MEREKA BERDUA

"semoga Allah meredhainya...."

Smalam lepas solat maghrib kt masjid UTP, aku tatap muka dua anak usrah aku yang amat aku rapat. Fatin dan Raihan. Rasa sedih dan pilu sebab tak lama lagi aku akan meninggalkan bumi UTP dan juga mereka berdua. Sudah 3 tahun kami bersama, walaupun pelbagai dugaan dan aksi hilang-menghilang berlaku di pertengahan hubungan kerana Allah ini.

'Apa sumbangan yang kamu rasa kamu boleh berikan utk menunjukkan tanda syukur kamu pada Allah kerana masih diberi tarbiyah sehingga hari ini?'aku tanya mereka berdua.

'Saya rasa nak ada anak usrah. saya nak bawa usrah, nak share apa yang saya dapat dengan dorang sebelum saya graduate UTP' jawab Fatin tenang.

Aku menangis dalam hati. Sebak dan gembira. Seperti seorang ibu yang mendengar khabar gembira bahawa dia bakal menimang cucu tidak lama lagi. Ya Allah...

Aku koreksi diri aku sendiri. insyaAllah, Januari depan bakal menamatkan ijazah di UTP jika diberi keizinanya. Banyak benda terjadi dan tiada apa perlu disesalkan. Kata pada diri 'Dia sentiasa ada lebih dekat dari urat nadi'.

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....