MR BOS, ABG2 SKEMA DAN KAKAK GILA2

"semoga Allah meredhainya...."

"Awak rasa aku loser giler dalam kelas. Apa yang aku blaja, aku pun tak faham. Time fieldtrip ni aku totally lost!" Aku tahan air mata aku. Aku tak nak nangis depan Gori, classmate aku merangkap groupmate fieldtrip aku.

"Aku faham. Aku dulu pun macam ko, tapi ye la, kita kena teruskan apa yang kita dah lalui." Gori memberi nasihat padaku. First time aku tengok riak muka dia serius. Dia fahami apa yang aku rasai.

Aku tak tahu apa dah jadi pada aku. Aku mencari diri aku. Aku enjoy giler time fieldtrip, memang mungkin sebab fundamental aku tak kuat, aku lost. Aku terpinga-pinga. Aku sedih dan aku jadi bukan diri aku. Pergi tandas, tengok cermin, aku cakap kt diri aku, 'ni bukan Ezan yang aku kenal!'. Sampai aku rasa aku cam orang giler yang keliru identiti bila perasaan minat pada geology semakin menghakis dengan tugasan2 yang boleh buat aku makin blur, lost dan down!

Dan aku pun mencari 'jalan pintas'. Aku rasa cukup la aku amik research/phD, dan jadi lecturer di samping kahwin dan dapat anak. Cukup. Aku malas nk pikir pasal minyak ke, pasal offshore ke, pasal apa2 yang memeningkan kepala aku.

Dan bila Allah takdirkan aku masuk Biostratex ni, sume benda berubah, berpusing 360 darjah.



Tujuan hidup selain menjadi hamba Allah, tujuan hidup sebagai manusia utk 'memakmurkan' dunia ini semakin jelas.

 Aku faham kenapa aku belajar selama ni. Aku faham kenapa dulu lecturer explain berbelit-belit, dan aku dah faham lecture note aku time aku blaja dulu.

Aku sangat bersyukur sebab Allah kurniakan bos yang baik di samping kawan2 yang osem dan rajin membantu.

Bila bos tunjuk dan ajar aku something yang aku dah blaja dan relate or integrate dengan benda lain (related dgn geology) aku rasa mcm "Damn, apsal dulu aku tak tahu n lecturer aku tak ajar??"

Aku rasa mcm nk hantuk kepala aku kt meja. Myb sebab dulu aku rasa lecturer tu just master certain subject, so dia tak nmpk sebenarnya ada relation dgn subject lain.

So far, aku hepi berada kt Biostratex ni. Culture, environment dan kengkawan kt sini sume superb giler.

Mula2 macam frust sket sbb member2 sume laki, so takde pompuan utk aku ckp pasal girl stuff.LOL

Dan aku tahu apa yg berlaku ni adalah yg terbaik dari Allah.

So, sebagai tanda bersyukur dan gembiranya aku sebab dikurniakan oleh orang2 yg osem, maka aku dedicated kan nama dorang dlm blog aku. Macam la dorang baca blog aku. HAHA.

  1. MR BOS, MR MUNIF

Down to earth punya bos. Memang gempak haram dan pengetahuan dia memang tinggi. Kalau dia ajar, seriusly faham dan memang ajar bukan theory je, ada skali dgn application, case study and sharing pengalaman dia keje berpuluh tahun dulu.

Kadang2 bos selamba je join kitorg lunch kt mamak tepi jalan, sambil duduk sit driver tepi aku. Pastu ditemani budak2 laki kt belakang yang sokseksoksek komen cara pemanduan aku.
Mr munif selalu gak cite pasal anak2 dia kt oversea n kitorg pun tak kekok nk share pasal family kitorg. Dah macam member tuuu.. Dan yg lawaknya, kitorg ni punyalah perasan nk bermenantukan sir. Ahaha. Gila tak gila kitorg berani mengaku depan sir.

Sebab benda ni main2, dats y kitorg just make it fun dgn sir.

So far, dia tak pernah marah2 atau garang. He is very very nice person, as bos and as father. Kitorg dah  anggap dia mcm ayah dah… konon2 ayah mertua kitorg. LOLOL.

  1. AIMAN

My senior satu sem yang banyak tolong aku kt sini. Dan dia jugak yg beri semangat kt aku utk intern sini. Kitorg start rapat time kt fieldtrip dulu n still keep in touch utk aku dapatkan lecture note dia. He is very nice person. Dan memang trainee kesayangan sir munif. Dia bleh get along dgn sape2 sbb dia sgt peramah dan baik. Okey, aku takde apa2 affair dgn dia, just as fren.

