PENGALAMAN OSEM KRS XY 2013!

[Tulisan ini adalah hasil temu ramah peserta, bukan pengalaman penulis sebab penulis[XX] pasti dilarang keras utk menyertainya. Ergh.]

"Akak, nanti kalau dapat sama kumpulan dengan perempuan,dapat la pikat awek cun..haha" kata Zikri melawak tapi serius. Ajim, adik aku juga ketawa. Aku pura-pura ketawa namun ada sedikit kegusaran menggaris di hati bila aku mendengar niat Zikri itu.

Kami bertiga duduk berkumpul di halaman rumah sehari sebelum kami bertolak ke KRS. Tika itu sudah pukul 10 malam, selepas aku mengajar Engku, murid tahun dua yang datang ke rumah untuk belajar Matematik denganku.

"Apa yang aku nak bawa nanti.?Aku tak pernah kot pergi kem apa-apa sebelum ni. Paling tinggi kem yang aku pernah join pun, kem motivasi UPSR di sekolah. Di sekolah ye, bukan kat luar."tukas Ajim, dia sedikit jiwa kacau memikirkan suasana KRS nanti yang bakal dihadapinya.

Persoalannya dijawab oleh Zikri, merangkap ketua Kadet Polis di SMK Puncak Alam yang sudah lali dengan kem yang berhari-hari di hutan. Segala tips dan cara untuk berkhemah diluahkan olehnya.

"Nanti abang2 facee nya macam mana kak Ezan? Adakah alim seperti tabligh, ustaz2 atau garang macam singa?" tanya Zikri.



Aku terpempan. Tidak tahu menjawab. Selepas berfikir beberapa saat, aku menjawab," Erk, akak rasa abang2 faceenya insyaAllah, okey2...takdelah alim2 pakai ketayap, atau songkok 24 jam, atau garang macam singa.. Dorang okey n sempoi2 je..Relak2 je..takde tension2..ye la, nama pun program motivasi…" jawabku berbasa-basi. Entah la,jawapan yang aku berikan pun aku tak tahu 100% kesahihahannya. Main belasah je.

"Nanti kalau ada awek nak berkenalan dengan aku time kem tu,ala...habislah aku…" kata Zikri perasan pada Ajim. Ajim hanya mampu ketawa melihat gelagatnya. Aku hanya menggeleng-geleng kepala.

"Tak kot.. Sebab kumpulan n tempat khemah laki dan perempuan diasing2kan.."jawabku ringkas.

"Owh ye ke..mcm tu takpelah..bagus jugak tu"kata Zikri tapi bernada kecewa. Aku gelak dalam hati.

Selepas beberapa minit, kami bersurai. Ajim masuk tidur awal kerana dia mahu bangun awal untuk kemas barang2 dan pakaiannya esok hari.

"Mama, kakak risau la esok.." kataku pada mama. Saat itu, hanya ada aku dan mama di ruang tamu.

"Nape pulak?"tanya mama memandangku.

"Takdelah..dorang cite mcm dorang berharap kem tu ala2 kem kat sekolah.. Ada laki pompuan satu kumpulan, aktiviti lasak bercampur.. Dorang cakap dorang tak suka kalau kem alim2 ala-ala ustaz..macam mana ni mama? Sekali sampai kat sana, dorang kena buat dhuha, qiam, baca Quran, segala mcm.. 360 darjah berbeza daripada yang diharapkan, tak haru kalau dorang minta balik? Alamat terbalik kete  Viva dorang mengamuk merusuh. Nanti katanya, indah khabar dari rupa!" jelasku pada mama panjang lebar.

"Hahaha..ala,tak payah risau sangat. Doa je pada Allah harap semoga dorang tu enjoy dan terima semua benda dalam kem tu." nasihat mama ringkas. Ubat mujarab, serahkan semuanya pada Allah

Selepas solat Jumaat, kami bertolak ke Perak. Selepas hampir 3 jam perjalanan, kami tiba di kem tersebut.

"Nanti akak hantar je kamu berdua kat kem tu. Kamu daftar, bayar sendiri pas akak bagi duit kat kamu masing2 dan tanya abang2 facee kat situ tapak khemah kamu nanti ye" kataku apabila kereta hampir di tapak KRS ikhwah. Sejujurnya aku segan dan malu untuk turun di tapak kem tersebut. Apatah lagi, kawasan itu telah dijajah oleh majoriti lelaki, atau secara spesifiknya, ikhwah.

"Ala...kak ezan turun la…temankan la kitorang.." jawab mereka serentak. Mungkin perasaan mereka juga sedikit kaget apabila tapak perkhemahan semakin menghampiri.

"Hish..akak segan la..kat situ semua lelaki.." jawabku pendek. Walhal, sejujurnya aku agak malu untuk mempamerkan mukaku kepada mereka2 yang pernah aku kenali dan bekerjasama dahulu.

