SAAT KAKI INI MELANGKAH KELUAR
"semoga Allah meredhainya...."
16/7/12 - 14/4/14.
Hampir 2 tahun aku
menahan sebak di dada dan rindu yang menggunung kepada mereka. Hanya Dia Maha
Mengetahui segala isi hati.
"Akak, saya nak
undur diri dari halaqah" mesejku hantar pada murobbiyah tercinta yang
telah banyak mengajar aku erti tarbiyah pada malam Selasa, 16/7/12.
"Boleh bagitahu
sebab apa?" murobbiyah aku reply.
Dan aku biarkan
persoalan itu begitu sahaja.
KENAPA AKU KELUAR?
_____________________________________________
10/7/12.
Derapan kaki aku
semakin laju menghampiri bilik pensyarahku utk mengambil kertas ujian
Probability Statistic aku. Aku teliti satu2 dan mencari namaku.
EZAN SAHIZZAH BT SAH
NUDDIN. 14609. PETROLEUM GEOSCIENCE
PROBABILITY
STATISTIC (PROBSTAT): 9 MARKS
THE LOWEST IN CLASS.
SEE ME!! -Lecturer-
Aku terkedu.
"Ya Allah,
ujian apakah ini?" sugul hati aku. Kakiku melangkah longlai ke bilik
beliau.
"What's wrong
with you? This is the basic and the easiest questions I've made to help each of
you. What can I do if you cannot answer it?" persoalannya yang seperti
panahan petir kedua. Aku tunduk malu.
Melangkah pulang ke
bilik, fikiran aku tak keruan. Aku tak tahu sama ada aku bermuhasabah diri atau
makin mengusutkan hati.
"Ezan,anti tak
update lagi pendataan minggu ni. Update sekarang ye!" ingatan diberi saat
kaki melangkah masuk ke rumah akhwat di Village 5, V5G-F2-1.
Aku masuk ke bilik
dan menutup pintu. Kuhampiri roommate aka akhwat tercintaku yg kebetulan tiada kelas pada hari tersebut.
Insan yg muda setahun dariku ini sedang meneliti emel satu persatu.Kuhenyak
punggungku di katil dan inginku luahkan padanya betapa aku sedih kerana
mendapat markah yang sedikit utk ujian Probability. Mendapat markah yg paling
rendah, markah yg dipaparkan di email group kelas aku dan pastinya satu kelas
mengetahui namaku yg merah. Betapa aku malu dan tiada manusia lagi tempat utk
aku mengadu selepas Dia tmpt pertama aku menangis.
"Ika,
akak...hmmm"aku mati kata seketika.
"Akak,akak tak
update lagi pendataan ni .Cepat ,nnti akhwat marah" cepat2 dia mencelah
dan mengingatkanku.
"Oh ye
ke?(buat2 tak tahu walhal dan 2 kali kena warning). Nanti akak
update."balasku.
"Semua akhwat
sibuk ke?Takde sape ke yg nak tnya markah Probstat aku? Ah, mungkin diorang tak
ingat kot. Mungkin muka aku tak cukup sedih utk raih simpati dorang"aku
bermonolog.
Bukan satu subjek
markahku jatuh, malah beberapa.
Bukan satu
assignment aku tak siap dan meniru kawan, malah berpuluh-puluh.
Bukan satu kelas aku
ponteng sebab tertido, malah hampir sepuluh.
Inikah yg dakwah
ajar pada aku?
Tidak.
Jawapan skema yang
mungkin realistik dan mungkin juga tidak. Bergantung pada individu.
"Anti tak
manage masa betul2. Cara belajar anti salah, mungkin jgn study hard perlu study
smart. Tengok akhwat lain, Ukhti Tiha dan Ukhti Ika boleh je excel, malah
Dean's List lagi. Kena percaya yg Allah akan bantu kita kalau kita bantu agama
Allah. Jangan risau."
Aku tidak menyangkal
yg Allah pasti akan bantu mereka yg membantu agama Allah. Tapi, adakah Allah
akan bantu aku dalam ujian probstat kalau aku sendiri tiada masa utk ulangkaji
subjek tu. Tak manage masa? Mungkin sbb byk sgt berfb dan melagha? Nak minta kelonggaran
sehari sebelum ujian pada Hari Isnin, jgn mimpi, susah utk dipenuhi. Akhwat
lain boleh? Sebab ak bukan Ukht Tiha dan Ukht Ika. Aku Ukht Ezan. Usah
membanding-bandingkan dgn org lain. Lain org lain caranya.