Aiman ni mulut memang manis, kalau pikat perempuan memang sangkut. Dulu pernah la jugak hampir aku jatuh cinta pada dia ni, tapi dengan iman di hati dan tetiba dia share bakal tunang dia kt Pahang dengan aku. Aku pun mcm erkkkk. So, rejected!

Staff kat sini sume suka Aiman, suka dengan ramah dia. Guard kat sini pun suka sembang dengan dia. Aku rasa kalau binatang, forams, nanno, pally, dan tumbuh-tumbuhan yang ada kt sini ni pun leh bercakap, mesti dia pun cakap dia suka Aiman!


  1. RAFFIQ

Abang paling tua antara aku dan Aiman. Dia praktikal sekejap kt Biostratex dan antara abang yang agak osem kat sini. Dia tak pernah marah-marah atau buat aku sakit hati. Sentiasa cool dan menjadi pendamai antara kitorg. Pernah dulu aku tacing dengan Hisyam sebab dia cakap budak intern x sama standard dengan dia dan bengang dengan Aiman pasal Hussin yg sebarkan fitnah pasal aku dan Aiman. Raffiq merangkap abang paling tua antara kitorg ni la yang nasihat aku dan jadi orang tengah untuk mendamaikan kitorg.

Masa dia balik Perancis, kitorg sume sedih sebab da hilang dah abang skema yang paling disayangi dan penghubung kitorg bila kitorg gaduh2. Huhu. Bertambah sedih bila dia balik Malaysia dan bertambah sibuk dengan kerja dia sampai tak sempat nak contact kitorg. Puihh, bajet tacing. HAHA. Memang pun.

Apepun, dia paling down to earth antara abng2 kat sini. Walaupun aku tahu dia power gila geology, sampai Bos Mr Munif iktiraf kerja Master dia macam PhD, dia rendah diri. Dia takde la menunjuk-nunjuk kepoweran dia tu, apatah lagi mendabik dada sambil ckp budak Master x de standard dengan budak degree. Cisss, memang kena perang dengan aku la. HAHA.

  1. Kak Yana.

Kak yana adalah kakak yang paling aku sayang kat sini. Masa dia mula-mula masuk sini, aku rasa Allah makbulkan doa aku utk kurniakan teman perempuan kat Biostrex ni. Alhamdulillah. Banyak benda kita gelakkan, kita share, kita gosip dan umpatkan. Erk??? Insaf.

Aku sampai pernah demam, sebab tak jumpa dan gelak dia sehari. Lol, mungkin hormone aku tak stabil menjalani hidup seharian tanpa dia di sisi. Chewwah. Walaupun ada kak wani, kak bit baru masuk, menambahkan kemeriahan kaum wanita di sini, aku dan kak yana tetap gelak mcm dulu. Cuma mungkin sekarang dah berkurang sikit sebab masing-masing makin sibuk dengan projek masing2. So kadang2 tak sempat nak cite dan share cite2 mcm mula2 dulu. Gelak pun dah tak kuat dan se-all out mcm dulu yg abang Zainey akan complain sbb bising sgt. Mungkin dengan hadirnya ramai perempuan ,Allah nak didik aku untuk lebih behave dan fokus pada kerja serta kurangkan gelak. Eventhough, aku jujur katakan aku rindu macam dulu2 dengan kak yana, but still I'll try my best to seize every single day with her and also with the rest of the staff at Biostratex.

Aku dah pernah kehilangan abang2 paling best, so aku pun perlu bersedia utk merasai detik 'kehilangan' kakak paling best kat sini.

Allah tahu apa yang terbaik utk aku dan utk orang lain kat sini.

Banyak lagi cerita nak sembang kt sini tapi kena fokus pada Intern Project.

May Allah bless and guide us to His path. Ameen.


Love all the awesome people here. Sir Munif, Encik Jalil, Aiman, Raffiq, Kak Yana, Hadi, Kak Wani, Kak Bit, Kak Sarah, Abg Helmi, Abg Zainey dan Hisyam.

Thanx sebab jadi sebahagian insan yang mencorak kehidupan aku di sini.

Comments

  1. ayu liyana raudhah nasuhaMay 9, 2014 at 10:01 AM

    rindu.. *hugs*

    p/s: nnt nk tiru assignment en.munep bg tu. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....