"Akak, itu ada mak dan kakak peserta turun untuk daftarkan anak dia. Ada perempuan, jadi akak takyah segan..Turun la akak sekali. Please..." Zikri menunjuk ke arah seorang wanita yang sedang duduk di meja pendaftaran. Aku mengalah dengan rayuan mereka. Aku takut jugak kalau dorang pulak mogok tak nak turun kete, haru-biru jadinya nanti.

Selepas mendaftar, aku meninggalkan tapak perkhemahan selepas bersalaman dengan adikku Ajim dan memesan pada Zikri untuk menjaga adik bongsuku ini yang tak pernah berjauhan dengan keluarga. Dalam hati aku berdoa agar Allah memudahkan segala perjalanan program dan mengelakkan kecelakaan dari melanda, dan Allah bukakan hati mereka berdua untuk menjadi insan yang berguna baik di dunia dan akhirat.

Aku singgah di Kem Eko Kandu untuk bertemu dengan akhwat2. Aku bersalaman dengan beberapa mereka yang ada di situ dan bertanya khabar.Aku tidak mahu lama2 di situ kerana mungkin akan mengganggu tugasan mereka. Kereta kupandu ke Seri Iskandar menuju rumah keluarga angkatku yang aku kenali tahun lepas melalui jualan laptop yang aku jalankan semasa cuti semester lepas. Aku sangat kagum dengan layanan mereka terhadap tetamu di samping keprihatinan mereka. Alhamdulillah, sekurang2nya aku ada tempat bermalam sementara menunggu habis program KRS.

Hari Ahad, 23 Disember 2012. Selepas bersalaman dengan keluarga angkatku, aku menuju ke rumah Ukht Atifah untuk menumpangkannya ke kem KRS. Aku sempat singgah ke rumah Ukht Rawaida untuk ziarahnya. Alhamdulillah, gembira aku lihat kak Rawaida yang sudah berbadan dua dan naik berat badannya. Dia nampak lebih comel. Katanya, mungkin kerana coklat yang sering dimakannya semasa mengandung bayi sulungnya itu. Aku tidak sabar untuk melihat bayi yang akan dilahirkan nanti. Selepas bertanya khabar, aku ke rumah kak Atifah untuk mengambilnya dan Mus'ab, menuju ke tapak kem KRS.

Sementara menunggu Ajim dan Zikri habis program, aku mengisi masa dengan bertanya khabar dengan akhwat2 di dapur. Terubat rindu aku pada mereka. Aku ketawa apabila Ukht Farhana masih menuntut janjiku padanya yang akan berkunjung ke rumahnya pertengahan tahun dahulu. insyaAllah, moga Allah permudahkan kunjungan aku ke Manjung nanti.

Lebih kurang pukul 1.30 petang, aku,Ajim dan Zikri bertolak pulang. Dari tapak kem program KRS, sehinggalah sampai di rumah, tak habis2 cerita mereka dan ulasan serta kritikan mereka terhadap kem tersebut. Aku hanya ketawa  dan tersenyum mendengar cerita mereka, menandakan mereka enjoy dengan kem tersebut. Alhamdulillah.

 Aku nak taip semua cerita dorang, memang tak dapat la sebab dorang berdua ni sembang memang kencang dan berulang-ulang laksana pengulas bola sepak, dalam siaran Astro. Yang mana part lawak dan best, dorang ulang banyak kali dan ketawa berdekah-dekah dalam satu kete. So, aku summarize kan je la cite dorang sume.

AJIM TAKUT - Ajim nak telefon aku hari jumaat malamnya sebab rasa bosan, xde kawan. Nasib baik Zikri nasihat. Pas Ajim jumpa kawan, barulah okey. Ajim tak berani nak tinggal kt khemah sorang2 dan akan mengekori Zikri.

ZIKRI SIFU AJIM - Macam2 Zikri ajar Ajim, dari nak mandi, sampai la cara2 nak tukar pakaian. Yela, dia ingat kat hutan ni ada bilik persendirian ke macam kat rumah untuk tukar baju pas mandi. Zikri pun ajar cara nak start salam perkenalan. Kem ni pun first time dia makan talam. Masa mula2, di tenung talam tu dalam2..at the end, dia pasrah dan menyerah sebab perut dan menyanyi hebat.Fuh, nasib baik la ada Zikri ni.

UMAIR LEBIH BAIK DARI HASIF - Part ni dorang cite sebab hukuman pumping. Sangkaan mereka yang akh Umair lebih teruk kerana bagi pumping banyak kali berbanding Hasif rupanya silap sebab Hasif bagi lebih banyak pumping walaupun dia cakap 5 je, tapi tambah 5 lagi dan lagi dan lagi lagi sampai dorang bengang gila. Ahha.