"Tak perlu nak
pointer tinggi, asal cukup lepas requirement je .."
Aku telan kata2
akhwat yg mungkin baginya adalah nasihat berguna padaku. Aku tak pernah diajar
utk "cukup lepas" atau "asal buat" je, aku diajar utk
"buat yg terbaik". Jawapannya sangat mengecewakan aku.
Dan menambahkan
fikiran aku yg serabut dan hati membuak-buak utk berhenti berdakwah.
Dan akhirnya, dalam
ketidakrasionalku mungkin, saat kata2 yg diharapkn mungkin mengubati tetapi
meracuni, aku mengambil keputusan utk keluar halaqah. Keputusan yang mungkin
bagiku adalah antara keputusan yang SANGAT KUKESALKAN dalam hidupku.
____________________________________________________________
Sebenarnya saat itu,
aku menginginkan ruang aku sendiri. My own time and space with Him. Without any
akhwat, workload, pendataan, liqo, akhwat, halaqah, syuro dan lain-lain.
Bukan seminit, sejam
atau sehari bahkan mungkin dua, tiga hari atau seminggu utk aku merasakan diri
sendiri tanpa mereka yang pada mulanya kurasakan hanyalah menyibukkan yang
akhirnya aku perlu mengakui bahawa hidupku tak lengkap tanpa mereka. Mereka yang
mengingatkn aku tentang Dia.
Beberapa hari tanpa
mereka cukup utk membuatkn aku ingin kembali selepas proses muhasabah diri.
"Akak,boleh ke
kalau saya nak masuk balik?"aku tanya pada akhwat yg senior.
Dia menggeleng.
"Dakwah bukan utk orang-orang manja, dakwah bukan tika masa lapang sahaja.
Akak minta maaf." Wajahnya tegas. Keputusan yg telah kuambil tidak boleh
ditarik balik.
Aku menggangguk
faham. Aku telan air liur dan mataku bergenang. Aku pergi meninggalkannya.
Hari berlalu hari.
"Hi my
diary.Tonight is 1st Ramadan. My heart feel touch and almost cry cuz Allah gave
me the opportunity to live longer until Ramadan dis year. Mostly akhwats going
to KL for Daurah, and those remaining here going to the mosque. Only Aimi and I
in this house. Suddenly, I miss them soo much. Sooo muchhh. Really. Deep in my
heart, I want to spend my life and day with them. Even I'm not halaqah anymore,
I try to treat them like I used to. But, I feel touched and sad cuz they treat
me differently (T_T). I've already expected that this gonna be happened but
never thought it is too soon. Me sad and devastated. -20/7/12-"
______________________________________________________________________________
AKHWAT PA: AKU RINDU KAMU!
Selepas minggu
peperiksaan, aku pulang ke rumah utk menghabiskan cuti 4 bulan di Puncak Alam.
Jika sebelum ini, pulangan aku dinantikan akhwat di Puncak Alam, tika itu tiada
lagi. Aku rindu pada mereka. Kucuba dail utk menghubungi mereka.
Hampa. Call tidak
diangkat dan mesej tidak dibalas. Barangkali mereka sibuk dan aku perlu
memahaminya. Pernah aku ingin menziarahi mereka, siapku buat puding utk
diberikan pada mereka, namun nasib tidak menyebelahi, janji yg mulanya mereka
free, tiba-tiba ada urusan pula. Aku pasrah walapun di sudut hati aku kecewa.
Aku berharap ada di
antara mereka yang akan mesej aku utk ajak ke program umum mereka, walaupun
mereka tahu aku tidak lagi menjadi akhwat halaqah. Please la, aku rindu korang
semua, saat kita rapat sama2, tido sama2, sembang dan baca Quran sama2, tolong la
aku. Aku rindu korang dan ajak la aku datang rumah korang atau kalau tak jadi
pengisi program lagi pun, jadi pendengar pun aku dah cukup puas. Kalau korang
suruh aku masuk halaqah balik pun ,aku rela. Aku nak bersama dengan korang.
