USRAH: TALUT N JALUT

"semoga Allah meredhainya...."


    Today's usrah sangat terkesan. Sangat.

    Sangat tersentuh cerita pasal Talut n Jalut. Cerita ni diceritakan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:246-252)

    Cerita ni aku mmg pernah baca sebelum ini, tapi tak sangka ada maksud tersirat yg boleh dapat dari cerita ni.

    TAPISAN

    Adalah main point dalam cerita ni.

    Berkisarkan cerita Bani Israel yg diuji oleh Allah dengan 5 ujian sebagai tapisan untuk melihat siapa yang benar2 beriman pada Allah.

  1. Ujian meninggalkan keluarga dan tempat tinggal
  2. Ujian diwajibkan berperang
  3. Ujian menerima Talut sebagai ketua
  4. Ujian tidak minum air atau minum seceduk sahaja
  5. Ujian menghadapi tentera musuh, Jalut yang lebih ramai dari mereka

  6. Bila tengok satu persatu ujian tapisan ni, kita boleh nampak bagaimana Allah menyusun ujian ini makin hebat dan betul2 menguji mereka. Bila tengok ujian 1-3, lebih kepada ujian luaran tapi bila masuk ujian 4&5 lebih kepada dalaman dan diri sendiri.

    Ye la, kalau kita ditempat mereka, bayangkan jika kita diuji dengan keluarga, atau kena perang sume, mungkin kita boleh la terima dan sanggup walau dengan berat hati, tapi bila saat kita dan jauh melangkah dan makin lemah, tetiba ada ujian yang tak leh minum dan bakal mati menghadapi musuh yang lebih ramai dan mungkin kuat, adakah kita akan tetap maju atau berundur?

    Allah pasti akan uji pada titik kelemahan kita. Dan di situ juga syaitan akan membisikkan kata2 yang kita sangka indah walau hakikatnya kita sebenarnya telah tercicir dan terkeluar dari tapisan ujian Allah.

    Hidup ini adalah ujian. Dan kita kena hadapinya. Walau penat, walau payah, kita kena sabar dan kuat. Doa byk2 pada Allah . Cerita dlm AQ ni pun Allah bagitahu bagaimana mereka yang mulai lemah menghadapi tapisan tu tapi masih tetap yakin pd Allah berdoa pada Allah,

    '…..Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami, dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir' (2:250)

    Usah mudah menyerah kalah, usah larut dalam tapisan, yakinlah kita ada Allah.

    Percaya dan yakin. insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....