PETROLEUM GEOSCIENCE: 5 THINGS TO PONDER!
"semoga Allah meredhainya...."
- BELAJAR SEPERTI ENGINEERING, TAPI GRADUATE IN TECHNOLOGY
- BACA, BACA DAN BACA
- COURSE SPESIFIC!
- INTERNSHIP N JOB: STRUGGLE N LUCK!
- YOU ARE IN HOT SOUP WHEN THE OIL PRICE GOING DOWN!
Petroleum Geoscience (PGS) atau
belajar geology dan major dalam
petroleum, lebih kurang sama je subjeknya.
Ada yang bertanya
pada aku,
Kebanyakan yang
bertanya memang taw course ni wujud dan dorg taw daripada family atau pak cik mak cik dorang yang
kerja kt Oil and Gas. Kerjaya sebagai geologist memang menjanjikan gaji yang
tinggi. Starting saja dah lebh kurang RM5000. Tu paling rendah la gaji kalau
keje kt local n tak gi offshore semua. Kalau dah lama keje, gaji lebih
RM10,000 tu biasa la. Memang masyuk. Tu aku tak nafikan.
Masa mula2 aku
dapat, aku pun tak tahu ni course pasal apa bila parents aku tnya. Yang aku
tahu aku dpt scholar petronas utk buat course ni kt UTP dan tu je. Takde
sorang pun dalam family aku yang taw prospect kerja ni kelak melainkn dorg
galakkan aku amik je la walaupun time tu aku dapat offer Medic and Biotech kt
oversea. Myb sbb ramai yang pikir lepas
blja kt UTP, dpt kerja Petronas apatah lagi dpt scholar Petronas. Sangkaan
yang meleset sebenarnya.
Bila aku tulis psl
PGS kt dlm blog ni, ramai junior yang tnya n PM aku kt fb utk tnya persoalan2
kat ats tadi. Tapi xde orang yang tanya aku apa cabaran untuk course ni.
So, aku rasa better
aku bagitahu apa cabarannya supaya dapat org2 kt luar sana pikir masak2
sebelum ambil jurusan ni.
Jika di UTP, ada 3
courses je yg technology, PGS, ICT and BIS. Tp yang pelik bin ajaib ialah
structure academic utk PGS lebih prone to engineering. Maksudnya? Course PGS
kt UTP memerlukan anda belajar beberapa subjek mcm engineering terutama subjek
matematik. Ordinary Differention Equation, Calculus, Vector Calculus and
Probability Statisctics antara subjek yang kena amik. Sebab course PGS bila
final year ada Seismic dan basin dan yg blaja matematik ni sume pakai kt
seismic.
Aku amik Basin dan
more to fossil, so mmg tak la aku nk apply matematik tu sume. Tapi nk wat
cmne, kena la blaja dan aku pun bukannya terror math pun. Time aku dapat ODE
dan Vector gred C time final, aku mmg rasa kalau based on logic, aku mesti
gagal utk subjek Probability n Statistic sem depan. Sebb subjek tu mmg susah
giler. Tp alhamdulillah, aku dapat gred C, sujud syukur weyh aku, lulus. Mcm
aku cakap, aku bukan pandai sgt math ni, so bila killer subjek tu still give
me mercy, mmg aku nak nangis gembira. Dan itulah kali terakhir aku pegang buku
math yakni pada tahun ke-2 UTP, dan baki 2 tahun lagi aku focus on Geology je.
So, kalau korang rasa course ni senang sbb takde calculation, mmg tak la.
Course PGS jugak
memerlukan anda RAJIN MEMBACA. Serius. Aku taw memang kena taw process
environment yang berlaku, dan benda ni mmg basic wajib taw. Nama batu yang
mcm2 jenis, bentuk, warna, ciri-ciri, apa yg dia akan jadi after kena heat n
temperature, environment yg related, byk la kena ingat dalam geology ni.
Subjek Sedimentology, Carbonate, Basin, antara benda yang kena banyak baca.
