KEMALANGAN CIK M: MESEJ CINTA DARI ALLAH

"semoga Allah meredhainya...."

Minggu lepas, bersamaan hari Sabtu, 30 Jun 2012, semasa aku dan kawan baik aku, Lydia rancak berbual di salah satu restoran di KLCC [Dome], panggilan dari seorang akhwat mengejutkanku. Terus aku keluar dari Dome.

"Ezan, KBF accident..." panggilan putus kerana line tak clear.. "BKX accident..." sambung akhwat tersebut.

"Ha?? akak, tak dengar la.. sapa yang accident? Akhwat yang terlibat ok?" kataku.

"BKX LANGGAR KBF!!!"jerit akhwat dari sana.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" tanyaku terkejut.

"Akak tak tahu..." cemas suara akhwat itu.. "ada insurans tak motor BKX kamu ni?" tanyanya.

"Rasanya ada.. tapi tak tahu la bleh guna ke tak since abang saya [pemilik motor BKX] tu dah meninggal. Nanti saya tanya ayah saya." jawabku panjang lebar.

Panggilan diputuskan dan aku pulang ke Lydia dan berbual kembali cerita2 tadi.

*************************************************


Selepas itu aku tepon bapak aku. Sebab nak minta hantarkan dokumen-dokumen penting motor tu in case diperlukan seperti geran motor dan surat kematian abang aku. Macam biasa, bapak ak membebel, kalah dari mak aku. Risau la tu. Aku senyap je, malas nak balas balik,sampai la satu ketika aku dah penat dengar, aku cakap kt bapak aku,

"Abah, kawan kakak yang naik motor tu sorang pengsan, sorang lagi cedera kat kepala, jahit 3 lapisan lebih kurang 10 cm ! " [bercakap dengan nada 'tolong la faham yang mangsa lagi sakit berbanding motor yang aku bg pinjam tu']

Bapak aku terdiam.. Speechless..

"Kawan kamu tu tak pandai bawa motor ke?" pertanyaan bapak aku yang aku rasa kurang matang untuk aku. Kalau tak pandai, takkan la leh dapat lesen kan?

"Abah, arwah abang dulu, eksiden gak..sampai meninggal lagi.. takkan nak cakap dia tak pandai bawa motor?" tanyaku buat bapak aku terdiam sekali lagi. Bukan bermaksud untuk memburukkan sesiapa, tetapi soal eksiden ni sume, bukan masalah 'tak tahu bawa motor' kalau orang tu dah ada lesen, tp sebab utama, Allah dah tetapkan begitu. Siapa kita untuk menentang takdirNya?

"Arwah abang tu lain... Dia tak minta benda tu jadi macam tu.." jawab ayahku.

"Betul tu abah. Mana ada orang yang sengaja nakkan eksiden.. Kawan kakak tu pun tak nak.. Arwah pun tak nak.. Tapi kalau Allah dah tetapkan ,kita kena akur... Moto kakak tu paling kurang dah leh siap seminggu..Kawan kakak tu, lepas seminggu pun ntah dah baik,ntah belum..." suara aku perlahan minta neutralkan keadaan.

"Macam tu... xpe la.. jaga kawan kamu tu elok2 kat hospital.. Suruh dia minum sup haruan, jangan makan ayam, etc..." kata bapak aku memberi petua2 orang kampung dahulu.

Ok la tu. Bapak aku dah cool, aku senang hati..lalalala~

***********************************************

Bila sampai UTP, aku gi tengok cik M kat bilik housemate aku. Ahad petang, dia dah dibenarkan pulang.

Sedih aku tengok wajahnya selepas kemalangan. Bibir bawahnya pecah di bahagian tengah, kepalanya berbalut, dan bawah mataya lebam.


Selepas aku mendengar jalan cerita dari akhwat2, hati aku tersentuh dan sayu. Antara sebab2 yang menjadikan aku lagi la kesian dan rasa nak jaga cik M ni ialah:

1) Motor arwah abang aku
- Masa mula2 aku dengar kemalangan tu, terus aku teringat kat arwah abang aku. Kemalangan arwah abang aku tu terjadi masa dia nak balik kerja. Motor yang dia bawa memang sebijik macam motor aku, EX5 warna merah, katanya dulu, saja wat sama2 kaler, leh boria dan bawa sesama. Bila motor hadiah dari abang aku ni eksiden, aku berdoa agar pengakhiran cik M ni tak seperti abang aku dulu.

Ada gak member aku cakap, 'mesti ko sedih sebab motor eksiden tu hadiah abang ko..'

Jauh di sudut hati aku, aku tak kisah langsung pasal motor tu walaupun motor tu hadiah abang aku. Sebab motor tu tak penting macam cik M. Motor tu benda mati, dan cik M benda hidup. Aku bleh cari pengganti motor abang aku tu kat mana2 kedai motor andai motor tu musnah, tapi kalau cik M, aku nak cari kat kedai mana?

Bila harta dunia yang dicintai ditarikNya...biarlah ia pergi andai 'harta dakwah' sebagai galang ganti..

