TINTA UNTUK SI DIA YANG KUCINTA

"semoga Allah meredhainya...."



Bila berkata soal cinta, semua pernah merasainya.

Cinta kepada jantina berlawanan. Merasai aura luar biasa tatkala mata bertemu mata dan bertukar senyuman. Semuanya dirasakan indah dan hari2 yang dilalui dirasai sangat bermakna dengan hadirnya insan yang dikasihi di sisi. Ada yang sanggup mengubah penampilan dan watak semata-mata ingin dicintai dan dapat memiliki hati si dia. Kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja hatta perkara yang tak tercapai dek akal sekalipun. Itulah kuasa cinta, dan sesiapa yang merasainya pasti memahaminya.

Dan apabila cinta itu berpaling arah, cinta yang dipertaruhkan musnah dipertengahan jalan, sang manusia menjadi tidak tentu arah. Manusia menjadi alpa akan segala-galanya melainkan cinta. Ada yang menangis, ada yang menjerit dan pelbagai tekanan perasaan melanda tatkala cinta suci yang diyakini akan kekal dan diimpikan indah itu menjadi sebaliknya dek kerana halangan-halangan yang melanda seperti insan ke-3, watak bertukar rupa dan lain-lain.

Pernah mengalaminya?
Pernah merasai sakitnya ditolak?
Pernah merasai sakitnya apabila kawan sendiri menjadi insan ke-3?
Pernah menangis?

Jadi, mengapa semua ini berlaku kepada diri?

Adakah diri tidak cukup bagus atau cantik?
Adakah diri disisihkan kerana tidak memenuhi ciri2 idaman?

Maka sebelum kita menyalahkan diri sendiri, sebelum kita mencela dan menzalimi ciptaan Allah yang Maha Indah ini,ayuh kita koreksi diri, sejauh mana cinta kita padaNya?

Pantaskah kita mahu menyerahkan cinta kepada orang lain jika cinta kita padaNya masih tidak sempurna?

Wajarkah kita mahu menangis kerana cinta manusia jika cinta kita yang jauh dariNya tidak pernah disesali apatah lagi diratapi?

Patutkah kita menyalahkan si dia atau orang ke-3 jika kita yang masih belum mahu membaiki diri?

Tanya pada diri dan jawab dengan jujur dalam hati,

Sejauh mana persiapan kita dalam mencintaiNya?
Sebesar mana ruang yang kita sediakan untuk kita menagih cintaNya yg hakiki?
Selaju mana kaki ini melangkah untuk mendakap cintaNya yang sentiasa dinanti?

Jadi, mungkin kita sudah tahu jawapan mengapa cinta kita ditolak oleh si dia.

Kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Tinta utk si dia yang kucinta, tentunya diriku sendiri.


(9:24) Cinta Allah, Rasul dan jihad itu mesti! (^_^)

p/s: lepas baca tetiba aku rasa jiwang dan rasa nak muntah.LOL

Comments

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....