Please…
Duduk di rumah ,aku
bekerja sebagai cikgu tadika dan juga cikgu tuisyen. Jarang akhwat membalas
mesej dan panggilanku sehinggalah suatu hari mereka memerlukan pertolongan aku
utk mencari ibu yg punyai baby utk assignment mereka.
Di rumah mak cik yg
ada baby, merangkap jiran aku tu lah kami bertemu. Walaupun aku akui agak
sedih, tp aku syukur sekurang-kurangnya Allah memakbulkn doaku utk ketemu
mereka. Selepas assignment mereka siap, keadaan seperti sedia kala. Sehingga
saat aku taip post ini, aku tidak lagi ketemu mereka.
AKHWAT KL: I LOVE YOU SO MUCH!
Akhir bulan 11,
permohonan aku utk jadi Volunteer Petroscienece di KLCC diterima. Sebenarnya,
Petroscience adalah modal utk ak bertemu dgn Kak syida yg tgh intern di KL dan
juga akhwat di Sentul. Utk melepaskan rindu pada mereka.
Setiap kali aku
pergi KLCC yang sgt jauh dari Puncak Alam, hati aku berbunga-bunga sbb aku akan
jumpa akhwat balik keje nanti. Teringat aku bila dapat jumpa dgn Kak Syida.
Kami jalan-jalan di KLCC, Msjid Jamek, makan malam bersama dan pulang ke rumah
akhwat di Sentul. Seronok sgt.
Rasa happy giler
bila jumpa dorang semua. Waktu tu aku plan utk kerja kt Petrosciences Khamis
dan Jumaat sahaja sbb malam Jumaat kak syida free. So bolehla jumpa dia dan
tumpang bermalam kt rumah akhwat di Sentul. Parents aku dah marah sebab tak
worth it keje kt KLCC tu bila tolak tambang, makan semua. Tapi takkan la aku
nak cakap kt dorang, "Nikmat jumpa akhwat yang sgt aku rindukan melebihi
duit gaji aku kt KLCC!" Nanti parents aku cakap aku gila.
Bila di rumah
dorang(akhwat Sentul), aku tunggu jugak kot2 dorang nak ajak aku pergi usrah
umum dorang, atau program daurah utk mad'u baru dorang. Tapi hampa. Aku adalah
'bekas' yang bagi dorang tak mungkin utk diajak sertai. Macam la aku nk masuk
halaqah kan?? Hey, memang aku nak masuk pun! Okey fine, aku memang bodoh sbb
hntr msej tu pada 16/7/12! I curse myself for that but I hope Allah will give
me strong Iman to face it.
Tak sampai sebulan,
aku dapat mesej dari seorang akhwat yg tinggal di rumah Sentul tu.
"Anti, selepas
ana bermesyuarat dgn akhwat lain, ana terpaksa mengatakan TIDAK pada anti utk
tinggal/bermalam di rumah ini lagi sebab ini adalah rumah akhwat dan rumah
dakwah yang ada banyak sir yang perlu dijaga…"
Berlinangan air
mataku membaca mesej dari akhwat tersebut.
"Ezan, kuat
Ezan! Ya Allah…" itu sahaja yg mampu aku katakan pada diriku.
Maka, sejak dari
peristiwa itu, aku tidak lagi menjadi Volunteer di Petroscience. Apa guna aku
bekerja di sana andai misiku yg sebenar telah musnah? Allah Maha Mengetahui dan
pasti ada hikmah disebaliknya.
AKHWAT UTP: I'M BACK! :')
2 minggu selepas
itu, aku menemani mama ke kampung di Perak. Aku meminta utk pergi ke UTP.
Sebab?
Aku rindu sgt pada
akhwat UTP. Sangat.
Bila sampai di Seri
Iskandar, aku pergi ke kedai kek. Kek perisa coklat aku beli dgn harapan dpt
mkn bersama-sama mereka. Indahnya saat dulu2 mkn bersama mereka. Sangat meriah.
Pukul 11 malam, aku
rasa akhwat dah pulang ke bilik UTP atau rumah sewa di luar selepas tajmik
pelajar2. Aku menunggu di Café V5. aku call beberapa akhwat tapi tidak
berangkat sehinggalah Ukht Marha menjawab panggilanku dan mengatakan hanya Ukht
Tiha sahaja yg available dan berada di rumah sewa.