Aku ingat lagi time satu kelas Sedimentology je, lecturer masuk kelas bg
lecture pastu bg RESEARCH PAPER utk revise. Bygkan berapa byk research paper
lepas habis sem n nk exam? Pastu final plak soklan based on research paper
yang tak taw mana satu. Sangat pening, dengan tak faham lagi.
So dulu mmg hafal
membabi buta jela. Jgn tnya aku maksud apa, mmg aku tak faham. In fact,
GEOLOGIST MUST BE LEARNED FROM FIELDTRIP! Tp disebabkan silibus yang tak
mengizinkn plus with management mybe, tak byk fieldtrip leh buat. So blaja
facts je la, hafal teori. Beza kalau kat oversea, member aku cite, dorang mmg
gi fieldtrip, siap kena, makan gigit lagi batu tu! Simpan batu as personal
collection lagi. Tp aku pun tak salahkan UTP, sbb geology kt UTP kena diverge
dgn seismic (major bisnes in PGS), so byk kena play with software plak! So
disebabkan benda ni la aku rasa average student PGS ada 40-50% fundamental
Geology and 50-60% taw psl software. So, disebabkn kurang praktikal (atau
mungkin student tak taw pentingnya praktikal tu n fiedltrip, bila fieldtrip gi
selfie dgn member mcm gi vacation.Eh.), maka perlu utk baca mcm2 buku geology
n hafal segala mcm benda. Klu jenis mls membaca, susah la sket nk survive dlm
course ni.
Kebaikan course ni
berbanding yg lain, course ni dah specific kepada petroleum, so memang hebat
lah sebab dah own by the oil n gas company. Hello, PETROLEUM GEOSCIENCE kottt.
Nk sebut kt member atau pak cik yang duk key ell tu bleh la show off betapa
awesomenya nama course ni tp bila sebut kat mak cik dan sedara kt kg, mampus
dorang tak faham. End up ko cakap kt dorang ko blaja geology je la. Haha.
Course PGS ni mmg
design utk budak2 masuk dalam oil n gas company. Klu blaja geology kt UM atau
UKM, dia light la sket sbb general tak spesific to Petroleum. So nak tak nak,
course PGS memang kena biasa la dgn terms oil n gas sbb dah mmg matlamat utama
nk CARI BATU ADA MINYAK! Tu je. Kalau geologist biasa, dorg myb utk LOMBONG
(MINING), utk construction NAK BUILD APA2 KT TANAH SESWAI, nk MAPPING utk
tengok keluasan kawasan sesuai ke tak dan lain2. Kalau rasa diri ni cepat
bosan dalam sesuatu benda dlm tempoh yg lama, better pikir dlu kalau nk amik
course ni. Sebab mmg dr blaja sampai kerja, dalam oil n gas industry je.
Yang ni paling
stress la aku rasa dlm PGS ni. Sifir nya mudah, PGS mmg kena masuk oil n gas
company, so bila intern, tak ramai company oil n gas nk amik budak intern.
Budak kelas dah la dalam 30++, senior yg intern pun tak abes lagi, company oil
n gas utk yg service geologist plak tak banyak. Ada yg kena masuk company
kecik, tu okey lagi klu related dgn oil n gas. Tp klu dh x dpt offer terpaksa
la masuk Jabatan Mineral, Geo-Park Langkawi n lain2 tempat yg relate dgn Oil n
Gas tp related dgn geology je.
Time batch aku yg
28 orang tu je pun dah susah giler nk masuk intern. Nasib baik ada lecturer
yang tolong sangat2 kitorg. Dia call sume member dia kt company n 'paksa'
terima kitorg. Jasamu dikenang Sir Zuhar. Course PGS n PE (Petroleum
Engineering) mmg plg susah la nk masuk intern. Tak macam ICT/BIS leh masuk
mana2 company. Company jual baju pun boleh. Member aku Chemical Engineering
intern kt kilang makanan n minuman pun takde hal. Yang Electrical o Mechanical
Engineering, x dpt intern kt company minyk, intern kt company kete, moto o
mesin kilang pun takde masalah. Tp klu PGS, or PE mmg stress la nk cari tempat
intern atau keje. Tak senang. Susah. Kalau ko jenis yg mmg power, genius n DL
setiap sem tu mmg okey la, ada tempat, tp klu biasa2 mcm aku ni, mmg kena doa2
byk2 pd Allah la selain kena usaha.