CAVING - masuk dalam Gua. Aktiviti yang dorang cakap paling best giler! Dorang cakap pak cik gua tu bgtau yang gua tu leh tembus Gua Batu Caves kat Gombak, Selangor sana. Secara logiknya boleh diterima sebab gua tu dalam banjaran Titiwangsa yang sama dan terdiri dari batu kapur dari Johor hingga ke Thailand [aku blaja kot benda ni kt UTP.LOL]

MALAM KEBUDAYAAN: Dorang banyak tak puas hati dengan Zainol yang selalu kritik semua kumpulan. Yang best pun kena kritik,apatah lagi yang tak best. Akh Zainol ni memang mencari salah je…..memang dorang bengang! TAPI ada hakim yang chubby comel2 aku tak ingat nama dia apatah dorang bgtau yang abang tu selalu puji dan puji sume kumpulan. "Group ni mantap, excellent, marvellous, extravaganza, saya suka group ni, group ni ada buat bunyi "ching2" yang sedap..blablabla..[kadang2 pujian tak masuk akal]" sampai kitorg bertiga ketawa gila2 dalam kete. Hahaha..

Gaya penceritaan dan emosi yang dorang pamerkan untuk kedua2 hakim, Akh Zainol dan Akh Pemuji amat berbeza. Lalu aku bagitahu mereka ibrah di sebalik itu. Aku tak tahu samada hakim2 itu telah disuruh utk menjadi watak2 tersebut, tapi aku bgtau yang begitulah hidup manusia.

"Apabila seseorang itu berkata baik, memuji, manusia akan suka, namun bila kita mencaci, mengejek atau mengkritik, orang akan benci. Sebab tu kita kena banyak cakap benda2 baik, benda2 positif dan benda yang dapat menggembirakan hati orang lain."

Baru mereka faham mengapa hakim2 berkata begitu. Tapi aku tak tahu la sama ada apa yang aku cakap ni betul ke tak. Permainan ini pernah aku main semasa Soaring the Eagle Petronas, di mana aku menjadi hakim Pemuji yang memuji penyanyi2 sehingga ada peserta lelaki menyangka aku jatuh hati padanya! Walhal, skrip pujian untuk semua peserta telah disediakan oleh Pihak Penganjur. Alahai.

DURIAN: Pengalaman menunggu durian jatuh untuk dikendurikan menjadi hampa apabila durian yang jatuh telah disebat dahulu oleh Akh Umair. Kesian.

HASIF: Facee yang selalu buat lawak. Selaku ketua facee dibantu oleh balaci-balacinya yang berwibawa. Cerita pasal orang berak kt sungai menjadi bahan ketawa mereka dan menjadi tanda tanya siapakah empunya diri itu. LOL.

ZAINOL: Ajim cakap dia ada main tipu. Dia introduce satu game dan dia start dulu, dan akhirnya dialah juara. Perasaan Ajim macam -_-'' .. Aku sebenarnya tak faham game ape entah di terangkan ni. Takpe, main2 je tu. Nama pun permainan.

Abang facee ni sangat terkenal sebab suka kutuk group time malam kebudayaan. Memang kontroversi habis la.

Owh, pas Zikri kutuk abang ni sebab suka kritik group lain masa malam kebudayaan, tetiba Zikri puji abang ni. Dia cakap, muka abang ni kiut miut macam baby face. Hellooo? Aku tak silap dengar ke? Aku minta dia ulang sekali lagi, dan tak salah pendengaran aku. Aku dan Ajim ketawa berdekah-dekah mendengar statement Zikri. Stereng kete aku ketuk2 sebab lawak giler. Ajim buka tingkap sebab dia cakap dia nak muntah. Zikri buat muka malu dan bengang.

"Betul lah..tengok ni!" tegas Zikri sambil tangannya menunjuk wajah lelaki yang dia kutuk kaw2 tadi dalam majalah Sinergi terbaru sebagai bukti. Aku dan Ajim melihatnya. Zikri taknak kalah dan berusaha untuk menegakkan hujah.. Haha.. [mampos aku kalau tuan empunya baca benda ni]

"Okey2.." aku mengangguk mengiyakan. Aku taknak sebab benda ni, jadi gaduh pulak. Buang masa dan tenaga je. Aku segera bertanya benda best lain pada dorang pulak. "Cepat korang pikir lagi dan ingat lagi…", arahku.

KETE AUDI: Ada peserta yang nak jeleskan peserta lain sebab dapat naik kete audi pas caving. Tapi sayangnya kete tu….. [dorang tak bgtau sebab apa] "Ergh, korang takde benda lain ke yang ingat selain kete Audi tu??Aku tahu la kete lambang 3 circles tu osem! Tapi, aku nak korang cite pasal aktiviti kem tu la..bukan pasal kete..ish2"kataku.