Aku berdoa Allah selamatkan cik M dan mudahkan segala urusannya.

keadaan motor aku kt Bengkel Uncle Balan


2)Eksiden perlanggaran seperti eksiden arwah abang
-Masa aku tengok belakang kiri kereta cik U yang kemek sebab kena langgar dengan cik M, aku teringat gak kt arwah abang aku gak. Abang aku eksiden macam ni la jugak dulu, cuma dia bukan langgar belakang kereta, tapi lori yang tetiba emergency break kt tengah highway sebab tayar lori tu pecah. So, bila benda macam tu pun terjadi kat motor abang aku ni, aku rasa 'terkejut' tapi bersyukur kerana cik M selamat. Alhamdulillah.

3)'Mesej cinta' Allah
-Seriuosly, bila aku tengok cik M terlantar kat hospital, aku terus teringat kat abang aku. Entah la, kemalangan ni memang banyak mengingatkan aku padanya. Aku layan cik M macam 'abang' aku.. Aku sedih sebab masa abang aku hidup dulu dan beberapa kali masuk hospital, aku tak dapat nak jaga dia dengan baik dan tunjukkan yang aku ambil berat pasal dia. Mak aku je yang caring pasal dia, sebab dulu aku asyik sibuk dengan study aku yang aku rasa kononnya lagi penting dari dia. Jadi, aku berharap, aku dapat tebus kesalahan aku dulu. Biarlah cik M ni bukan family aku, tapi dia saudara seislam aku.

"Aku berharap, bila aku buat baik ni, Allah akan balas dengan hadirkan insan yang berbuat macam ni kat aku time aku susah nanti" kata-kata rakan baikku time sekolah dulu terngiang-ngiang di telinga.

What goes around comes around. Aku berdoa pada Allah,jika ditakdirkan Allah, andai aku atau adik-beradik aku kemalangan dan seperti nasib cik M, akan ada insan yang baik menjaga dengan penuh kasih sayang dan cinta. Akan ada hamba Allah yang menjaga seperti aku menjaga cik M, atau lebih baik lagi jagaannya. Allah itu Maha Berkuasa terhadap hamba2Nya.

Namun yang penting, apa sahaja yang kita berbuat, hati perlu sentiasa ikhlas dan hanya Allah saja tempat kita meminta imbalan.


"katakanlah, 'Aku hendak meningatkan kepadamu satu hal saja, iaitu kamu mencari kebenaran kerana Allah [dengan ikhlas]..." [34:46]


"katakanlah Muhammad, 'imbalan apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Imbalanku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." [34:47] 

Mungkin ini juga mesej dari Allah untuk aku sebarkan cintanya walaupun bukan dengan ahli keluarga. Cinta Allah tak mengenal siapa hambaNya melainkan dia mencari Dia. Rasa cinta yang telah Allah berikan perlu diekspresikan. Cinta itu bukan kata nama, tapi kata kerja. Love is a VERB. Tunjukkan rasa cinta pada seseorang jika kita cinta padanya sebagai lambang cinta kita padaNya juga. Jika tidak tahu, belajar lah. Jika malu, belajarlah juga untuk atasinya.

Kita tak tahu kita dan orang2 yang kita sayang sekeliling kita [family, akhwat,kawan2,et] akan hidup berapa lama lagi. Mungkin esok lusa dah tiba ajalnya. Time tu, macam aku cakap tadi, tak guna kita nak bagitahu kt orang yang meninggal tu yang kita sayang dan cinta dia, kita nak buat 'special' untuk dia kalau dia hidup balik. Macam tu jugak hidup sebagai manusia, bila Dunia dah 'meninggal' dan kita berada di Akhirat, tak guna nak cari Dunia dan minta 'dihidupkan' balik Dunia untuk kita beramal sebanyak2nya dan sebaik2nya. 


Jadi, ayuh kita sebarkan cinta kepada orang2 terdekat kita selagi kita diberi peluang olehNya.. cinta yang diberi takkan pernah berkurang bahkan makin bertambah-tambah.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

sama2 doakan cik M cepat sembuh


NOTA KAKI:
Prinsip aku, aku takkan mendirikan rumah tangga, andai cinta kepada family, akhwat2 dan kawan2 baik aku masih belum disebarluaskan. Kalau dengan roommate atau housemate pun tak berjaya diekspresikan cintanya, bagaimana bila ada pasangan hidup kelak? 

Aku pernah berazam yang aku akan make sure mak aku dan family aku especially adik perempuan aku kenal dengan semua akhwat dan member baik aku[kalau tak semua, min 50 orang], sebelum ada 'lelaki'  kenal dengan mak aku. LOL~


Doakan cik M cepat sembuh.

Comments

  1. prinsip tu insya-Allah boleh direalisasikan XD hoho , btw . . krm salam rndu pd cik M <3

    ReplyDelete
  2. haha..terima kasih aunty cun melecun...doakan cik M cepat sembuh..nnti tumpang bilik aunty ye kalau cik M leh kuar spital .. =P

    ReplyDelete
  3. salam kak..Y_Y..sedih sgt :( smpaikan salam rindu n ucapan syafakillah sy pada cik M ye..baru je beberapa hari sblm insiden ni brlaku, sy chat dgn dia d fb,huhuu..semoga ALLAH sembuhkan dia dgn segera..dn insha Allah smoga dgn kejadian spt ini mmbuatkan ukhuwwah dn dkwah kita smkn mantap demi cintaNya..amin..jazakillah kak atas post ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....