Kereta kupandu
meredah hujan lebat malam itu. Sampai di hadapan rumah mereka, aku beri salam.
Melihat kesibukan mereka, aku membantutkan niatku utk bersembang bertanya
khabar dan berlama-lama di situ. Hanya tanya khabar yg ringkas dan kehulur kek
padanya. Dan terus aku pandu pulang ke masjid utp, tempat aku, mama dan Ajim
bermalam pada hari itu.
"Eh, kejap je
jumpa kawan2 halaqah kakak?" tnya mama yg sudah baring di satu sudut.
"Aah. Ramai ada
hal malam ni."jawabku ringkas dan terus merebahkan tubuhku di sebelah
mama. Aku buat2 mengantuk utk mengelakkan pelbgai soalan ditanya mama tentang
mereka.
"Bila masa aku
boleh jumpa korang semua?" persoalan yg selalu kutanya pada diri.
_____________________________________________________
PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN.
Selama setahun aku
'mengganggur' tiada usrah.
Alasan?
Aku sayangkan
halaqah dan akhwat. Sukar utk aku cari pengganti mereka.
Rasa macam nak jadi
budak foundation so dat dorang akan approach and dat time without hesitate I
will be agree to join halaqah. Okey, hanya mimpi di siang hari.
14/2/13. Hari
pertama aku join usrah under jemaah Ikram UTP, atas recommendation bekas kawan
sekolahku yg kini belajar di UIA, Kuantan, Pahang.
Walaupun hati aku
berat, tapi demi Allah aku perlu teruskan. Dengan jemaah sahaja aku dapat
memastikan iman aku terjaga dgn lebih baik. Dengan usrah yang ada, menjadi
sistem utk ak melakukan aktiviti islamik yg lebih tersusun, terancang dan baik
utk ummah. Konsepnya sama je macam jemaah halaqah yang aku join dulu, cuma
mungkin cara yang sedikit berbeza dan akhwat2nya juga tidak sama.
IZZAH. Nama yg aku
guna utk usrah baru aku di UTP.
Kenapa?
Sebab aku ingin
menyimpan identiti EZAN dengan kemas. Ezan yang dulu pernah join halaqah adalah
kenangan dan yg tinggal adalah amal hasil tarbiyah. Aku rasa seperti 'orang
baru' saat akhwat2 memanggil aku Izzah.
Begitu juga di
Gombak, bila akhwat di sana memanggil aku Izzy. Aku tidak mahu lagi mendengar,
"Ezan? Dulu dia
join halaqah kan?"
"Ezan? Dia
under Dr Hizul dulu kan?"
Tolong jangan
panggil aku Ezan,wahai akhwat2 yg baru kukenali sekalian. Nama aku skrg Izzah
atau Izzy.
Hanya akhwat halaqah
je yg panggil Ukht Ezan.
Okey, minta maaf
kalau nampak mcm mengada dan poyo. Biarlah. Ak lebih suka cara begitu.
Ditarbiyah dengan
cara yg berbeza, pastinya membuahkan
perasaan yg tidak sama. Saat aku bersama akhwat2 yg baru kukenali, mereka tidak
jauh beza dengan akhwat yg pernah kurapati dahulu. Namun, seperti aku katakan
tadi, bukan senang utk menggantikan tempat mereka yg sudah lama bertakhta di
hati.
PENGAKHIRAN: ANDAI
RASA MAHU KELUAR ITU MENGUNDANG JIWA.
Jika tiba-tiba
merasakan dakwah semakin berat, seruan semakin membenam diri, itu adalah lumrah
kerana Rasulullah juga dulu merasainya.
Tika tanggungjawab
lain minta dipenuhi, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, seorang
rakan, usah dibiarkan ia berlalu pergi. Penuhi tanggungjawab tersebut sehabis
baik dan terbaik, bukan sekadar 'janji buat' sahaja.
