APA KAITAN IKHLAS DENGAN SURAH AL-IKHLAS???

"semoga Allah meredhainya...."

"Ikhlas ialah seperti surah Al-Ikhlas, di mana tiada perkataan "ikhlas" pun di dalam surah tersebut"

Kata-kata kat atas aku kopipes dari status g-talk seorang akhwat [saudara perempuan] bernama Haslina yang belajar di UKM, Bangi. Ceh,macam promote member lak.

Tapi, siyesly, quotation status ni sangat awesome dan menusuk ke hati dan lubuk sanubari aku. Bagaimana pula dengan korang?

IKHLAS

Aku rasa perkataan ni memang dah biasa dah orang dengar, dah biasa ditaujihkan dan dah biasa ditekankan. Tapi, nak berbuat ikhlas ni, ya Allah...hanya Dia sahaja yang tahu.

"Bukanlah aku cakap aku tak ikhlas, tapi dia..."

"Aku tahu kalau aku cite nnti, ko cakap macam aku tak ikhlas, tapi ..."

"Aku ikhlas kot..."

Dialog klise yang biasa didengari kt gegendang telinga kita semua terutama bila kebaikan yang dilakukan tidak dihargai atau dibalas dengan keburukan. Ibarat air Vico dibalas air longkang. Cis.


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ




Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar." (Al Bayyinah:5)


Sudah terlalu banyak Allah katakan dalam Al-Quran tentang ikhlas ni. Sumpah, banyak giler sampai tak terkira! Seperti ayat di atas. Sila baca maksud BM&BI nya, telan, hadam sehingga lumat, jangan keluarkan tapi amalkan. insyaAllah, berkesan.

Jadi, bila banyak perkataan ikhlas dalam Al-Quran, maksudnya, Allah nak bagitahu yang ikhlas tu sangat sangat sangat penting, important, crucial, necessary dan lain2 perkataan yang seertinya.

Pernah dikatakan kepada Sahl "Perkara yang paling sulit bagi jiwa manusia?" 
Dia berkata, " Yang paling berat ialah ikhlas disebabkan jiwa sendiri tidak mempunyai bahagian dalamnya"

Nampak, betapa susahnya benda "simple" ni.. -_-''

Dalam buku "Sebening Mata Air" juga mengatakan ikhlas adalah urusan antara Allah dengan kita. Malaikat pun tidak mengetahui untuk mencatatnya dan syaitan juga tidak mengetahuinya untuk merosakkannya! SubhanAllah, betapa agung dan mulianya ikhlas itu sehingga tiada perantaraan rasa itu antara kita dan Dia.

JADI, MACAM MANA NAK IKHLAS??

Jadi, untuk ikhlas, kita memerlukan beberapa latihan. 

LATIHAN?

Ya, latihan. Latihan hati.

Sedangkan permata memerlukan 'latihan' yang kipas-susah-mati untuk dapatkan bentuk yang cantik-giler-babeng, inikan pula hati yang kita nak bentuk menjadi sesuatu yang lebih bernilai dari permata, bahkan bukan  sahaja cantik dan osem di hadapan mata manusia, tapi di kaca mata Allah yang paling utama.

Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy Syu'ab "Barangsiapa yang merealisasikan 4 sifat ini, insyaAllah, dia akan menjadi orang yang ikhlas dalam amalannya."

1. Jujur
2. Ingat akan karunia Allah
3. Lemah-lembut dan tidak tergesa-gesa
4. Takut tidak diterima amalannya.

Jadi, jom kita amik kertas kosong dan tulis 4 sifat ini, tampal di tempat yang mudah dilihat, sematkan dalam hati dan minda kita agar perbuatan yang kita lakukan itu mencukupi 4 syarat ini. Tentunya, pasti ada syarat2 lain yang perlu dipatuhi untuk mencapai rasa ikhlas ini, dan 4 sifat ini sekadar cebisan perkongsian sahaja.

PENUTUP: APA KAITAN DENGAN SURAH AL-IKHLAS?

Maksud surah Al-Ikhlas,

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.
4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.

Faham tak maksud surah ini? Adakah korang semua dah hafal maksudnya? Jika belum, elok la hafal kerana tidak berguna baca surah ini dalam setiap kali/banyak kali dalam rakaat solat seharian, tapi malangnya, tidak mengerti! Aduh, sadis sekali!

Artikel ni aku kopipes dan edit dari link ni :  TAZKIRAH AL-IKHLAS [klik, jgn tak klik]

"Al-Ikhlas bermakna pembebasan, mencangkupi makna pembebasan daripada sebarang bentuk kesyirikan dan keselamatan daripada api neraka. Ia juga dinamakan surah wilayah (kewalian) kerana sesiapa yang membacanya akan benar-benar mengenal Allah serta sebagai surah asas kerana tauhid merupakan asas kepada agama.

Sebagaimana yang masyhur didalam riwayat hadis bahawa Rasulullah saw meletakan taraf surah Al-Ikhlas menyamai satu pertiga Al-Quran. Umat Islam sepatutnya merasai amat bertuah kerana dianugerahkan surah dengan nilai yang sedemikian tinggi walhal ia hanya mengandungi empat ayat sahaja. Melihat kepada ketinggian nilai dan maknanya itu maka tidak hairanlah ada di kalangan sahabat Nabi saw yang membacanya berulang-ulang kali sehingga menghairankan sahabat yang lain kenapa dia berbuat begitu sedangkan pada zahirnya ia kelihatan kecil.

Surah ini mengajak kita mengesakan Allah dalam segenap perkara. Dialah esa dari segi Zatnya. Dialah esa dari segi kuasaNya. Walaupun manusia tidak dapat melihat Allah tetapi manusia dapat mengetahui betapa Allah amat berkuasa melalui akal dan pengamatannya terhadap segala yang disekeliling.

Semoga pengajaran daripada surah Al-Ikhlas ini akan menyedarkan kita akan kepentingan pengukuhan akidah dan memberi kesan kepada kelonglaian iman agar ia benar-benar menjadi kuat, mampu menghadapi kemelut kehidupan yang mampu menghakis keutuhan iman. (petikan dari artikel Zaharudin Nawi utk Exim Bank) "


Renungi dan tanya pada hati adakah kita sudah benar2 menguasai dan memahami surah simple ini. Jika ya, tahniah dan teruskan ke surah2 yang lain. Jika belum, ayuh kita tadabbur kalamullah ini terutama di bulan yang penuh barokah ini.

Moga kita akan terus-menerus mengikhlaskan niat dan amalan kita di dunia ini sebelum kita bertemuNya di akhirat sana. Mudah-mudahan.

Ikhlaslah dalam kehidupan
Jika kelapangan, leh layan video terbaru Mathlutfi berkaitan IKHLAS ini. insyaALLAH, semoga bermanfaat.





"Ikhlas ialah seperti surah Al-Ikhlas, di mana tiada perkataan "ikhlas" pun di dalam surah tersebut"










Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....