PILIH ANTARA SOLAT DAN TUTUP AURAT

"semoga Allah meredhainya...."

Semalam aku dengan member aku dari Washington skype calling sbb nak discuss pasal project Astronomy yang member aku ada post kt fb batch. After dat, kitorg chatting pasal study, makan, rumah dan pasal Islam. Rumate aku plak time tu okey je kt meja sebelah buat keje dia sendiri sementara aku duk sembang dengan member aku ni.

Member: Ko rasa, mana satu yang susah, SOLAT atau TUTUP AURAT?

Aku: (terdiam seketika. minda menjana idea)

Member: Kalau aku, aku rasa solat lagi susah. Even, benda tu simple buat hari2, but yet, solat tu tetap susah dilakukan berbanding tutup aurat.

Aku: Yup, aku pun rasa macam tu. Aku pernah baca dalam buku Pahrol Mohd Juoi, masa ada org tanya dia pasal dia ada problem buat maksiat, dia nasihatkan orang tu BAIKI SOLAT. Pastu, bila orang lain tanya pasal macam mana nak overcome dosa buka aurat, dia still bg jawapan sama, BAIKI SOLAT. so, bila dh jaga solat betul2, insyaAllah, soal aurat, dan lain2 akan setel. mudah2an Solat tu pun as we all know yang kalau dilakukan dengan betul, akan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Tapi, walaupun kita dah taw buat solat ni, tapi adakah kita benar MENGHAYATI DAN MEMAHAMI MAKSUD SOLAT? klu tengok, kita dah bleh kata hampir 15 TAHUN mendirikan solat, tp kenapa masih tak faham maksudnya? Dan aku sendiri mengaku yang aku pun tak 100% tahu dan faham maksud bacaan solat!  .(tetiba diri rasa menyesal.)



Bila dah lama2 discuss pasal ni, waktu Maghrib da nak masuk so aku pun minta under diri. kat Malaysia dah pukul 7.30mlm, kt US sana dah pukul 3pagi. Gila tol member aku ni.

Pas solat maghrib,aku tengok rumate aku print something.

Aku: Eh, hang print lecture note ke?

Rumate: Taklah. Aku print MAKNA BACAAN DALAM SOLAT.

Aku: (T_T)... ( Aku kena print jugak!)

Konklusinya, teruslah berbuat kebaikan dan berdakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira apa2. Kita tak tahu part mana orang terima dan tersentuh dengan kebaikan yang kita lakukan atau sampaikan. Berbuatlah ikhlas kerana ALLAH, buat kerna Allah, moga2 Allah terima amal kebaikan kita. insyaAllah.

Sekadar perkongsian.ADIOS~

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....