LUDAH DAN JILAT

"semoga Allah meredhainya...."

Terkesan dengan kata2 status dlm fb dari seorang ikhwah

"jika kamu tidak bersama mereka, kamu tidak akan bersama yang lain.. jika mereka tidak bersama kamu, mereka akan bersama yang lain.."

sebuah pesanan daripada asy-syahid Imam Hasan al-Banna khas kepada mereka yang telah dan sedang mengenali jalan tarbiah..

Ramadhan kali ini aku melihat beberapa peristiwa mereka-mereka yang pernah diingatkan bahawa,

"hidup antum tidak akan jadi lebih baik jika antum tinggalkan tarbiah.."

mereka malah membuat keputusan sendiri berbanding taat kepada keputusan syuro..

cukup 6 bulan.. cukup 2 tahun.. mula menangis sambil melagukan kerinduan..

ah.. macam-macam..

ikhwah akhwat fillah..

bersama dengan tarbiah bukan macam pakai helmet..

bila rasa tak selesa, cabut, buang.. ambil yang lain..

bila dah ambil yang lain, tak selesa juga, cabut, buang, nak ambil balik yang pertama..

kalau dah pakai helmet kedua tu, boleh tak jangan buat kesilapan yang sama! Pakai je lah! tak selesa? sejak bila tarbiah ni menjaminkan keselesaan?!

"erm,. habis tu, takkan tak ada peluang nak join balik tarbiah?"

"ada.. cari dengan jemaah lain.. rahmat kat Malaysia ni kita ada berpuluh jemaah tarbiah yang nak rekrut orang.. pilih satu.. follow all the rules and regulation dan jangan cabut lagi.. clear?"

pesan murobbi, "kalau dah ludah, jangan jilat balik.."


The last word, "kalau dah ludah, jangan jilat balik...'

Harsh dan boleh buat menimbulkan persoalan. Mungkin lain orang, lain pendapat, lain masalah dan lain penyelesaian.

Aku pernah dibesarkan dalam jemaah yang aku sendiri menanamkan dalam diri bahawa ukhuwwah itu bukanlah sesuatu yg penting berbanding perintah jihad dari Allah untuk berdakwah kepada manusia.

Aku ditanamkn dalam pemikiranku bahawa segala keputusan syuro perlu dipatuhi dan keinginan peribadi perlu diketepi sehingga aku menjadi seorang yang tegas, dan choleric, malah kadang2 tanpa belas kasihan kepada diri sendiri, akhwat dan orang sekelilingku.

Akhirnya aku menjerat diri.

Makan diri. Makan hati.

Orang2 yang aku sayang, keluarga, dan sahabat melarikan diri.

"Owh, pergi kenduri kawin akhwat boleh pulak, kenapa kenduri kezen tak dapat pergi? Sebab kezen kamu bukan akhwat? Sebab kami bukan ahli jemaah kamu? Program pergi setiap minggu, takkan balik rumah sebulan sekali pun tak mampu? Ini yang kamu belajar dalam usrah? " satu persoalan tamparan padu dari mama suatu ketika dahulu.

Membuatkan aku muhasabah.

Membuatkan aku menangis dalam diri.

Mereka yg secara zahirnya rapat dan hormat pada aku, tapi sebenarnya kecewa dan menjauh dari aku.

______________________________________________________

Teringat pada kisah Kaab bin Malik. Dia futur sebab tak pergi perang sehingga Allah lakarkan dalam surah at-Taubah. Dia dihukum, dia ditinggalkan.

Dia perlu menghadapinya sebab dia yang memilih.

Dia menangis? Dia rindu Rasulullah dan para sahabat?

Sudah tentu. Sangat.

Selepas kehidupannya dikelilingi para sahabat dan Rasulullah, tapi sebab satu tindakannya. maka dihukum sebegitu hebat.

Kaab b Malik persis mereka yang futur di jalan dakwah. Yang meninggalkan dakwah kerana habuan dunia, kerana merasakan ada perkara lebih penting dari jihad.

Sehingga dia tersedar, menangis dan menyesal.

Dipulaukan.

Dan Allah yang maha pengampun dan penyayang, menerima taubatnya.

Dan Kaab diterima mereka, dipeluk dan dicium oleh insan2 yang dikenali dan disayangi dalam jalan dakwah ini.

Kaab merasakan seperti dilahirkan semula.
Itulah saat yang dia impikan, yang dia rindukan dan dambakan.

Alangkah sedihnya sirah dan cerita ini
Andai Rasulullah berkata kepada Kaab
"kalau dah ludah, jangan jilat balik.."

Hanya pandangan peribadi yang sering aku ingatkan pada diri,

Jangan kita adili dan hakimi seseorang itu sewenang-wenangnya dan secara zahirnya,
kerana kita tak tahu lagi apa yang akan kita lakukan tatkala diuji seperti mereka.

Aku pernah sedih dan menangis.
Aku pernah lari dan menyembunyikan diri
Sebab beban dakwah yang tak seberapa ini tapi dirasakan berat

Dan kini aku cuba memahami dan merasai
Apabila cinta dan ukhuwah bersemi keranaNya
insyaAllah aku cuba seimbangkan diri di jln ini
Bukan sekadar bersama mereka, tapi juga bersama insan yang lain di luar sana.

Cetusan hati sblum kelas EnP (Exploration & Production) Opportunity Evaluation.

p/s: aku tak ludah, aku cuma futur dan lari. alangkah hinanya andai disamakan jalan dakwah ini dengan ludah sendiri.

Kerana kita manusia, yang selalu alpa dan buat dosa.

Comments

  1. aku bukan nak komen banyak, just nak cakap... resepi telur dadar mudah je. pecahkan telur dan kacau sehingga sebati atau berbuih dalam mangkuk. potong bawang nipis2, nak pedas sikit masukkan hirisan cili padi dan gaulkan bersama-sama telur tadi. bubuh sedikit garam. kemudian, panaskan kuali, bubuh sedikit minyak, dan simbah rata telur tadi ke atas kuali. siap. telur dadar akan terhasil cantik kalau kita ada common sense dan pandai seimbangkan bahan2 tadi, sama macam gerak kerja kita dalam jalan dakwah. bye. oh ye maaf sbb berkongsi resepi pula =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....