Thanx to my LAZY lecturer!

"semoga Allah meredhainya...."

"When I grow up, I want to be a teacher....or maybe a lecturer." kataku di depan kelas 1 Anggerik.

Menjadi cikgu atau pensyarah adalah cita-citaku sejak kecil lagi. Minat dan semangatku semakin membara dan membuak apabila aku terpilih untuk menjadi facee beberapa subjek di SBPI Gombak dahulu. Waktu tu, barulah aku tahu rupanya aku ni agak berbakat dalam mengajar dan aku turut menyukainya. Alhamdulillah. :D

Dikelilingi oleh guru-guru yang berhati waja dan semangat mendidik anak bangsa terutama cikgu Saidah dan cikgu Wan Nur Afifah, benar-benar memberi semangat dan inspirasi untuk aku menggapai impian aku suatu hari nanti. Cikgu bukan sekadar mengajar subjek, tapi turut mengajar aku erti mendidik, erti kepentingan ilmu dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat kelak.

Walaupun hanya MENDIDIK. Didikan yang bukan sekadar di kepala, tapi meresap sehingga ke urat saraf dan jiwa sebgai bekalan menghadapi hari mendatang.

________________________________________________________________

"Jika kamu MALU bertanya, kamu akan BODOH SEMENTARA (itupun jika kamu bertanya akhirnya),
tapi jika kamu MALAS bertanya, kamu akan BODOH SELAMA-LAMANYA!"

Bait-bait kata cikgu Zul Top terngiang-ngiang di fikiranku dan menjadi azimat dalam belajarku.

"Antara rahsia kejayaan ialah TIDAK MALU BERTANYA! Jangan malu bertanya pada cikgu kalau tak faham. Jangan jadi BODOH SOMBONG! Cikgu tak nak nanti time periksa kamu tak tahu nak jawab apa. Cikgu akan jawab kalau soalan tu cikgu tahu jawapannya, cuma cikgu harap kamu KIKIS sikap malu bertanya kamu ni. Kalau kamu malu tanya pada cikgu, tanya pada kawan2 kamu yang tahu.Sekurang-kurangnya kamu ada usaha untuk tahu dan mencari penyelesaian."

Nasihat cikgu amat bermakna sekali, menunjukkan betapa beliau amat prihatin akan pelajaran kami semua.

Bukan seperti beberapa cikgu atau lecturer yang mengajar sekadar melepaskan batu di tangga, pastu cakap "kalau awak tak nak faham, tak nak tanya sudah, GAJI saya tetiap bulan masuk!" (demotivate pelajar kot!), dan hanya mengajar sekadar di mulut, bukan dengan hati dengan niat agar pelajar faham, apatah lagi tidak punyai rasa untuk menDIDIK. (maqam DIDIK lebih tinggi daripada AJAR if i'm not mistaken. Leh check google :) )

____________________________________________________________

Drilling & Production Technology, is-a-must-subject for PGS (Petroleum GeoSciences) students. Honestly, subject ni memang agak tough, aku tak dapat nafikan since kelas aku pun gabung dengan final year students(tapi bukan PGS students) yang semestinya ada pengalaman internship kt company minyak sebelum ini, berbanding kitorg yang baru 3rd year 1 st semester, agak hingusan dan belum la internship dan pengalaman dengan drilling ni. Apatah lagi, hidup sebelum ini penuh digelumangi dengan batu-batu, sebelum subjek Drilling ini menghentam dengan segala macam alatan drillbites, drillpipe dan segala macam calculations yang memeningkan kepala! Aduhai!

Ignore the shit word.lol


Jadi, dengan proaktifnya, aku mencari segala soalan-soalan tutorial, mencari soalan2 past year dan mencubanya walaupun aku gagal menjawabnya, tapi aku tetap kumpul2 soklan ni dengan harapan untuk tanya soklan ni kat lecturer dan berharap akan lebih faham bila lecturer tu explain dan dapatlah aku share dengan kengkawan aku yang lain jika mereka bertanya pada aku soalan tersebut.

Satu hari, pertama kali aku menjejakkan kaki di bilik lecturer PE (Petroleum Engineering) berjumpa dengan lecturer Drilling ni.

Aku: Sir, tengah sibuk ke? Saya nak tanya beberapa soalan boleh? (cakap kt depan muka pintu)

Sir: Hurm..boleh je kalau nak satu atau dua soklan.