MUHASABAH: Yang ni memang tangkap leleh dengan kata-kata Akh Farul. Berguni-guni tisu diperlukan.

MANDI SUNGAI: Best sangat tapi sebab hujan ,so air ada sket berkeladak dan keruh.

AIR: Bekalan air kejap ada dan kejap takde menyebabkan adik ngaku yang dia takut nak buang air besar kat sana. LOL

MINUMAN: Air minum panas so ada yang decide minum air paip je. Pas air dah sejuk, dorang kerumun minum air masak tu. Haa, baru tahu betapa berharganya air masak!

OVERALL/CONCLUSION/DALAM CENGKERANG KACANG [nutshell?]

Kem ni best. Nama pun motivasi, insyaAllah, dapat motivasi dari kem ni nak jadi insan lebih baik lagi. Next time dorang cakap nak join lagi. Alhamdulillah. Aku berharap semoga ilmu yang didapati dapat diamalkan untuk menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Dorang pun enjoy kem ni dan suka dengan abang2 facee semua dan kawan2 merangkap peserta kat sana. Huge, big n humongous jazakallah to all facees, teams n those who have contribute to this programme. I think it was better than last year. Aku dapat rasakan yang mak bapak yang hantar anak2 dorang  mesti gembira [mcm aku] bila tengok perubahan anak2 o adik2 dorang slps  gi kem.

Alhamdulillah. Dalam pukul 4.30 petang, kami tiba di rumah dengan selamat.

"Ajim, nanti ko bagitahu kat Aiman yang dia sangat rugi sebab tak join kem ni" cadang aku padanya semasa menaiki tangga blok kami.

"Tu la..aku nak bgtau dia yang aku masuk gua...dia? Dia masuk lumpur ada la.." perli Ajim.

Sengal tol Ajim. Next time dia nak pergi lagi dengan harapan disponsor penuh oleh kakaknya merangkap driver ke sana. Amboihhh!

#cerita ini adalah bingkisan dan kepingan2 komen dari 2 peserta yang aku hantar. Salah dan silap harap dimaafi. Jangan marah atau mengamuk empunya diri yang tertulis di blog ini. Dorang berdua ni budak tak cukup umur. Woah!







Comments

  1. K.EZAN... atoto somel gilaa cerita. HAHA, jazakillah atas testimoni yg tbaik dari ladang. anda adalah dilarang sama sekali utk menarik balik ap yg telah di taip. arahan : S/U KRS 3.0. kikikikkii, i miss you <3 <3

    ReplyDelete
  2. heheh...afwan xdapat nak layan ezan sgt time krs tu..dok busy ngan bdak2 ni..huhuh..cerita yang menarik,bleh jadi testimoni nih :)

    ReplyDelete
  3. heheh...afwan xdapat nak layan ezan sgt time krs tu..dok busy ngan bdak2 ni..huhuh..cerita yang menarik,bleh jadi testimoni nih :)

    ReplyDelete
  4. Wah2...ana da terbaca!!!

    ya ana ad gak bual2 ngan ajim masa malam hari pertama - malu2 die tapi zikri isk2 bagus la ramah...

    Statement ajim selalu ikut zikri SANGAT setuju,mana2 je ana tgk ade je 2 orang ni.

    InsyaAllah moga dorang merasakan perubahan dalam diri n bantu la ajim n zikri ya essn dorang baru terdedah dgn dunia tarbiyah.

    ReplyDelete
  5. ezan, seriously, lawak betul dengan cerita kali ni
    hihi..alhamdulillah..dapat rasai tarbiyah :)

    ReplyDelete
  6. Aunty Aimi: memang terbaik dari ladang pun sbb aunty ezan terus taip lepas balik drive dari perak okey!! ahhaa.. MISS U THREE FOUR FIVE ETC..

    Asyidah: akak!! mai la jemput datang umah saya.cuti da nak abes ni.. haha..

    Azri: jzkk pada antum n ikhwah2 lain jg yg dakwahi adik2 ana.iA, moga Allah tetapkan hati mereka di jln ini.

    Ilyani: hahaha..lawak ke? ni entry serius la ily..kehkeh..alhamdulillah..moga tarbiyah itu berterusan :)

    ReplyDelete
  7. siyes x berenti gelak baca entri ni. alhamdulillah 'ala kulli hal.semoga segala usaha akak,ikhwah akhawat,dan sesiapa yg terlibat diberkatiNya,dgn berjayanya program2 yg ada tu dlm mnyntuh hati adik2 akak n peserta lain,dn mnjdi titik tolak bermula kesedaran dn kepentingan utk berada dlm tarbiyah.semoga keluarga akak dpt disatukan di syurga nanti :)
    #doakan saya dn keluarga juga ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASRAMA & UNIVERSITI

MENJADI IBU ATAU TEACHER?

MEMORI LALU....