IFTAR EXCELL9 (4.0): A NIGHT TO REMEMBER
"semoga Allah meredhainya...."
Aku baru je balik dari KL sbb nak pergi Iftar ni. Walaupun jauh beribu batu (chewwah, walhal Perak-KL je) tp sebab aku rasa ni je masa aku leh jumpa yg lain (setahun sekali). Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Thanx to Feroz sbb pungut aku kt KL Central bersama-sama Bulat dan Jebeng skali. Menjadi bunga sekuntum dalam taman kete kancil Feroz memang mencabar keimanan dan keegoaan. Yang pasti dorang sume sengal dan lawak. Dengan GPS entahpape, Bulat aka Doktor Haiwan yang tak berwibawa menghandle GPS, Jebeng dengan tazkirah dan cite nak kawinnya, dan aku rasa nak muntah sebab Feroz bawak laju sangat dan pasang lagu Avenged Sevenfold kuat2. Gegaran kepala 7 skala richter ditambah lagu Headbanging, memang kepala nk tercabut. Tapi apapun, naik kete dengan dorang, memang happening dan gila babeng walaupun aku takde la benda nk sembang dgn dorang pun.
![]() |
| Best Batch ever [EXCELL9] |
Sumpah pasni kena pikir 44 kali klu nk naik kete dengan dorg. Dan kena bawa minyak angin sebagai bekalan.
So, selepas berpusing2 marathon dalam Putrajaya, akhirnya sampai gak kt Taman Wetland, Putrajaya.
Ape lagi, menjerit macam orang gila bila jumpa kawan2 kan? Frequency berganda bila jumpa. Salam, cipika cipiki (cium pipi kanan, cium pipi kiri), dan tanya macam2 soklan.
"Ko skrg blaja kt mana? Amik kos apa?"
"Bila ko nk abes blaja"
dan soklan yang paling common
"Bila nk kawin" (aish, soklan membunuh dan bakal berulang bila balik kg rayaa nnti.. aduhai~)
![]() |
| sekadar hiasan. |
Yang tak bleh blah tu ada la certain budak2 laki (mostly kot?) yg malu2 anjing. kehkeh.. Irhamni yang macam teddy bear tu pun berjaya menyorokkan diri beliau dari dilihat oleh si gadis2 excell9. Ala, even dia buat rambut lain pun,still orang bleh kenal dia kot. takpe irham, bukan ko sorg je lain, lelaki2 lain pun lain. (ape la ayat aku ni?).. Sharawi dah dapat gelaran bapak dah sebab pakai kopiah putih walaupun berbini pun belum.
So, kitorg pun chit chat2, dan ,makan makanan potluck smbil bergambar ramai2. Pastu solat isyak dan tarawikh. Pastu gi serbu makanan untuk 2nd round aka moreh disamping tapau menapau.
Mestilah hepi giler jumpa kawan2 perempuan, kawan2 dorm, kawan2 kelas dan sume excell9 la senang cite.
Sumeorang dah membesar (termasuk Hasfanizam yang dah tinggi kononnya w/pun aku tetap claim dia mcm Form5) tapi still perangai macam sekolah dulu. Hampeh~
No,it's joking. Act, best la sbb xde la awkward nk sembang kan?
Pastu dah kemas2 sume, Al-Ameer dengan baik hatinya hantar kitorg (aku, rai dan ain) gi umah ain. aku n rai bermalam kt umah ain. Esok,aku n rai balik ke tempat masing2.
Dalam kete Al-Ameer, sangat berbeza dengan dalam kete Feroz, dimana Bulat yang juga menumpang sangat behave... hahaha..bapak fake! Pastu kitorg pun mendapat banyak input yang berguna dari Ameer yang share banyak benda esp pengalaman dia kt luar negara. Siyes, dia ni memang bijak, genius dan banyak pengalaman. Walaupun ada certain benda aku tak faham, tapi still benda tu menarik utk didengar pada malam hari lepas perut dah kenyang. Like a bedtime story.
So, smpai kt umah ain, kitorg sambung sembang2. ya Allah, lama giler kitorg berpillow talk. Banyak dan bermanfaat. Aku rasa bleh buat satu entry khas utk cite pasal pillow talk kitorg je. To make it short, antara benda2 yang kitorg cite:
EXCELL9- Banyak dan ramai dah berubah,dan ramai yang tak datang. Plus, malam tu tak sempat nk sembang lama2 dengan yang lain, nk tnya hidup dorg kt oversea, tnyaa itu ini,etc
USRAH- Tukar cerita usrah masing2, pasal kakak usrah dan aktiviti2 serta cite2 best. Pastu gelak bila cite macam mana bleh berubah dan cite pasal kawan2 excell9 esp yang unexpected pun join usrah tak kisah jemaah apa pun. Tapi, hepi sgt bila sume mostly dah jadi makin baik. Cite gak pasal kepelabagaian jemaah, syiah dan politik Malaysia.
KAWIN- the LOL topic indeed. Banyak input dapat dari pembacaan dorang dan pertukaran bacaan. Isu POLIGAMI dari sudut islam dan lain2. aku ingat lagi time Lee tanya aku pasal kawin.
"Ko nk tak poligami ezan?"
"Tak."
"Ape la..cakap pejuang agama, tapi tolak poligami"
Pastu kitorg gelak. tapi hati aku terasa dengan lawak sarcasm Lee. Setiap orang ada pegangan dan prinsip dalam isu poligami.
Aku dan rai, memang decide, sape2 yang nak kawin dgn kitorg akan ada agreement, akan jatuh talak jika kawin lagi satu tanpa kebenaran. Sources: hasil pembacaan terutama dari Fatimah Syarha.
Okey, enough dengan cite kawin.
STUDY - just update pasal study masing2 dan share susah senang blaja. ada gak share macam mana yang kos yang kitorg amik sekarang ni unexpected! Me geologist, rai biologist dan ain farmacist. Aku ingat dulu nk jadi doktor or cikgu, tapi Allah dah tetapkan aku jadi geologist, kena la buat yg terbaik demiNya bukan?
dan topic lain2. sebenarnya aku dah malas taip.
So, sangat bersyukur sebab Allah kurniakan kawan2 yang osemm giler macam excell9. Memang susah la nk jumpa dan dapat kawan2 macam korang. So, harap next pertemuan akan lebih ramai dan meriah. The more, the merrier. insyaAllah.




Comments
Post a Comment