Aku: (Terus masuk dan bertanya soklan.) Macam ni Sir, saya tak faham bab yang sir ajar minggu lepas. Sir cakap mcm ni, tapi lecture note tulis macam ni..blablalbla...

Sir: (Muka mcm tak berminat) Bukan saya dah ajar kt kelas ke dulu? Ni macam yang saya ajar la hari tu.

Aku: (Terkedu) Erm, saya tak berapa faham yang sir ajar kt kelas tu. Benda ni kan sir ada cakap macam ni, tapi kalau macam ni, blablabla.....

Sir: Benda ni mcm ni...dia punya systemnya, blablalbla (explanation bapak aku tak faham, dan memang tak menjawab soklan aku pun)

Aku: Erm, jap2..tapi kenapa system macam ni, kalau macam ni...blablabla..?

Sir: Macam ni la..awak balik dan baca notes yang saya bagi..cari sendiri dan fahami..

Aku: (Rasa sedih dalam hati)Saya dan kawan2 saya dah google dan pasal ni sir..ada dia explain pasal benda ni dan kami memang faham pun, cuma bila part calculation tu, dia takde tunjukkan. Try cari part graph n calculation ni kt google dan buku2 di library, tapi tak berjaya la sir.

Sir:  Saya bukan apa, benda ni kalau nk explain perlukan masa 1-2 jam..Nanti kalau saya explain pada awak, nnti kalau kawan2 awak datang pada saya tanya, saya nak kena explain lagi..

Aku: (Down giler) Hurm, macam tu tak pe la sir. Nanti saya balik, saya dan kawan2 saya baca balik topik sini. Thanx sir. Sori mengganggu. Assalamualaikum.

Bila aku keluar je dari bilik tu, rasa SEDIH GILER&NAK MENANGIS. Kenapa la macam tu lecturer tu punya perangai. Aku kesian dengan dia, dengan aku dan juga dengan student2 yang senasib macam aku.

Benarlah kata2 senior aku cakap yang lecturer ni kalau tanya soklan, memang tak menjawab soklan pun.

LESSONS:

-Tolong la kalau aku (in the future, insyaAllah) dan sape2 yang jadi cikgu o lecturer, jangan la bersikap ego, dan tak nak tolong student. It's okey atas nama nak matangkan pelajar dan taknak suapkan pelajar senang2, but kalau ada student jumpa personally, atau jumpa kt bilik, better explain n try solve the problem.

-Tak semua pelajar punyai tahap keberanian untuk bertanya di kelas. Ada yang prefer personal. So, jangan lah ingat "masa kelas drilling untuk drilling sahaja. Sebarang soklan/kemusykilan di luar waktu kelas drilling, mungkin tak dapat dilayan". C'mon la. Didiklah pelajar2 dengan hati, bukan dengan mulut yang cakap tak henti2 kt kelas tanpa sedar takde sapa pun faham.

-Jangan menyerah dengan lecturer. Probably memang kadang2 Allah nak uji pelajar dengan perangai cikgu/lecturer yang sombong/bongkak/perasan bagus/tak suka bebudak tanya soklan. So, face it with strategies! Maksud aku, rancang strategi untuk tackle dat kind of subject. tak yah la nak benci lecturer/cikgu yang tak best tu, buang masa,karen, tenaga dan perasaan je. Pengalaman aku tadi, memang aku pun mcm dah nekad, mungkin itu yang pertama dan terakhir aku jejakkan kaki aku kt bilik lecturer Drilling tu. Mungkin aku leh tanya member yang pandai/google/youtube dan lain2.

-Belajar dari pengalaman orang lain. Itu lebih baik.

-DIDIK, bukan ajar semata-mata.

-Jangan jadi PEMALAS, bukan sahaja tertakluk untuk cikgu/lecturer, tapi sebagai seorang manusia apatah lagi sebgai seorang MUSLIM!

P/S: dah kurang sket stress aku dengan lecturer tu. Thanx sir cuz give me a damn-and-hard experience. Seriously, I hate ur attitude, and I don't want to be like you!

To my beloved teachers and lecturers, I love you and I want to be like u :)






Comments

  1. betul..mngajar dr hati, baru dpt blogwalking..post ni wat ily sentap

    ReplyDelete
  2. ily,hope dat u'll be a gud n best teacher in the world.insyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....