Pendapat peribadi,
jika ada akhwat yg bermasalah pelajaran, bermasalah keluarga, tolong la
bersama-sama mengatasinya. Tak guna kalau sekadar kata2 perangsang, penguat,
ayat2 Quran jika amalnya canggung seorang diri. Apatah lagi jika akhwat lain
sekadar di belakang 'I got your back' dan hanya bertindak saat empunya
bermasalah dan mungkin juga sudah hilang rasional, 'sukar dikawal' dan 'gila'.
Saat ada yg
mengatakan 'saya rasa nak keluar' atau sudah mengatakan 'saya keluar', give her
some space and time. Especially perempuan, usually she doesn’t mean it, it just
out of control. Lebih elok jika katakan padanya 'ana faham situasi anti pada
saat ini, dan Allah lebih Maha Mengetahui di sebaliknya. Keluar dari jemaah
bukanlah cadangan yg bijak apatah lagi jika nafsu sedang merajai hati. Apa kata
anti minggu ini pulang ke rumah spend time dengan family, dgn classmates atau
bestfriend yg bukan akhwat. Tak wajib utk dtg usrah, tak wajib utk dtg daurah ,
syuro dan liqo. Ana faham jika pendataan tidak diisi, mutabaah tak dihantar,
baramij anti kosong dan anti tidak respond pada apa-apa pengarahan. Bila tiba
masa dan saatnya, bila jiwa anti membisikkan sesuatu dan mahu dikongsikan pada
ana atau mana2 akhwat yg anti rapat, just say it. Don’t be afraid and don’t
keep it to yourself. Get your space and time. Ana menantikan kehadiran anti.
Cuba jangan tinggalkan mutabaah dan make sure Allah sentiasa di hati. ' oh, I
wish someone say this to me.
Jangan arahkan
akhwat yg 'futur' utk jumpa mana2 akhwat 'core'. Cth, 'anti cuba bincangkan
perkara ni dgn Ukht XX dulu, baru ana clarifykan status anti.' Percayalah, when
the 'order' is made, sebelum pergi berjumpa Ukht XX tu mungkin je akhwat
tersebut dah bersiap-sedia utk mengeraskn hatinya dan fikirannya dari ditusuk
oleh kata2 akhwat XX tersebut dan dibelasah dgn dalil2 dan hadith. Sebaliknya,
suruh akhwat yg rapat dgnnya 'merapati' dia seperti selalu. Bukan nampak sgt nk
pujuk atau nak dakwah balik. Tapi just to say to her dat akhwat always by your
side. Tak perlu nk cite and tanya the reason keluar atau tnya masalah dia, just
be her friend, not push and force her. Lama2 dia akan 'sedar' yg dia rupanya
silap dan dia mungkin akan open cite tu pada akhwat yg rapat dgn dia. Tak
sepertinya akhwat core je yg pertama kena tahu the reason behind it.
Persis pengalaman
aku dulu time kapel kt sekolah. Semua budak2 Badar memboikot aku, semua sound
aku. Even kawan rapat aku pun sound aku giler2. Dan benda tu just buat aku
makin jauh dan benci diorang. But there was a girl (Badar) named Rai yg
approached aku. Dia tak pernah tnya pasal kapel aku atau bagi aku nasihat. Dia
just always by my side and ajar aku buat kebaikan, ajar aku solat sunat, qiam,
dhuha n semua benda yang dekat padaNya. Guess what? Bila lama2 aku sendiri yang
rasa bersalah pada Allah, sebab dalam ak mengumpul pahala aku masih bermaksiat
padaNya. So aku pun decide break up dgn si dia. It's not becoz of anyone else,
it's bcoz of me. Tapi nmpk tak betapa pentingnya peranan kawan yg bernama Rai
tu? I owe her so much!
TIME FLIES: MOVE ON
BABE!
So dah 2 tahun benda
ni berlalu. People might ask, apsal la ko nak cite balik cite yang dah lama ni?
Useless! Indeed, aku rasa aku belajar banyak benda dr benda ni.
Aku pernah cakap yg
aku sgt menyesal sbb menarik diri dari halaqah, but as keputusan aku tu dah
dikira muktamad oleh jemaah (idk if jemaah or becoz of that akhwat only), I
have to accept it. I don’t want to talk too much or refer to many akhwats cuz
it will make my heart pain n hurt. Devastated.
