ANDAI AKU KELUAR...

"semoga Allah meredhainya...."

27 Mei 2010, semasa aku dan rakanku Pika [bukan nama sebenar] menelaah pelajaran bersama-sama, Pika tiba-tiba bersuara.

"Ezan, Pika nak share satu benda dengan Ezan masa dapat kt masjid pengisian lepas Maghrib semalam." kata Pika kepadaku yang sedang membelek-belek buku teks Physics.

"Apa dia?" jawabku pendek. Mata mengilas ke arah Pika sekejap sebelum mencari-cari muka surat latihan Physics di tangan.

"Pernah dengar hadith hak2 orang Islam terhadap Islam lain? Pernah tak? Pernah tak?" tanyanya berulang kali ala-ala gedik.

"Pernah! Pernah! Pernah! .. Tapi dah lupa la..." jawabku kegedikan juga.

"Bagus2..meh nak oyak...Hak orang Islam terhadap orang Islam itu ada 6 perkara..
1. Apabila bertemu ucapkanlah salam
2. Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan
3. Apabila dia meminta nasihat, hendaklah diberi nasihat
4. Apabila dia bersia dgn memuji kepada Allah, hendaklah memohon rahmat buatnya
5 Apabila dia sakit hendaklah ziarahi
6 Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahNya ke kubur

Nanti Pika tulis ni besar kat pintu..Leh kita hafal sesama. " kata Pika panjang lebar.

Aku hanya mampu tersenyum mendengar sharingnya dan melihat telatahnya. Kadang-kadang, Pika seperti budak2 yang tak matang lagaknya.

"Ezan, kalau Pika meninggal, Ezan datang tak? tanya Pika tetiba.

Aku kaget. Buku physics di tangan ditolak ke hadapan.

"Kenapa tanya soklan macam tu?" aku mengangkat kening kehairanan.

"Ezan.....sebenarnya...Pika dah tak join halaqah...." kenyataan Pika buat aku terkejut. Tersentap jiwa dan raga. Tiba-tiba sahaja perkara itu terpacul dari mulutnya.

Aku diam seribu bahasa. Mencari kekuatan untuk berkata-kata.

"Tak pe la kalau macam tu.. Tapi Pika kena berusaha mencari jalan untuk dekat pada Allah.. Tak kisah la join apa2 pun, selagi tak melanggar AQ dan Hadith, insyaAllah, tak sesat.."kataku ringkas.

"Ezan...Ezan nak datang ke kalau Pika kahwin?..kalau Pika meninggal.?.selepas Pika dah keluar halaqah?" soalan serius keluar dari mulutnya.

Matanya memandang mataku meminta jawapan yang jujur dari hati.

"Pika, ukhuwah kita ni bukan atas jemaah tapi kerana Allah... Macam yg Pika share tadi, antara hak orang Islam terhadap Islam lain, apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan dan apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahNya ke kubur. Jadi, mestilah Ezan datang melainkan Pika dah murtad [Nauzubillahminzalik..].." jawabku panjang lebar.


"Andai aku keluar dari jalan ini, bajailah ukhuwah ini dengan cinta padaNya..doakan agar kita bertemu di syurgaNy a..insyaAllah.."

Petikan di atas sticky note yang dilekatkan atas coklat diberikan Pika padaku di stesen bas Taman Maju sebelum dia bertolak ke kampung halaman pada hujung minggu tersebut aku amati dalam-dalam.

Andai aku keluar..ukhuwah itu tetap sama.. selagi kita masih bersama di bawah agamaNya..

Comments

  1. ezzan.. moga anti terus kuat...

    ReplyDelete
  2. betul3. tetap sama. hehe. I.A

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam ezansahizzah..
    tahniah terjemahan al-quran ENGLISH ini menjadi milik anda.

    sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

    tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

    assalamualaikum.semoga dimanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....