UKHUWAH SINERGI (^_^)
"semoga Allah meredhainya...."
"Salam..ezan
dah cuti.. Bila nak jumpa??He..next week dah start keje la.." mesejku
hantar pada sabahat lama yang jauh di mata tapi dekat di hati.
"Kita jumpa
hari ni gak nak tak?" tanyanya seakan tidak sabar.
Aku tersenyum
sendirian.
Aku ke MidValley di
Kuala Lumpur. Bukan untuk bergelandangan, ronggeng atau membuang masa, tapi
untuk bertemu dengan buah hati kesayangan jantung yang tinggal bersama
semasa tingkatan 4&5 di INTEGOMB di
dorm Makmur 1. Siti Zulaikha bt Sai'an, atau lebih sweet dipanggil Ika. Ika
sedang bercuti semester sepertiku juga tapi dia akan menghabiskan cuti tidak
lama lagi dan pulang ke Mesir.
Boleh kata hampir 3
tahun kami sudah lama tidak bersama-sama untuk keluar seperti ini. Kali
terakhir kami bersua jika tidak silap aku semasa aku menghantarnya di KLIA,
atau semasa iftar Excel9 semasa tahun 2010. Susah senang semasa kami sekolah
INTEGOMB dahulu banyak dikongsi bersama. Ika lah tempat aku menceritakan
masalah, berkongsi suka dan duka. Sikapnya yang lembut dan penyayang
menyebabkan sesiapa sahaja suka untuk berkawan dengannya.
Masa yang ada diisi
bersama dengan perkara2 dan ingatan2 yang bermanfaat. Tidak berasa kekok untuk
berkongsi perkara2 terutama yang berkaitan dengan da'wa sementelah kami berdua
memang tidak janggal dipanggil dai'e. Setelah makan tengah hari di restoren Chicken
Rice Shop, kami ke MPH untuk mencari buku2 da'wa atau buku yang boleh mengisi
jiwa.
"Buku novel
Sinergi oleh Hilal Asyraf best tak?" tanyaku pada Ika. Buku ini agak
popular suatu masa dahulu dalam kalangan rakan-rakanku terutama yang islamik
tapi waktu itu aku tidak berminat dengan buku-buku novel terutama yang berbaur
islamik. Sorry.
"BEST!!"
Ika separuh menjerit.
"Tak rugi beli.
Best la jugak, aku dah pernah baca" sambung Ika lagi.
"OK."
kataku pendek dan terus mengambil buku tersebut menambahkan bilangan buku di
tangan yang ingin dibeli.
"Eh,aku tak
paksa ko beli taw. Aku cadangkan je.." tanya Ika rasa bersalah bila
melihat buku di tangan untukku beli bertambah, bermaksud duit yang akan
dikeluarkan juga akan bertambah.
"Jangan risau,
buku tak basi." jawabku melawak walaupun mungkin tak menjawab persoalan di
hatinya tapi aku harap wajahku sudah cukup menutup kerisauan di jiwanya.
*********************************************************
Sebelum berpisah,
kami berpelukan. Kami berpisah di depan pintu masuk KTM di MidValley sebab kami
akan melalui platform yang berbeza.
"Ezan!!! Thanx
banyak2 tau harini. Semoga ukhuwah kerana Allah ini akan terpelihara selama-lamanya." kata
Ika dalam pelukan.
"Itu lah,time
skolah dulu ukhuwah kita mungkin kerana study dan pengawas, atau juga kerana
satu dorm dan satu tingkatan..bukan kerana Allah, nasib baik sekarang dua2 dah
diketuk tarbiyah, dapatlah betulkan niat."kataku mengimbau nostalgia dulu.
Kami ketawa.
********************************************************
Dalam sehari
setengah sahaja, novel Sinergi yang
direkemenkan oleh Ika habis aku baca. Alhamdulillah. insyaAllah, aku berharap
ukhuwah keranaNya dapat dilestarikan lagi pada masa akan datang tanpa mengira
umur,jemaah,bangsa, dan tempat.
Aku kebosanan
selepas menghabiskan novel tersebut.