But as I heard a few
of akhwat yg down bcoz of study, parents, family, keje etc, and decided to
keluar dari jemaah, it makes me hurt. It become more hurt bila akhwat yg masih
kekal tak supportive the akhwat. It’s not only seminggu or beberapa hari tu solve
the issue. You need to give her time and space and at least one month for her
to think deeply about her decision.
Is she able to life
without akhwats after each and everyday she goin thru for few years back is always with
them?
Yes, it’s hard to
move on without akhwat actually. Aku pun dah anggap akhwat macam family aku
sendiri, malah lebih dari family kadang2. I live with them, I slept with them,
naik moto and kete sama2 dgn dorang, I cried with them, I spent a lot of time
with them kt UTP compared with my family or classmates. So, tell me how can I
recover my life and soul after the one day 'madness' that I've made to them?
I have to
responsible for all my mess!
So, please la kalau
ada sesiapa yg rasa nak keluar jemaah esp halaqah, please DON'T. and please
akhwats, give her space and time. Im not refer to anybody, it’s general.
___________________________________________________________
I'm sorry if this
post might hurt anybody but I wrote it from the bottom of my heart. 2 tahun aku perlukan utk aku mengarang
sepanjang ini, walaupun emosi mengheret tatkala jari2 ini bermain di keyboard
laptop.
I love you akhwats,
love you soo much.
Ana minta maaf,
halalkan segala ilmu, makanan dan segala-galanya.
Ana maafkan semua
akhwat/ikhwah yg ana cintai kerana Allah. Akhirat nanti kalau boleh ana nak
bgitahu pada Allah, yg antunna semua telah berjuang bersungguh-sungguh kerana
Allah. Moga Allah tempatkan syurga yang tertinggi pada semua akhwat dan ikhwah.
Sekali lagi, ana
minta maaf atas ketelanjuran kata atau apa2 yg menghiris perasaan sesiapa.
I love you so much
my dearest akhwats.
P/s: Jazakillah pada
Ukht S dan Ukht A yg sentiasa menghubungi ana bertanya khabar walaupun dalam
kesibukan dakwah. Afwan sebab ana pun tak dapat nak contact semua. Apapun, ana
sayang antunna semua kerana Allah.
Ana nak masuk syurga
dgn antunna sekali boleh kan?
nak panggil ukht ezan jugak tak kira
ReplyDeleteAnjang, tak boleh! ko panggil EZAN je sbb ko tak pernah berbulatan gembira dgn aku.haha
ReplyDelete:)
ReplyDeleteEvery one has their own river of life, ezan. Don't be sad. Keep move on, and get the lessons of the past.
May Allah love us, always :)
Uhibbuki fillaah...
Ukht, jzkk. I owe u so much! Ukht selalu nasihat saya dan ingtkn sy byk perkara no matter who i am.
ReplyDeleteI randomly encountered your blog and read this post.
ReplyDeleteI believe that you have gone through a very eye-opening experience.
Islam don't teach us to shun others. I myself is blessed with good people around me. I do believe action speaks louder than words. I hope you will be surrounded by good company till the end. InsyaAllah. Set a good example and have good niat. May Allah make ease.
thanks for sharing this. pernah alami situasi macam ni. situasi nak keluar. situasi tak pandai nak pujuk akhwat yang nak keluar. situasi tak pandai nak get along dengan akhwat even though satu bilik. situasi stress tak dapat nak manage masa. situasi to oppress dengan pengarahan. still finding ways to handle 'em. and still holding on.
ReplyDeleteZanjabila Hanafi, just keep faith to Him. akhwat juga manusia biasa, bukan malaikat. Dia juga ada dosa, ada ragam dan kekurangan yang perlu kita terima dan hadapi dengan lapang dada. Pengarahan selepas syuro iA adalah yang terbaik utk kita dan dakwah tanpa mungkin kita sedar ada hikmah yang tersebar kelak. Masa itu milik Allah yg agung sampai Allah bersaksi pada masa dlm surah Al-Asr, which means it is not an easy to handle and manage it alone without taking Him into consideration esp in planning ur schedule.Allah yg 'pegang' masa tu. Setiap masalah ada penyelesaiannya. u know all the solutions, but it's up to you to practice it or not.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete0134644526
Delete0134644526
DeleteSubhanAllah.. :')
ReplyDelete