READY TO GET MARRIED

"semoga Allah meredhainya...."

Epic giler gmbr ni aku cari dlm google. LOL


Kahwin.

Aku taip ini sebab kemungkinan besar, aku akan berkahwin (tak tahu bila sbb tgh cari En Suami.Eh, silap. Tengah buat persiapan menjadi Pn Isteri. LOL), dan post ini adalah untuk peringatan aku dan mungkin dalam beberapa tahun aku akan buka untuk baca. Eheh.

Okey, aku rasa aku takde lah layak sangat untuk bercerita tentang majlis perkahwinan sebab empunya diri pun belum menghadapi hari yang bermakna ini. Cuma, tetiba rasa nak berkongsi tentang majlis ini asbab diri sentiasa menjadi orang disebalik tabir utk majlis gilang-gemilang ini.



Benda ni aku kopipes dari Internet, dan aku elaborate ikut kepala aku sendiri.

PERSEDIAAN RINGKAS PERKAHWINAN

1. Papan Tanda





- Suruh adik beradik tolong buatkan papan tanda ni. Pastu laminate dan tampal kt kayu/mana2 traffic light atau tempat yang bleh dinampak. Kalau nk jimat, pakai kotak recycle yang tak guna.

Make sure siap seminggu sebelum perkahwinan. Kalau boleh, tampal kt tempat yang senang utk orang sesat dan konfius. Sediakan sorang adik beradik atau kawan2 yang bleh jadi 'ranger' utk angkut member/sedara mara kalau dorang sesat ke hape. Time majlis, tgh sume kalut, susah la  kan tetiba tgh2 layan tetamu kena pick up member kat ceruk jalan mana yang kita pun tak sure.

Make sure map kt kad jemputan tu betul. Map kad jemputan abg aku dulu x spesifik sampai org ramai sesat nak dtg dan complain. Dah tu xde plak papan tanda. It would be nice klu ada papan tanda kan?

2. Banner/bunga manggar



It's not compulsory. Kalau ada extra bajet boleh la. Bunga manggar tu aku cadangkan bagi pada budak2 kalau dorang nak bila da petang2 nak abes majlis. Sebab bukan benda tu bleh simpan pun kan, and it's just nak serikan je majlis pengantin tu. Better tangkap gambar awal2 dengan bunga maggar tu dan bila dan petang, bagi pada budak2, mesti dorg gembira. Sebab bila da abes majlis, sesak kepala nak sumbat benda alah ni kat mana. Takkan nak letak kt gate umah plak.


3. Kad Jemputan
Simple mcm ni pun okey!

Make sure kad jemputan siap sebulan sebelum majlis so dat sempat utk edar pada saudara dan kawan2. Better dapatkan yang murah dan biasa2 je. tak payah nk grand2 sgt sbb nnti buang dlm tong sampah gak kad jemputan ni. kalau untuk sedara mara dan rakan yang rapat, bagi la yang cantik2 sket utk persuade dorg dtg, kalau utk org2 jauh, bau2 bacang, sepupu mak ayah yang xkenal, bagi yang photostate pun xpe.haha. xpun, post je kt fb n emel. Jimat n murah.

4. Goddies bag / Cenderahati utk tetamu




Benda ni memang macam wajib dlm perkahwinan. Biasanya dalam beg tu ada gula2, air kotak dan kerepek. Utk makan2 dalam kete on the way balik. Kalau aku, better bagi tetamu benda yang bermanfaat. Macam buku masak ke, buku motivasi ke, utk org dewasa. Untuk kanak2 bagi la gula2 atau buku cerita bebudak. Sebab aku rasa terlalu cliche kalau bagi benda mknn tu. Plus, benda ni biasanya akan terlebih masa majlis perkahwinan dan end up, the last people yg dtg akan dpt more than one goodies bag. Buku2 ni bleh try survey kt kedai buku yang bleh dapat murah, or kalau ada masa, tulis sendiri, and print it out sendiri. Average satu buku dlm RM2, same as the goodies bag yg ada makanan kan? Button badges pun antara yg bleh buat. Sediakan 3 orang utk incharge goodies bag ni so dat ada org agkat kotak goodies bag,utk pikir kalau tak cukup n tolong temankan parents pengantin sambut tetamu kt depan pintu dewan.

