BILA 'IMAM BESAR' TENGOK KOREA

"semoga Allah meredhainya...."

Pika: 'Imam besar' tengah buat apa? [merujuk kepada Zaza]. Da nak solat ni.

Aku: Tengok cite korea. Nanti aku bagitahu dia.

'Imam besar' yang sedang khusyuk tengok korea dengan telinga bersumbat earphone seakan-akan mendengar.

Zaza: Eh, da azan ye? [Terus bangun tinggalkan laptop, amik towel dan pergi tandas amik wuduk.]

Sem ni aku duduk dengan dengan housemates yang sama programme PGS[Petroleum Geosciences] dengan aku. Nilah sem pertama dalam universiti aku ber-rumate dan ber-housemate dengan member sekelas.

Mereka berbeza, persekitaran berbeza dan cara juga berbeza.

"Baiki diri sebelum baiki orang lain" Prof Muhaya

Memanglah kita tak dapat jadi maksum o 100% baik, tapi at least kita cuba yang terbaik untuk diri dan cuba juga mengajak mereka-mereka yang lain menjadi baik juga. Apa ko ingat nak masuk syurga sorang2 je ke?

Memang orang akan fikir, 'otai2' yang dah nak masuk final year dalam sesebuah universiti sukar untuk didakwahi. Adakah benar?

Tidak sama sekali aku rasa. Ada macam2 cara untuk kita mengajak orang lain especially kawan baik atau sekelas kita apatah lagi sebilik atau serumah untuk melakukan kebaikan.

Tak payah nak state kan pada mereka kesalahan mereka berjela-jela, tapi sebaliknya kita perlu mengajak mereka melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, kerana perbuatan yang baik akan menghapuskan kesalahan2 dan mana la tahu, insyaAllah, berkat usaha dia mendekatkan diri dengan Allah, Dia akan menjauhkan dirinya dari karat-karat jahiliyah kan??

Aku bentangkan sejadah kat bilik. Alhamdulillah, start aku pindah bilik sini, kami solat jemaah bersama-sama hampir setiap waktu solat. Dorang takkan solat sendiri, dan akan tunggu yang lain dah get ready, baru start solat. Sweet x?

Zaza: Ezan, bleh tak print out kan doa lepas solat? Sebab aku tak tahu nak baca doa apa lepas solat.

Waktu Zaza cakap benda ni, aku rasa nak menangis dan terharu. Gelaran 'imam besar' yang aku guraukan padanya, insyaAllah, dia mampu untuk memegang gelaran tersebut dengan usaha yang dia tunjukkan.

Ezan: Zaza, ni ringkasan doa lepas solat yang ko nak. Pasni 'imam besar' dah bleh baca doa dan tak perlu tepuk orang sebelah. :D

Selepas Zaza mengimamkan mana2 solat, dia akan bingkas bangun ke mejanya dan mengambil kertas doa yang aku berikan. Perlahan dia baca dan bersungguh-sungguh. Kesalahan bacaan doa arab yang dilakukan, akan dia cuba ulangi sehingga sebutan itu betul.

Waktu tu aku rasa gembira sangat2 dan sayang pada dorang semua kerana Allah. Moga Allah kekalkan ukhuwah kami dan eratkan kami demi mencari redhaNya.

Malam semalam Mira housemate kitorg tp course Electrical Engineering [EE] plak join jemaah solat.

Zaza: Ok, solat Subuh ni Mira jadi imam ye. [haha..sukati je nak pilih]

Mira: Boleh, tapi kita tak tahu nak baca doa.

Zaza: Jangan risau, ada ni.. [sambil serahkan kertas doa Zaza ;) ]

Overall, tak perlu kita nak cakap kt orang atau kengkwan kita yang kita patut o perlu buat itu dan ini.. cukup sekadar cakap JOM, KITA BUAT SAMA2! :D

Aku juga seorang pendosa, yang kadang-kadang termakan hasutan syaitan dan bukanlah seorang yang baik dan perfect, tapi insyaAllah, aku pun nak jadi makin baik dan baik. Better than yesterday!

Tiada insan berdosa yang tiada masa depan, dan tiada insan suci yang tiada masa silam. Teruslah berdakwah dan mentarbiyah insan sekeliling kita dan yang dekat dengan kita. Moga Allah redha. insyaAllah.









Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....