BIOSTRATEX AWESOMEEE GILER!!

"semoga Allah meredhainya...."

Sape2 yg telah google nama company ni dan tetiba jumpa blog aku, tahniah aku ucapkan. HAHA

Sape2 yg dapat placement internship kt sini beribu2 tahniah aku ucapkan! Serius ko takkan menyesal intern kt sini. Apa yg bleh aku ckp, biostratex FTW!

So, kt sini aku nk cite betapa best giler aku intern kt sini. So, sila la jeles dan berbulu dgn cite aku ni. HAHA

So, 23hb Sept 2013 adalah tarikh aku mendaftarkan diri utk intern (praktikal) kt Biostratex (known as Biostrex). Bertolak dalam 7.30 pagi, sampai dalam 8.40pagi. Sepatutnya masuk 8.30pagi. Berpeluh-peluh aku sbb datang lambat. Ni sume sebab jem aka kesesakan lalu lintas yg tak disangka-sangka kt Paya Jaras dan MRR2 dari rumah aku kt Puncak Alam ke company ni.



FUHHHH~ Time aku sampai, bos aka Mr Munif aka supervisor aku pun baru sampai. Selamat aku~ *lap peluh kt dahi*


Pastu, Mr Munif pun bagi aku meja utk aku. Besar giler meja tu, setaraf meja-meja staff lain. Aku pun tak tahu nk penuhkan meja dan laci2 tu dgn apa. Pulak tu, meja aku memang setentang bilik Mr Munif. Memang dia bleh tgk aku buat apa dari bilik dia. So, memang aku tak bleh duduk x buat keje atau berfacebook,berblog dan bertwitter mahupun beryoutube sepanjang masa.  Memang padan muka aku. Tapi bagus la juga, takde la aku melagha buang masa kan?

Pastu, dia tunjukkan lab biostratigraphy (aku panggil lab fossil). Besar giler lab tu macam besar kelas utp. Ada microscope utk fossil, oven, sample2 dari well, dan alat2 yg aku tak tahu nk sebut nama dorg. Best giler lab tu.

Kt lab ni biasa sir akan spend masa tgk sample time aku basuh sample. Aku suka giler time Sir panggil aku.

Sir: Awak nk tengok tak pollen?
Aku: NAK2 (macam budak kecik berlari2 ke arah Sir lepas basuh tgn yg disaluti tanah)
Sir: Nampak tak? (tanya bila mata aku kt microscope)
Aku: Wah, apa nama dia tu Sir?
Sir:  @#%$&^*^** (nama yang panjang, dan aku pun tak mampu utk mengulanginya)

Microscope utk tgk fossil. 


Pastu aku pun kenal dengan staff2 kt situ. Ni list of the name yg aku sempat kenal kt situ. LOL giler siap buat list tu.

Mr Munif (tak perlu diperkenalkan lagi)
Mr Jalil (Geochemist merangkap jiran bilik Mr Munif)
Kak Sara kecik (Geochemist)
Kak Sara tinggi (Geochemist)
Kak Fad (receptionist aka staff network kt Onyx)
Abang Huzaifah (geoscientist kt Onyx)
Abang Ahkam (geologist kt Onyx)
Abang Ridhwan (staff Onyx, dulu technician PE kt UTP)
Kak Dhiya (cleaner company dari Indon)
Abang guard dari Nepal yg aku tak tahu nama

Dan last but not least, 2 orang bestfriends aku kt sini dan membuatkan aku tak tension dan seronok berintern kt sini,

AIMAN (senior kt UTP dan internship trainee dlm geochemist)
RAFFIQ (student Master kt France dan internship trainee dlm Coring/Sedimentologist - actually aku main hentam je, tapi yg aku taw Raffiq ni ari2 duk usap core dalam lab dan menterjemahkannya dlm lukisan statigraphy.)

Okey, enough with the people and facilities yg tip top utk geochemist dan biostatigraphy here.

So, utk post kali ni aku nk cite apa yang aku belajar dalam minggu pertama kt sini. Gila semangat aku nk laporkan dalam blog ni walhal kt worksheet UTP report aku tak buat lagi. HAHA. Xpe, worksheet space yg UTP bagi kecik sgt, aku tak leh tulis sume benda dalam tu.  X macam dlm blog ni, unlimited space.

Since project aku more to biostratigraphy, so post intern aku lebih kepada fossil dan sewaktu dengannya.

Biostratigraphy leh dibahagi kepada 3 class dlm oil&gas industry.

1)foraminifera - can tell u about salinity
2)nanofossil - can tell u about the depositional environment
3)palynology - useful for unconventional gas since it’s related with the spores, plant, botany thingy.

Setiap class ni berbeza utk prepare smple. First week ni aku blaja macam mana nk washing and cleaning the samples utk foraminifera dan nanofossil. Utk palynology aku tak buat lagi.

1)FORAMINIFERA

- Amik sikit sample dari well (utk project aku, aku pakai well dari Sabah)
- Rendamkan dalam larutan Sunlight (pencuci basuh pinggan) utk buang oil based mud yg melekat kt sample.
- Biarkan beberapa hari
- Pastu keringkan sample dan leh buat picking
 *since aku dalam proses rendamkan lagi, so tak further lagi dlm picking process.




2)NANOFOSSIL

  • Amik sikit sample dari well (utk project aku, aku pakai well dari Malay Basin)
  • Rendamkan dalam larutan Sunlight (pencuci basuh pinggan) utk buang oil based mud yg melekat kt sample.
  • Biarkan selama 5 minit, tak bleh lama2 mcm foraminifera takut nanofossil dia terhapus/dissolve.
  • Gaul pakai tangan masukkan air paip utk 'cuci' sample tu sampai hilang sabun dan tinggal residue je.
  • Masukkan dalam oven utk keringkan residue
  • Sieving residue tu dan bleh buat larutan nanofossil
  • Larutan nanofossil tu nnti letak atas slide kaca dan buat slide mcm thin section Cuma batu tu ganti nanofossil solution.
  • Dah siap slide, leh tgk bawah microscope dan selamat mencari nanofossil.

Panaskan sample dalam oven
sample kiri yg cantik tu sir punya, yg kanan mcm parkinson tu aku punya




3)PALYNOLOGY

  • Aku tak buat lagi utk palynology , tapi aku taw yg dia melibatkan a few chemical that need to be handled with care.


So, ni yg aku blaja time first week ni. Tak sabar nk blaja lagi dan lagi. Utk cite 2 bestfriends dan bos aku yg osem kt sini, aku buat satu post nnti. AHAHA.


Time Mr Munif explain kt aku n aiman pasal geological structure kt Selangor. 





Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....