,malam tajwid,etc. Ramai orang2 tua
yang datang, sangat teruja dengan semangat diorang, tapi tak ramai orang muda
yang datang [mungkin mereka ada ibadah lain yangg perlu disettlekan].
Kaya dengan
ilmu&pengalaman.
Ini pun penting gak.
Dan mungkin salah satu sebab aku sanggup turun naik KLCC 5 kali seminggu untuk
attend orientation week for petrosciences volunteer. Banyak ilmu Allah yang leh
blaja, yang mungkin tak pernah terfikir dan tak pernah tahu. Sangat banyak.
Pengalaman yang dapat pun sangat banyak dan buat diri ini kadang-kadang
termenung dan melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Kenal makhluk ALLAH
[baca: orang/manusia] pun bleh buat diri impress, lagi2 kalau di amat kaya
dengan ilmu agama.
Jelajah la muka bumi
Allah, even di Malaysia sekalipun, even dalam negeri sekalipun, insyaAllah kita
akan belajar something, kalau kita melihatnya menggunakan mata hati dan
mengaitkan dengan Allah.
Kaya dengan pahala
Aku rasa semua orang
nak dapat pahala banyakkan? Tapi,kita pun tak tahu adakah pahala kita dah
banyak? Adakah mencukupi? Ataupun sudah dibakar dengan amalan2 riak atau hasad
dengki dalam diri?
So, luruskan niat
dan teruslah berbuat kebaikan.
TERAKHIR: JADILAH
ORANG KAYA
Kaya tak semestinya
perlu ada banyak duit. Kalau ada, alhamdulillah. Jadilah orang kaya yang
bersyukur, di mana maqamnya lebih tinggi dari orang miskin yang bersyukur.
Untuk menjadi kaya, pastinya memerlukan usaha yang bukan sedikit, dan Allah
akan mengurniakan kita akan nikmatNya setimpal dengan usaha yang telah kita
kerahkan, semata- mata kerana mencari redhaNya.
Ayuh, kita
tingkatkan potensi yang ada, suburkan dan kayakan diri dengan pelbagai perkara,
agar menjadi muslim yang berkualiti di mataNya.
![]() |
| since i'm quite busy, i'll try to make sure my body FIT w/pun perubahan berat badan 'nul'. :) ![]() |





Assalamualaikum kak ezan, sihat?? sbnarnya, best jadi org kaya, kalau kte kaya apalagi kalau jd jutawan,hehe..bukan ape, duit tu boleh kte salurkan utk faedah umat Islam kat sluruh dunia, bukan trtumpu kat Malaysia jer. mcm bantu nasib saudara kte kat Africa tu,palestin, selain doa & smgt mereka smua juga perlukan duit tuk survive. kte boleh lihat hidup zmn serba canggih skrg ni "no money no talk", mcm tak best kan di dengar??..itulah yg sy rasa juga, tp nak taknak itulah hakikat hidup sbnr. kena trima lah.papun, best baca blog kak ezan..
ReplyDelete