"Mama,jom
joging!" aku mengajak mama untuk beriadah.
"Mama tak
boleh, esok pagi la..Hari ni mama puasa.." mama tersenyum sumbing. Alasan
untuk 'mengelak' agak kukuh.
Otakku ligat
berfikir aktiviti yang bermanfaat boleh aku lakukan.
Ziarah kubur arwah
abang Edal.Idea tiba-tiba terpacul dari kotak fikiran.
"Mama,kakak gi
kubur.." jawabku pendek sambil tangan mengambil kunci kereta dan
membawa dompet, hp dan Al-Quran.
Selepas menziarahi
kubur arwah abang, aku pulang ke rumah. Dalam kereta semasa perjalanan pulang,
ingatan aku teringat pada isi novel Sinergi yang aku baca, terus aku
terbayangkan wajah akhwat2 di UTP. Rindu.
Aku teringat pada
akhwat yang berada di Puncak Alam. Rindu juga untuk bertemu mereka.
"Nantilah mesej
Yanti untuk keluar atau ziarah dia." kataku dalam hati. Yanti adalah salah
seorang akhwat yang rapat denganku. Mungkin kerana umur kami sebaya dan kami
sering berkonsi cerita terutama hal dakwah bersama-sama suatu ketika dahulu menjadikan
kami rapat dan dia juga antara akhwat yang aku mudah mesra dan menceritakan
perihal kehidupan terutama berkaitan da'wa. Yanti, persis Ika, fikirku.
Keretaku meluncur
laju melalui stesen bus di Fasa 3. Mataku melirik pada seorang perempuan yang
sedang duduk di bangku stesen itu sambil membaca bahan bacaan seakan-akan
Al-Quran. Ingatanku terus
teringat pada akhwat. Akhwat juga sering buat seperti itu. Masa yang ada tidak
dibazirkan dan digunakan sebaiknya seperti membaca Al-Quran.
Aku memandang wajah
insan yang duduk di stesen bus itu.
Kereta yang melepasi
stesen bus itu diberhentikan ke kiri dan berpatah balik. Jiwa kegirangan.
Signal kekiri diberi dan kereta terus berhenti tepat di hadapan stesen bus
tadi.
"Yanti!!!"aku
menjerit pada insan di stesen bus itu. Rupa-rupanya memang akhwat!
"Ezan!!"
Yanti separuh menjerit. Wajahnya terkejut dan tersenyum lebar.
Allahuakbar.Dia
memakbulkan doaku.
Saat jiwa merinduinya dan ingin memesej insan seorang ini [Yanti], Dia memberiku
peluang untuk bertemu dia tanpa disangka.
Semoga ukhuwah
keranaNya ini akan terus bersemi.
Aku cinta kepadamu
keranaNya.insyaAllah.
ezan jgn lupa akhawat puncak alam yg lagi satu ni ;)
ReplyDeletealhamdulillah, masing2 dah berjalan jauh di bumi Allah ni dan rahmat Allah yg luas dah bukakan jalan bg kita utk bertemu tarbiyah.
mungkin belum terlambat lg ezan utk kita tajdid persahabatan kita kerana apa andai dulu kita xfaham sebenarnya utk apa kita bersahabat. bukan sekadar sekelas atau pengawas.
indahnya berada dalam jalan yg sama, jalan menuju Ilahi! :)
loves fillah...semoga panjang umur kte jumpa lg ye ezan :')
like like ^^ uhibbukifillah
ReplyDeleteafiqahbaharin: fiqah,betul2..ukhuwah kerana Allah pastinya 'luar biasa'.. loves fillah juga. :)
ReplyDeletenoona nabeela: uhibbukifillah gak :)
subhanAllah,sungguh ALlah bg anti perkara yg superb berharga.. lama tak jumpa, rindu.plan nk jumpa, dan2 Allah perkenankan,, hmm :)
ReplyDeletenoverl SINERGI yg best ! asas ukhuwah kita adalah IMAN
ReplyDeleteuntungnya yanti...
ana pun nak jumpa...hehe!