Apepun ikut bajet la kan?

5. Jurukamera.

Try to get someone to capture ur D-day. Nak lagi murah suruh adik beradik atau saudara mara. Pilih sorang atau 2 orang khas utk jadi jurukamera. Tangkap gambar sanak saudara n try make a session utk tngkp gmbr ramai2 dgn dorg semua. Dats y lagi senang pilih family members, sebab mesti kenal sanak saudara punya. Untuk gambar2 khas kt dalam bilik, tepi pokok o tepi tasik leh la make another session on another day sebab macam tak best la kan org tgh sibuk2 layan tetamu yg jauh, ko plak kt celah2 pokok tangkap gambar. Eheh.

6. Rumah tumpangan

Okey, dis one is very important utk korg sediakan utk sanak saudara dan juga keluarga pasangan utk datang kalau dorg tu org jauh. Choose someone ahli keluarga or parents korang untuk tolong incharge kan. 2 days before, get the confirmation so dat rumah/bilik yang dibooked tak lebih sebab nanti membazir la plak kan? Dan paling utama, get them BREAKFAST on that day. Taw la tgh gelabah nak kawin, but please, org jauh2 dtg perut dah berbunyi2 dah bila bangun pagi xde makanan. takkan nak tunggu lauk pengantin? Pengsan la jawabnya nnti. Huhuhu.

7. Katering/ Wedding planner




Biasanya ada package utk wedding planner n katering. Survey banyak2 and try dapatkan harga yang paaling murah tapi servis dan lauk pauk disediakan puas hati. Make sure dorang datang tepat pada masanya. Awal pagi. My experience before this, pernah ada catering yang dtg pukul 10pg dan x pasal2 gelabah nak hidangkan makanan pada tetamu yang dtg awal dan juga ahli keluarga yang dtg awal sebab semalamnya tido kt homestay yang berdekatan. Pastu, catering tu plak tak cukup member, ada yang emergency leave la, ada yang cuti beranak la, x pasal some of us (family pengantin) terpaksa tolong.

Make sure jugak makanan utk pengantin dan keluarga disediakan. Pengalaman aku, catering bleh plak excludekan dat thing and some of us bleh plak tak tahu. Bila pengantin tgh bersanding baru perasan kat meja takde makanan dan kalut la nak masukkan dlm pinggan sume. Takkan la time tu nk gaduh dgn catering kan? What u can do is to get the pinggan2 dan gelas2 dan isi makanan utk pengantin dan family menantu. Takkan nak suruh dorg beratur amik makanan dengan tetamu plak kan? Macam tak proper plak.

Tapi kalau perkahwinan tu pakai gotong-royong, jiran2 tolong rewang, family pengantin kalau ada free time tu jenguk2 la dorang n tolong2 dorg kt dapur. Barulah nampak turun padang gitu. Janganlah sebab fikir ni majlis anak dorg, maka ada parents yang tak nk turun potong ayam, potong bawang pada malamnya. At least, people will appreciate sbb sanggup tolong potong2 walaupun mungkin keluarga pengantin tgh pikir bajet utk esok harinya sama ada cukup atau x.

8. Group "FLORA"


Atau senang cite geng2 utk tolong bersihkan dewan pas kenduri la. This is the most important part sbb sgt menguji tenaga.Biasa la, da penat2 pada siangnya layan tetamu, angkat barang itu ini, petang tu confirm ramai dah lunyai dan penat. mungkin gak curi2 tido petang tu. So, bleh upah anak2 sedara yang masih sekolah lagi tu utk tlg kutip smpah, simpan kerusi meja, cabut banner/papan tanda, etc. Bagi la upah dan siap belanja aiskrim skali ke. Baru la best!

So, aku rasa, ini je la persiapan ringkas utk perkahwinan. Tak payah la nak berbelanja mahal utk kahwin sbb keberkatan tu yg penting. Jgn gara2 utk majlis raja sehari, kena tanggung beban pinjam duit loan sepanjang hari. Plan ur weeding, insyaAllah moga diberkati dan diredhai Allah.

Okey, sambung keje geologist plak. Hehehe.


Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....