"semoga Allah meredhainya...."
Amaran keras: Post
ini ditaip dengan penuh perasaan dan perasan.Eh!
Minggu lepas minggu
yang penat, pening, dan menguji keimanan dan ketahanan.
 |
| Barang2 aku n housemates |
Pengalaman kena
halau dengan ketua rumah,Kak Lini, perempuan gila dan puaka (my housemates yg
bg nama ni. LOL) memang tak boleh lupa dalam hidup aku. Aku tahu aku cun, baik,
cantik, anggun dan setara dengannya (okey, bleh muntah semua) berbanding Kaka
Lini ni, tapi janganlah sebab aku tak bawa dia naik kete aku gi tengok wayang,
gi Giant depan rumah, gi pasar malam, maka dia nak tacing dengan aku dan halau
aku keluar rumah. Huh! Manusia apakah ini? Macam budak kecik!
Arakian tersebutlah
kisah time bulan Oktober ketika aku baru pindah, penduduk umah tu ada aku,
Sittah dan Kak Lini. 3 orang je. Masa mula2 tu kitorg like 3 bestfrens la,
pergi pasaraya, pasar malam dan makan malam sama2. Sooo sweettttt. Pastu, aku
slalu berkepit dengan Sittah sebab aku suka
menyibuk bila Sittah masak. Lagipun saving sket sbb takyah beli makanan kt kedai. Kak Lini plak
tak suka masak, sbb umah kakak dia sebelah je, so slalu makan free kt sana.
Tapi dia tak pernah pun ajak kitorg join skali. Huwaaaa.
Then, nak dijadikan
cite, aku dapat sorang Housemate, Nini yang bakal menggantikan Sittah yang akan
berpindah keluar lagi sebulan setengah. But, since the company nak Nini keje
awal kt tempat keje Sittah n Kak Lini (they work at PTS company - publish buku),
so Nini pun jadi part of us. Cumanya Nini ni bilik dia kt ruang tamu utk
sementara. Then, after half month duduk sana, aku pun usulkan pada Kak Lini utk
cari rumate sbb aku tak mampu nak bayar sewa bilik sorang. So, dipendekkan
cite, Kak Nana pun terjumpa advertisement aku kt Internet, and she became a
part of us.
So, total member of
the house da jadi 5 orang. The more the merrier. But, disaster happen bila Kak
Lini ni tak suka ramai2 dan juga orang geng2. Ye la, since kitorg sume rajin ke
dapur dan masak2 sesama (sebab sume nak jadi wife kan nanti, mesti la kena asah
bakat kat dapur!), we become close friends and closer and closer.
Dan Kak Lini start
cari benda nk gaduh. Worse bila Sittah da pindah umah. Sittah is one of our
backbone since she is the bravest among us. Even, Kak Lini pun takut dengan
mulut puaka Sittah ni, kalau cakap memang ko sentap lah! So, bila Sittah dah
keluar, senang la Kak Lini ni nak titik kitorg. Siot punya Kak Lini!
Semua dendam
kesumat, masalah yang terpedam dulu dia luahkan! Amende punya pompuan la, benda
kecik dan lama pun nak ungkit. Siyes aku tak faham budak umur 27 tahun dan nak
tunang ni. Tapi, paling nampak la dia paling tak suka aku.
Yes, aku paling dia
benci sebab aku paling hot dalam umah tu. Even, aku paling muda berbanding
sume, but bila dia tuduh aku or judge aku benda tak betul, memang aku bangkang
dan pertahankan maruah aku. Bajet giler aku. Tapi memang pun, aku memang akan
balas balik sampai la aku rasa yang dia tu dah kekontangan idea dan asyik
gunakan alasan bodoh, maka aku akan mengalah sebab aku rasa kalau aku lawan
gak, aku pun akan jadi spesis bodoh macam dia jugak! Cait, gaya macam aku je
betul. Muahahaha.
So, perang mulut ,
perang SMS dan call berlaku. Akhirnya, dia pun mesej halau aku dan rumate aku,
Kak Nana. Then, Nini yang tak kena mengena pun nak join gak, 'perasan' kena
halau dengan Kak Lini. Walhal Nini dah memang tak tahan duduk dengan perempuan
yang asyik bermasam muka dan tak bertegur sapa tu. Pastu dia tuduh yang kitorg
ni memandai bawa member tido umah. Walhal kitorg ajak Sittah (ex-housemate) je
pun tido umah, bukan JANTAN pun! Tapi nak buat mcm mana, orang kalau dah benci
seseorang, ko buat baik atau tak buat apa2 pun, ko akan bersalah!
Ni perang mesej aku dengan dia. Tapi aku rasa apa yang aku taip kt dia masih lagi under control.
Yang kuning tu mesej dari kak salini, yang biru tu mesej dari aku.