HAHA. Ni paling
evil la. Aku memang tgh mengalami krisis ni. Krisis ni start bila senior atas
aku graduate. Memang sakit la. Time tu aku final year mmg dah sedih la. So
bila dah graduate ni mmg tak put high hope utk dpt kerja for this time. Aku
mmg la hope the best, tp kena gak prepare the worst thing to happen. So, cam
aku cakap, ko dah own by the oil n gas industry, so takleh nk lari ke bidang
lain bila industry ni going down. Just pray n hope the oil price akan naik
balik.
Bila oil price turun, byk company downsizing
project dorg sbb buat apa nak buat project kalau tak untung kan? So byk staff
kena buang sebb dorg nk cut cost n ramai la menganggur. Mimpi ngeri susah dpt
placement time intern dlu berulang kembali bila nk cari keje. In fact bila
korang scholar petronas, mmg tak keruan la hidup pas graduate tu. Kenapa? Sbb
graduate petronas mmg tak leh nk apply keje kt mana2 company sebelum dia
panggil ko interview. Dah interview ko kena tunggu dpt recommended ke tak. Klu
tak recommended, ko bleh job hunter gi company lain, kalau ko recommended kena
tunggu 6 bulan plak tu dpt placement. Penantian tu mmg penyiksaan, tp nk buat
cmne ko dah amik duit dia n sign agreement semua.
Company lain mmg tak amik budak petronas sbb
takut nnti dah kerja beberapa bulan gi cabut kena panggil dgn petronas. Kena
la terimaaa.huhu.
Member aku petronas scholar belajar kt France tunggu setahun Petronas panggil
, yg senior aku plak dah recommended n akhir bulan ni klu tak panggil kerja
gak mmg kira petronas release la dia. Kesian kan. Perasaan mcm orang nk kawen
dgn ko pastu cancel. Haha.
So, ini je kot
perkongsian ringkas aku. Aku just nk share je la realiti yang kena hadapi bila
belajar course ni. Duduk umah mengganggur bukanlah suatu benda yg seronok
walaupun org yg dah keje ckp kt aku 'enjoy the free time!" sbb bagi aku ,
nikmat cuti tu terasa bila sibuk dalam kehidupan.
Ayah aku pun pernah
je terlepas ckp kt aku,
'hantar belajar pandai2, last2 takde kerja buat apa!'
Memang la aku
tacing sbb bukan salah aku pun company tak panggil keje, oil price down jadi
sume. Tapi pikir2 balik biasa la orang tua tak faham apa yg terjadi, aku
pasrah je la.
So, planning aku
sekarang ni utk sambung master sbb mmg cite2 aku nk jadi lecturer.
Alhamdulillah aku kerja part time jd freelance writer n member aku offer jd
accountant kt Sekolah Al-Hidayah Seri Iskandar in case aku sambung master kt
utp nnti. insyaAllah.
Hidup ni memang
penuh cabaran dan dugaan. Semua course, sama ada belajar kat Universiti atau
kat mana2 sekalipun, tak lari dgn masalah. Yang sama ialah, apa2 yg jadi kita
kembali pada Allah.
So bila mak aku
tnya aku,
"okey ke adik
masuk UTP amik PGS?"
Jwpn jujur aku
"kalau kita kaya takpe la. Tp kita ni sederhana n perlu kerja segera lepas
graduate. Blaja la selain PGS atau PE. tp takleh deny klu dapat gaji tu mmg lumayan, cuma biasa la, benda best mmg risiko tinggi."
Apepun, kalau niat
kita baik, niat belajar kerana Allah n nak sumbangkan pada ummat, belajar la
apapun, insyaAllah Dia akan mudahkan. :)









Perkongsian yg baik. Aku tgh amek PE kt Canada. Harap harga minyak stabil balik in 3 years. Time tu pun baru graduate. Harap harap. InsyaAllah
ReplyDeletedoakan saya kerja dalam bidang geologist sebab saya ambik course geoscience
ReplyDelete