BERTAHANLAH DIRI
"semoga Allah meredhainya...."
"Ezan,Ajim tu elok masuk asrama ke?"tanya mama masa aku tengah drive kt Klang.
Aku terdiam. Masuk asrama. Dulu benda ni macam tradisi dalam adik-beradik aku kalau dah masuk sekolah menengah. Mungkin sebab adik-beradik aku ramai, jadi perasaan nak keluar dari rumah yang menyesakkan dengan jeritan2 dan gaduhan budak2 kecik semakin membuak-buak. Apatah lagi sindirin dari abang2 yg menggelarku 'anak manja' sbb x masuk asrama sampai tingkatan 3, menjadikan aku berusaha nak masuk sekolah MRSM/SBP. Mujur dulu aku dapat masuk INTEGOMB time aku tingkatan 4. Maruah aku terbela.
Tahun demi tahun, sorang-sorang pas masuk SBP/MRSM/TEKNIK, masuk lak POLI/UNI. Dan tinggallah Ajim untuk menyempurna dan menamatkan legasi budak asrama dalam keluarga aku ni. Seakan satu kepelikan dalam adik-beradik aku kalau dia tak masuk.
Tapi,macam mana dengan mama?
Aku berfikir dalam. Menyuruh Ajim masuk ke asrama ibarat mengambil keputusan untuk meninggalkan mama keseorangan di rumah, apatah lagi abah selalu outstation dan jarang ke rumah.
"Tak payah la dia masuk mama...Kawan2 dia pun ramai kat sini, kalau masuk asrama, takut nanti dia tak berkawan dengan orang kat sini" aku memberi alasan.
Sejujurnya, ini bukanlah alasan dari hati aku. Sebenarnya aku nak cakap yang aku kesian kalau mama sorang2 kt rumah. Sape nak temankan mama kat rumah? temankan tengok tv malam2? temankan mama makan? sape nak berbual dengan mama? nak temankan mama jalan2?
Aku? Hujung minggu mungkin boleh, tapi macam mana dengan hari lain?
"Hari tu ada jiran bawah tuduh Ajim dan kawan2 dia hisap rokok sebab dia jumpa rokok kat tempat dorang lepak. Mama percaya dia dan kawan2 dia tak buat...Kamu pun kenal dia..Dia tu benci rokok. Tapi, bila jadi macam ni, mama tak suka bila jiran2 fitnah macam tu. Baik dia masuk asrama.." luah hati mama.
Aku membisu.
"Jadi, kamu rasa Ajim patut ke tak masuk ke asrama?" mama bertanya sekali lagi.
Selepas 6 adik-beradik aku masuk asrama, dan tinggal yang terakhir, baru mama nak tanya soalan ni.... Soalan yang sewajarnya ditanya pada abang aku yang pertama lagi. Aku seperti dapat merasa kerisauan mama andai Ajim tiada di rumah untuk menemaninya lagi. Hati mama keberatan dan tidak merelakan, namun mungkin kerana tradisi keluarga dan kebaikan maruah Ajim dan keluarga aku, keputusan masuk asrama adalah tepat.
"Mama, kalau nak Ajim masuk asrama, masukkan dia kat sekolah dekat2 dengan rumah. Nanti kakak cuba cari tempat praktikal dekat dengan rumah" kataku pada mama.
Dalam hati aku menangis. Bertahanlah wahai diri. Malam hari itu, aku tidur di tepi mama. Dulu aku tak dapat nak tidur tepi mama sebab adik-adik aku sume nak manja dengan mak aku, sume nak tidur peluk mama. Aku letak tangan aku atas tangan mama. Mama dah dibuai mimpi,dan aku masih dibuai perasaan. Sayu.
Mama, walau kakak bukan anak yang terbaik,tapi kakak takkan biarkan mama tinggal sorang-sorang dalam rumah.

muslimah mukminah, puteri solehah.
ReplyDeletepray the best for ur family! =)
ReplyDeletebtw,akak dah changed link blog tau
http://maziahmukhtar.wordpress.com/