Aku memang piss off kalau gaduh pastu ajak ahli keluarga lain. Masa mula2 kena halau, aku pun ngadu la dengan mak aku siap nangis sedih giler kot. Aku baik kot, xde rekod jenayah, tapi kenapa halau aku keluar rumah... uwawawawa... pastu Kak Lini plak nk libatkan kakak dia. Siot, memang bikin darah aku panas. Dah tu, kakak dia siap mesej aku nk jumpa n cakap aku kurang ajar lagi. Hish, apahal ko mcm budak kecik, dah start gaduh pastu panggil kerabat join. Ko takut ke?
 |
| Did she's talking about herself? |
So, bila da dapat
SMS keluar dari rumah, aku, kak Nana n Nini pun tak dapat buat keje. Pening
pikir benda ni, siot punya pompuan! Mentang2lah dia outstation Penang seminggu,
sukati je halau kitorg via mesej dan call time office hour.Puihh!
Selepas berpenat
lelah sampai tengah malam, Alhamdulillah, kitorg dapat duduk kt satu kondo
berdekatan. Walaupun harga mahal sket, tapi worth it la, plus dengan layanan
tuan rumah yang sumpah osem dan 10 kali ganda baik dari yang dulu. Siyes, aku
tak tipu. Esoknya, 28hb Nov, terus kitorg packing barang pindah rumah baru.
Tuan rumah flat lama Kak Lini tu memang perasan bagus giler. Bak kata kak Nana,
'susah nk cakap dengan orang low education ni!'. LOL.
 |
| Hampir 1 pagi,selesaikan rumah semua.Alhamdulillah. |
 |
| Angkat barang masuk rumah baru |
 |
| Dapur rumah baru. Semua share. Baik giler tuan rumah. |
 |
| x sabar nak masak sama2 |
 |
| Siap ada ruang makan lagi |
 |
| ruang lepak baca majalah |
 |
| tempat golek2 depan tv |
 |
| tv leh tengok movie n main ps2 |
 |
| My new but nice n lovely housemates' rooms:) |
Selepas melalui
pengalaman terindah ni, I learnt a few things dan lessons.
- Bila nak sewa bilik/rumah,
make sure ada hitam putih so dat bila berlaku kejadian mental macam aku
ni, maka pihak yang teraniaya bleh la report polis atau saman pada pihak
yang sewel tu!
- Bila duduk dengan random
people, belajar la untuk mengenali mereka. Plez, janganlah nak sombong dan
bongkak macam ko ni bagus sangat. It’s good to know our housemates, tnya
pasal study, family, work, etc. Leh rapatkan ukhuwaah till jannah gittuw.
- Jangan kedekut. Duduk dengan
orang lain, try to be kind dan murah hati. Janganlah nk berkira sangat.
Takat aku letak coklat dalam fridge pun, ko dah mengamuk apehal? Macamlah
fridge ko tu rosak dek coklat aku tu. Cakap je la ko nak sikit coklat aku
tu, aku bleh bagi la. Tak yah nak emo sangat boleh?
- Sharing is caring and loving.
Apa2 barang yang bleh share kita share la ye. Aku bawa rice cooker, ko
bawa heater dan kita bebas menggunakan kedua-duanya. Takde masalah bukan?
Lebih menjimatkan!
- Join their activities. Apa2
benda yang rasa2 bleh mengeratkan hubungan korang, join la dengan
housemates korang. Bila duduk dengan Sittah, kak Nana n Nini, maka dorang
pun ajak la aku gi tengok wayang dan karok. Since sume pmpuan dan takde
laki, maka aku agree. Dorang pun hormat pendirian aku,maka aku pun hormat
dorang. Nak sentuh hati, perlu sikit2 dan berseni, mana boleh cepat2 dan
kasar, takut ada yang sentap plak. Dalam dakwah perlu berseni bukan?
So, tu je cite aku
nak cite. Now, back to normal life. Rumah better sket, housemates makin osem dan rapat, tuan rumah baik,
walaupun dihambat keje yang banyak,
report yang berlambak dan project yang tak abes2.
It's okey Ezan.
Hidup tak selalunya indah, dan hidup perlu diteruskan walau apapun rintangan
dan dugaan yang mendatang (ayat motivasi sekolah).
Moga Allah terus
berikan kekuatan iman dan lingkaran keimanan. Moga hidup sentiasa diberkati
Allah.
Senyum.
Alhamdulillah dapat melalui semua ni.Masih hidup lagi dan leh bernafas kt muka bumi Illahi. (^_^)
 |
| Our oath at new house. So sweet ;) |
Salam Ezzan, lama dah tak melawat blog ko nih.
ReplyDeleteErk tapi dah jadi gini pulak kan..
Hope kau terus ceria ye dengan housemate terchenta. Serious lagi lawa kott condo tu!