GEOPHYSICS VS PALEONTOLOGY

"semoga Allah meredhainya...."

Dulu time aku masuk UTP ni, aku punyalah masuk sebab parents suruh. Sumpah aku tak pernah terpikir nak masuk universiti engineering ni. Betul, memang ada hikmah aku masuk kat sini, sebab dengan UTP ni la aku kenal tarbiyah dan dakwah selepas diri dibaluti jahiliyah dan dosa. Kat UTP ni aku kenal sket2 pasal sirah, belajar bahasa arab, dakwah fardhiyah bagai, dan erti ukhuwah kerana Allah. Eh, lupa plak, aku pun belajar la gak pasal Petroleum Geosciences.

Sekarang ni dah nak internship, nak final year dan lagi setahun lebih aku nk graduation. Cepat betul masa berlalu. Sejak akhir2 ni, benda yang aku takut sangat nk hadapi, bila aku kena memilih major aku blaja antara geophysics dan paleontology.

Memang serabut aku pikir, memang memenatkan untuk timbang tara semua, tapi bila lama2 aku pikir, awat la aku ni membebankan diri aku, walhal, aku leh je pikir, ni hidup aku, sukati la aku nk pilih mana. Tapi tu la, cakap memang la senang, nnti bila tiba masanya, entah2 pape ntah aku ni. Bila ada pengaruh sikit, aku dah goyah. Bila orang buat aku ragu, aku termangu2. Cis. Punya la aku tak berpendirian kuat dalam benda2 macam ni. Alahai!

So, end of this month, aku menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal. Excited and harap Allah mudahkan kt company biostratex ni.

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....